Anda di halaman 1dari 11

Rencana Ilmu Lembu

Ketika orang lain menjadikan hartanah atau saham sebagai aset, seorang warga emas dari
Kampung Telaga Mengkudu, Marang, Terengganu membeli, menternak dan membiakkan
pelbagai jenis baka lembu kelas A termasuk Charolais, Sapi Limousin dan Brahman untuk
masa depannya.

Biarpun terpaksa berbelanja lebih RM600 sebulan bagi menyediakan makanan tambahan
seperti palet untuk lapan lembu peliharaannya, ia tidak memberikan masalah kepada
Muhammad Abdullah, 75, kerana lembu ternakannya boleh dijual dengan harga RM8,000
hingga RM10,000 seekor bergantung kepada saiz.

Muhammad berkata, sejak berusia 10 tahun dia menternak lembu bersama arwah bapanya,
Abdullah Ibrahim dan sehingga kini tidak pernah berhenti memelihara lembu.

“Sebelum ini kami menternak lembu tenusu kerana arwah bapa menjual susu lembu tapi
selepas proses pemanian beradas diperkenalkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), kami
beralih kepada penternakan lembu pelbagai jenis baka.

“Saya puas apabila melihat lembu peliharaan membesar dan gemuk. Sebab itu saya tidak kira
sangat kos yang perlu ditanggung bagi menternak lembu jenis baka Charolais, Sapi Limousin
dan Brahman.

“Sebanyak lima Charolais berusia setahun hingga dua tahun kini seberat 400 hingga 500
kilogram (kg) sedia untuk dibeli penternak lain, namun saya enggan menjualnya kerana ingin
menggemukkannya lagi sehingga mencecah 600kg ke atas,” katanya.

Katanya, selain memberi palet berharga RM33 hingga RM47 untuk 50kg, dia juga
mempelbagai jenis makanan termasuk beberapa jenis rumput berkhasiat termasuk napier.

“Lembu akan lebih gemuk jika penternak mempelbagaikan makanan kerana sifat semulajadi
haiwan memang mudah muak jika hanya diberi sejenis makanan.

“Diet lembu antara yang paling penting bagi menjamin kesihatan serta kelancaran proses
pembiakkannya,” katanya.

Menurutnya, pada akhir 70-an dia memelihara lebih 30 ekor lembu jenis Brahman dan
mengamalkan proses pembiakan lembu secara semula jadi tapi kini membiakkan lembu
pelbagai jenis baka itu menggunakan teknik pemanian beradas dengan kos RM60 hingga
RM80 bergantung jenis baka.

“Seronok apabila melihat lembu dipelihara sihat dan membesar. Aspek kesihatan haiwan
perlu dititikberatkan bagi mengelak ternakan dijangkiti penyakit yang boleh menyebabkan
kematian.
“Lembu saya pernah dijangkiti penyakit kuku dan mulut, namun tindakan cepat yang
dijalankan JPV berjaya menyelamatkan ternakan daripada mati akibat penyakit berjangkit
itu,” katanya.

Muhammad berkata, penternakan lembu banyak membantunya menyara pendidikan untuk 10


anaknya yang kini berusia 31 hingga 54 tahun.

“Pendapatan saya sebagai tukang sapu di sekolah hanya RM800 sebulan. Hasil jualan lembu
banyak menampung kos pembelanjaan pembelajaran lapan anak yang semuanya berjaya ke
universiti.

“Saya akan menjual lembu mengikut harga pasaran apabila perlukan wang untuk membayar
yuran universiti atau membeli keperluan pembelajaran anak-anak.

“Kini anak sudah ada kerja yang baik iaitu lima guru, seorang doktor dan selebihnya
berkhidmat di sektor swasta dengan pelbagai jawatan,” katanya.

Katanya, masyarakat melihat bidang penternakan tidak menjana pendapatan, namun


hakikatnya ia menguntungkan jika dijalankan bersungguh-sungguh mengikut disiplin
sepatutnya.

“Saya anggarkan aset keseluruhan penternakan saya melebihi RM80,000 dan ia memang
pelaburan yang tidak merugikan, sebaliknya menjana pendapatan tambahan, selain hobi pada
waktu lapang itu juga mendatangkan hasil lumayan,” katanya.

Sekarang ini saya lebih fokus pada penternakan dengan membeli lembu dan dipelihara dalam
tempoh tiga hingga empat bulan sebelum dijual semula khususnya pada musim perayaan.

“Pada Aidiladha lalu, saya mempunyai 1,200 lembu yang diletakkan di Ladang Sungai Labak
Kota Tinggi, Johor dan menjual 900 ekor untuk ibadat korban.

“Selain membeli lembu untuk memenuhi pasaran dan permintaan, saya juga membeli lembu
kacukan untuk pembekalan sperma berkualiti bagi melakukan permanian berhadas (AI) yang
dipantau JPV negeri,” katanya yang kini mempunyai 30 pekerja.

Tambah Kamarruzaman yang juga Presiden Generasi Transformasi Ruminan (GTR), dia
mempunyai lebih 10 baka berlainan bagi lembu kacukan yang dipelihara bagi tujuan AI dan
pameran.

“Lembu terbaru yang dipelihara adalah lembu dari jenis Lemousin yang berasal dari Perancis
dan sudah dikacukkan dengan Brahman dari Australia.

“Malah lembu yang bernama Sani yang mencapai berat satu tan itu, saya peroleh selepas
berjaya meneka beratnya pada peraduan ‘Cuba Teka Berat Lembu Sado’ sempena Hari
Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK 2017) dan Festival Makanan
Malaysia di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), September lalu.
“Selain baka itu, saya juga mempunyai lembu dari pelbagai baka antaranya Brahman kacuk
Charolais, Murray Gray, Hereford, kacukan Belgium Blue, Brahman, Brakmas, Jersie
Friesian dan pelbagai lagi,” katanya.

Menyentuh berkenaan makanan lembu, Kamarruzaman berkata, dia menggunakan dedak


sebagai formula untuk meningkatkan berat badan haiwan itu.

Bagaimanapun, makanan harian yang berkhasiat perlu diberi supaya haiwan ternakannya
membesar dengan sihat.

“Saya membuat sendiri makanan lembu dari bahan kitar semula yang terdiri daripada pelepah
sawit, isirung sawit, hampas nanas, hampas soya, rumput napier dan rumput kering,” katanya.

Pada masa sama Kamarruzaman pernah menerima Anugerah Perdana sempena HPPNK 2017
yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

SISA PERTANIAN: POME ( TAHI MINYAK ) SEBAGAI MAKANAN


LEMBU PEDAGING

Salam hormat,

Penulisan ini dan beberapa penulisan berikutnya akan memaparkan bahan


makanan ternakan ruminan, yang merupakan sisa pertanian. Pertama
sekali saya akan menunjukkan bahawa sisa kilang sawit, yang juga
dikenali oleh penduduk tempatan sebagai tahi minyak, amat sesuai untuk
dijadikan bahan utama makanan ternakan ruminan, khususnya ternakan
lembu pedaging.

Perkataan POME adalah ringkasan Palm Oil Mill Effluent. Pastinya ia hanya
dikeluarkan oleh kilang sawit sahaja, cuma bukan semua kilang yang
menghasilkanya. Mutu POME ini sebagai bahan makanan ternakan
ruminan setanding dengan daun kelapa sawit.

Apabila kita menyebut Palm Oil Mill ( kilang sawit ) sudah tentu kita
semua ketahui di rancangan tanah FELDA ada terdapat banyak kilang
tersebut. Tidak kurang juga di perladangan sawit milik swasta di negara
kita.
POME Di salah Sebuah Kilang Sawit

Apa yang penting ialah bagi penternak di kawasan FELDA dan yang
berdekatan dengannya mengetahui adanya bahan ini serta kegunaan sisa
kilang ini kepada bidang peternakan mereka. Setakat yang saya ketahui,
tidak ramai pengusaha yang sedar mengenainya.

Satu fakta yang terpenting bagai pengusaha ternakan ialah: kos bahan ini
terlalu murah dan ada kilang yang memberikannya secara percuma atau
dibuang begitu sahaja. Pada tahun 2014 ini disekitaran daerah Bera dan
Kuantan, Pahang hanganya ialah sekitaran RM13 - RM15 untuk satu tan.

Kaedah pemberian kepada ternakan lembu, satu daripadanya adalah


seperti ditunjukkan di dalam gambar berikut.
POME Di Dalam Palong Makanan Dan Beratap

Ia boleh diberikan sebagai makanan utama atau pun tambahan. Misalnya


di kawasan racangan tanah FELDA, sebelah siang lembu meraggut di
ladang, manakala di sebelah petang dan malam memakan POME di
kandang. Kandungan nutrien yang terdapat di dalam POME adalah seperti
berikut:-

Kandungan POME Berbanding Dengan Daun Sawit

POME ini boleh dicampurkan dengan bahan makanan lain untuk


menjadikan makanan tersebut sebagai Least Cost Ration dan mencukupi
dari segi nutrien yang terdapat di dalam ransum tersebut. Misalnya,
dengan menggunakan alat pembancuh simen (yang kecil) dicampurkan
sedikit jagung hancur dan rumput dipotong halus atau pelepah sawit yang
dirincih, kemudian digaul secukupnya menggunakan mesin tersebut,
makan sebegini sesuai untuk lembu yang dibesarkan sepenuhnya secara
berkandang atau feedlot. Kandungan ransum ini juga bergantung kepada
harga dan sumber sisa pertanian yang ada dilokasi anda berada.

Skian, selamat mencuba.

Pemakanan
Makanan untuk lembu fidlot boleh melibatkan sehingga 60–70 peratus daripada kos
pengendaliannya. Dengan sebab itu perancangan yang teliti bagi memilih penggunaan bahan
bahan makanannya adalah amat perlu.
6.1 Keperluan Nutrien

Jenis jenis nutrien yang diperlukan dalam sumber makanan dan fungsinya terhadap
kehidupan lembu adalah :

Nutrien Fungsi
Mengawal suhu badan,memindah nutrien lain ke dalam badan dan membantu
Air
dalam penglihatan dan pendengaran
Protein Membantu dalam pertumbuhan, pembiakan dan penggemukan
Karbohidrat Sumber tenaga utama bagi menjalankan semua aktiviti
Lemak Sebagai sumber tenaga dan membekalkan asid lemak tertentu
Galian Pembinaan tulang,gigi, otot dan sel-sel darah
A- Membantu dalam penglihatan

D- Pencernaan kalsium dan fungsi proses pembiakan


Vitamin

E-Untuk menguatkan otot

Nutrien nutrien ini perlulah diberi dalam kadar yang seimbang dengan secukupnya kepada
lembu bagi mendapatkan hasil pengeluaran yang maksima. Kekurangan salah satu daripada
nutrien ini akan mengganggu tumbesaran normal lembu. Lembu fidlot memerlukan zat zat
nutrien ini secukupnya setiap hari, daripada apa juga unsur bahan makanan yang digunakan.
Zat zat nutrien tersebut perlu boleh dapati didalam bahan bahan yang terumus didalam
rangsum makanan yang diberikan itu.

Nutrien nutrien dan jumlahnya, yang diperlukan didalam rangsum makanan lembu fidlot
adalah seperti berikut :

Nutrien Keperluan
Zat Protein Minima 14%
Tenaga Metabolisma Minima 10.6 Mj/kg
Zat Galian Kalsium Minima 0.65%
Zat Galian Fosforus Minima 0.45%
Garam Diantara 0.50- 1.0%
Vitamin A & D Minima 2200 dan 300 i.u/kg
Zat Serat Minima 15%
Air Semahunya

6.2 Jenis Bahan Makanan

Terdapat berbagai bagai jenis bahan makanan yang boleh digunakan untuk projek fidlot
lembu. Umpamanya, foraj, silaj, bijirin dan bahan bahan sisa pertanian dan perindustrian.
Diantaranya adalah seperti berikut :

Jenis Contoh
Foraj Rumput segar, rumput kering, silaj
Bijirin Jagung, dedak gandum, Corn gluten feed, sekoi
Bahan protein Dedak soya, dedak kacang tanah, dedak kacang hijau
Bahan Sisa Pertanian Kelapa sawit - Dedak isirong sawit, Enapcemar sawit, pelepah sawit
Padi Dedak padi, beras hancur, jerami padi
Tebu Gula hitam (molas), Hampas tebu, pucuk tebu
Kelapa Dedak kopra
Sisa dapur Lebihan nasi, kepala roti, kulit buahan
Jagung manis Batang jagung (Dipotong, di silaj)
Ikan Ikan baja
Koko Lenggai koko
Rumbia Cip batang rumbia, Hampas sagu rumbia

6.3 Jumlah Makanan

Jumlah makanan yang diperlukan oleh seseekor lembu fidlot adalah bergantung kepada berat
lembu semasa dan pada amnya mereka boleh memakan jumlah bahan kering makanan
maksima bersamaan dengan 3.0% daripada berat badan lembu tersebut, bergantung kepada
jenis makanan yang diberikan.

Di negara Tropika kita, dengan keadaan iklim dan jenis makanan yang ada, biasanya lembu
lembu ini memakan sehingga kepada 2.5 – 2.8% sahaja. Ini bermakna apa jua jenis makanan
yang diberikan lembu fidlot akan memakan bahan kering makanan diantara 4.0 kg sehari
pada permulaannya, sehingga boleh mencapai kepada 8–9 kg sehari, apabila lembu telah
mencapai berat 350 – 400 kg.

Pada peringkat akhir ini pertambahan berat badan hariannya sudah mula menurun dan
pengambilan makanannya akan lebih rendah, iaitu hanya 2.5% sahaja daripada persamaan
berat badannya sehari.
Lembu fidlot boleh diberikan makanannya sama ada secara 100% makanan lengkap
(konsentrat), yang telah di rumus bagi mengandungi semua nutrien yang diperlukan, atau
konsentrat biasa diberi bersama bahan serat seperti rumput, atau lain lain bahan sisa pertanian
contohnya pelepah kelapa sawit yang diracik, jerami padi atau rumput peram / batang jagung
diracik atau di jeruk (silage) untuk mendapatkan zat serat.

Walau apa pun kombinasi makanannya jumlah zat zat nutrien yang diperlukan bagi setiap
peringkat pertumbesaran lembu perlulah diberi secukupnya setiap hari bagi menentukan
kadar pertumbesaran yang tinggi.

Perlu diingatkan, pemberian makanan secara makanan lengkap sekali gus mestilah
mengandungi kesemua zat zat yang dinyatakan, termasuk konsentrat, bahan serat, zat galian
dan vitamin secukupnya. Kaedah ini disyorkan untuk projek fidlot berskala besar oleh kerana
kesukaran mendapatkan unsur rumput atau serat.

Bagi projek kecil kecilan dimana pengusaha tidak sukar mendapatkan unsur serat, yakni
berbeza dengan keadaan yang di syorkan seperti diatas, penggunaan kaedah kedua adalah
lebih digalakkan, dimana campuran bahan bahan makanan biasa (konsentrat) diberi bersama
sedikit bahan serat dan diberi galian jilat yang di sediakan sendiri dengan lebih murah, untuk
dijilat semahunya oleh ternakan setiap hari.

Bagi kedua dua kaedah diatas kandungan serat didalam rangsum makanan mereka setiap hari
perlu ditentukan terdapat tidak kurang daripada 15%.

Ruminan memerlukan serat setiap hari. Faedah serat kepada ternakan ini adalah seperti
berikut :

1. Bakteria didalam rumen memerlukan serat bagi menukarkannya kepada zat tenaga, dan
berbagai jenis Vitamin B.

2. Kadar pencernaan makanan akan lebih tinggi kerana dengan adanya serat yang cukup,
perjalanan makanan didalam saluran penghadaman akan memakan masa yang lebih lama,
bermakna makanan mempunyai lebih banyak masa berada didalam rumen untuk dicerna oleh
bakteria.

3. Unsur Vitamin A & D boleh didapati dengan cukup daripada apa apa jua jenis bahan serat,
tanpa perlu dicampur lagi dengan vitamin ini daripada unsur komersil. Vitamin A amat perlu
untuk mengelakkan ternakan menjadi buta.

6.4 Bahan-bahan Makanan

Bagi kebanyakan haiwan walaupun rupa bentuk bahan makanan yang diberikan tidak begitu
kritikal, kecuali jika makanan tersebut berbau hapak atau tengek, yang pentingnya makanan
makanan tersebut perlu mengandungi zat zat nutrien yang cukup dan apabila dibuat campuran
lengkap zat zat ini dapat diperolehi dalam kadar yang ditetapkan didalam jumlah bahan
kering makanan yang mampu dimakan olen ternakan.

Jumlah kemampuan pengambilan ini sedikit sebanyak bergantung kepada jenis makanan dan
khususnya kepada berat badan yang telah dicapai, seperti ditunjukan di Jadual 3. Keperluan
zat-zat nutrien lain oleh lembu fidlot juga boleh didapati dalam Jadual 3.

Jenis-jenis bahan makanan yang boleh didapati adalah berbeza beza dilain-lain persekitaran
atau daerah di negara ini. Kosnya juga adalah berbeza daripada suatu tempat kepada suatu
tempat yang lain, mengikut kawasan dimana bahan tersebut boleh didapati dengan banyak.
Diantara contoh bahan-bahan makanan tersebut dan anggaran kandungan zat nutriennya
adalah seperti ditunjukan di Jadual 4.

Jadual 3 menunjukan keperluan harian zat nutrien dan kemampuan pengambilan bahan
kering makanan lembu fidlot :

Kadar Pemgambilan Tenaga


Berat Protein Kalsium Fosforus Vitamin
Tumbesaran Bahan Kering Metabolisma
Lembu (kg) (g) (g) A (i.u)
(g/hari) (kg) (Mj)
100 500 2.8 0.361 30.0 16 8 4200
150 500 4.0 0.476 39.4 18 11 6400
200 700 5.8 0.640 52.7 21 14 8500
250 700 6.3 0.718 61.2 23 17 10600
300 700 7.3 0.777 64.6 24 18 12700
350 800 7.4 0.811 73.3 26 19 12700
400 600 9.0 0.902 83.6 27 21 17000
450 600 9.5 0.898 91.3 28 22 19100

Jadual 4 menunjukan pelbagai jenis bahan makanan dan kandungan nutriennya :

Bahan Tenaga Metabolisma


Bahan Makanan Protein(%) Kalsium(%) Fosforus(%)
kering (%) (mj/kg)
Rumput Napier 18.4 12.2 8 0.3 0.24
R.Napier,silaj 30 6.6 7 0.25 0.3
Petai belalang 19.1 40.4 6.7 0.37 0.51
Jerami padi 98.8 6.7 4.9 0.1 0.1
Pucuk tebu 30.9 6.2 7.3 0.26 0.11
Hampas barli 25.4 26.6 7.5 0.67 0.53
Dedak gandum 88 14.4 11.2 0.2 0.68
Dedak sawit
91.8 15.3 10.1 0.2 0.52
(Exp)
Dedak sawit
88.2 16.8 10.3 0.21 0.61
(Sol.
Jagung kisar 89.7 9.3 12.48 0.32 0.35
Dedak soya 88.4 45.5 11.2 0.33 0.75
Dedak padi 91.6 12 9.03 0.1 0.49
Cip ubi kayu 88.2 2.4 13 0.2 0.1
Kepala bilis 34.6 54.7 5.18 4 0.43
Batang jagung 37.6 12.2 7.5 0.32 0.34
B. jagung, silaj 23.2 8.2 7.82 0.37 0.86
Hampas tauhu 15.5 30.4 11.90 0.41 0.32
Pelepah sawit 36.4 4.1 4.89 0.32 0.1
Enapcemar
91.1 11.1 6.52 0.70 0.5
sawit
Beras hancur 89.1 11.2 11.78 0.03 0.43
Hampas sagu 14.7 2.4 11.11 0.19 0.04
Hampas tebu 45.9 2 6.93 0.10 0.03
Gula hitam 76.4 4.2 11.21 0.91 0.09
Najis ayam 85.6 24 8.32 5.16 1.11

6.5. Rangsum Makanan Lembu Fidlot

Contoh kiraan suatu rangsum makanan untuk lembu fidlot adalah seperti ditunjukkan di
Jadual 5 :

Seekor lembu fidlot, pada berat badan berat badan 200 kg, memerlukan,(rujuk Jadual 3),
sebanyak 5.8 kg bahan kering makanan, 0.64 kg protein, 52.7 Mj tenaga metabolisma, dan
tidak kurang daripada 15% atau 0.87 kg serat didalam rangsum makanan hariannya seperti
contoh kiraan berikut :

Jadual 5 menunjukan contoh kiraan rangsum untuk lembu fidlot

Jenis bahan Jumlah Basah (kg) Persamaan Berat Kering (kg)


Dedak isirong sawit 3.4 3.0
Hampas soya 3.2 0.5
Hampas sagu rumbia 10.1 1.5
batang jagung diracik 4.0 0.5
JUMLAH 5.8
Rangsum untuk lembu seperti diatas adalah suatu contoh makanan lengkap fidlot dan
hanyalah sebagai suatu contoh semata mata tetapi ianya boleh dipraktikkan jika mahu. Jenis
bahan-bahan yang dicontohkan boleh ditukar ganti dengan lain lain bahan yang boleh
memberikan kandungan nutrien yang serupa.

Pilihlah bahan bahan yang senang dan boleh diperolehi serta bahan yang termurah diantara
yang ada. Lembu tersebut hanya perlu ditambahkan pemberian zat galian, terutamanya galian
Kalsium (Ca) dan Fosforus (P), iaitu sebanyak masing masing 14.5g dan 13.4 g, bersamaan
dengan campuran 45 g Trikalsium fosfat dan 10 g Kapur (Ground limestone) kedalam
rangsum makanannya. Ia juga memerlukan garam biasa, anggaran sebanyak 30 – 40 g sehari.
Lebih baik lagi jika campuran galian jilat disediakan sendiri kerana ianya mudah dan lebih
murah, menggunakan bahan bahan yang boleh didapati dengan mudah di negara ini;
dicampur dan diberikan kepada lembu lembu ini serta dibiarkan ia menjilat semahunya.

Contoh campuran galian jilat adalah seperti yang ditunjukan di Jadual 6.

Untuk lembu lembu yang lain pula buatlah rumusan mengikut kaedah perumusan yang
mudah untuk mendapatkan keperluan zat nutrien masing masing bergantung kepada berat
badan mereka semasa.

Jadual 6 menunjukan contoh campuran garam jilat untuk lembu fidlot :

Jenis Bahan Peratus Campuran Rumusan 10 kg Rumusan 100 kg


Trikalsium Fosfat 40 % 4.0 40.0
Garam Biasa 40 % 4.0 40.0
Kapur (Ground Limestone) 20 % 2.0 20.0
JUMLAH 100 % 10 100

Campuran garam jilat ini dimasukkan kedalam palong kayu berukuran 30 sentimeter x 30
sentimeter dan diikat kepada tiang kandang dengan kuat dan biarkan lembu lembu ini
menjilat semahunya. Dijamin ternakan tidak akan memakannya berlebihan daripada yang
diperlukan dan tidak akan mendatangkan apa apa mudarat kepada mereka.

Anda mungkin juga menyukai