Anda di halaman 1dari 26

KEKERAPAN MENGAWAN BERAPA KERAP ARNAB JANTAN BOLEH DIKAHWINKAN ?

Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh ditingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari. Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seseekor pejantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut. KAHWIN SELANJUTNYA BILAKAH IBU ARNAB YANG TELAH BERANAK BOLEH DIKHAWINKAN SEMULA ? Pada keadaan semuiajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama. Dalam pentemakan arnab komersial arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikahwinkan semula. MENINGGIKAN KEBERNASAN BAGAIMANAKAH MEMPASTIKAN PROSES KAHWIN TELAH BERLAKU DENGAN SEMPURNA ? Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan ialah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur ke belakang atau terlentang. Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertama, iaitu pada waktu petang. TEMPOH BUNTING BERAPAKAH LAMA TEMPOH ARNAB INDUK BUNTING DAN APAKAH TANDA-TANDANYA ? Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut. Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut. Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya. BUNTING PALSU BAGAIMANAKAH MENGESAN BUNTING PALSU ?

Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil "bunting palsu", keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula. ANAK ARNAB BAGAIMANAKAH KEADAAN ANAK ARNAB YANG BARU LAHIR? Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan. S. Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya. Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10. Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya. MASA MENYUSU ANAK BILAKAH MASA IBU ARNAB MENYUSUKAN ANAKNYA ? lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan. IBU ANGKAT APAKAH YANG PERLU DI LAKUKAN SEKIRANYA BILANGAN ANAK MELEBIHI DARI BILANGAN PUTING SUSU IBUNYA ? Sekiranya bilangan anak melebihi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat. Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu ditandakan dengan warna pada bahagian kepala. Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat. Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu. CERAI SUSU BILAKAH UMUR ANAK-ANAK ARNAB PERLU DICERAI SUSU ?

Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak arnab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak-anak amab berumur 1 bulan. Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaitu sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatit dari masa ke semasa. Setiap arnab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak arnab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar. Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak arnab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak arnab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan selama 30-45 hari lagi. PENENTUAN JANTINA BAGAIMANA MENENTUKAN JANTINA ARNAB YANG MASIH DIPERINGKAT ANAK ? Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara perlahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur. HASIL SAMPINGAN KULIT DARI ARNAB PEDAGING SESUAI UNTUK DIGUNAKAN UNTUK APA ? Kulit yang bermutu datangnya dari arnab yang berumur 5-6 bulan keatas dan diperolehi dari baka-baka jurusan pengeluaran fur (seperti Flemish Giant). Sementara kulit dari arnab pedaging berumur antara 2-3 bulan sahaja. Kulit adalah hasil sampingan dalam peternakan arnab pedaging (seperti New Zealand White). Dari kulit arnab pedaging tersebut juga boleh dibuat:

Glu (gam) Baja (baja kompos) Cara mudah menternak arnab

BAGAIMANAKAH CARA YANG MUDAH SAYA BOLEH MENTERNAK ARNAB ? Menternak arnab adalah mudah dan boleh dilakukan oleh ahli keluarga yang lemah seperti suri-suri rumah dan anak-anak. Peternakan arnab boleh juga dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa. Disamping membekal keperluan protein kepada keluarga dan negara, ia boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada aktiviti utama sesebuah keluarga. Sebelum menternak secara komersial elok mulakan secara kecilan dulu. Kemudian apabila sudah mempunyai keupayaan, kemahiran dan pengalaman bolehlah memikirkan untuk menjalankannya secara komersial dengan cara besarkan pelahan-lahan. Untuk memulakan secara kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang di bawah ini,

buah sangkar dawai BRC (10-14 gauge) berukuran 2 ka x 3 ka x 1.5 ka setiap sangkar. Setiap sangkar untuk menempatkan seekor arnab baka. Reban kecil untuk memuatkan sangkar di dalamnya berukuran lebih kurang 4 ka x 22 ka x 6 ka. Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.

Sumber air minuman yang bersih dan segar. Sumber makanan yang berzat, bersih dan segar. 5 buah kotak sarang plastik, 6 buah bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman. 1 set arnab dewasa berumur 3-5 bulan iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina.

Pada permulaan adalah dinasihatkan mengunakan baka kacukan tempatan yang lebih murah berbanding mengunakan arnab import dan arnab kacukan tempatan lebih mudah dibeli. Setelah itu bolehlah mengunakan arnab baka pedaging yang diimport. ......bersambung...
Dicatat oleh Arnab Zamrud di 8:25:00 AM 1 ulasan SELASA, NOVEMBER 02, 2010 Pautan pada catatan ini

ARNAB PEDAGING (2) - Rencana dari Laman Web Jabatan Perkhidmatan Veterinar
KAWALAN PENYAKIT APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENCEGAH DARI SERANGAN PENYAKIT ? Untuk panduan umum, langkah-langkah kawalan penyakit yang minimum adalah seperti berikut:

Sekitar kawasan hendaklah bersih Hadkan pegerakan pekerja dan kurangkan pelawat masuk Langkah kebersihan hendaklah diamalkan semasa menyentuh setiap arnab Lakukan rawatan seberapa yang boleh. Kalau tidak berjaya bolehlah ditakal (terutama kalau bilangan arnab banyak) dan cara ini telah diamalkan dikebanyakan negara lain. Tanamkan arnab yang mati dalam lubang yang jauh dari reban jika tidak/selepas post mortem). Dapatkan stok arnab dari ladang arnab yang mempunyai mutu kesihatan yang tinggi. Jika berlaku kematian yang mengejut dan melibatkan bilangan arnab yang banyak, lapor dengan segera kepada Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran. Menyimpan rekod

APAKAH KEPENTINGAN MENYIMPAN REKOD DALAM PENTERNAKAN ARNAB ? Kepentingan menyimpan rekod adalah untuk:

Mengetahui jumlah ternakan arnab mengikut peringkat umur, jantina dan baka. Untuk mengetahui prestasi setiap ekor terutama dalam pemilihan anak untuk dijadikan baka. Untuk memudahkan program pembiakan. Memudahkan kerja harian seperti menguruskan (mengendalikan) arnab yang bunting, beranak dan menjalankan proses cerai susu.MAKANAN UTAMA

DIMANAKAH MAKANAN PELET ARNAB BOLEH DIBELI ? Makanan ini boleh dibeli di kedai-kedai makanan ternakan arnab dan dikeluarkan dalam beberapa jenama. Makanan ini berbentuk pelet atau untilan yang keras, yang mempunyai saiz garispusat 4 mm dan paniang 2-3 sm. Diisi dalam beg-beg dan berat setiap beg mengandungi 50 kg pelet. Makanan ini mengandungi segala zatzat untuk pertumbuhan badan arnab sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimum. Disamping itu

makanan ini boleh disimpan untuk jangka masa yang lebih lama dalam stor dan boleh digunakan apabila dikehendaki. Senarai pembuat makanan ternakan arnab seperti dalam appedix 2. CARA PEMBERIAN MAKANAN ADAKAH APA-APA MASALAH DALAM PENGUNAAN MAKANAN PELET INI ? Masalah dalam pengunaan makanan ini adalah mutunya tidak tetap. Juga banyak untilan yang mudah pecah dan lebih banyak berdebu. Kerapkali kandungan zat-zat tidak tetap dalam setiap beg makanan yang dibeli. Oleh itu pilihlah jenama dari pengeluar makanan arnab yang disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kerap kali, apabila berlaku masalah ini, penternak menukar makanan arnab kepada jenama lain. Perbuatan ini adalah tidak digalakkan, kerana akan memberi masalah yang lebih besar kepada arnab seperti kembung dan boleh mengakibatkan kematian. Kalau perlu membuat penukaran makanan (atau memberi makanan yang baru dibeli walaupun dari jenama yang sama), lakukan percampuran dengan makanan yang sedia ada secara perlahan-lahan dalam masa 1 minggu. Jangan lakukan pertukaran secara mendadak atau sekaligus. MAKANAN TAMBAHAN ADAKAH DAUN-DAUN BOLEH DIBERI KEPADA ARNAB PEDAGING ? Pemberian bahan hijau ini hendaklah diingati sebagai makanan tambahan sahaja. Jumlah yang patut diberi adalah mengikut jumlah yang boleh dimakan oleh arnab itu. Bahan-bahan hijau yang boleh digunakan seperti daun keledek dan daun kangkung. Lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut. Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dulu beberapa kali dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2-3 jam. Kemudiannya bolehlah diberikan kepada amab. Lebihan sisa-sisa bahan hijau pada keesokkan harinya hendaklah dibuang, dan jangan digunakan lagi. Makanan utama iaitu makanan pelet arnab hendaklah diberikan dan boleh didapati di kedai jualan makanan ternakan. PEMBIAKAN BAGAIMANAKAH CARA MENGAHWINKAN ARNAB ? Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut. Masa mengawan antara 1-5 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi. Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan di waktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan. ....bersambung...

Dicatat oleh Arnab Zamrud di 8:24:00 AM 0 ulasan ISNIN, NOVEMBER 01, 2010

Pautan pada catatan ini

ARNAB PEDAGING (1) - Rencana dari Laman Web Jabatan Perkhidmatan Veterinar
ARNAB PEDAGING

PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA KOMERSIAL SISTEM PENGELUARAN BAGAIMANA MENTERNAK ARNAB DAGING SECARA KOMERSIAL ? Penternakan arnab daging secara komersial hendaklah meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu:Unit pembiakan baka. Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka-baka mengikut jurusan tertentu, dalam hal ini adalah jurusan pedaging, dan kumpulan ini dipangil stok induk. Dari stok lnduk ini pula melalui program pembiakan yang di tetapkan akan menghasilkan pula stok induk tuai. Unit pengeluaran daging. Kumpulan stok induk tuai tadi dengan melalui program pembiakan akan menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya. Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan adalah belainan sedikit. BAKA APAKAH BAKA ARNAB YANG SESUAI DITERNAK UNTUK PENGELUARAN DAGING SECARA KOMERSIAL ? Baka-baka yang sesuai untuk pengeluaran daging adalah seperti: New Zealand White. Californian. Carolina. New Simonare. Sepanyol. APAKAH PERBEZAAN ANTARA ARNAB BAKA IMPORT DAN BAKA TEMPATAN ? Arnab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistimewaan arnab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan boleh juga menggunakan arnab tempatan. Tetapi untuk

pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging. Pemilihan baka Pedaging biasanya diimport di atas adalah kerana berapa ciri pedaging yang ada pada arnab import lebih ketara berbanding pada arnab tempatan, seperti: Purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor. Purata bilangan anak masa cerai susu 6-8 ekor. Berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan. Berat dalam masa dua bulan adalah lebih kurang 2 kg. Pusat jualan baka DI MANAKAH BAKA-BAKA ARNAB BOLEH DIDAPATI DAN BERAPAKAH HARGANYA ? Baka arnab jurusan pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Perancis. Namun begitu, terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual baka-baka ini, dan harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. SAIZ EKONOMI BERAPAKAH SAIZ EKONOMI PETERNAKAN ARNAB PEDAGING Untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaitu satu pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa) Untuk secara sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan. Untuk pengeluaran secara penuh masa bolehlah memulakan 500 induk dan 100 pejantan. Pemilihan kawasan APAKAH CIRI-CIRI PEMILIHAN KAWASAN YANG BAIK UNTUK MENTERNAK ARNAB PEDAGING ? Beberapa ciri yang boleh dijadikan garis panduan dalam pemilihan sesuatu kawasan untuk menternak arnab seperti dibawah: Berhampiran dengan pusat jualan dan pemprosesan. Jauh dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktiviti ternakan/ ternakan lain. Mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik, dan sumber air yang bersih. Peredaran udara yang balk dan memuaskan. Dataran tanah membolehkan kedudukan panjang bangsal dibina secara selari dengan arah terbit/terbenam matahari. ...bersambung...

Dicatat oleh Arnab Zamrud di 8:19:00 AM 0 ulasan AHAD, SEPTEMBER 26, 2010

Pautan pada catatan ini

Reban Baru
Lama tak kemaskini blog. Ini bukanlah bermakna, TAZ tidak beroperasi pula. Pemilik TAZ sibuk dengan pelbagai urusan ladang dan projek menara telekomunikasi. Juga sibuk merebut peluang keemasan dan ganjaran berganda yang ditawarkan dalam bulan Ramadhan yang baru berlalu. Selama TAZ menyepi dari alam blog, terdapat hampir 50 kelahiran dengan jumlah anak melangkaui 220 ekor anak. Tetapi kadar kematian anak juga tinggi iaitu hampir 40%. Ditambah dengan kemeriahan dentuman mercun yang mengalahkan alteri tentera, kadar kematian meningkat hingga 50%. Saya harap kadar kematian akan turun dengan drastik pada bulan ini. Hampir kesemua induk telahpun dikahwinkan dan dijangka dalam masa kurang sebulan lagi, lebih 200 ekor anak lagi akan dilahirkan. Diharapkan para peminat arnab akan berkunjung ke TAZ kerana terdapat banyak anak arnab yang telah melepasi tahap penyusuan. Jemput datang semua. Bersama-sama ini saya sertakan gambar reban baru yang saya janjikan pada posting yang

lepas.
Dicatat oleh Arnab Zamrud di 9:00:00 PM 2 ulasan KHAMIS, JULAI 08, 2010 Pautan pada catatan ini

Penambahan reban arnab.


Minta maaf sebab lama tak kemaskini blog. Saya agak sibuk dengan kerja-kerja ubahsuai pejabat kawan, reunion dengan kawan sekolah menengah di Tapah dan kerja-kerja penambahan reban arnab. Saya tidak jadi membuat ladang di Kampung Tok Pedu tetapi

akan ubah bengkel besi di belakang rumah saya ni sahaja memandangkan tiada pembantu yang boleh diharapkan untuk menjaga arnab sekiranya dibuat di Kampung Tok Pedu yang jauhnya lebih kurang setengah jam. Kawasan stor dan bengkel besi ini pun cukup besar untuk dibuat ladang arnab dan keselamatannya lebih terjamin. Oleh kerana saya punya banyak lebihan besi tetulang dari projek menara dan masjid tempohari, saya buat rak arnab dari besi tetulang Y16-Y25. Teramatlah kukuhnya dan jikalau dikira kosnya, teramatlah mahalnya. Tetapi memandangkan projek binaan pun masih tak nampak bayang, bahkan tender pun tidak ada untuk dibida, baik manfaatkan sahaja besi-besi tersebut. Kerja-kerja pengimpalan pun dibuat sendiri sahaja oleh suami saya. Nanti saya akan masukkan gambar reban tersebut...
Dicatat oleh Arnab Zamrud di 1:22:00 PM 0 ulasan SELASA, JUN 01, 2010 Pautan pada catatan ini

Arnab Untuk Dijual (dikemaskini pada 18/6/2010)

Sangkar 1 - BETINA. Anggora. Tarikh Lahir 30/4/2010. Yang sebelah kanan TELAH DIJUAL.

Sangkar 2 - JANTAN. Anggora. TL 30/4/2010. Yang tengah TELAH DIJUAL.

Sangkar 3 - JANTAN. Dutch x Lionhead (Ibu & Bapa). TL 3/5/2010. NZW x Anggora (Ibu) + NZW (Bapa). Bermata merah -TL 5/5/2010.

Sangkar 4 - BETINA. Dutch x Lionhead (Ibu & Bapa). TL 3/5/2010. NZW x Anggora (Ibu) + NZW (Bapa). Bermata merah. TL 5/5/2010. Yang kiri (putih) TELAH DIJUAL.

Sangkar 5 . JANTAN. Dutch x Lionhead (Ibu dan Bapa) TL 3/5/2010. NZW x Anggora (Ibu) + NZW (Bapa). Bermata merah. TL : 5/5/2010. Yang paling kanan TELAH DIJUAL.

Sangkar 6 . BETINA. Fuzzy Lop dan Holland Lop - Tarikh Lahir 29/4/2010 dan 30/4/2010. HL yang ditengah, TELAH DIJUAL. FL (kiri) TELAH DIJUAL.

Sangkar 7. JANTAN. Fuzzy Lop dan Holland Lop. Tarikh Lahir 29/4/2010 dan 30/4/2010. HL yang ditengah TELAH DIJUAL. FL (kiri) TELAH DIJUAL.

Dicatat oleh Arnab Zamrud di 4:50:00 PM 0 ulasan Label: Arnab Jual, Rabbit for sale SABTU, MEI 29, 2010

Pautan pada catatan ini

Anggora

Dicatat oleh Arnab Zamrud di 8:13:00 PM 0 ulasan

Pautan pada catatan ini

Holland Lop Untuk Dijual. (Tarikh Lahir 29/4/2010)

1. Jantan. TELAH DIJUAL.

2. Betina. (maaf, yang ini Fuzzy Lop). TELAH DIJUAL.

3. Betina. TELAH DIJUAL

4. Jantan. TELAH DIJUAL.

Dicatat oleh Arnab Zamrud di 8:07:00 PM 0 ulasan SELASA, MEI 25, 2010

Pautan pada catatan ini

Lagi ibu arnab beranak..


Kali ini arnab yang kami namakan Monyet, yang disatukan dengan Stripe, beranak buat kali pertama sebanyak 3 ekor anak sahaja. Jadi kini ada 6 ekor ibu arnab dengan jumlah anak sebanyak 26 ekor kesemuanya yang masih dalam proses susuan.
Dicatat oleh Arnab Zamrud di 10:49:00 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini

ISNIN, MEI 24, 2010

Antara Koleksi di Taman

Netherland Dwarf dan Teddy Bear.

Intan, si LionHead Double Mane.

Woody dan Winnie. Woody Toy yang comel.

Delima si Anggora yang manja dan sedang bunting.

Dicatat oleh Arnab Zamrud di 10:03:00 PM 0 ulasan JUMAAT, MEI 21, 2010

Pautan pada catatan ini

Leona memecah rekod..


Leona, si Lionhead yang disatukan dengan Elvis, juga si Lionhead, beranak buat kali pertama dengan memecah rekod lain-lain arnab dengan 8 ekor anak, pada 20/5/2010. Setakat ini paling banyak yang dilahirkan hanya sebanyak 6 ekor yang disandang oleh Beyonce sebanyak 2 kali. Kami teruja dengan kelahiran yang banyak ini. Kami asyik jenguk ke wad bersalin Leona untuk memastikan setiap anak cukup disusukan dan nampak setakat 2 hari ini, Leona menjaga anak-anaknya dengan baik sekali. Alhamdullilah. Maka, ketika ini, ada 5 ibu dalam pantang iaitu:1) Beyonce si Dutch x Lionhead disatukan dengan Bong Si Dutch + Lionhead, kelahiran ketiga dengan 6 ekor anak pada 3/5/2010. 2) Gurindam si NZW x Anggora disatukan dengan Bandi si NZW, kelahiran pertama dengan 5 ekor anak pada 3/5/2010. 3) Nilam si Mix Anggora disatukan dengan Stripe, kelahiran kedua dengan 3 ekor anak tapi mati seekor pada 3/5/2010. 4) Slyvia si Dutch x Lionhead disatukan dengan Elvis si LH, kelahiran pertama dengan 5 ekor anak tapi 3 ekor mati lemas pada 15/5/2010. 5) Leona si Lionhead disatukan dengan Elvis si LH, kelahiran pertama dengan 8 ekor anak pada 20/5/2010. Sesiapa yang berminat dengan anak-anak arnab ini sila datang setelah umur mereka mencecah 4 minggu iaitu selepas mereka cerai susu.

PEMAKANAN Serat amat penting bagi sistem penghadaman arnab. Rumput kering (Hay- rumput khas yang dipotong dan dikeringkan) dan juga sayuran segar seharusnya adalah diet yang perlu diberikan tanpa limit. Pemakanan yang tidak seimbang dan hanya berpaut kepada pellet boleh menyebabkan masalah penghadaman dan juga kegemukan melampau atau Obesiti kepada arnab. Walaupun serat terdapat di dalam pellet tetapi ia tidak berfungsi sebaik serat yang terkandung didalam rumput kering atau hay, yang mana amat berkesan bagi mengelakan masalah HairBall. Bagaimanapun tambahan pelet dalam pemakanan arnab dapat memberi diet yang seimbang kepada haiwan ini. Selain daripada Hay, sayuran dan pelet adalah dikatagorikan sebagai makanan tambahan sahaja dan tidal diberikan secara khas. Sistem penghadaman arnab amat lemah dan sebarang kesilapan boleh menyebabkan masalah kepada arnab. Pemakanan hendaklah dikawal terutama sekiranya mengahadapi masalah arnab obes, walaubagaimana pun pengurangan memberi pelet haruslah diseimbangkan dengan memberi sayuran dan juga Hay tanpa had. HAY Rumput kering atau hay (seperti Timothy, Alfalfa, Bermuda dan Oat) seharusnya seharusnya diberikan tampa had kepada arnab. Dengan menambah atau menukar diet hay dua kali sehari didalam diet dan mengurangkan pellet kepada sekali sehari dapat membuat arnab anda cukup lapar dan akan memakan hay yang diberikan.The House Rabbit Society mencadangkan agar anak arnab sehingga berumur 6-7 bulan diberikan rumput Alfalfa. Dan menukarkan kepada rumput dari jenis lain (Timorty, Bermuda, oat) secara berperingkat sehingga diet penuh adalah rumput dari jenis Timothy, Bermuda atau Oat. Ini adalah kerana rumput Alfalfa tinggi dengan kalsium dan protein dan rendah serat daripada jenis hay yang lain dan tidak sesuai bagi diet arnab dewasa.

Rumput Alfalfa bagus untuk arnab muda sehingga berumur 6 bulan

Rumput Timothy untuk arnab dewasa.

*photos taken from www.chubbypetsgarden.com


Untuk makluman cara untuk mendapatkan nya boleh menghubungi ChubbyPetsGarden-Online Store SAYURAN SEGAR Sayuran seharusnya diberikan kepada arnab. Bergantung kepada size arnab tersebut, 2-4 cawan sayuran segar patut diberikan setiap hari. Kepelbagaian jenis sayur dapat mengimbangi diet. Jika arnab sudah biasa dengan diet pelLet, peralihan kepada diet baru hendaklah dibuat berperingkat agar sistem penghadaman arnab tidak terganggu. Perkenalkan satu persatu jenis sayur kepada arnab, ini dapat mengesan sayuran yang tidak sesuai dengan arnab anda sekiranya berlaku cirit-birit. Jangan sesekali beri kepada arnab sayur yang telah layu dan tidak segar ini boleh menyebabkan cirit birit. Basuh sayuran dengan aliran air dan jika was was rendam sayuran didalam air selama 30 minit. Ini bukan sahaja dapat membuang segala racun serangga yang digunakan.. tetapi juga memboleh sayuran menyerap lebih banyak air yang mana ia bagus untuk arnab. Sayuran boleh diperkenalkan kepada arnab yang berumur 12 minggu dalam jumlah yang kecil. Tapi kebiasaannya saya memperkenalkan arnab kepada sayur hanya setelah arnab berumur 4 bulan. Ini adalah kerana sistem penghadaman yang masih muda dan dikhuatiri boleh menyebabkan cirit birit yang berlarutan dan boleh membawa kepada kematian. Sayur sayuran yang boleh diberi;

PERINGATAN!!! Iceberg Lettuce atau Salad Bulat atau Bola tidak boleh diberikan kepada arnab.

Untuk maklumat lebih lanjut, berkenaan jenis dan kuantiti yang boleh diberikan boleh klik di Suggested Vegetable PELLET Pellet diperkenalkan bagi pemakanan arnab yang diternak diladang-ladang dan dalam kuantiti yang besar, dan ia sangat tinggi dengan kalori. Dasarnya ia tidak sesuai untuk arnab dirumah kerana boleh menyebabkan masalah Obesiti dan masalah kesihatan jika diberikan secara tetap. Bagaimana pun pellet penting bagi keseimbangan khasiat lain yang diperlukan oleh arnab. Pakar berpendapat diet yang seimbang untuk arnab adalah pellet, sayuran dan juga Hay yang tiada had. Pilih pelet yang baik kualitinya. The House Rabbit Society mencadangkan kandungan pelet hendaklah 20-25% adalah serat, dalam 14% protin (bukan protin haiwan), dan kurang dari 1% kalsuim adalah baik untuk arnab peliharaan. Bagi arnab dewasa kuantiti pelet hendaklah dikawal mengikut berat badan. Sebagai panduan cawan untuk berat arnab 5-7 lb, cawan untuk 8-10lb, dan cawan untuk 11-15lb berat arnab. Arnab muda atau anak arnab berikan tambahan cawan / 6 lb beratnya sehingga mencapai umur 6 bulan. Pellet yang disyorkan,

OXBOW Bunnies Basics Snek untuk Arnab?? Kami mencadangkan 1-2 sudu besar buah buahan segar diberikan kepada arnab sebagai snek. Memandangkan kandungan karbohidrat dan gula didalam snek ini terlalu tinggi. Maka memberi arnab dalam kuantiti yang banyak dan kerap adalah tidak sesuai, kerana ia akan mendatangkan masalah kepada arnab.

Untuk maklumat lebih lanjut, berkenaan jenis dan kuantiti yang boleh diberikan boleh klik di Suggested Fruits MEMILIH SANGKAR Arnab boleh dipelihara didalam rumah dengan baik sekali. Dengan kebebasan untuk bergerak bebas didalam rumah ( pastikan ia selamat untuk arnab). Arnab amat mudah dilatih mengunakan tandas. Walaupun arnab anda mungkin tidak dikurung dan boleh bergerak bebas didalam rumah, sangkar masih dianggap sebagai sarang atau tempat selamat baginya dimana ia boleh berasa selesa dan selamat. Terdapat berbagai jenis dan saiz sangkar dipasaran. Sama ada kecil atau besar, dan kebanyakannya berlantai jaring , yang mana mudah dibersihkan pastikan ia cukup selesa untuk arnab. Mudah dan cantik bagi anda bukan bermakna selesa bagi arnab. Saiz dan ukuran Seperti biasa lebih besar ada lah lebih baik. Sekiranya arnab anda kebanyakan masanya di dalam sangkar, dapatkan sangkar yang cukup besar dan praktikal dirumah. Sebagai panduan saiz sangkar sebaiknya 4 kali ganda besarnya daripada size arnab. Contohnya 24 x 36 untuk arnab seberat kurang dari 8lbs atau 30 x 36 untuk arnab yang lebih besar. Arnab mudah untuk di litter trained, jadi lantai solid tidak menjadi masalah dan mudah untuk dibersihkan. Kebanyakan sangkar dipasaran mengunakan jaring dawai/besi sebagai lantai bagi tujuan mudah untuk dibersihkan. Bagaimanapun ini amat kurang selesa kepada arnab dan boleh menyebabkan masalah seperti sores hocks. Sekiranya anda mengunakan sangkar sebegini, pastikan anda meletakan sekeping papan atau jubin ceramic atau apa2 saje bahan lain untuk mewujudkan lantai solid bagi arnab anda berpijak. Bagi memudah kan sisa pembuangan jatuh terus ke bawah .. dicadangkan agar diletakan jaring plastic bersaiz x atau plastic anti gelincir yang sering digunakan di bilik mandi sebagai lantai sangkar. Pintu sangkar hendaklah cukup luas dan lebar bagi memudahkan anda membersihkan dan juga arnab keluar masuk sangkar. Sebaiknya elakan membeli sangkar yang mengunakan pintu dari atas sangkar. Pintu di sisi adalah yang terbaik. Pastikan tidak ada besi, wayar atau dawai tajam didalam, lantai , dinding dan pintu sangkar. Seandainya anda seorang yang kreatif dan pandai bertukang. Anda boleh membina sendiri sangkar arnab anda. Bukan saya lebih practical tetapi juga menambahkan keseronokan anda memelihara arnab.

Sangkar 2 tingkat dengan ukuran 4 x 2 x 2

Sangkar hendahlah selesa, boleh memuatkan Toilet tray dan juga bekas makanan dan minuman, sertakan juga bahan mainan agar arnab tidak bosan. Kemasan Bulu/ Grooming Arnab adalah sejenis haiwan yang sangat pembersih, dan menghabiskan masa yang lama untuk megemas dan merapi diri. Dan ini bermakna mereka tidak perlu dimandikan , bagaimanapun menyikat atau memberus mereka boleh menghasilkan lapisan bulu yang sihat dan juga mengelakan HairBalls dari berlaku. Menyikat atau memberus Jika arnab anda berbulu pendek, melakukan rutin menyikat dan memberus sekali seminggu adalah digalakan. Apabila tiba musim pertukaran kepada bulu yang baru (ia berlaku 3 bulan sekali), rutin yang lebih kerap adalah baik. Pada masa yang lebih teruk , sekiranya anda dihujani dengan bulu

arnab atau bulu arnab berterbangan hampir keseluruhan rumah, rutin ini hendaklah dilakukan setiap hari. Harus diingat yang kulit arnab amat nipis dan sensitive, jadi berhati hati dan gunakan berus atau sikat yang dikhaskan atau sesuai untuk arnab. Mengusap bulu arnab dengan tangan yang basah juga dapat membantu membuang bulu yang gugur dan mati. Sikat @ Slicker dan Berus untuk arnab *photos taken from www.chubbypetsgarden.com

untuk mendapatkannyer dan keterangan lanjut Hubungi ChubbyPetGarden Jika ada memelihara baka Angora, runtin ini adalah lebih kerap. Melainkan jika anda ingin arnab anda berbulu panjang dan tebal. Kemaskan bulu arnab sehingga 1inci panjang jika tidak bulu akan mudah bergumpal dan arnab akan mengalami masalah HAIRBALLS (wool Block). Anda boleh melakukan sendiri atau menghantar kepada GROOMER. Harus berhati ketika mengemas dan memotong bulu arnab, kerana kulit arnab tipis dan amat mudah terluka secara tidak sengaja. Bagi tujuan ini adalah lebih baik melakukannya sejak arnab masih muda, ini membolehkan arnab lebih tenang kerana telah biasa. Adalah digalakan melakakukan Grooming sendiri ini adalah kerana ia memberi masa yang berkualiti diantara anda dan arnab anda. Ini boleh membuatkan arnab anda lebih mesra dengan anda. Membuang Gumpalan Bulu Sekiranya arnab anda mempunyai gumpan bulu pada bulunya, jangan mengunakan gunting untuk membuangnyer , kerana ia amat mudah secara tidak sengaja terpotong kunit arnab tersebut. Dengan sabar dan secara lembut buang ia sedikit demi sedikit, berhati hati juga agat tidak menarik kulit arnab terlalu kuat. Ia mungkin mengambil masa yang lama dan berkali kali untuk membuang gumpalan bulu tersebut. Atau anda boleh memdapatkan FURMINATOR untuk menyelesaikan masalah anda. Adakah arnab perlu dimandikan? TIDAK. Arnab tidak perlu dimandikan seperti memandikan kucing atau anjing. Ini kerana merendam arnab di dalam air boleh mendatangkan stress kepada arnab. Jika arnab anda betul betul kotor hanya basuh ditempat yang betul betul kotor. Ataupun lap dengan mengunakan tuala yang dibasahkan. Hanrus diingat juga bulu arnab mengambil masa yang lama untuk kering. Sekirannya arnab anda tidak stress bolehlah mengunakan pengering rambut (Blow Dryer) pada suhu yang rendah dan tidak terlalu panas. Bunyi alat pengering rambut ini juga boleh mendatangkan stress. Jadi sebagai alternatifnyer lapkan arnab dengan mengunakan beberapa helai tuala yang bersih.

Atau anda boleh mengunakan dry shampoo yang memang dikhaskan untuk membersihkan arnab tanpa perlu membasahkan atau memandikannya dengan air.

Powder Shampoo untuk arnab *photos taken from www.chubbypetsgarden.com Untuk keterangan lanjut boleh dapatkanyer di ChubbyPetGarden Online Store

MEMOTONG KUKU Memotong dan memastikan kuku arnab pendek adalah baik untuk anda dan juga arnab. Baik bagi anda kerana anda tidak akan mengalami luka tercalar ketika anda megendalikan arnab dan baik untuk arnab kerana ia dapat mengelakkan Sore Hock dari berlaku. Periksa kuku arnab seminggu sekali dan potong sekiranya kelihatan panjang. Harus diingat anda harus lah memotongnya dengan betul, ini adalah kerana kuku arnab mempunyai salur darah.

Anda mungkin juga menyukai