Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SUBANG JAYA

JALAN SS14/5, 47500 SUBANG JAYA,


SELANGOR DARUL EHSAN.

MEMO PEMBERITAHUAN
1. Pertandingan Bercerita (peringkat kelas)
Tarikh : 18 Januari 2017 (Rabu)
Pakaian : Uniform lengkap sekolah
Tajuk cerita : bebas ( bahasa melayu atau bahasa inggeris ) ibu bapa sediakan
Penyertaan : sesiapa yang berminat

2. Pengurusan Buku Teks


Murid Tahun 1 akan diberikan buku teks secara berperingkat bermula pada tarikh 13 Januari
2017. Buku yang telah diperolehi perlu dibalut dan ditulis nama.

3. Penyerahan buku aktiviti Kementerian Pelajaran Malaysia


Bagi memudahkan urusan guru-guru mata pelajaran, maka murid Tahun 1 perlu menyerahkan
semua buku aktiviti KPM (murid Islam 9 buah buku, murid moral 7 buah buku) kepada guru
kelas masing-masing untuk disimpan oleh guru kelas pada 19 Januari 2017. Buku-buku tersebut
perlu dibalut dan ditulis nama dengan lengkap. Buku yang tidak dibalut akan dikembalikan
semula.

4. Jadual waktu kelas juga akan diedarkan kepada murid-murid bermula minggu hadapan 16
Januari 19 Januari 2017 mengikut pengurusan guru kelas masing-masing.

5. Pertandingan Pakaian Beragam dan Majlis Penutupan Minggu Transisi Tahun 1


Tarikh : 20 Januari 2017 ( Jumaat )
Masa : 2.10 6.30 petang
Tema : What I want to be? ( Saya hendak jadi) pilihan bebas
Pakaian : Mengikut tema semua murid tahun 1 digalakkan memakai pakaian mengikut
tema. Contoh :
- I want to be a superhero ( pakaian superhero )
- I want to be a princess ( pakaian ala-ala princess )
- I want to be a teacher/doctor/police ( pakaian mengikut pekerjaan
Memandangkan acara akan berlangsung pada waktu persekolahan, maka ibu bapa tidak perlu
hadir sepanjang acara itu berlangsung. Kerjasama ibu bapa dapat melicinkan perjalanan
program tersebut.

Anda mungkin juga menyukai