Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN 2016

1.0 PENDAHULUAN

Perkembangan pendidikan dewasa ini telah melangkaui sempadan dan tidak hanya tertumpu pada
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas semata-mata. Oleh kerana itu, Unit Kokurikulum
SK Binjul Dalam akan menganjurkan Karnival Sukan & Permainan yang akan diadakan selepas
Peperiksaan Akhir Tahun 2016. Karnival ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan
pengalaman yang lebih meluas kepada para pelajar dalam menyertai sesuatu pertandingan sukan. Di
samping itu, pelajar mampu menonjolkan bakat masing-masing dan melepaskan beban tekanan
pelajaran supaya keseimbangan pembinaan diri pelajar dapat direalisasikan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.

2.0 RASIONAL

Kebanyakan pelajar amat berminat dengan aktiviti-aktiviti permainan yang memerlukan ketahanan
dan kekuatan dari segi fizikal dan mental. Selain itu, pertandingan secara berkumpulan ini mampu
untuk membentuk sikap kerjasama, bertolak ansur dan bantu membantu dalam diri pelajar. Justeru
itu, Karnival Sukan & Permainan ini boleh menjadi wadah kepada pelajar bagi melahirkan murid
yang berketrampilan, berdisiplin, bersikap positif, cergas dan sihat ke arah merealisasikan aspirasi
dan visi Sekolah Kebangsaan Binjul Dalam.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Penyertaan terdiri daripada semua murid SK Binjul Dalam berjumlah 172 orang murid

4.0 TARIKH DAN MASA CADANGAN

Tarikh : 28/9/2016
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi 6 petang

5.0 TEMPAT

Padang SK Binjul Dalam

6.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar sekolah yang berdisiplin, komited, berdaya saing, sihat dan cergas.

7.0 OBJEKTIF :

7.1 Mengenalpasti bakat pelajar dalam sukan tersebut

7.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar

7.3 Menggalakan kerjasama yang lebih erat antara pelajar.

7.4 Memupuk semangat berpasukan dalam setiap pasukan yang bertanding.

7.5 Menyatupadukan pelajar dengan semua warga SK Binjul Dalam.


7.6 Menyemarakan lagi budaya bersukan dalam kalangan pelajar SK Binjul Dalam

8.0 ACARA DAN SKOP PERTANDINGAN


8.1 Futsal

Perlawanan dijalankan secara liga dan kalah mati


Setiap pasukan mesti disertai dengan 5 orang pemain utama dan 1 orang pemain simpanan
yang terdiri daripada gabungan murid lelaki dari Tahun 3, 4, 5 dan 6.
Masa yang diperuntukkan untuk satu perlawanan adalah 10 minit (Separuh masa diadakan
selama 5 minit tanpa waktu rehat)

8.2 Bola Baling

Perlawanan dijalankan secara liga dan kalah mati


Setiap pasukan mesti disertai dengan 6 orang pemain utama dan 2 orang pemain simpanan
yang terdiri daripada gabungan murid perempuan dari Tahun 3, 4, 5 dan 6.
Masa yang diperuntukkan untuk satu perlawanan adalah 10 minit (Separuh masa diadakan
selama 5 minit tanpa waktu rehat)

8.3 Sukaneka

Dijalankan secara kalah mati


Setiap pasukan terdiri daripada 8 orang murid Tahun 1 dan 2 yang digabungkan.
Acara yang dipertandingkan adalah Piramid Cawan dan Kasut Tempurung

8.4 Peraturan pengadilan

Pentandingan diadili oleh pengadil yang dilantik oleh Jawatan pertandingan.


Pengadilan dan peraturan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pasukan yang
bertanding.
Taklimat permainan dan pertandingan akan diadakan sebelum pertandingan.
Setiap keputusan adalah tertakluk kepada jawatankuasa induk
9.0 ATURCARA PROGRAM

Mengikut perancangan pihak penganjur, pertandingan ini akan dijangka diadakan selama 1 hari..

RABU_(28/9/2016)

8.00pg Pendaftaran Dan Taklimat

8.30pg Perlawanan peringkat kumpulan

Pertandingan futsal gelanggang futsal

Pertandingan bola baling gelanggang bola baling

Acara sukaneka padang bola jaring

12.00tgh hari Rehat /makan tengahari

2.00ptg Perlawanan disambung

Peringkat Kalah Mati

5.00ptg Penyampaian Hadiah dan Saguhati

6.00ptg -- Bersurai

10.0 JAWATANKUASA PROGRAM

(Sila Lihat Lampiran 1)

11.0 ANGGARAN BELANJAWAN

(Sila Lihat Lampiran 2)


LAMPIRAN 1

10.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung:Pn Zalilah binti Mat Zain (Guru Besar SK Binjul Dalam)

Setiausaha:En. Mohd Nizan bin Md Isa(Setiausaha Sukan)

Bendahari: Pn.Nurul Wardah bt Awang Kechil

Ahli Jawatankuasa Kecil:

PERSEDIAAN TEMPAT:

a) En.Mohd Nizan bin Md Isa

b) Pekerja Kebersihan Sekolah

URUSETIA:

a) En. Khairul Nizar bin Abu Laini

b) En.Alias bin Hasan

PERALATAN:

a) Pn.Salbiah bt Abd Raoh

b) Pn.Salmah bt Kasim

KESELAMATAN /RAWATAN:

a) Pn.Faizah bt Hurmu Ali

b) Pn.Mazni bt Md Noh

JADUAL DAN BORANG PERTANDINGAN:

a) En.Kasim b.Shaari

HADIAH/SIJIL:

a) Pn. Roslina bt Abd Hamid

b) Pn.Bedah bt Desa

c) Pn.Ainun bt Ahmad

MAKANAN/MINUMAN

a) Pn. Aminah bt Mohamed Daud

b) Pn. Jamilah bt Abd Wahab


KEPENGADILAN

a) En.Muhammad Shafiq Fitri b Abdullah

b) En.Hisyarir bin Mohd Salwi

c) En.Kasim bin Shaari

d) Pn.Salbiah bt Abd Raoh


LAMPIRAN 2

11.0 KEWANGAN

11.1 Punca Kewangan

Peruntukan Sukan Sekolah RM 815.44

11.2 Perbelanjaan

Hadiah
i) Futsal
Johan (Hamper x 1) RM 50.00
Naib Johan (Hamper x 1) RM 40.00
Ketiga (Hamper x 1) RM 30.00
ii) Bola Baling
Johan (Hamper x 1) RM 50.00
Naib Johan (Hamper x 1) RM 40.00
Ketiga (Hamper x 1) RM 30.00
iii) Sukaneka
Johan (Hamper x 1) RM 50.00
Naib Johan (Hamper x 1) RM 40.00
Ketiga (Hamper x 1) RM 30.00

Medal (66 orang x RM 2.50) RM 231.00

Banner RM 70.00

Sijil Penyertaan (66 orang x RM 1.50) RM 99.00

Peralatan Sukaneka RM 55.44

Jumlah Perbelanjaan RM 815.44


12.0 PENUTUP

Kami berharap program yang dicadangkan ini akan dilaksanakan dan akan berjalan dengan lancar
serta mencapai matlamat dan objektif . Terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang
memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.
(MOHD NIZAN BIN MD ISA) (MASYITAH BT MD TARMIZI))
Setiausaha Sukan, PK KOKURIKULUM,
SK Binjul Dalam SK Binjul Dalam,
09310 Kuala Ketil 09310 Kuala Ketil,
Kedah Kedah.

Disahkan oleh,

( )
GURU BESAR,
SK Binjul Dalam,
09310 Kuala Ketil,
Kedah.

Anda mungkin juga menyukai