Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI INDIVIDU – HARI KARNIVAL KOKO

NAMA : NURUL NADIA FARHANA BINTI MOHD HANAFE

NO MATRIK : D20221103360

KUMPULAN : 2

NAMA PENSYARAH : PUAN NURUL HUDA BINTI MAT AMIN


KELEMAHAN

Saya Nurul Nadia Farhana Binti Mohd Hanafe merupakan ahli kumpulan 2 dari

CPR2011 kumpulan F telah mengikuti program Hari Kokurikulum yang

diadakan pada hari Sabtu bersamaan 24 Jun 2023 telah menjalankan satu

aktiviti yang diberi nama Adventurous Oddysey yang hanya melibatkan pelajar

dalam kumpulan F CPR sahaja. Saya telah menjadi salah satu ahli jawatankuasa

dalam menjayakan program ini. Saya telah menjadi salah satu ajk aktiviti di

mana tugas kami adalah berkaitan dengan merancang aktivti-aktiviti yang perlu

dilaksanakan bagi setiap checkpoint yang telah ditetapkan. Kami bersama ajk

yang lain saling bertungkus lumus dalam menyiapkan dan juga memerah idea

bagi membina satu aktiviti yang menarik dan bersesuaian dengan tema bagi

setiap checkpoint yang ditetapkan. Dalam aktiviti ini terdapat 7 checkpoint

dimana 6 checkpoint terdapat aktiviti yang menarik dimana setiap pelajar yang

telah dibahagikan kumpulan perlu menyelesaikannya bagi mendapat petunjuk

untuk ke checkpoint 7 iaitu checkpoint terakhir. Kelebihan yang saya dapat

dalam program ini adalah saya dapat menambah ramai lagi kenalan baru

memandangkan kami dalam ajk aktiviti tersebut terdapat orang-orang baru yang

mungkin kami tidak kenal walaupun sekelas. Oleh itu, dengan adanya aktiviti

sebegini saya dapat berkenalan dengan mereka sekaligus dapat melatih diri

untuk menjadi lebih mahir dalam berkomunikasi dengan orang baru. Selain itu,

saya dapat melatih diri untuk menjadi lebih konfiden dalam menyuarakan
pendapat ataupun idea yang terlintas di fikiran saya. Hal ini kerana, seperti saya

beritahu, saya merupakan salah satu ajk aktiviti dan ia melibatkan gerak kerja

berkaitan dengan menghasilkan aktiviti-aktiviti menarik dimana ia perlu

bersesuaian dengan tema yang diberi oleh ketua ajk. Disini sifat kreatif dan

inovatif perlu ada bagi semua ajk kerana kami perlu menetapkan pelbagai

peraturan permainan, cara bermain dan juga masa bermain bagi permainan

tersebut. Dan sekiranya peraturan tersebut tersebut kurang menepati agenda

yang ditetapkan oleh pengarah program iaitu Aina Shafiqah. Oleh itu, kami

perlu sentiasa bersiap sedia dengan idea dalam pemikiran kami sekiranya

terpaksa mengubahnya.

KELEMAHAN

Kelemahan yang terdapat pada diri saya adalah dimana saya kurang peka

dengan masa yang ditetapkan oleh ketua ajk aktiviti dimana sepatutnya semua

ajk diminta untuk berkumpul pada 7.30 pagi di gelanggang squash yang terletak

di Arena. Saya dengan lagi 3 orang rakan saya terpaksa hadir lambat dan kami

terlepas dengan sedikit penerangan berkaitan tentatif yang akan berlaku

sepanjang program dilaksanakan sehingga tamat. Oleh itu, kami agak kurang

faham tentang aktiviti yang dijalankan memandangkan kami tak sempat

mendengarnya kerana sesi penerangan sudah habis. Tetapi memandangkan salah

seorang rakan kami ada yang datang lebih awal dan merupakan ajk aktiviti

jugak berjaya merakam atau merekod suara ketua ajk kami semasa sesi
penerangan dilakukan. Tambahan pula, dengan kesalahan itu jugak kami kurang

dapat mengawal suasana keadaan permainan di checkpoint kami

memandangkan ada perkara kami tidak ketahui dan kurang jelas. Ada juga serta

peraturan permainan kami tidak patuhi kerana ingin mengejar masa dan kurang

membuat persiapan.

PENAMBAHBAIKAN DIRI SENDIRI

Penambaikan yang boleh saya lakukan kepada diri saya hasil daripada program

ini adalah saya perlu menjadi lebih peka dengan arahan dan peraturan yang

ditetapkan agar permainan dapat dijalankan dengan lebih teratur dan berjalan

lancar tanpa cacat cela. Selain itu, saya juga perlu sentiasa lebih menepati masa

kerana ia amat berguna kepada masa akan datang. Apabila kita sentiasa

menepati masa ia akan memberi banyak faedah dan juga setiap masa umpama

emas dan harus dihargai setiap masa. Masa tidak dapat diputarkan semula dan

mungkin akan menjadi sia-sia. Saya harap pada masa akan datang saya akan

lebih cemerlang dalam mengendalikan aktiviti yang mungkin saya sertai.

Anda mungkin juga menyukai