Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI GURU

‫هللا الرَّ حْ َم ِن الرَّ ِحي ِْم‬


ِ ‫ِبسْ ِم‬

‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه‬


َ ‫سالَ ُم َعلَى‬ َّ ‫ َوال َعاقِ َبة لِ ْل ُم َّتقِ ْينَ َوال‬, َ‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َر ِّب ال َعالَ ِم ْين‬
َّ ‫صالَة َُوال‬

َ‫اب ِه َأ ْج َم ِع ْين‬ ْ ‫َوَأ‬


ِ ‫ص َح‬
Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis
sambutan Hari Guru 2022 peringkat Sekolah pada pagi yang berbahagia ini dengan tema :

(GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA)

Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa ’alullima yurid ,

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu
kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang
berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia
pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu  semata-mata .

Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar
Engkau anugerahkan rasa kasih sayang  kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak
didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri ,
kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah
pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam
memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan
kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya
dan di arena pendidikan perdana amnya .

Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,

Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah, sudilah kiranya
Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan
menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-
guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi
insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta  .

‫شقِ ًّيا َوالَ َم ْط ُر ْو ًدا‬


َ ‫ َوالَ َت ْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْي َنا َوالَ َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا‬، ‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َو َت َف ُّر َقـَ َنا مِنْ َب ْع ِد ِه َت َف ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اج َعلْ َج ْم َع َنا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
‫ َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬.

Anda mungkin juga menyukai