Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN

AKTIVITI 1 : BINGO (5 BARIS DALAM 25 ANGKA)

1. Murid akan menulis nombor daripada angka 1 hingga 25 secara rawak pada kotak BINGO.
2. Setiap kumpulan akan menyebut satu nombor secara bergilir-gilir.
3. Setiap nombor yang disebut akan ditanda satu persatu sehingga mendapat membentuk
sebaris lengkap 5 nombor untuk dipotong huruf pada ejaan B-I-N-G-O.
4. Sekiranya berjaya mendapat lima baris nombor lengkap, kumpulan perlu menjerit
BINGO!! bagi menunjukkan kumpulan tersebut berjaya menyelesaikannya.
5. Permainan akan diteruskan bagi mencari pemenang kedua dan ketiga.
6. Sekiranya terdapat dua atau lebih kumpulan yang selesai secara serentak, jeritan yang
paling cepat akan menjadi pemenangnya. Oleh itu pembantu pemerhati perlu SENTIASA
FOKUS dengan jeritan kumpulan setiap kali kumpulan selesaikan BINGO nya.

AKTIVITI 2 : KARPET BINGO (1BARIS DALAM 9 ANGKA)

1. Setiap kumpulan akan dibekalkan KARPET BINGO.


2. Guru akan membacakan soalan secara satu persatu. Murid akan mendengar sambil
mencongak. Hasil yang diperolehi akan tertera pada karpet bingo.
3. Seorang wakil kumpulan akan berdiri pada jawapan di karpet tersebut.
4. Soalan lain akan dibaca lagi, dan aktiviti sama dilakukan dengan seorang lagi wakil masuk
ke karpet bingo mengikut jawapan yang diperolehi.
5. Kumpulan yang dapat sebaris 3orang diantara 9 nombor itu berjaya mendapat BINGO.
Kumpulan perlu menjerit BINGO!! untuk mengesahkannya.
6. Sekiranya terdapat dua atau lebih kumpulan yang selesai secara serentak. Pengadilan
adalah berdasarkan jawapan yang betul terlebih dahulu. Sekiranya jawapan juga sama,
jeritan yang paling cepat akan menjadi pemenangnya. Oleh itu pembantu pemerhati perlu
SENTIASA FOKUS dengan jeritan kumpulan setiap kali kumpulan selesaikan BINGO nya.

Bahagian ini hanya untuk kegunaan cikgu sahaja.


SOALAN NYA (Jangan baca masa menjelaskan peraturan)
1. 5 x 2 + 20 x 10 = 210 (betul) 300 (salah)
2. 100 - 10 x 2 = 80 (betul) 180 (salah)
3. 50 + 30 ÷ 2 = 65 (betul) 40 (salah)
4. 100 + 100 x 3 = 400 (betul) 600 (salah)
5. 5 x 2 + 10 + 20 ÷ 5 = 24 (betul) 8 (salah)

** setiap nombor sebut satu persatu secara perlahan, supaya murid tidak perasan bahawa
soalan tersebut berkaitan operasi matematik sistem BODMAS.

AKTIVITI 3 : DART UNTUNG

1. Guru akan menyediakan Dart Board yang tertulis angka dan operasi, pada dinding kelas.
2. Hanya disediakan 5 buah dart untuk balingan setiap ahli kumpulan.
3. Murid akan mensasarkan buah dart pada angka yang dapat memberi keubtungan markah
tinggi kepada kumpulan.
4. Setiap hasil sasaran akan dihitung jumlahnya sebagai markah.
5. Setelah selesai semua pusingan, hasil markah yang diperolehi akan dicampurkan.
6. Kumpulan yang berjaya mendapat keseluruhan markah aling tinggi adalah pemenangnya.

Anda mungkin juga menyukai