Anda di halaman 1dari 1

STANDARD PEMBELAJARAN:

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan
(TING.4) menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya
SUMBER Sulalatus Salatin:Sejarah Melayu

SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Sebermula maka tersebutlah dalam Melaka pencuri terlalu buas, orang kehilangan pun tiada
berhenti lagi sentiasa malam. Setelah Sultan Alau’d-Din Riayat Syah mendengar pencuri
terlalu ganas itu, maka baginda pun terlalu masyghul, setelah hari malam, maka baginda pun
memakai cara pakaian si pencuri. Maka baginda berjalan menyamar, tiada membawa teman;
hanya Hang Isap dibawa baginda beserta pergi itu.

(Sumber: Dipetik daripada Sulalatus Salatin: Sejarah


Melayu. Hlm. 173-174, diselenggarakan oleh A. Samad
Ahmad, 2000, Dewan Bahasa dan Pustaka)
( 6 markah)

JAWAPAN

BAHASA MELAYU KLASIK BAHASA MELAYU STANDARD

Sebermula maka tersebutlah dalam Melaka Di Melaka terdapat pencuri yang


pencuri terlalu buas, orang kehilangan pun menyebabkan ramai orang yang hilang harta
tiada berhenti lagi sentiasa malam. bendanya pada waktu malam.

Setelah Sultan Alau’d-Din Riayat Syah Setelah Sultan Alau’d-Din Riayat Syah
mendengar pencuri terlalu ganas itu, maka mendengar tentang masalah pencuri itu,
baginda pun terlalu masyghul, setelah hari baginda berasa susah hati kemudian pada
malam, maka baginda pun memakai cara waktu malam baginda menyamar memakai
pakaian si pencuri. cara pakaian si pencuri.

Maka baginda berjalan menyamar, tiada Baginda menyamar dengan bertemankan


membawa teman; hanya Hang Isap dibawa Hang Isap sahaja.
baginda beserta pergi itu.

Anda mungkin juga menyukai