Anda di halaman 1dari 5

OBJEKTIF MAKMAL SAINS

 Memastikan Makmal Sains sekolah kemas, terurus dan kondusif untuk


P&P.
 Mempertingkatkan mutu pengurusan Makmal Sains dan keceriaan
sekolah keseluruhannya.
 Meningkatkan langkah-langkah keselamatan dan menambah
keselesaan kepada pengguna.
 Meningkatkan penguasaan kemahiran saintifik, kemahiran berfikir dan
memupuk nilai murni di kalangan murid.
SENARAI TUGAS

Jawatan : Pembantu Makmal


Gred : C19
Unit : Makmal KBSM Tingkatan 2 & Tingkatan 3

Tugas dan Tanggungjawab


BIL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1 Pengurusan Makmal Sains
 Menjalankan tugas mengikut peraturan keselamatan makmal sains
yang ditetapkan.
 Mengenal pasti peralatan dan keperluan makmal sains yang
diperlukan.
 Menguruskan keperluan bahan bantu mengajar di makmal sains.
 Memaparkan peraturan dan panduan keselamatan makmal sains.
 Memastikan makmal sains sentiasa berkeadaan bersih, teratur dan
ceria.
 Menyelia kerja-kerja pembersihan yang tidak melibatkan
bahan/radas seperti tingkap/sawang/lampu/lantai yang
dilaksanakan oleh syarikat pembersihan.
 Memastikan makmal sains berada dalam keadaan kondusif dan
selamat.
2 Penyediaan dan Pengendalian bahan dan radas peralatan sains
 Mengklasifikasikan bahan dan radas/peralatan di makmal sains
dengan betul.
BIL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
 Menerima dan menyimpan bahan/specimen/sampel mengikut
peraturan pengendalian.
 Menyediakan keperluan amali sepertimana permohonan guru di
Borang Pesanan Amali.
 Melaksanakan semua langkah keselamatan semasa
mengendalikan bahan dan peralatan sains.
 Memastikan keperluan amali yang disediakan adalah mencukupi,
berfungsi dan selamat digunakan.
3 Penyenggaraan Peralatan Sains
 Menguji dan memastikan peralatan boleh berfungsi dan selamat
digunakan.
 Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.
 Merekod dan melaporkan kerosakan bahan/peralatan untuk
tindakan Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Pembantu
Makmal/Ketua Bidang Sains.
4 Pengendalian Amali Sains
 Membantu guru semasa aktiviti amali dijalankan di makmal sains.
 Memastikan pelajar menjalankan amali mengikut prosedur
keselamatan dan kebersihan.
 Mengenal pasti masalah teknikal semasa penyediaan amali.
 Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi dan berkeadaan
baik sebelum dan selepas digunakan.
 Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan memenuhi
spesifikasi ditetapkan.
BIL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
 Memastikan radas yang telah digunakan dibersihkan dengan
sempurna mengikut prosedur ditetapkan.
 Memastikan pembuangan sisa amali dikendalikan mengikut
prosedur yang ditetapkan dan mengutamakan keselamatan.
5 Pengurusan Stor/Aset Makmal Sains
 Menguruskan asset dan stor makmal sains seperti berikut:
o Mengkategorikan dan melabelkan peralatan di makmal sains.
o Menyemak rekod setiap radas, bahan dan peralatan di
makmal sains yang dipertanggungjawabkan.
o Menguruskan asset dan stor makmal sains mengikut
Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA), Tatacara
penguruan Stor Kerajaan (TPS) atau arahan dan pekeliling
yang berkuatkuasa.
 Melaksanakan pelupusan aset dan bahan sisa seperti berikut:
o Mengenal pasti peralatan yang roasak dan tidak ekonomik
untuk dibaiki.
o Mengumpul dan menyenaraikan maklumat peralatan dan
bahan sisa yang dicadangkan untuk dilupuskan mengikut
Tatacara Aset Alih Kerajaan (TPA) , Tatacara Pengurusan
Stor Kerajaan (TPS), atau arahan dan pekeliling yang berkuat
kuasa.
o Memohon peruntukan daripada pihak pentadbir sekolah bagi
melaksanakan pelupusan bahan sisa/bahan kimia.
o Memastikan bahan sisa/bahan kimia/peralatan dikumpul/
disimpan sementara di stor bahan sisa/stor pelupusan.
BIL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
o Menguruskan pelupusan peralatan mengikut Tatacara
Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA), Tatacara Pengurusan
Stor Kerajaan (TPS) atau arahan dan pekeliling yang berkuat
kuasa.

Anda mungkin juga menyukai