Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih tuan pengerusi majlis, yang dimuliakan barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana dalam

menegakkan panji2 keadilan seterusnya rakan2 dan hadirin hadirat yang saya kasihi sekalian Dilahirkan tahun 68 sebelum hijrah Keturunan bangsawan berakhlak luhur Diberi nama siti khadijah Ummul Mukminin yang sangat tersohor. Demikianlah tajuk cerita saya pada hari ini. Kawan2.. SITI Khadijah merupakan seorang wanita yang berasal daripada suku kaum Asadiyah, iaitu keturunan Quraisy yang amat dihormati dan disegani. Digelar Al-Tahirah, yang bermaksud perempuan suci kerana beliau seorang yang pandai menjaga akhlak, keturunan dan maruah diri. Sesudah menjadi janda, beliau seringkali dilamar pemuka quraisy dengan maskahwin yang tinggi, akan tetapi ditolak dengan baik kerana belum bertemu dengan seseorang yang berkenan di hati. Sikap Khadijah ini selari dengan apa yang telah digariskan dalam al-Quran: Firman Allah yang berbunyi:. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). Surah Al ahzab:32 Kawan2 muslimin juga muslimat, seharusnya kita contohi akhlak dan keperibadian khadijah. Agar kita tidak terjebak dalam perkara yang ditegah oleh agama. Sepertimana yang berlaku dewasa ini, kes remaja melarikan diri dari rumah semakin bercambah. Demi kekasih, hukum agama,juga maruah keluarga ditolak ke tepi. Wal iya zubillah. Bangsawan.RupawanJuga Hartawan.. Punya harta, punya kekayaan. Seorang peniaga berjaya yang sangat masyhur di rantau Mekah. Melalui Maisarah pembantunya, Khadijah mengenali Nabi Muhammad. Muhammad yang terpuji, digelar Al-Amin kerana sangat jujur sudah cukup membuatkan Khadijah yakin dan percaya. Lalu, diberikan amanah mengendalikan perniagaannya sehingga ke negeri Syam. Hasilnya, keuntungan yang diperoleh berlipat kali ganda dari sebelumnya. Kawan2.. Takdir Allah penentu segalanya.. Kepercayaan dan keyakinan itu, akhirnya membuahkan cinta di hati Khadijah. Disokong pula dengan isyarat mimpi yang diberi Allah. Beliau telah melihat matahari turun dari langit, lalu menyinari rumahnya serta seluruh kota Makkah. Pantun

Menurut Waraqah Bin Naufal, iaitu sepupu Khadijah, mimpi itu mengkhabarkan bahawa Khadijah akan berkahwin dengan seorang nabi. Mendengar takwil tersebut, akhirnya Khadijah tekad menyatakan hasrat untuk mengahwini baginda. Sesuai dengan keperibadian khadijah, maka beliau telah dijodohkan dengan seorang rasul. Bagaikan pinang dibelah dua, mereka telah disatukan sebagai pasangan contoh sepanjang zaman. Jelasnya, wanita yang solehah pasti akan mendapat seorang suami yang soleh juga. Sebagaimana disebut dalam Surah An Nur ayat 24 yang berbunyi:.. Mafhumnya: (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Khadijah hidup bersama Rasulullah selama 24 tahun. Dan mereka telah dikurniakan 6 orang cahaya mata.. Anak nabi kita bersama Khadijah, 2 lelaki 4 perempuan; Qasim Abdullah, Zainab Ruqaiyah, Ummu kalthum dan juga Fatimah. Meski pun pahit tetapi beliau menerima dengan tabah pemergian kedua-dua anak lelakinya. Sebagai seorang isteri, juga sebagai ibu.. beliau telah melaksanakan tanggungjawab dengan sangat baik. Menghargai setiap sesuatu perkara yang Allah telah tetapkan buat dirinya. Kawan2.. zuriat merupakan amanah Allah kepada hamba-hamba Nya, oleh itu, amatlah tidak wajar perbuatan membuang serta membunuh bayi yang tidak berdosa. Sesungguhnya mereka adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada setiap manusia. Menyusuri kehidupan Khadijah bersama Rasulullah.. Beliaulah merupakan teman sejati baginda dalam mendukung perjuangan risalah kenabian. Di saat baginda bahagia dialah peneman, Di saat baginda beruzlah, dialah pembakar semangat, Di saat baginda berduka, dialah penglipur lara, Di kala baginda dinista dialah pembela, Dan di kala ajaran baginda ditolak dialah yang paling awal beriman. Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan. Oleh itu, maka tidak hairanlah mengapa baginda sangat menyayangi Siti Khadijah Mari kita singkap kembali peristiwa yang sungguh mendebarkan jantung Rasulullah SAW. Peristiwa itu ialah penerimaan wahyu yang pertama di Gua Hira. Sekembalinya ke rumah, baginda berkata kepada isterinya yang tercinta, Aku berasa khuatir terhadap diriku.

Lalu..Khadijah

berusaha

menabahkan

hati

suaminya

dengan

berkata,

Wahai kekanda, demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakanmu kerana sesungguhnya kekanda adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab. Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan rumah yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi pertolongan, sentiasa berbicara benar dan setia kepada amanah.. Pendek kata, kasih sayang Khadijah diterjemah delam bentuk ketaatan, kepatuhan serta sokongan kepada suami tercinta. Sesuai dengan firman Allah yang berbunyi: Maksudnya:Dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. (ar-Rum:21) Contoh yang telah ditunjukkan Khadijah ini, sudah cukup untuk dijadikan sebagai pedoman dalam kehidupan suami isteri. Sekiranya ia menjadi amalan, sudah tentu kes perceraian yang banyak berlaku dewasa ini dapat dikurangkan. Kawan2 muslimin dan muslimat.. Sokongan Saidatina Khadijah tidak terhenti di situ sahaja, malah seluruh hartanya juga turut diinfaqkan ke jalan Allah swt. Sehinggakan di akhir hayatnya, ketika berada di pangkuan Rasulullah saw, beliau berkata: Ya Rasulullah, jika tulang belulangku ini dapat dijadikan jambatan untuk keluar ke jalan Allah, maka ambillah. Aku redha ya Rasulullah. Begitu tekadnya pengorbanan Khadijah terhadap perjuangan risalah Nabi.. Beliau meninggal dunia dalam usia 64tahun. Semenjak pemergian Siti Khadijah, Rasulullah sangat sedih kerana begitu terasa kehilangan seorang kawan, teman, isteri, pembantu dan pembela ketika baginda menjalankan seruan Allah. Justeru, sebagai teladan, kita harus memberikan sokongan kepada Sukarelawan Malaysia yang berkorban menyampaikan bantuan ke Gaza, kerana ia merupakan 1 bentuk pengorbanan dalam usaha memperjuangkan agama suci kita.

Siti Khadijah mujahidah solehah Agung jasamu di persada sejarah Pemergianmu ditangisi nabi Hingga kini tiada pengganti

Lagu Nasyid Siti Khadijah

Dengan ini, berakhirlah cerita saya.. Kalau tuan mudik ke hulu, Belikan saya bunga raya, bertemu kita di lain waktu.. Sambutlah salam daripada saya.. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai