Anda di halaman 1dari 4

Nama Sekolah: SK Paya Bungor, Kuantan

Kod Sekolah: CBA 5004

SAIDATINA KHADIJAH ISTERI RASULULLAH S.A.W

‫ بسم اهلل الرمحن الرحيم‬،‫اعوذباهلل من الشيطان الرجيم‬


Terima kasih tuan pengerusi majlis, yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi
adil dan bijaksana penjaga masa, guru- guru yang dikasihi, sahabat seperjuangan serta
hadirin dan hadirat sekalian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam satu Malaysia

Anak ayam mencari makan


Mencari makan di tepi kolah Pantun
Pilihan cerita, ayuh dengarkan,
Saidatina Khadijah, isteri Rasulullah

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Siapa Khadijah? Dia adalah Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdil Uzza bin
Qushay dari suku kaum Asadiyah yang memiliki garis keturunan paling terhormat dalam
keturunan Quraisy. Firman Allah di dalam surah al- Ahzab ayat: 32

‫اعوذباهلل من الشيطان الرجيم‬


.........       
”...Maksudnya: ”Hai isteri- isteri Nabi, kamu sakalian tidaklah seperti wanita yang lain

Siti Khadijah dilahirkan di Mekkah 68 tahun sebelum hijrah. Sebelum berkhawin dengan
Rasulullah, Khadijah pernah berkahwin sebanyak 2 kali tetapi kedua- dua suaminya
meninggal dunia.Ha....Setakat itu dulu cerita tentang peribadi Khadijah.

Kawan- kawan tahu bagaimana Rasulullah bertemu dengan Saidatina Khadijah? Pada
waktu itu, Rasulullah selalu membantu bapa saudaranya Abu Talib berniaga. Di Mekah
pada waktu itu, kekayaan Khadijah adalah menyamai perniagaan semua orang Quraisy
yang lain. Apabila dia mendengar berkenaan kejujuran dan peribadi Muhammad bin
Abdullah yang sangat mulia, Khadijah menawarkan Baginda menguruskan perniagaanya
ke Syam. Setelah Rasulullah bersetuju, Baginda ditemani oleh Maisarah, salah seorang
pekerja Siti Khadijah untuk menjalankan amanah tersebut.

Terlihat Maisarah berbagai keajaiban


Sepanjang bersama Rasul pilihan syair
Kepada Khadijah, Maisarah ceritakan
Dijadikan Nafisah sebagai utusan

Akhirnya berkahwinlah Siti Khadijah dengan Rasulullah. Khadijah lah yang meminang
Rasulullah pada ketika itu. Mereka berkhawin dengan mas kahwin sebanyak 400 dinar
Rasulullah berumur 25 tahun, dan Saidatina Khadijah berumur 40 tahun. Mereka
dikurniakan 6 orang anak iaitu Qasim, Ibrahim, Ruqayah, Zainab, Ummu Kalthum dan
Fatimah. Namun kesemua putera Baginda meninggal pada usia masih muda. Allah
berfirman di dalam surah al-Kahfi ayat 46

‫اعوذباهلل من الشيطان الرجيم‬

..… .     


Maksudnya: harta dan anak- anak adalah perhiasan kehidupan dunia....

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Sewaktu Rasulullah menerima wahyu daridapa Jibril A.S ketika umur Baginda 40 tahun,
Rasulullah berasa ketakutan yang amat sangat. Saidatina Khadijah lah yang
menenangkan Rasulullah agar ketakutan itu berkurangan. Pengalaman di Gua Hira’
sangat mencengkam baginya. Sesekali rasulullah berseru ” Selimuti aku! Selimuti aku!”
Khadijah pun menyelimutinya dan terus berada di sampingnya hingga lah Rasulullah
akhirnya terlelap.

Melihat suaminya yang tercinta terlelap, Khadijah segera pergi ke rumah sepupunya,
Waraqah bin Naufal untuk menceritakan pengalaman Rasulullah. Setelah mendengar
penjelasan Waraqah berkenaan kejadian tersebut, Khadijah segera berangkat pulang ke
rumahnya. Khadijah menceritakan apa yang didengarnya daripada Waraqah kepada
Rasulullah. Begitulah, Khadijah menjadi orang pertama yang beriman kepada
Muhammad Utusan Allah.

Hadirin hadirat sekalian,


Setiap yang hidup itu pasti akan mati. Itulah janji Allah kepada hamba- hambanya.
Sebagaimana Allah berfirman di dalam surah ali- Imran ayat 185 :

‫اعوذباهلل من الشيطان الرجيم‬


……     
Maksudnya: “ tiap- tiap yang berjiwa pasti akan mati…”

Kekuatan fizikal dan kecantikan Khadijah semakin lama semakin pudar dimamah usia.
Tetapi ada sesuatu yang tidak pernah berubah di dalam dirinya, kekuatan jiwa dan
kejernihan cinta. Dia selalu dan selamanya beriman kepada Allah serta menyakini
kebenaran risalah suaminya. Itulah cinta hati Rasulullah yang akhirnya dipanggil
menghadap Allah terlebih dahulu. Tidak dapat dinafikan, Khadijah merupakan seorang
isteri yang luar biasa. Bukan sahaja memiliki perilaku yang mulia, malah dia rela
mengorbankan seluruh harta dan jiwanya untuk dakwah Rasulullah. Begitulah kisah
Khadijah, cinta sejati bersama Rasulullah.

Pengajaran yang dapat kita ambil daripada cerita ini ialah:


1. Jadilah seorang isteri yang setia, dan ibu yang penuh kasih sayang untuk
mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia sekaligus dapat mengurangkan risiko
perceraian yang semakin meningkat alaf ini.
2. Sebagai seorang insan dan muslim, kita hendaklah sentiasa menjaga keturunan
dan maruah diri bagi mengelakkan gejala yang tidak diingini berlaku seperti
melahirkan anak luar nikah yang membawa kepada pembuangan bayi
3. Hendaklah sentiasa ikhlas dalam kehidupan berumah tangga dan saling bantu
membantu bagi mengurangkan risiko pasangan yang mempunyai tekanan yang
hanya memberi kesan kepada anak- anak.

sebelum saya mengakhiri cerita saya, terimalah serangkap pantun dari saya,
Orang putih orang melayu Pantun
Sekian dulu thank you

‫وباهلل التوفيق و اهلداية والسالم عليكم ورمحة اهلل وبركاته‬

Anda mungkin juga menyukai