Anda di halaman 1dari 3

SITI KHADIJAH R.

A CONTOH IBU
MITHALI MUSLIM

Isteri setia sanggup berkorban bagi mendukung perjuangan Rasulullah s.a.w.SIFAT isteri
salihah dan keibuan Ummul Mukminin Saidatina Khadijah Khuwailid adalah contoh terbaik ibu
mithali yang mempunyai sifat seperti cantik, kaya, cergas, cerdas, dermawan dan berketurunan
mulia.

Selain itu, beliau adalah seorang ‘al-wadud al-walud’ iaitu wanita penyayang dan subur.
Hasil perkongsian hidup beliau dengan Rasulullah SAW, dikurniakan empat puteri dan tiga putera.
Sifat isteri salihah dan keibuan boleh dicontohi dan dijadikan iktibar daripada perjalanan hidup
Saidatina Khadijah antaranya:

Tenang dan menenangkan jiwa Rasulullah SAW di kala sedih dan gelisah. Diriwayatkan
kehebatan Saidatina Khadijah ialah beliau seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah
SAW selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’.

Baginda Nabi SAW yang berada dalam keadaan ketakutan dan gementar ditenangkan
Saidatina Khadijah dengan katanya:

“Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah
hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka
menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu
kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang
ditimpa bencana”.

Kata-kata lemah lembut dan manis inilah yang membuatkan hati Baginda tenang. Perasaan
takut yang terbaca di raut wajah Rasulullah SAW hilang berganti cerah dan terang.

Selepas peristiwa di Gua Hira’ yang menandakan Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi
Rasul Allah, maka dengan tidak ada sebarang keraguan di hati Saidatina Khadijah untuk menerima
Islam.
Ummul Mukminin ini penyokong kuat Rasulullah SAW dalam menggerakkan usaha dakwah.
Beliau pembela paling setia dan sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga, harta dan perasaannya
demi kejayaan perjuangan Rasulullah SAW.Wanita yang diberi gelaran Ummul Mukminin (Ibu bagi
mukmin) adalah seorang yang hebat untuk dijadikan Ibu Mithali bagi setiap individu Muslim.

Mendukung perjuangan suaminya Rasulullah SAW dengan semangat dan jiwa seorang
pejuang, berpaksikan kepada kekuatan iman. Walaupun secara fizikalnya, Saidatina Khadijah tidak
mengalami gangguan dan ancaman kaum Musyrikin, tetapi sebagai seorang wanita, beliau turut
berasakan penderitaan dan kesedihan jika suaminya menerima tentangan dahsyat dalam
menyebarkan dakwah Islam.

Menghadapi saat suka duka dan susah senang bersama Rasulullah SAW. Perkara ini dapat
disaksikan dalam peristiwa pemulauan dilakukan oleh kafir Musyrikin terhadap Bani Hasyim dan Bani
Mutalib selama tiga tahun.Beliau sanggup meninggalkan segala kemewahan demi keimanan kepada
Allah dan Rasul-Nya. Sejuta jasa ditaburnya untuk memberikan perlindungan dan pembelaan kepada
suaminya dalam melaksanakan tugas kerasulannya.Pahit getir dalam menempuh hidup sebagai
pejuang Allah dirasakannya. Pelbagai ugutan dan cabaran diharungi bersama Baginda lantaran demi
cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Jasanya dikenang Rasulullah SAW selepas beliau pergi dijemput menemui Allah SWT.
Diriwayatkan pada suatu hari Khaulah Binti Hakim bertanyakan baginda:

“Wahai Rasulullah, apakah engkau kesepian berpisah dengan Khadijah? Rasulullah SAW menjawab
dengan katanya:

“Ya! Demi Allah, Khadijah itu pentadbir dan suri rumah yang baik”.

Selepas itu, baginda memperisterikan Saudah Binti Zum’ah dan Saidatina Aisyah. Ingatan
Baginda terhadap Saidatina Khadijah juga amat mendalam sehinggakan Saiditina Aisyah berasa
cemburu terhadap Khadijah. Dalam satu riwayat diceritakan bahawa pada suatu hari, Halah Binti
Khuwailid, saudara perempuan Khadijah datang menemui Baginda dengan penuh adab kesopanan
seperti adab Khadijah meminta izin mengadap Rasulullah SAW. Baginda berasa gembira melihat
perlakuan Halah dan mengungkapkan: “Ya Allah, Halah Binti Khuwailid”.
Mendengar ucapan itu Aisyah cemburu dan berkata: “Kenapa engkau masih mengingati
wanita Quraisy yang sudah tua, bermulut merah dan sudah tiada. Bukankah Allah sudah memberikan
kepadamu pengganti, isteri yang lebih baik daripadanya?” Lantas Baginda menjawab:

“Tidak! Beliau beriman ketika orang lain mengingkariku. Beliau mempercayaiku ketika orang lain
mendustakanku. Beliau membantuku dengan

hartanya, ketika orang lain tidak memberiku apa-apa. Allah mengurniakan aku anak darinya, tidak
daripada isteri yang lain.”

Keutamaan Khadijah di sisi Allah dan Rasul-Nya dipandang tinggi. Diriwayatkan bahawa Allah
menyampaikan salam-Nya kepada Khadijah ketika hidupnya melalui Jibril yang disampaikan kepada
Nabi SAW.

Baginda menyampaikan salam itu: “Wahai Khadijah, sesungguhnya Jibril sudah


menyampaikan salam kepadamu dari Allah Rabbil ‘Alamin”. Khadijah menjawab salam itu dengan
katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali
keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.”

Ibn Abbas menceritakan keutamaan Saidatina Khadijah pada kaca mata Rasulullah SAW
amat tinggi. Diriwayatkan pada suatu hari Rasulullah SAW membuat garis di atas tanah, Baginda
pun bertanya kepada sahabat: “Adakah kamu sekalian mengetahui mengenai ini?” Sahabat
menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”

Baginda pun bersabda: “Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitu Maryam Binti Imran,
Asiyah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah Binti Khuwailid dan Fatimah Binti Muhammad.”

Anda mungkin juga menyukai