Anda di halaman 1dari 5

METODOLOGI PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

GGGC6463

TUGASAN 3

Analisa 10 artikel

NAMA PENSYARAH:

DR. HAFIZHAH BINTI ZULKIFLI

NAMA PELAJAR:

MUHAMMAD FUAD BIN AHMAD TAJUDDIN

P113407
ANALISA ARTIKEL

Pendidikan Islam merupakan salah satu mata pelajaran yang sangat penting dalam system
Pendidikan Malaysia samada di peringkat rendah mahupun menengah. Begitu juga terdapat
di peringkat Pendidikan Khas untuk murid berkeperluan khas (MBK). Salah satu bidang yang
terdapat dalam Pendidikan Islam ialah Jawi. Bidang Jawi banyak diberi perhatian di
peringkat rendah. Manakala di peringkat menengah dan Pendidikan Khas kurang diberi
keutamaan namun tetap juga dipelajari. Pelbagai kajian yang dijalankan menunjukkan murid
agak kurang minat dengan Jawi dan seterusnya menyebabkan prestasi mereka terjejas.
Banyak kaedah, Teknik dan pendekatan yang diperkenalkan untuk menarik minat murid dan
segerusnya meningkatkan prestasi Jawi murid. Penulisan ini akan menganalisa 10 artikel
jurnal yang bertemakan bidang Jawi. Kesemua artikel membicarakan berkenaan cara
meningkatkan penguasaan Jawi khususnya kepada murid dari sudut cara, teknik, pendekatan,
program dan keberkesanannya dalam Jawi. Kesemua artikel diterbitkan antara tahun 2017
hingga 2021. Analisa ini akan dibuat secara satu persatu artikel dan diakhiri dengan rumusan
keseluruhan.
Artikel pertama bertajuk “Teknologi Realiti Luaran (AR) dalam pengajaran Jawi
abad 21” yang diterbitkan pada tahun 2018. Ia mengandungi 11 muka surat dan ditulis dalam
bahsa Melayu. Artikel ini membicarakan berkenaan teknik pengajaran Abad ke 21 dalam
Jawi iaitu berasaskan teknologi maklumat. Teknologi AR ini merupakan satu bahan bantu
belajar yang digunakan dalam PdP untuk menambah pengetahuan dan minat murid untuk
belajar. Teknologi AR ini sangat sesuai dengan suasana pendidikan pada hari ini. Namun dari
sudut penulisan artikel ini, pengkaji menerangkan berkenaan teknologi AR, kepentingan
tulisan Jawi, isu dan masalah tulisan Jawi, dan kaedah tulisan Jawi. Pengkaji hanya
menerangkan teknologi AR secara luaran sahaja tanpa memperincikan penggunaan, secara
praktikal. Begitu juga impak kepada murid tidak dikupas dengan lebih mendalam. Pengkaji
lebih banyak menerangkan berkenaan tulisan Jawi. Jadi artikel ini agak kurang memuaskan
dari segi isi kandungannya dan juga tajuknya tidak digambarkan dengan secukupnya.

Artikel kedua bertajuk “Jawi using multi-maker augemented reality” yang ditulis
sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris dan diterbitkan pada tahun 2021. Ianya mempunyai 7
muka surat sahaja. Tajuk artikel ini hampir sama dengan artikel 1. Fokus utamanya ialah
teknologi AR dalam bidang Jawi. Menariknya artikel ini ia menerangkan cara teknologi AR
direka bentuk dan cara penggunaanya. Model ADDIE digunakan untuk mereka cipta bahan
ini. Kajian juga dijalankan ke atas murid 5 dan 6 tahun di sekolah Tadika. Hasil daripada
kajian ini menunjukkan teknologi AR ini mampu menarik minat murid belajar Jawi dan
seterusnya meningkatkan prestasi Jawi murid. Namun tidak semua murid sesuai
menggunakan AR ini. Penggunaan AR ini hanya sesuai untuk murid peringkat tadika atau
murid yang lemah sahaja. Murid yang telah menguasai Jawi mungkin akan berasa bosan
dengan AR ini. Secara keseluruhannya artikel ini berjaya untuk memberi pemahaman yang
secukupnya untuk pembaca.

Artikel ketiga bertajuk “Jom Jawi: Meningkat Penguasaan Bahasa Jawi Di


Kalangan Murid Sekolah Rendah Mengguna Media Interaktif” yang diterbitkan pada tahun
2020. Ianya ditulis dalam Bahasa Melayu dan mengandungi 19 muka surat. Artikel ini juga
hampir sama dengan artikel 1 dan 2 yang mana memfokuskan teknologi maklumat dalam
meningkatkan minat dan prestasi Jawi dalam kalangan murid. Inovasi Jom Jawi merupakan
perisian media interaktif. Pengkaji menerangkan dengan lengkap setiap langkah pembentukan
perisian ini. Ia juga menerangkan cara penggunaannya. Juga diterangkan dalam artikel ini
secara terperinci berkenaan kajian dilakukan ke atas murid. Hasil dapatan menunjukkan
kesan yang amat baik kepada pelajar. Kesimpulannya artikel ini amat baik cara penulisannya.
Pendapat saya artikel ini agak panjang terutamanya pada bahagian latar belakang kajian.
Namun begitu, inovasi Jom Jawi ini amat menarik untuk digunakan khususnya untuk murid.

Artikel keempat bertajuk “Kefahaman al-Quran dan Jawi melalui permainan bahasa
bermultimedia” yang diterbitkan pada tahun 2017. Ianya ditulis dalam bahasa Melayu dan
mengandungi 13 muka surat. Tema artikel ini hampir sama dengan tema artikel sebelum ini
iaitu meningkatkan kefahaman murid melalui permainan yang menggunakan teknologi
maklumat. Pengkaji menerangkan berkenaan situasi murid dalam penguasaan al-Quran dan
Jawi. Ia juga menerangkan akan perlunya kedua-dua bidang ini menggunakan teknologi
maklumat untuk meningkatkan prestasi murid. Namun tidak diterangkan secara lanjut akan
cara dan teknik penggunaan permainan bahasa itu sendiri. Hanya diterangkan kelebihannya
sahaja. Isu yang dibangkitkan dalam artikel ini sangat baik namun ia akan menjadi lebih baik
sekiranya diterangkan secara terperinci berkenaan permainan bahasa ini.

Artikel kelima bertajuk “Kesan pembelajaran koperatif dan tradisional terhadap


pencapaian akademik penguasaan kemahiran Jawi” yang diterbitkan pada tahun 2017. Ianya
menpunyai 14 muka surat dan ditulis dalam Bahasa Melayu. Tema artikel ini membuat
perbandingan antara dua pendekatan dalam pengajaran Jawi iaitu koperatif dan tradisional.
Kajian ini untuk mengenal pasti pendekatan yang mana yang terbaik yang dapat
meningkatkan prestasi Jawi murid. Cara kajian yang dilakukan sangat baik. Namun
pemilihan peserta kajian iaitu murid mungkin perlu diteliti semula. Kajian ini tidak
menyatakan ciri-ciri murid sebagai peserta kajian yang mana boleh mempengaruhi hasil
kajian. Keseluruhannya artikel ini amat baik sekali. Cuma perlu penelitian pada peserta
kajian.

Artikel keenam bertajuk “Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi (KCJ) di Sekolah


Rendah Daerah Selangau, Sarawak” yang diterbitkan pada tahun 2021. Ianya ditulis dalam
Bahasa Melayu dan mempunyai 10 muka surat. Tema bagi artikel ini ialah program KCJ
yang mana bertujuan meningkatkan prestasi Jawi murid yang lemah. Artikel ini mengkaji
kesediaan dan persepsi guru terhadap pelaksanaan KCJ. Soal selidik dilakukan ke atas guru.
Hasil dapatan juga dinyatakan. Namun terdapat satu bahagian iaitu penggunaan kaedah
permainan dalam Jawi kurang tepat untuk dibincangkan. Begitu juga dengan kesimpulan
yang dinyatakan bersekali dengan perbincangan hasil kajian. Ianya agak kurang sesuai kerana
bahagian perbincangan agak panjang.
Artikel ketujuh bertajuk “Penggunaan Kad Warna Jawiku dalam meningkatkan
kemahiran menyambung huruf Jawi” diterbitkan pada tahun 2018. Ianya mengandungi 10
muka surat dan ditulis dalam Bahasa Melayu. Kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan
prestasi murid dalam bidang Jawi dengan menggunakan bahan bantu belajar (BBB) iaitu Kad
Warna Jawiku. Pengkaji telah menerangkan cara penggunaan kad ini. Namun pengkaji tidak
memaparkan data hasil kajian. Tidak dinyatakan ukuran keberjayaan pendekatan ini. Hanya
dinyatakan secara umum bahawa penggunaan kad memberi kesan positif dan
memberangsangkan.
Artikel kelapan bertajuk “Methods of teaching and learning of Jawi Braille to
Visually Impaired Students in Special Education Religious Schools” yang diterbitkan pada
tahun 2017 menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya. Ianya mengandungi 9 muka surat
sahaja. Kajian ini juga memfokuskan berkenaan dengan teknik pengajaran Jawi yang
dikhususkan untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK). Pengkaji berjaya menghuraikan
dengan sangat terperinci berkenaan teknik ini langkah demi langkah. Begitu juga dengan
sumber rujukan yang dibawakan sangat sesuai. Mungkin sedikit tambahan boleh memberi
kesan yang baik bagi artikel ini ialah kajian keberkesanan kepada murid.
Artikel kesembilan bertajuk “The role of game elements in improving Jawi skills
through a Mobile Game ‘G-Jawi’” yang diterbitkan pada 2018 dalam Bahasa Inggeris
sepenuhnya. Ianya mengandungi 11 muka surat. Pendekatan yang digunakan berbentuk
permainan menggunakan teknologi maklumat yang bertujuan untuk meningkat minat dan
prestasi murid terhadap Jawi. Pengkaji menulis secara terperinci dari sudut relevan, ciri-ciri
dan kepentingan aplikasi ini. Artikel ini ditulis dengan baik dengan mempunyai penerangan
konsep, penerangan cara permainan dijalankan, cara kajian dilakukan dan juga hasil dapatan.
Hasil kajian mendapati prestasi Jawi murid meningkat dengan penggunaan aplikasi ini.
Artikel ini sangat baik dari semua sudut.
Artikel kesepuluh bertajuk “Planet Jawi: Mastering Jawi through Gamified
Assessment “yang diterbitkan pada tahun 2020 yang menggunakan Bahasa Inggeris
sepenuhnya. Ianya sangat pendek iaitu hanya mengandungi 4 muka surat. Artikel ini juga
memfokuskan cara meningkatkan minat dan prestasi murid terhadap Jawi melalui permainan
berteknologi maklumat iaitu Planet Jawi. Walaupun terdapat semua bahagian penerangan,
tetapi amat ringkas. Begitu juga dengan kajian yang dilakukan tidak menyebut peserta kajian.
Hanya dinyatakan hasil kajian secara terus sahaja tanpa huraian lanjut.
Kesimpulannya, enam artikel ditulis dalam Bahasa Melayu dan empat artikel dalam
Bahasa Inggeris. Kesemuanya bertemakan bidang Jawi. Manakala objektif umum adalah
untuk meningkatkan minat murid dan juga prestasi Jawi murid. Kesemua pendekatan,
kaedah, teknik dan inovasi yang ditampilkan sangat baik. Namun dari segi penulisan ada
yang baik dan ada yang perlu ditambah baik. Jadi jelaslah disini bahawa penguasaan murid
dalam bidang Jawi masih perlu dipertingkatkan. Dengan adanya pelbagai teknik dan
pendekatan, maka diyakini minat murid akan bertambah dan berlakunya perubahan prestasi
murid ke arah positif.

RUJUKAN

Azrulhizam Shapii, Zainal Rasyid Mahayuddin & Sabarina Othman. 2020. Jom Jawi:
Meningkat Penguasaan Bahasa Jawi Di Kalangan Murid Sekolah Rendah Mengguna
Media Interaktif. Jurnal Dunia Pendidikan 2 (3): 212-230.

Fauziah Md Jaafar, Rafisah Osman, Khaliza Saidin & Nurhafizah Abdan. 2017. Kesan
pembelajaran koperatif dan tradisional terhadap pencapaian akademik penguasaan
kemahiran Jawi. The Malaysian Journal of Islamic Sciences 19(se):57-70.

Latifah Abdul Majid. 2017. Methods of teaching and learning of Jawi Braille to Visually
Impaired Students in Special Education Religious Schools. Tinta Artikulasi Membina
Ummah 3(2): 59-67.

Mohd Sabri Ahmad, Harun Baharudin & Nurul Solehah Mohd Zubir. 2021. Pelaksanaan
Kem Cemerlang Jawi (KCJ) di Sekolah Rendah Daerah Selangau, Sarawak. Jurnal
Dunia Pendidikan 3 (2):144-153.
Noor Asmina Mohd Rashid & Shaharuddin Md Salleh. 2018. The role of game elements in
improving Jawi skills through a Mobile Game ‘G-Jawi. International Journal of
Interactive Mobile Technologies 12(7): 20-30.

Nur Syamira Abdul Wahab, Maimun Aqsha Lubis, Ramlee Mustapha, Aisyah Sjahrony &
Dedek Febrian. 2017. Kefahaman al-Quran dan Jawi melalui permainan bahasa
bermultimedia. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and
Civilization (ACER-J) 1 (1):41-53.

Nurul Hidayah Mat Zain, Nor Azida Mohamed Noh, Anita Mohd Yasin, Ismassabah Ismail
& Siti Nurkhairina Yahizan. 2020. Planet Jawi: Mastering Jawi through Gamified
Assessment. International Jasin Multimedia Computer Science Invention & Innovation
Exibition (I-JaMCSIIX) 2020, hlm. 194-197.

Sapie Sabilan, Mohd Borhan Jamaluddin & Siti Nga`ishah Mohni.2018. Penggunaan Kad
Warna Jawiku dalam meningkatkan kemahiran menyambung huruf Jawi. Intenational
Conference on Research, Language and Education 2018 (ICORALE 2018), hlm. 1-10.

Siti Hasnah Tanaloh, Dinna N. Mohd Nizam, Zaidatol Haslinda Abdullah Sani, Aslina
Baharum, Asni Tahir & Iznora Aini Zolkifly. 2021. Jawi using multi-maker augmented
reality. Bulletin of Electrical Engineering and Informatics 10(5):2892-2898.

Siti Zaharah Mohid, Roslinda Ramli, Fitri Nurul `Ain Nordin & Hafiza Abas. 2018.
Teknologi Realiti Luaran (AR) dalam pengajaran Jawi abad 21. Proceeding of IC-ITS
4th International Conference on Information Technology & Society.

Anda mungkin juga menyukai