Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses
asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau
penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir,
bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Islam meletakkan kemuliaan pada golongan ini
sebagaimana yang termaktub dalam Al Quran dan Hadis Nabi Muhammad S.A.W. Dalam
aspek Pendidikan Islam, guru Pendidikan Islam diberi taklifan penting untuk mendidik murid
bermasalah pembelajaran. Justeru, pentingnya amalan pengajaran yang kreatif dan berkesan
diaplikasikan bagi murid-murid bermasalah pembelajaran disebabkan kepelbagaian
kemampuan mereka. Kertas konsep ini bertujuan untuk menjelaskan eleman kreatif, amalan
pengajaran kreatif dalam PdPc dan cabaran guru Pendidikan Islam dalam penerapan elemen
kreatif. Kajian ini merupakan kajian literatur yang berfokuskan kepada kajian-kajian dan
pengamatan terhadap kajian lepas. Implikasi dapatan ini, diharap dapat meningkatkan mutu
kualiti guru Pendidikan Islam dan berusaha menambah elemen kreativiti dalam PdPc . Selain
itu juga diharap kajian ini dapat menjadi panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam
pendidikan terhadap murid-murid masalah pembelajaran ini supaya kemampuan mereka
dapat ditingkatkan ke tahap optimum.

Kata kunci : Amalan Pengajaran Kreatif, guru Pendidikan Islam, Murid bermasalah Pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai