Anda di halaman 1dari 2

RAISA SYIHADINA ZACVI

SEJARAH 1 MUHARRAM

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam
kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama,
memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622
masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat
sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan
hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

KISAH HIJRAH
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda
ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad,
baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat
awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga
baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara
terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu
terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish,
yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW
mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah
(ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta
benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu
kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun
Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda
untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah
pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq
(ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda
memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah."
Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari
bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah
(SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas
katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan
mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat
Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga
memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr
(as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan
tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr,
Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama
tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk
mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah
(SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang
sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish
kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah
beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta
dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi
mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di
bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala
kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah
dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat
menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya
dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan
kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah
(SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika
Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah
ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah
(SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat
baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8
Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba,
sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari
Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin
semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula
membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan
umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala
perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan
penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun
permulaan kalendar Islam.

Anda mungkin juga menyukai