Anda di halaman 1dari 13

SIRAH-T2 P21

(M/S 157-166)

HIJRAH DETIK
BERSEJARAH
Bahasa -Berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Istilah -Perpindahan Rasulullah SAW & umat Islam dari


Mekah ke Madinah atau Yathrib. Peristiwa hijrah
ini berlaku pada tahun ke-13 Kerasulan.
Umat Islam berhijrah ke Madinah secara beransur-ansur
selepas menerima arahan daripada Rasulullah SAW.
Mereka keluar dari kota Mekah secara rahsia supaya
tidak diketahui oleh kaum musyrikin Mekah. Tiada
seorang pun sahabat yang berani berhijrah secara
terang-terangan kecuali Umar bin al-Khatab.

Setelah hampir 2 tahun, para sahabat beransur-


ansur berhijrah ke Madinah barulah Rasulullah SAW
berhijrah setelah mendapat isyarat daripada Allah SWT.
FAKTOR YANG
MENDORONG
BERLAKUNYA HIJRAH
1.Isyarat Allah SWT.
-Allah SWT mengisyaratkan Rasulullah SAW supaya
berhijrah sebagaimana firmannya:
2.Memelihara Akidah.
-Umat Islam mengorbankan tanah air & harta
mereka demi menyelamatkan akidah tauhid yang
lebih berharga.

3.Pelawaan Penduduk Yathrib (Madinah).


-Sekumpulan penduduk Yathrib telah mempelawa
Rasulullah SAW untuk menjadi pemimpin mereka di
Yathrib. Rasulullah SAW mengadakan Bai’ah Aqabah
& Bai’ah Aqabah kedua dengan sekumpulan
penduduk di Yathrib. Baginda telah menghantar
Mus’ab bin Umair untuk berdakwah & mengajar al-
Quran kepada penduduk Yathrib.
ISI KANDUNGAN BAI’AH AQABAH PERTAMA
-Tidak menyekutukan Allah SWT.
-Tidak mencuri.
-Tidak berzina.
-Tidak membunuh anak.
-Tidak mengada-adakan dusta.
-Tidak menderhakai perkara yang baik.

ISI KANDUNGAN BAI’AH AQABAH KEDUA


-Melindungi & mempertahankan Rasulullah SAW seperti melindungi
keluarga sendiri.
4.Penentangan Musyrikin Quraisy Semakin Kuat.
-Musyrikin Mekah melakukan pelbagai bentuk
penentangan termasuklah penyiksaan terhadap
umat Islam. Tekanan ke atas Rasulullah SAW pula
semakin hebat, terutamanya selepas kematian bapa
saudara baginda, iaitu Abu Talib.

Kemuncak kepada penentangan mereka ialah


mereka berpakat di Darun Nadwah untuk
membunuh Rasulullah SAW.
PERISTIWA
PENENTANGAN SEMASA
HIJRAH
RASULULLAH SAW
27 Safar-Mekah
-Pada waktu tengah malam Rasulullah SAW keluar bersama-sama dengan Saidina
Abu Bakar RA. Saidina Ali RA pula tidur berselimut di tempat baginda untuk
mengelirukan musyrikin quraisy.
-Rasulullah SAW & Saidina Abu Bakar RA menyusuri jalan yang tidak biasa dilalui oleh
orang ramai ke Madinah.
-Abdullah, putera Saidina Abu Bakar RA bertugas meninjau & melaporkan situasi
yang berlaku di Mekah. Asma’, puterinya pula bertugas menyediakan bekalan
makanan. Amir bin Fuhairah, hambanya pula membawa kambing ke pintu gua untuk
menyediakan bekalan susu & menghilangkan kesan jejak kaki Rasulullah SAW.
-Musyrikin Mekah menawarkan 100 ekor unta kepada sesiapa yang dapat
menangkap Rasulullah SAW.
-Kelompok Quraisy membuat operasi besar-besaran menjejaki Rasulullah SAW.
Sebahagian daripada mereka telah tiba ke Gua Thur tetapi dengan bantuan Allah
SWT mereka tidak dapat menemui Rasulullah SAW. Dalam keadaan yang cemas ini,
Rasulullah SAW menenteramkan Saidina Abu Bakar RA sebagaimana yang disebut
dalam ayat 40 surah at-Taubat.
2.Gua Thur
-Setelah 3 hari di Gua Thur, mereka menuju ke Madinah
bersama-sama dengan seorang penunjuk jalan, iaitu
Abdullah bin Uraiqit, iaitu seorang musyrikin yang jujur.

Suraqah bin Malik berjaya menjejaki Rasulullah SAW


tetapi apabila dia menghampiri Rasulullah SAW, kuda
yang ditunggangnya terperosok ke dalam pasir
sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW memaafkan Suraqah &
memintanya merahsiakan pertemuan mereka lalu
menjanjikan mahkota Kisra untuknya.
3. 8 Rabiul Awal-Quba’
-Rasulullah SAW tiba di Quba’ & tinggal beberapa hari di
sana. Semasa berada di Quba’, Rasulullah SAW telah
membina Masjid.

4. 12 Rabiul Awal-Yasrib (Madinah)


-Ketibaan Rasulullah SAW disambut gembira oleh
penduduk Yathrib. Mereka berlumba-lumba merebut
tali unta tunggangan Rasulullah SAW dengan harapan
Rasulullah SAW menetap di rumah mereka. Akhirnya,
unta Rasulullah SAW berhenti di rumah Abu Ayub al-
Ansari.
KESAN
DARIPADA
PERISTIWA
HIJRAH
RASULULLAH
SAW KE
MADINAH
IKTIBAR
DARIPADA
PERISTIWA
HIJRAH
RASULULLAH
SAW KE
MADINAH
LATIHAN

Anda mungkin juga menyukai