Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

Madinah terletak di utara Makkah


Merupakan kota yang penting bagi pedagang Arab sebelum kemunculan Islam
Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah perjalanan di antara Makkah dan Syam
Terdapat tiga golongan penduduk di Madinah
- Nasrani
- Yahudi (Bani Quraizah,Bani Qunaiqa,Bani Nadhir)
- Arab (Suku Auz,Khazraj)
Suasana kehidupan di Madinah kurang aman disebabkan oleh pergeseran yang berlaku di
kalangan suku Arab dan penguasaan ekonomi oleh orang yahudi
Keadaan tersebut telah berubah setelah Nabi Muhammmad SAW berhijrah ke Madinah

Peristiwa perjanjian Aqabah pertama


Baginda telah dikunjungi oleh beberapa orang Arab Madinah yang terdiri daripada suku Khazraj
Mereka telah menemui Nabi Muhammad SAW di Aqabah dan kemudian memeluk islam
Mereka telah menyebarkan islam di kalangan masyarakat Madinah yang lain
Pada tahun 621 M, sekumpulan orang Arab Madinah yang terdiri daripada Suku Aus dan Khazraj
telah mengunjungi Nabi Muhammad SAW
Menerusi pertemuan ini terjalinlah perjanjian antara Nabi Muhammad SAW dengan orang Arab
Madinah tersebut
Syarat perjanjian Aqabah pertama
Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul
Meraka juga berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad SAW
Tidak melakukan amalan jahiliah
Syarat perjanjian Aqabah kedua
Suku Aus dan Khazraj memeluk islam dan mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad
SAW
Suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad SAW dan orang islam di Makkah berhijrah
Ke Madinah
Meraka secara sukarela menyediakan tempat tinggal dan menjanjikan keselamatan untuk
baginda dan umat islam Makkah
Serta menyatakan kesediaan mempertahankan islam
Kesan perjanjian Aqabah pertama dan kedua
Orang Madinah mempertahankan islam telah menjadi pendorong utama berlakunya
penghijrahan orang islam dari kota Makkah ke Kota Madinah. Sokongan dan bantuan orang
Arab Madinah kepada orang islam Makkah merupakan faktor penting kejayaan hijrah ke
Madinah
Latar belakang Hijrah
Peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12
September tahun 622 M
Penghijrahan ini dilakukan secara rahsia dan berperingkat-peringkat
Nabi Muhammad SAW berhijrah bersama-sama sahabatnya, Abu Bakar al-Siddiq ke Madinah
dan mengambil masa lebih kurang 12 hari
Walau bagaimanapun, Umar bin Al-khattab telah berhijrah secara sendirian dan terang-terangan
kerana sifat keberaniannya

Konsep Hijrah
Hijrah ialah perkataan Arab yang bermaksud berpindah, iaitu perpindahan dari satu kawasan ke
satu kawasan yang lain
Dalam konteks Tamadun Islam, hijrah membawa maksud perpindahan orang Islam dari Kota
Makkah ke Madinah. Bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Islam serta merupakan
strategi baru untuk menyebarkan Islam. Penghijrahan juga mempunyai pengertian yang lebih
luas dan mendalam, iaitu perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan
keburukan dan kejahatan. Hijrah juga boleh dilambangkan dengan semangat ingin berubah dari
segii sikap, cara berfikir dan tingkah laku.
Orientalis Barat mentafsir hijrah sebagai suatu pelarian. Pendapat orientalis Barat ini boleh
disangkal kerana konsep hijrah dalam Islam berbeza daripada konsep hijrah barat dengan
menggunakan empat hujah.
- Yang pertama, penghijrahan umat Islam Makkah ke Madinah berlaku atas jemputan
orang Arab Madinah melalui perjanjian Aqabah kedua
- Yang kedua, kedatangan orang Islam Makkah ke Madinah disambut dengan meriah oleh
orang Madinah
- Yang ketiga, tempat tinggal orang Islam Makkah disediakan oleh orang Arab Madinah
dan keselamatan mereka juga terjamin
- Terakhir, Nabi Muhammad SAW dilantik sebagai pemimpin Madinah dan pelantikan
baginda diterima oleh masyarakat Madinah termasuk orang bukan Islam.
Peristiwa Hijrah
Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah bermula setelah berjaya melepaskan diri
daripada kepungan pemuda Quraisy terhadap rumah baginda
Sebelum itu, Ali Bin Abu Talib telah menyamarkan diri sebagai baginda dengan tidur di tempat
tidur baginda dan menggunakan selimut baginda
Nabi Muhammad berjaya melepaskan diri lalu bertemu Abu Bakar al-Siddiq
Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar al-Siddiq berhijrah ke Madinah dengan dipandu oleh
Abdullah bin Arqat
Sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah, Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar al-siddiq
bersembunyi di Gua Thur dan mereka dibantu oleh:
- Abdullah bin Abu Bakar yang mengintip kegiatan orang Quraisy yang sedang mengesan
kehilangan baginda
- Asma binti Abu Bakar yang menghantar makanan untuk mereka
- Amir bin Fuhairah, seorang penggembala kambing yang membekalkan susu kambing
kepada mereka

Sebab dan tujuan hijrah


Faktor utama penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam Makkah berhijrah ke
Madinah kerana:
- Dalam wahyu, Allah telah menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk
membunuh baginda dan Allah memerintahkan baginda supaya segera berhijrah
Hijrah bertujuan untuk meneruskan penyebaran Islam. Walau bagaimanapun, penghijrahan itu
bukan bererti yang orang Islam kecewa dengan penetangan tersebut tetapi ini merupakan
strategi Nabi Muhammad SAW untuk mengembangkan Islam. Hijrah juga mewujudkan sebuah
masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna.
Sebelum berlakunya peristiwa hijrah, suku Aus dan Khazraj sering bertelagah sesame sendiri dan
ekonomi mereka pula dikuasai oleh orang Yahudi
Oleh itu, orang Arab Madinah memerlukan Nabi Muhammad SAW untuk mengetuai
kempimpinan mereka serta mendamaikan masyarakat Madinah yang sentiasa bermusuhan.
Kepentingan Hijrah
Selepas peristiwa hijrah, dakwah islamiah dapat dijalankan secara aman tanpa gangguan
Hijrah juga turut memberikan peluang kepada Nabi Muhammad SAW untuk mendamaikan suku
Arab di Madinah melalui semangat persaudaraan sesama Islam
Penghijrahan ini juga telah menwujudkan perpaduan dan persaudaraan di antara orang Islam
Makkah (Muhajirin) dengan orang Islam Madinah (Ansar)
Hubungan ini terjalin melalui sikap yang diperlihatkan oleh orang Islam Madinah sehinggakan
orang Islam Makkah yang berhijrah itu tidak berasa asing atau rendah diri
Selain dapat membentuk persaudaraan antara kedua-dua golongan ini, hijrah juga dapat
menyatukan golongan Muhajirin dan Ansar
Nabi Muhammad SAW seterusnya telah memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam
Makkah yang berhijrah ke Madinah manakala orang Islam Madinah yang memberi bantuan
kepada Muhajirin digelar Ansar
Penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya telah dapat
disatupadukan dan perpaduan ini telah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah
Di Madinah, Nabi Muhammad SAW telah membina sebuah lagi masjid, iaitu Masjid al-Nabawi
sebagai tempat beribadat dan tempat pertemuan orang Islam yang membincangkan masalah
yang dihadapi
Sempena hijrah, Takwim Islam diperkenalkan dengan berasaskan kiraan tahun hijrah. Takwim ini
mula digunakan semasa pemerintahan Khalifah Umar bin al-khattab
Pada masa ini, takwim hijrah digunakan di Negara Islam. Setiap tahun mengadakan sambutan
Maal Hijrah oleh Negara Islam seperti Malaysia untuk mengingati perjuangan umat Islam
Nabi Muhammad SAW telah menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah atau
Kota bercahaya
Hijrah menunjukkan bahawa sikap toleransi kaum dan tolong-menolong boleh melahirkan
masyarakat cemerlang
Hijrah juga dapat mencerminkan sokongan dan pengorbanan para sahabat Nabi Muhammad
SAW sendiri
- Abu Bakar al-Siddiq, misalnya, sanggup bergadai nyawa dan harta untuk melindungi
baginda semasa berhijrah
- Ali bin Abu Talib pula sanggup bergadai nyawa tidur di tempat tidur baginda bagi
mengelirukan orang Quraisy
- Abdul Rahman bin Auf, saudagar yang kaya, sanggup menyumbangkan hartanya untuk
membantu umat Islam yang miskin
Peristiwa hijrah ini telah memperlihatkan bahawa wanita juga dapat memainkan peranan
penting selain sebagai suri rumah untuk menggerakkan kemajuan sesebuah Negara.
Hijrah menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad SAW. Baginda
sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi perjuangan Islam. Selain itu,
baginda juga tidak pernah berputus asa walaupun menempuh kegagalan
Hijrah mencerminkan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW mengatur strategi perjuangan Islam.
Semasa berhijrah, baginda bersembunyi di Gua Thur sebelum ke Madinah. Baginda memilih
jalan ke selatan untuk ke Madinah
Nabi Muhammad SAW sedar bahawa orang Arab Quraisy Makkah akan menyerang Madinah.
Oleh itu, baginda merancang penubuhan sebuah kerajaan Islam yang kukuh di Madinah. Sebaik-
baik berhijrah, iaitu setelah menyatukan masyarakat Madinah, baginda merangka sebuah
perlembagaan, iaitu Piagam Madinah untuk mentadbir Madinah.

Anda mungkin juga menyukai