Anda di halaman 1dari 6

Sebab-sebab Yang Membawa Kepada

Lahirnya Perjanjian Aqabah dan


Bagaimana Perjanjian Itu Membuka Jalan
Kepada Penghijrahan Nabi ke Madinah

Latar Belakang Perjanjian Aqabah

Bermula pada saat musim haji tiba, kebiasaannya


orang-orang akan berniat untuk melaksanakan
ibadah haji di Kota Mekah dari seluruh penjuru negeri
termasuk Yastrib (Madinah).
Pada saat rombongan haji dari Yastrib tiba di Kota
Mekah, mereka menemui Nabi SAW lalu baginda
menyampaikan dakwah pada rombongan tersebut.
Terjadilah sebuah perjanjian Aqabah.

Bila Perjanjian Aqabah Termeterai


Pada tahun ke-12 kenabian, bertepatan dengan tahun
621 Masihi, Nabi Muhammad SAW menemui
rombongan haji dari Yastrib.
Rombongan tersebut terdiri daripada 12 orang.
Dakwah Nabi SAW mendapat sambutan yang baik
sehingga mereka menyatakan keislamannya di
hadapan baginda.
Mereka melakukan baiat kepada Nabi di bukit
Aqabah dan digelar sebagai Bait Aqabah Pertama.

Isi Perjanjian Aqabah Pertama

1. Tidak syirik kepada Allah SWT.


2. Tidak mencuri.
3. Tidak berzina.
4. Tidak membunuh anak perempuan.
5. Tidak melakukan fitnah.
6. Setia kepada Rasulullah SAW.

Bagaimana Terhasil Perjanjian Aqabah Kedua


Pada tahun ke-13 kenabian iaitu tahun 622 Masihi, 73 orang dari
Yathrib termasuk 2 orang wanita datang berjumpa dengan
Rasulullah SAW.
Mereka menyampaikan pesan iaitu permintaan agar Rasulullah
bersedia datang ke kota mereka untuk memberi penerangan
tentang ajaran Islam.
Untuk mengukuhkan kesepakatan, mereka mengadakan
perjanjian di Bukti Aqabah juga dan dkenali sebagai Perjanjian
Aqabah Kedua.
Perjanjian Aqabah telah menjadi salah satu sebab berlakunya
hijrah Nabi Muhammad SAW dan umat Islam ke bumi Madinah Al-
Munawwarah.

Isi Perjanjian Aqabah Kedua


1. Mendengar dan mentaati Nabi Muhammad SAW
dalam semua keadaan.
2. Membelanjakan harta dijalan Allah SWT sama ada
ketika senang atau susah.
3. Menyeru manusia kepada kebaikan dan menolak
kemungkaran.
4. Tabah menghadapi celaan orang kafir.
5. Melindungi Nabi Muhammad SAW sebagaimana
melindungi diri dan keluarga sendiri.
Selepas Termeterai Perjanjian Aqabah Kedua

Nabi Muhammad SAW meminta 12 pemimpin sebagai


naqib kepada kaum mereka.
Hal ini dilaksanakan bagi merealisasikan baiat yang
dilakukan.
Komposisi 12 tersebut terdiri daripada 9 orang dari
Kabilah Khazraj dan 3 dari Kabilah Aus.

Naqib-naqib Kaum Khazraj & Aus


Kaum Khazraj Kaum Aus
As’ad bin Zurarah bin Ads Usaid bin Hudhair bin Simak
Sa’d bin al-Rabi’ bin Amru Sa’d bin Khaithamah bin al
Abdullah bin Rawahah bin Harith
Tha’labah. Rifa’ah bin Abd al-Munzir bin
Rafi bin Malik bin al-Ajlan Zubair
Al Bara’ bin Marur bin Sakhr
Abdullah bin Amru bin Hiram
Ubadah bin al-Samit bin Qais
Sa’d bin Ubbadah bin Dulaim
Al Munzir bin Amru bin Khanis

Pesanan Rasulullah Buat Para Naqib


Rasulullah menegaskan kepada mereka : “Kamu semua adalah
penjamin sebagaimana golongan al Hawariyun adalah penjamin
kepada Isa bin Mariyam dan aku adalah penjamin kepada umat ku”.
Jawab mereka sebulat suara dengan lafaz; “Ya”.
Dengan keputusan yang dibuat di hadapan Nabi Muhammad SAW,
baginda berharap untuk memperoleh kemenangan karena telah
mendapat jaminan bantuan dan perlindungan daripada masyarakat
Yathrib.
Sebab itu pula, kemudian Nabi Muhammad saw memerintahkan
kepada sahabat-sahabatnya untuk berhijrah ke Yathrib.
Hal ini kerana, di kota Mekah mereka tidak dapat hidup tenang dan
bebas dari gangguan, ancaman dan penyiksaan dari orang-orang kafir
Quraisy.

Faktor Nabi Memilih Yathrib Sebagai Tempat Hijrah


Umat Islam
1. Yathrib adalah tempat yang paling dekat.
2. Sebelum diangkat menjadi Nabi, beliau telah mempunyai
hubungan baik dengan penduduk kota tersebut. Hubungan itu
berupa ikatan persaudaraan kerana datuk Nabi, Abdul Mutalib
beristerikan orang Yathrib. Di samping itu, ayahnya dimakamkan di
sana.
3. Penduduk Yathrib sudah mengenali Nabi kerana kelembutan budi
pekerti dan sifat-sifatnya yang baik.
4. Bagi diri Nabi sendiri, hijrah merupakan suatu keharusan selain
ianya merupakan perintah daripada Allah SWT.
PERISTIWA
HIJRAH NABI
MUHAMMAD SAW
1. DEFINISI HIJRAH
Perpindahan daripada satu tempat ke satu tempat yang lain
atau daripada satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik.
Perpindahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari
Mekah ke Madinah.

2. PERISTIWA
Allah SWT telah memerintahkan Nabi Muhammad SAW supaya
berhijrah.
Agama Islam semakin berkembang di bumi Mekah kerana
masyarakat tertarik dengan keindahan ajaran Islam.
Musyrikin Mekah menggunakan kekerasan bagi menyekat dakwah
Islam.
Umat Islam menerima ancaman dan seksaan.
Allah SWT memberikan kebenaran kepada umat Islam berhijrah ke
Madinah.
Pelawaan penduduk Madinah juga menjadi satu daripada faktor
Nabi Muhammad SAW memilih Madinah sebagai tempat berhijrah.
Penghijrahan berlaku secara berperingkat dan secara rahsia.
Penghijrahan berlaku selepas Nabi Muhammad SAW mendapat
perintah Allah SAW melalui malaikat Jibril.

3. ABDULLAH BIN URAIQITH


Diupah menjadi penunjuk jalan.
Jalan yang dipilih untuk ke Madinah ialah jalan yang jauh dan
mencabar yang jarang dilalui kebanyakkan orang ramai.
Hal ini bertujuan untuk mengaburi pihak musuh dan
mengelak daripada di jejaki mereka.

4. ABDULLAH BIN ABI BAKAR


Ditugaskan memberikan maklumat berkaitan dengan
pergerakan musuh kepada Nabi Muhammad SAW ketika
baginda di Gua Thur.
Hal ini bertujuan untuk mengetahui pergerakan musuh dari
semasa ke semasa.

5. ASMA’ BIN ABI BAKAR


Ditugaskan menghantar makanan.
Hal ini bertujuan untuk memastikan bekalan makanan
mencukupi.

6. AMIR BIN FUHAIRAH


Ditugaskan menutup jejak Abdullah dan Asma' dengan
menggunakan kambing gembalanya dan membekalkan susu.
Hal ini bertujuan untuk mengelak dijejaki musuh dan
memastikan bekalan minuman mencukupi.
Nabi Muhammad SAW meminta Ali bin Abi Talib RA tidur di
katil baginda dan menggunakan burdah baginda.
Dengan izin Allah SWT, baginda dapat melepaskan diri
daripada kepungan kaum Musyrikin.
Setelah itu, baginda dan Abu Bakar RA bertolak ke Gua
Thur.
Kaum Musyrikin terus mencari Nabi Muhammad SAW di
Mekah dan di luar kota Mekah.
Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar meneruskan
perjalanan ke Madinah setelah tiga malam bersembunyi di
Gua Thur.
NABI MUHAMMAD SAW TIBA DI
QUBA DAN DI MADINAH

Baginda membina masjid pertama dalam sejarah Islam iaitu


Masjid Quba.
Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar RA telah tiba di
Madinah pada 12 Rabiulawal tahun ke-14 kenabian.
Ketibaan mereka disambut dengan penuh kegembiraan oleh
para sahabat dan penduduk Madinah.
Baginda juga telah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan
Ansar.
Baginda juga telah membina masjid yang kini dikenali
sebagai Masjid Nabawi.

KEPENTINGAN IKTIBAR
PERISTIWA HIJRAH PERISTIWA HIJRAH

Umat Islam hidup bersatu padu Melakukan sesuatu pekerjaan


dan bebas mengamalkan ajaran dengan bersungguh-sungguh.
Islam. Membuat perancangan yang
Rakyat Madinah berbilang teliti sebelum melakukan sesuatu.
bangsa dan agama hidup aman Tenang dan tabah menghadapi
damai. cabaran.
Negara Madinah menjadi maju Menjadi sahabat yang hormat-
dan digeruni musuh. menghormati dan saling
Dakwah dapat disebarkan membantu.
secara meluas. Sanggup berkorban masa dan
Membuktikan kebijaksanaan Nabi tenaga demi mencapai keredaan
Muhammad SAW mengatur Allah SWT.
strategi berdakwah. Berusaha memperbaiki diri atau
keadaan kepada yang lebih baik.
'PERLEMBAGAAN MADINAH
MERUPAKAN PENYELESAIAN KEPADA
MASALAH-MASALAH MASYARAKAT
BERBILANG KAUM DI MADINAH'

Peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah telah


membuka lembaran baru dan cara hidup kepada masyarakat Madinah.
Nabi Muhammad SAW selaku ketua negara telah mengubal Piagam Madinah
yang bertujuan mengurus dan membina hubungan baik dalam masyarakat
majmuk.
Penduduk Madinah ketika itu terdiri daripada pelbagai kaum, suku dan puak
seperti kaum Arab terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang merupakan
imigran dari Arab Selatan serta suku Arab lain pula menetap di Madinah.
Manakala, kaum Yahudi yang menganut ajaran Nabi Musa a.s. dianggarkan
berjumlah 20 suku dan suku yang terkenal ialah Bani Quraizah, Bani Nadhir
dan Bani Qainuqa’.
Masyarakat Madinah mempunyai cara hidup tersendiri dan mempunyai
ikatan sosial yang terpisah daripada satu kelompok dengan kelompok yang
lain.

Kaum Arab Mekah Islam


(Muhajirin)

Penghijrahan ini mewujudkan Kaum Arab Madinah Islam


3 kelompok besar (Ansar)

Yahudi

Di Madinah, Baginda SAW telah melakukan beberapa perubahan


penting bagi menstruktur semula masyarakat di sana :

Nabi Muhammad SAW mendirikan masjid yang


pertama iaitu Masjid Quba’. Masjid ini dibina sewaktu
persinggahan Rasulullah SAW di Quba’ pada 8
Rabiulawal sebelum tiba di Madinah.

Masjid An-Nabawi merupakan masjid kedua yang


dibina dalam sejarah Islam. Masjid ini bukan sahaja
digunakan untuk beribadat malah menjadi tempat
perbincangan, pusat pentadbiran, pusat pengajian,
kegiatan sosial dan aktiviti-aktiviti lain.

Seterusnya, Baginda SAW mempersaudarakan


masyarakat Islam supaya saling membantu dan
mempunyai ikatan persaudaraan Islam yang
kukuh. Persaudaraan yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW merangkumi persaudaraan
antara golongan Ansar dengan Muhajirin dan
Muhajirin sesama Muhajirin.
Persaudaraan Muhajirin terdiri daripada
seseorang yang berkedudukan tinggi dengan
seorang yang lebih rendah kedudukannya. Hal ini
bertujuan menghapuskan jurang perbezaan yang
menjadi amalan masyarakat Quraisy jahiliah
dalam menentukan darjat yang berbeza-beza
dalam setiap suku kaum.

Di samping itu, persaudaraan dalam kalangan


golongan Ansar terdiri daripada suku kaum Aus dan
Khazraj.

Pembentukan Piagam Madinah iaitu perjanjian antara masyarakat Islam


dengan bukan Islam.

Madinah terdiri daripada masyarakat majmuk yang memerlukan sebuah


perjanjian untuk membina hubungan yang baik dalam masyarakat. Oleh itu,
Baginda SAW menggariskan beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan.

Hal tersebut adalah mengariskan hak dan tanggungjawab masyarakat Islam


serta penduduk tempatan Madinah, memuliakan masyarakat Islam yang
berhijrah, persefahaman dengan masyarakat bukan Islam terutama kaum
Yahudi, penyusunan sistem politik dan pertahanan Madinah dan bayaran
pampasan terhadap kerugian, kehilangan nyawa dan harta yang dialami oleh
golongan Muhajirin angkara kaum Quraisy Mekah.

Baginda SAW telah menulis Piagam Madinah yang menerangkan


perhubungan golongan Muhajirin dan Ansar serta perjanjian dengan kaum
Yahudi. Perjanjian ini menggariskan peranan dan kewajipan setiap kelompok
masyarakat dalam mempertahankan negara.

Misalnya, suku kaum Yahudi sebagaimana termaktub dalam Piagam Madinah


ialah Bani ‘Auf, Bani al-Najjar, Bani al-Harith, Bani Saidah, Bani Jusyaim, Bani
al-Aus, Bani Tha’labah, Bani Jafnah dan Bani Shutaibah.

Manakala, masyarakat Islam dari Madinah terdiri daripada Bani Auf, Bani al-
Harith, Bani Sa’idah, Bani Jusyam, Bani al-Najjar, Bani ‘Amru bin ‘Auf, Bani al-
Nabiet dan Bani Aus.

Piagam ini merupakan model yang dimanifestasi daripada al-Qur’an


kemudian diterjemahkan dalam realiti kehidupan. Oleh sebab itu, piagam ini
bercirikan pemerintahan yang komprehensif yang memenuhi kehendak
masyarakat majmuk.

Hal ini berikutan Rasulullah SAW mengiktiraf masyarakat Islam dan bukan
Islam sebagai warganegara melalui konsep ummah.

Rasulullah SAW meletakkan konsep ummah dalam Fasal 2 iaitu “bahawa


mereka adalah satu ummah (bangsa/ nation) berbeza daripada manusia-
manusia lain”.

Fasal 25 pula menjelaskan bahawa, “Kaum Yahudi daripada Bani ‘Auf adalah
satu ummah bersama orang mukmin. Mereka bebas dengan agama mereka
sendiri. Orang Islam dengan agama mereka, begitu juga orang yang
bersekutu dengan mereka serta begitu juga diri mereka sendiri. Melainkan
sesiapa yang zalim dan berbuat dosa. Maka, hal itu tidak akan menimpa
melainkan dirinya dan keluarganya sendiri.”

Fasal 25 hingga 34, suku kaum Yahudi disebut satu persatu bagi menjelaskan
kedudukan mereka sebagai satu ummah bersama-sama masyarakat Islam.
Pelaksanaan konsep ummah berjaya menghapuskan sistem kasta yang
merosakkan sistem masyarakat. Namun begitu, terdapat tiga suku kaum
utama Yahudi iaitu Bani Quraizah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa’ telah
melanggar perjanjian dan diusir dari Madinah.

Bani Qainuqa’ telah melakukan pengkhianatan pertama terhadap


masyarakat Islam dan melanggar syarat perjanjian sehingga hubungan
kerjasama terbatal.

Anda mungkin juga menyukai