Anda di halaman 1dari 7

Pengertian Maal Hijrah

Awal Muharram atau Maal Hijrah menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam
sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota
Makkah ke Madinah. Tahun terjadinya peristiwa Hijrah itu diambil sebagai
permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah (tahun 622 Masihi).

 Hijrah pada bahasa bermaksud perpindahan atau perubahan daripada satu


keadaan kepada keadaan yang lebih baik.

 Hijrah pada istilah pula ialah perpindahan Rasulullah SAW dan orang-orang
Islam dari Mekah ke Madinah untuk meningkatkan syiar Islam.
 Peristiwa hijrah berlaku pada 12 Rabiulawal tahun ke-13 Kerasulan.

Sebab-sebab Berlaku Peristiwa Hijrah

 Perintah Allah SWT supaya Rasulullah SAW berhijrah.

 Ancaman terhadap Islam semakin memuncak.


 Dakwah Rasulullah SAW ditentang hebat oleh Musyrikin Mekah.
 Strategi dakwah Rasulullah SAW.
 Penduduk Madinah memberi jaminan keselamatan (Perjanjian Aqabah
Kedua).

 
Usaha-usaha Musyrikin Mekah Untuk Menyekat Dakwah Rasulullah SAW

 Memujuk Rasulullah SAW mempraktikkan ajaran Islam dan amalan Jahiliyah


secara bergilir-gilir antara umat Islam dengan Quraisy.
 Menawarkan kepada Rasulullah SAW pangkat, harta kekayaan dan wanita
supaya meninggalkan dakwah Islam.
 Memulau dan mengenakan sekatan ekonomi kepada Rasulullah SAW dan
keturunan Nabi selama 3 tahun.
 Melakukan pelbagai penyeksaan terhadap orang Islam.
 Merancang membunuh Rasulullah SAW sebagai pilihan terakhir.

Perjanjian Aqabah Pertama

Sebelum Peristiwa Hijrah, beberapa penduduk Madinah telah datang menemui


Rasulullah SAW secara sulit. Pertemuan seramai 12 orang lelaki dan 3 orang
wanita itu telah membawa termeterai  Perjanjian Aqabah Pertama. Perjanjian
Aqabah Pertama dibuat pada tahun 621 Masihi bersamaan
tahun kesebelas kerasulan Nabi.

Antara isi kandungan Perjanjian Aqabah Pertama ialah:

 tidak membunuh anak.


 tidak membuat fitnah.
 tidak mencuri.
 tidak berzina.

 
Peninggalan Perjanjian Aqabah Kedua
 

Perjanjian Aqabah Kedua

Pada tahun berikutnya iaitu tahun 622 Masihi bersamaan tahun ke 13 kerasulan,


termeterai Perjanjian Aqabah Kedua yang dibuat di antara Rasulullah SAW
dengan 37 orang lelaki dan 2 orang wanita Madinah.

Antara isi kandungan Perjanjian Aqabah Pertama ialah:

 Menerima Rasulullah SAW sebagai pemimpin mereka;


 Berjanji mempertahankan Rasulullah SAW;
 Berjanji untuk berjuang mempertahankan Islam.

Langkah Rasulullah SAW Mengukuhkan Islam di Madinah Selepas Hijrah

 Rasulullah SAW mempersaudarakan golongan Ansar dengan Muhajirin


sebagai saudara kandung.

 Maksud Mujahirin: Orang Islam Mekah yang berhijrah bersama-sama


Rasulullah SAW ke Madinah.
 Maksud Ansar: Penduduk Islam Madinah yang memberi pertolongan kepada
Rasulullah SAW dan orang Islam Mekah.
 Membina Masjid Nabawi sebagai tempat beribadat / tempat perjumpaan dan
lambang perpaduan umat Islam.
 Membuat penjanjian dengan penduduk Madinah untuk mengiktiraf Rasulullah
SAW sebagai pemimpin Madinah.
 Membuat beberapa perjanjian dengan golongan Yahudi di Madinah.

Kepentingan Persaudaraan Dalam Islam

 Melahirkan perasaan kasih sayang dan silaturrahim dalam kehidupan.


 Mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni.
 Meringankan sesuatu perkara melalui semangat kerjasama dan gotong
royong.

 
Masjid Nabawi di Madinah, hari ini.
 

Cara-cara mencontohi semangat persaudaraan di antara golongan Ansar dan


Muhajirin.

 Mengamalkan sikap toleransi dalam kehidupan.


 Hormat menghormati antara satu dengan yang lain.
 Bekerjasama dan bantu membantu dalam perkara kebaikan.

Iktibar Daripada Peristiwa Hijrah

 Setiap umat Islam hendaklah berkorban untuk memartabatkan Islam


 Dakwah memerlukan strategi yang baik dan berkesan.
 Perpaduan yang kukuh dan mantap hanya dapat dicapai melalui kesatuan
akidah.
HIJRAH RASULULLAH
Oleh : Ustaz Idham , Guru Pelataih UIA di MMP
 
1. Apakah maksud hijrah?
    Hijrah bermaksud perpindahan, iaitu perpindahan Rasulullah dan para sahabat
dari
    Mekah ke Madinah dengan izin Allah S.W.T.
 
2. Nyatakan kedudukan rasulullah dan umat Islam sebelum hijrah.
    Keadaan Rasulullah dan sahabat sebelum hijrah di Mekah menghadapi
tentangan
    hebat daripada musyrikin Quraisy. Mereka telah menyeksa pengikut Islam dan 
    umat Islam dipulaukan. Kemuncaknya mereka ingin membunuh diri Rasulullah.
 
3. Terangkan 2 faktor penting mendorong Rasulullah berhijrah. 
    Dua faktor penting penghijrahan Rasulullah:
(a)    Nyawa Rasulullah terancam: setelah segala usaha untuk menyekat dakwah
Islam gagal, musyrikin Mekah telah mengumpulkan pemuda yang gagah
berani daripada setiap suku Quraisy untuk membunuh Rasulullah.
(b)   Penduduk Arab Yathrib telah menjemput Rasulullah berhijrah ke
negerinya dan sanggup mencurahkan tat setia serta memberi perlindungan
dan membantu Rasulullah  berdakwah di sana. Sebelum hijrah telah berlaku
perjanjian Aqabah yang pertama dan kedua yang merupakan perintis
kepada penghijrahan tersebut.
 
4. Jelaskan 3 perancangan rapi Rasulullah untuk keluar menuju ke madinah.
   1- Menyuruh Saidina Ali bin abi Talib menggantikan tempat tidurnya ketika
       kepungan pemuda quraisy.
   2- Mengajak Saidina abu Bakar untuk mengiringiya berhijrah dan mengatur   
       keperluan mereka bersembunyi  di Gua Thur.
   3- Mengupah Abdullah bin Uraiqat  sebagai juru pandu untuk perjalanan ke 
       Madinah.
 
5. Tuliskan  pengorbanan besar dua orang sahabat Rasulullah dalam peristiwa
hijrah.
(a)    Saidina ali bin Abi Talib telah sanggup tidur di tempat Rasulullah, walaupun
nyawanya terancam.
(b)    Saidina AbuBakar telah memijak ular dalam gua Thur semata-mata untuk
menyelamatkan Rasulullah dan sentiasa mengutamakan diri Rasulullah
ketika berjalan bersama-sama Baginda.
 
6.  Nyatakan proses termeterainya perjanjian Aqabah yang kedua  dan kandungan
     perjanjian.
     Perjanjian Aqabah kedua termeterai setelah tiga puluh tiga lelaki dan dua
orang
     perempuan Yathrib datang ke Mekah  untuk menunaikan haji. Dua belas wakil
     mereka menemui Rasulullah  di Aqabah untuk mengajak baginda berhijrah ke
     sana. Dalam perjanjian tersebut mereka telah bersetuju :
1-     Untuk menjadikan rasulullah sebagai pemimpin mereka di Madinah.
2-     Sanggup menjaga keselamatan Baginda.
3-     Sanggup berjuang menegakkan islam.
4-     Sanggup memberi pertolongan dan kerjasama kepada Rawsulullah.
5-     Sanggup berkorban jiwa, tenaga dan harta untuk mempertahankan Islam.
 
7. Hijrah telah memberi banyak faedah kepada perkembangan Islam. Jelaskan tiga
faedah kepada umat Islam daripada peristiwa tersebut.
(a)     Tertubuh negara Islam pertama di Madinah
(b)    Syiar Islam tersebar dengan lebih luas
(c)     Umat Islam terlepas dari ancaman musyrikin Mekah
 
8. Terangkan tiga pengajaran yang boleh diambil daripada semangat hijrah untuk 
    membina kekuatan umat Islam hari ini.
(a)    Umat Islam mestilah sanggup berkorban untuk berjuang pada jalan Allah.
(b)    Perpaduan dan persaudaraan yang kukuh adalah tunggak kejayaan .
(c)    Umat Islam perlu berhijrah dari perkara negatif  kepada positif untuk
mencapai kejayaan.
 
9. Penduduk Yathrib (Madinah begitu bergembira menyambut ketibaan
Rasulullah
dan orang-orang Islam ke sana. Terangkan kesan hijrah terhadap penduduk dan
negara Madinah.
Kesan hijrah terhadap penduduk dan negara Madinah.
(a)    Penganut agama Islam semakin bertambah
(b)    Mereka dapat hidup dalam keadaan aman dan damai
 

Anda mungkin juga menyukai