Anda di halaman 1dari 23

Kronologi Lengkap Peristiwa Hijrah Rasulullah

Dari Makkah Ke Madinah

Sempena Maal Hijrah kali ini, marilah kita menyingkap sejarah kisah perpindahan
(HIJRAH) Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬dari Kota Makkah menuju ke Kota Madinah untuk
menyelamatkan Islam daripada ditindas.

Hijrah ke Ta’if
Setelah semakin kuat penentangan oleh orang-orang kafir Makkah, Baginda
kemudiannya pergi ke Ta’if dengan harapan untuk menyampaikan da`wah. Baginda
telah ke Taif pada bulan Syawwal tahun ke-10 kenabian. Jarak Ta’if dari Makkah ialah
sejauh 60 batu. Baginda pergi dan balik berjalan kaki dengan ditemani pembantunya,
Zaid bin Harithah.

Setiap kali Baginda berjumpa dengan kabilah di jalan, maka Baginda akan mengajak
mereka kepada Islam. Namun tidak satu pun kabilah yang menyahut ajakan Baginda.
Apabila sampai di Ta’if, Baginda berjumpa dengan 3 orang bersaudara dari bani Thaqif.
Ketiga-tiga mereka telah mengejek dan menghina Rasulullah sallAllahu `alaihi
wasallam.

Baginda tinggal di Ta’if selama 10 hari. Sepanjang tempoh itu, semua orang kenamaan
telah Nabi jumpa. Tetapi semua mereka telah menghina Nabi. Malah mereka menyuruh
khadam-khadam mereka membaling batu kepada Nabi ketika Nabi hendak keluar dari
Ta’if. Tumit Nabi terkena batu sehingga kasut Baginda dipenuhi darah. Zaid bin Harithah
yang cuba melindungi Nabi, telah terkena batu di kepalanya.

Nabi telah dihambat sejauh 3 batu dari Ta’if sehinggalah Nabi masuk ke kebun `Utbah
dan Shaybah yang merupakan 2 beradik anak lelaki Rabi`ah. Di kebun itu, Nabi duduk
di bawah pohon kurma untuk menenangkan diri. Lalu Baginda pun berdoa kepada
ALLAH:

“Ya ALLAH, kepadaMU aku mengadu lemahnya aku ini, serta kurangnya daya upayaku serta hinanya aku di
kalangan manusia. Wahai Yang Maha Pengasih di antara yang mengasihani, ENGKAU adalah TUHAN orang-
orang yang lemah, ENGKAU adalah TUHANku, kepada siapa ENGKAU serahkan aku ini? Adakah kepada
orang jauh yang mencari kesempatan menyerangku? Atau adakah kepada musuh yang ENGKAU serahkan
urusanku kepadanya? Jika ENGKAU tidak memurkaiku, maka aku tidak akan mempedulikannya, akan tetapi
kesejahteraan daripada-MU adalah lebih luas untukku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-MU yang
menerangi segala kegelapan serta menyebabkan urusan dunia dan akhirat ini menjadi baik, agar janganlah
kemurkaan-MU menimpa kepadaku atau ENGKAU menjadi murka kepadaku. Bagi-MU keredhaan sehingga
ENGKAU benar-benar meredhainya, tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolongan-MU jua.”

Lihat Peta Dengan Saiz Besar

Kedudukan Makkah, Madinah dan Taif (garisan biru adalah laluan jalanraya yang ada sekarang)

Walaupun Baginda sangat sedih dengan apa yang berlaku di Ta’if, namun telah berlaku
beberapa peristiwa menarik sepanjang perjalanan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ke
Makkah.

Peristiwa dipeluk oleh seorang khadam yang beragama Nasrani di kebun tempat Nabi
singgah, didatangi Jibril beserta malaikat penjaga bukit ketika di Qarnul Manazil dan
dirombongi oleh sekumpulan jin untuk mendengar ayat-ayat al-Qur’an ketika Baginda
sampai di Lembah Nakhlah, telah menaikkan semangat Baginda sallAllahu `alaihi
wasallam untuk meneruskan da`wah dan merancang strategi baru.

Menawarkan Islam Kepada Kabilah Dan Individu

Pada bulan Zulkaedah tahun ke-10 kenabian, Nabi telah kembali ke Makkah untuk
memperbaharui seruan Islam kepada kabilah-kabilah dan individu-individu. Seperti
biasa, Makkah akan dikunjungi oleh kabilah-kabilah dari luar sempena musim haji pada
bulan Zulhijjah. Sebenarnya Nabi telah berdakwah kepada banyak kabilah yang datang
ke Makkah pada musim haji sejak tahun ke-4 kenabian lagi. Tetapi tidak satu kabilah
pun menerima dakwah Baginda. Namun terdapat beberapa individu menerima dakwah
Baginda dan masuk Islam.

Pada musim haji tahun ke-11 kenabian, Nabi telah bertemu dengan 6 orang pemuda
dari Yathrib. Mereka tertarik dengan seruan Nabi kerana mereka pernah mendengar
cerita tentang Nabi akhir zaman yang akan keluar dari mulut-mulut orang Yahudi di
Yathrib. Mereka pulang ke Yathrib dalam keadaan masih belum masuk Islam, tetapi
mereka telah membawa perkhabaran tentang Nabi akhir zaman kepada seluruh
masyarakat Yathrib. Jadi, seluruh penduduk Yathrib mula maklum berkenaan
Rasulullah.

Perkahwinan Rasulullah SAW Dengan `A’isyah

Pada bulan Syawwal tahun ke-11 kenabian, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah
berkahwin dengan `A’isyah radhiAllahu `anha.

Isra’ Mi`raj
Pada saat dakwah Nabi kelihatan seperti samar masa depan, ALLAH telah
menghadiahkan Nabi dengan suatu peristiwa agung iaitu Isra’ Mi`raj. Ada beberapa
pandangan tentang bila berlakunya Isra’ Mi`raj. Sheikh Safiyyu ar-Rahman al-
Mubarakfuri iaitu penulis ar-Rahiq al-Makhtum memilih samada ia berlaku pada bulan
Ramadhan tahun ke-12 kenabian, atau bulan Muharram tahun ke-13 kenabian, atau
bulan Rabi`ul Awwal tahun ke-13 kenabian.

Di dalam peristiwa yang agung ini, Nabi telah diperjalankan secara dari Makkah ke
Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, lalu diangkat ke Sidratul Muntaha untuk mengadap
ALLAH. Setelah menerima pensyariatan solat fardhu sebanyak 5 kali sehari semalam,
Nabi pun pulang semula ke Makkah. Peristiwa ini berlaku pada satu malam dan ia
benar-benar menguji keimanan orang-orang Islam pada ketika itu.

Ada yang setelah mendengar peristiwa ini tetap beriman malah semakin teguh iman
mereka, ada yang ragu-ragu dan ada yang terus murtad. Abu Bakr digelar as-Siddiq
kerana beliau adalah orang pertama yang membenarkan kata-kata Nabi tanpa ragu.

Bai`ah Pertama
Pada musim haji tahun ke-12 kenabian, Nabi telah membuat pertemuan dengan 12
orang lelaki dari Yathrib, lanjutan dari pertemuan pertama di `Aqabah, Mina pada tahun
ke-11 kenabian. Kesemua 12 orang lelaki itu telah bersetuju masuk Islam dan berbai`ah
dengan Nabi. Nabi telah menghantar seorang pemuda bernama Mus`ab bin `Umair
untuk mengikut rombongan 12 orang tersebut pulang ke Yathrib.

Tujuannya ialah supaya Mus`ab bin `Umair dapat mengajar orang-orang yang masuk
Islam di Yathrib tentang syari`at-syari`at Islam.

Sebelum tiba musim haji tahun ke-13 kenabian, Mus`ab pulang ke Makkah bertemu
Nabi dengan membawa berita yang menggembirakan. Banyak penduduk Yathrib dari
pelbagai perkampungan menerima ajaran Islam.

Bai`ah Kedua
Pada musim ke-13 kenabian, seramai 70 orang lelaki dan 2 orang wanita beragama
Islam dari Yathrib datang ke Makkah untuk mengerjakan haji. Mereka datang bersama
jemaah haji lain yang masih syirik. Kali ini telah berlaku bai`ah kedua dengan
kandungan perjanjian yang lebih tegas dan serius iaitu dalam hal taat setia atas segala
suruhan Nabi dan sanggup melindungi Nabi walau dalam keadaan apa sekali pun.
Seramai 12 orang naqib telah dilantik bagi memikul tanggungjawab memimpin kaum
mereka ketika Yathrib. Daripada 12 orang itu, 9 orang dilantik dari kabilah Khazraj dan 3
dari kabilah Aus.

Permulaan Hijrah
Setelah Bai`ah `Aqabah kedua, Islam mula mendapat tapak yang kukuh untuk
disebarkan di tanah Arab, iaitu di Yathrib. Walaupun belum pasti dengan masa depan
berhijrah ke Yathrib, namun atas keimanan yang sangat tinggi, penduduk Makkah yang
beragama Islam sedikit demi sedikit telah berhijrah ke Yathrib. Risikonya terlalu tinggi.
Nyawa, keluarga dan harta terpaksa dikorbankan demi penghijrahan ini.

Banyak sekatan telah berlaku terhadap ummat Islam ketika hendak melakukan hijrah.
Sekatan dilakukan kerana Musyrikin Makkah khuatir dengan dengan perkembangan
Islam yang mula diterima oleh penduduk Yathrib.

Antara yang masyhur diceritakan ialah bagaimana kisah Abu Salamah, Ummu Salamah
dan anaknya yang dipisahkan oleh kabilah dan keluarga mereka. Iaitu Abu Salamah
dilepaskan ke Yathrib, manakala Ummu Salamah ditahan oleh keluarganya, dan
anaknya ditahan oleh keluarga Abu Salamah.

Selepas setahun barulah Ummu Salamah dibebaskan oleh keluarganya. Ummu

Salamah lalu pergi mengambil anaknya yang ditahan oleh keluarga suaminya dan terus
ke Yathrib yang jauhnya 500 km dengan berjalan kaki tanpa ada orang pun yang
menemani mereka.

Kisah Suhaib yang ditahan oleh kafir Quraisy lalu dilepaskan Suhaib kerana Suhaib
sanggup memberikan kesemua hartanya untuk melepaskannya. Dan kisah `Iyash yang
ditipu mengatakan bahawa ibunya mengugut untuk berjemur di tengah panas, apabila
beliau pergi untuk menemui ibunya, lalu `Iyash ditangkap serta diikat lalu diarak di kota
Makkah menunjukkan cara menghukum orang yang hendak ke Yathrib. Begitulah
besarnya pengorbanan para sahabat Nabi untuk menjaga aqidah mereka.

Usul Membunuh Nabi oleh Darul Nadwah (Parlimen Quraisy)

Pada hari Khamis, 26 Safar tahun ke-14 kenabian, Darul Nadwah iaitu Parlimen Quraisy
telah bersidang untuk berbincang bagaimana untuk terus menghentikan dakwah Nabi
Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam, bukan sahaja di Makkah malah untuk
menghentikan terus dari terus merebak ke lain-lain tempat.
Ini kerana mereka mulai sangat risau dengan perkembangan terbaru iaitu penghijrahan
orang-orang Islam ke Yathrib dan kesediaan orang-orang Yathrib membantu Nabi.
Kerisauan ini timbul kerana Yathrib merupakan lokasi strategik laluan perdagangan
orang-orang Makkah. Mereka risau perdagangan mereka tergugat dan amalan
sembahan berhala mereka turut terencat.

Beberapa cadangan telah dikemukakan namun ditolak oleh seorang tua yang turut serta
dalam mesyuarat itu. Lelaki tua itu ialah Iblis yang menyamar sebagai seorang tua dari
Najd. Akhirnya cadangan Abu Jahal diterima oleh lelaki tua itu. Iaitu agar dikumpulkan
lelaki yang gagah dan terhormat dari setiap kabilah untuk membunuh Nabi.

Cadangan ini bukan sahaja pada pandangan mereka akan menghentikan terus dakwah
Nabi, tetapi juga dapat mengelakkan dari hanya satu kabilah sahaja diperangi oleh bani
`Abdul Manaf. Bani `Abdul Manaf tentu tidak berupaya untuk membalas dendam
terhadap semua kabilah yang bersekutu untuk membunuh Nabi. Jika mereka meminta
diat (bayaran tebusan), maka itu tentu lebih mudah dan pembesar-pembesar Quraisy
sanggup membayarnya.

Parlimen Makkah setuju sebulat suara lalu masing-masing dengan keazaman yang
tinggi bersiap sedia mahu melaksanakan usul tersebut.

Pada 26 Safar tahun ke-14 kenabian, setelah mendapat wahyu dari ALLAH Ta`ala, Nabi
Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam bergegas untuk berjumpa Abu Bakar bagi
menerangkan rancangan hijrah Baginda. Abu Bakar telah dapat meneka apa tujuan
Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam berjumpa dengannya pada waktu tengahari yang
panas itu.

Setelah diberitahu mengenai rancangan Baginda, Nabi pun pulang ke rumahnya semula
untuk menunggu tibanya waktu malam.

Dalam masa yang sama, penjenayah-penjenayah besar Quraisy mula melakukan

persiapan untuk melaksanakan apa yang telah mereka bincangkan di Darul Nadwah
pagi tersebut, iaitu perancangan untuk membunuh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi
wa sallam. 11 orang penjenayah telah terpilih untuk melaksanakan misi jahat tersebut.

Bertolak dari Makkah

Apabila malam menjelma, iaitu malam 27 Safar tahun ke-14 kenabian, 11 orang
penjenayah tersebut telah berkumpul di depan rumah Nabi. Pembunuhan telah
dirancang untuk diadakan pada setengah malam iaitu ketika Nabi sedang tidur. Jadi,
sepanjang malam itu mereka menunggu dan mengintai-intai samada Nabi sudah tidur
atau belum.

Namun, kekuasaan ALLAH dan peliharaan ALLAH terhadap kekasihNYA mengatasi

kesempurnaan perancangan jahat penjenayah-penjenayah Quraisy tersebut
sebagaimana disebut di dalam Surah al-Anfal, ayat ke-30.
Sebelum Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bertolak meninggalkan rumah, Banginda telah
menyuruh Ali bin Abi Talib untuk tidur di tempat tidurnya dengan menggunakan selimut
yang biasa Nabi gunakan iaitu selimut al-Hadrami berwarna hijau. Nabi kemudian
keluar, mengambil pasir dan menaburkannya ke atas penjenayah-penjenayah itu sambil
membaca ayat ke-9 dari surah Yasin.

Dengan izin ALLAH `Azza wa Jalla, penglihatan penjenayah-penjenayah tersebut

ditutup dan mereka tidak dapat melihat Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam. Mereka
terus menunggu waktu yang sesuai untuk melakukan pembunuhan, sedangkan Nabi
telah pun keluar meninggalkan rumahnya.

Dari rumahnya, Nabi terus ke rumah Abu Bakar sebagaimana yang telah dirancang
tengahari tadi. Mereka berdua bertolak dari rumah Abu Bakar dari pintu belakang dan
terus meninggalkan Makkah sebelum waktu fajar.

Seorang lelaki yang melihat dari jauh kemudiannya menegur penjenayah-penjenayah itu
kenapa tidak dilakukan seperti yang dirancang, kerana dia melihat Nabi Muhammad
sudah pun keluar meninggalkan rumahnya. Penjenayah-penjenayah itu mengatakan
bahawa mereka tidak nampak langsung Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam
seperti didakwa lelaki tersebut.

Setelah mendengar penjelasan lelaki tersebut, penjenayah-penjenayah itu pun

mengintai ke dalam rumah Nabi dan melihat ada orang yang sedang tidur berselimut.
Mereka pun yakin bahawa lelaki yang mendakwa bahawa Nabi sudah keluar itu,
tersilap. Mereka lalu terus menunggu-nunggu sehingga menjelang pagi. Kecewalah
mereka rupa-rupanya yang di dalam selimut itu ialah Ali bin Abi Talib, bukannya Nabi
Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Di Gua Thur Selama 3 Hari

Walaupun Yathrib (nama asal bagi Madinah) terletak di Utara Makkah, namun Nabi
sallAllahu `alaihi wa sallam tidak memilih jalan biasa iaitu utara Makkah untuk ke sana.
Ini kerana Baginda menyedari bahawa risiko yang sangat tinggi buat mereka berdua di
laluan tersebut yang pastinya sedang menunggu Nabi.
Gua Thur sekarang
Sebaliknya, Baginda menuju selatan Makkah sebagai jalan keluar Nabi dari Makkah.
Setelah 5 batu berjalan, Nabi sampai di Bukit Thur. Ketika melalui di atas bukit ini, kaki
Nabi yang mulia melecet kerana bukitnya berbatu bata dan sangat sukar untuk didaki.
Abu Bakar terpaksa memapah Baginda dengan bersusah payah hingga menemui
sebuah gua di puncak bukit tersebut.

Mereka berdua tidak terus masuk ke dalam gua kerana khuatir ada bahaya di dalamnya.
Abu Bakar menawarkan diri untuk masuk terlebih dahulu untuk memeriksa dengan
katanya:

“Demi ALLAH, jangan engkau masuk ke dalamnya melainkan aku masuk terlebih
dahulu. Kalau ada apa-apa bahaya, maka biar aku yang kena, asalkan jangan kamu.”

Abu Bakar menguis-nguis kakinya dan didapatinya ada 1 lubang. Beliau pun
mengoyakkan kainnya lalu menutup lubang tersebut. Kemudian didapati pula ada 2
lubang lagi di dalamnya, lalu ditutup 2 lubang tersebut dengan menekapkan 2 kakinya
ke lubang tersebut.

Setelah keadaan dirasakan agak selamat, barulah Abu Bakar memanggil Nabi
Muhammad masuk ke dalam gua. Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam pun masuk dan
meletakkan kepalanya di atas pangkuan Abu Bakar lalu tertidur. Tiba-tiba kaki Abu
Bakar disengat binatang berbisa dari salah satu lubang itu, namun ditahannya kesakitan
itu sehingga menitis air matanya di atas wajah mulia Baginda sallAllahu `alaihi wa
sallam. Nabi tersedar dan bertanyakan apa yang telah terjadi. Setelah Abu bakar
menceritakan bahawa beliau telah disengat, Baginda pun meludah ke tempat sengatan
itu, lantas hilanglah rasa sakit akibat sengatan binatang berbisa itu.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dan Abu Bakar berada di dalam gua tersebut
selama 3 hari iaitu malam Jumaat, malam Sabtu dan malam Ahad. Selama 3 hari
tersebut, ada 2 insan yang terlibat sama, iaitu `Abdullah bin Abu Bakar (anak lelaki Abu
Bakar) dan `Amir bin Fuhayrah (hamba Abu Bakar).

`Abdullah bin Abu Bakar bermalam berdekatan Bukit Thur. Apabila waktu sahur, beliau
akan ke Makkah seolah-olah dia tidur di Makkah. Siangnya, beliau akan mengintip-
ngintip perbualan orang-orang musyrikin Makkah terutama yang berkaitan dengan
usaha pembunuhan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam. Semua berita akan disampaikan
kepada Baginda pada malamnya apabila `Abdullah bin Abu Bakar berjumpa Nabi. `Amir
bin Fuhayrah pula mengembala kambing-kambing milik Abu Bakar di kawasan tersebut.

Apabila waktu malam, beliau akan menghalau ternakan-ternakannya ke kawasan

tempat Nabi dan Abu Bakar bermalam dan membekalkan susu kepada mereka. Apabila
malam sudah larut, kambing-kambing itu akan dibawa ke Makkah mengikut jalan yang
dilalui `Abdullah bin Abu Bakar supaya jejak kakinya terpadam. Begitulah yang terjadi
sepanjang 3 hari itu.

Dalam pada itu, orang-orang kafir Makkah berasa sangat marah kerana tidak
menjumpai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Ali bin Abi Talib telah dipukul
dan diseret ke ke Ka`bah dan Asma’ bin Abu Bakar pula telah ditempeleng dengan
sangat kuat dalam usaha mereka untuk mendapatkan maklumat di manakah Nabi
sallAllahu `alaihi wa sallam.

Bengang dengan kegagalan mereka untuk mengesan Nabi, mereka lalu menyekat
semua jalan keluar Makkah dengan meletakkan lelaki-lelaki bersenjata dan tawaran 100
ekor unta kepada sesiapa yang dapat menawan Nabi samada hidup atau mati turut
diwar-warkan. Dengan tawaran itu, maka ramailah orang yang berusaha mencari Nabi
yang terdiri dari orang biasa, para penjejak jalan dan pahlawan-pahlawan Makkah.

Bertolak Dari Gua Thur ke Yathrib (Madinah)

Selepas 3 hari di gua Thur, `Abdullah bin Urayqit al-Laythi seorang penunjuk jalan yang
mahir yang bukan beragama Islam, tetapi boleh dipercayai, telah menemui Nabi di Gua
Thur dengan membawa bersamanya kenderaan untuk mereka berdua, sebagaimana
dijanji sebelum itu.

Mereka bertolak pada bulan Rabi`ul Awwal tahun 14 kenabian. Selain Nabi Muhammad
sallAllahu `alaihi wa sallam dan Abu Bakar, `Amir bin Fuhayrah dan `Abdullah bin
Urayqit turut sama dalam perjalanan tersebut. Sebelum bertolak, Asma’ bin Abu Bakar
telah menemui mereka untuk memberikan bekalan bagi menempuh perjalanan yang
jauh dan mencabar itu.

Mereka berempat menggunakan jalan selatan ke arah Yaman, kemudian menuju ke

arah barat iaitu pesisiran pantai. Sampai di kawasan yang agak terpencil, mereka
berdua menuju ke arah utara berhampiran Laut Merah menuju ke Yathrib dengan
menggunakan jalan yang jarang digunakan orang.
ALLAH Subhanahu wa Ta`ala telah memelihara sepanjang perjalanan kekasihNYA dan
rombongannya itu. Bukan itu sahaja, malah terdapat beberapa peristiwa menarik
berlaku di mana beberapa individu dan kaum telah memeluk Islam apabila bertemu
dengan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dalam perjalanan.

Singgah di Quba’ Selama 4 Hari

Pada hari Isnin, 8 Rabi`ul Awwal tahun ke 14 kenabian, Nabi Muhammad sallAllahu
`alaihi wa sallam dan rombongannya itu sampai di Quba’.

Masjid Quba - dibina atas asas taqwa (Foto: Flicker)

Di Quba’, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam singgah di rumah Kalthum bin al-
Hadam. Baginda menetap selama 4 hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis di Quba’.
Di situ Baginda mengasaskan masjid dan bersolat di dalamnya. Itulah masjid pertama
yang diasaskan atas dasar taqwa selepas Baginda menjadi Nabi, iaitu Masjid Quba’.

Sampai di Yathrib (Madinah)

Pada hari Jumaat, 12 Rabi`ul Awwal tahun ke-14 kenabian, Baginda bertolak ke
Madinah dengan rombongannya. Apabila masuk waktu solat Jumaat, Baginda singgah
untuk bersolat Jumaat di sebuah kawasan lembah di perkampungan Bani Salim bin Auf.
Seramai 100 orang lelaki menyertai mereka dalam solat tersebut.

Selepas selesai solat Jumaat, Nabi terus bergerak ke negeri Yathrib dan disambut
dengan sangat meriah oleh penduduk di situ. Walapun orang Ansar di Yathrib bukanlah
orang yang mewah, tetapi masing-masing menawarkan diri supaya Nabi singgah dan
menetap di rumah mereka lantaran besar hati ingin melayan insan yang mereka kasihi
dan muliakan, iaitu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Sebenarnya sebelum hari yang dinanti-nanti itu, mereka beramai-ramai telah menunggu
Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam setiap hari dan pulang semula apabila mendapati
Baginda tidak sampai. Walaupun penduduk Yathrib tidak mengenali wajah dan susuk
Baginda, namun perasaan cinta dan rindu mereka sangat tinggi terhadap Rasulullah
sallAllahu `alaihi wa sallam.

Rumah Abu Ayyub al-Ansari telah terpilih menjadi tempat menetap Nabi sallAllahu
`alaihi wa sallam di Yathrib apabila unta Baginda berhenti di kampung Bani al-Najjar
iaitu kampung keluarga pihak bapa-bapa saudara sebelah ibu Baginda, di mana rumah
Abu Ayyub merupakan rumah yang paling hampir tempat unta tersebut berhenti. Tapak
unta itu berhenti dijadikan tapak Masjid Nabawi.

Beberapa hari selepas itu, Sawdah iaitu isteri Baginda sampai bersama 2 puteri Baginda
iaitu Fatimah dan Ummu Kalthum. Bersama mereka juga Usamah bin Zaid dan Ummu
Aiman. Mereka ini keluar dengan ditemani oleh `Abdullah bin Abu Bakar dan `A’ishah.
Puteri Baginda yang bernama Zainab masih tinggal di Makkah bersama Abu al-`As
kerana tidak mendapat peluang keluar dari Makkah sehinggalah setelah peperangan
Badar. Allahu A`lam.

Begitulah serba ringkas kisah hijrah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dari Makkah
ke Yathrib. Selepas peristiwa besar itu, Yathrib digelar sebagai Madinah ar-Rasul
sallAllahu `alaihi wa sallam atau lebih dikenali dengan nama Madinah sahaja sehingga
kini. Peristiwa hijrah ini telah memulakan era baru dakwah Nabi sallAllahu `alaihi wa
sallam dengan peluang yang lebih besar dan cabaran yang lebih hebat.

13 OCTOBER 2015

SHARE:
Tweet

1-Mengambil sebab: Melalui hijrah Rasulullah dan Abu Bakar kita mendapati mereka
menggunakan sepenuh kemampuan mereka untuk menjayakan hijrah. Dan inilah persediaan
yang dituntut dari setiap mukmin, untuk mempersiapkan segala yang mereka mampu, dan apa
jua yang di luar kemampuan tidak dituntut.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh
yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan”. (Al-Anfaal:60)

Namun kadang kala selepas mengatur strategi, kita dapati berlaku perkara-perkara yang di
luar perancangan manusia. Ketika peristiwa hijrah, orang musyrikin telah tiba di rumah
Rasulullah s.a.w sebelum waktu yang baginda jangkakan dan selepas baginda mengatur
strategi mengikut jangkaan baginda s.a.w, orang-orang yang memburu mereka tiba di pintu
Gua Thur, Suraqah dapat mengejar Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a, dan mereka
bertembung dengan Buraidah Al-Aslami bersama kaumnya.

Tetapi pengajaran yang kita dapati di sini adalah sekiranya kita mengerahkan seluruh
kemampuan dan mengambil asbab, Allah akan menyempurnakan kekurangan yang berlaku di
luar jangkaan kita. Dengan itu, Allah s.w.t menutup mata-mata orang musyrikin sehingga
mereka tidak nampak Rasulullah s.a.w keluar dari rumah baginda, Dia tidak membuatkan
mereka menjenguk ke dalam gua, Dia menenggelamkan kaki kuda Suraqah ke dalam pasir
dan mencampakkan rasa takut di hatinya, dan Dia jualah yang melapangkan dada Buraidah
dan kaumnya untuk memeluk Islam.

2- Rasulullah tidak sekali-kali bergantung pada asbab dan meninggalkan Tuhan bagi asbab,
sesungguhnya baginda mengetahui bahawa asbab tidak akan mendatangkan hasil kecuali jika
Allah kehendaki. Oleh itu, selepas mengerahkan segala asbab dengan sempurna baginda
menyertakan keyakinan yang tinggi bahawa apa yang dikehendaki Allah pasti berlaku. Ini
jelas daripada sabda baginda s.a.w: “Apa katamu bahawa di samping yang berdua itu ada
yang ketiga iaitu Allah!”

Keyakinan baginda s.a.w juga jelas dari perbuatan baginda yang tidak banyak menoleh dalam
perjalanan. Sesungguhnya baginda telah melaksanakan apa yang dipertanggungjawabkan ke
atasnya, dan apa yang Allah kehendaki pasti akan berlaku. Tanpa keyakinan seperti ini tidak
mungkin Negara Islam akan tertegak.
3- Setiap detik kehidupan baginda s.a.w tidak pernah sunyi daripada sikap optimis, termasuk
ketika perjalanan hijrah yang bahaya ini. Walaupun nyawa baginda s.a.w dan sahabatnya
diancam ketika itu, baginda mengkhabarkan kepada Suraqah bukan sahaja tentang
kemenangan Islam ke atas kaum Quraisy atau Arab, bahkan tentang jatuhnya kerajaan Kisra
ke atas umat Islam dan harta Kisra menjadi harta ghanimah (harta rampasan perang).

4- Dalam setiap peringkat kehidupan dan setiap langkah dakwah baginda s.a.w kita dapati
betapa baginda sangat mementingkan perihal teman. Baginda hidup di Mekah dengan
sahabat-sahabatnya, keluar ke Thaif dengan teman, menemui delegasi berteman, mengikat
baiah berteman, malah ketika hijrah baginda bertanya kepada Jibril a.s. tentang temannya
berhijrah. Semua ini berlaku dalam keadaan baginda s.a.w seorang rasul yang hebat, namun
setiap manusia memerlukan teman. Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk sentiasa mencari
teman yang soleh sebagaimana sabda baginda: “Syaitan bersama seorang dan dia lebih
jauh dari yang berdua”.

Walaupun Syaitan tidak mungkin dapat memperdayakan baginda s.a.w semenjak dadanya
dibelah dan dibuang dari hatinya bahagian syaitan, serta Allah membantunya untuk
menghadapi syaitan sehingga dia (syaitan) memeluk Islam dan mengajaknya ke arah
kebaikan, namun Rasulullah s.a.w tetap mementingkan teman sepertimana yang diajarkan
kepada kita melalui petunjuk sirahnya.

5- Hijrah ini menjelaskan kepada kita bagaimana seorang pemerintah yang hebat hidup dalam
kesusahan rakyatnya. Baginda s.a.w berhijrah sepertimana mereka, diusir seperti mereka,
penat seperti mereka,sedih seperti mereka, hidup bersama mereka merasai setiap keperitan
dan pengorbanan mereka.

Boleh sahaja Allah s.w.t memindahkan baginda s.a.w dari Mekah ke Madinah menggunakan
Buraq seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj, namun di manakah qudwah? Dari mana kita
dapatkan teladan? Muslimin memerlukan jalan praktikal untuk membina ummah, jalan yang
dalam kemampuan setiap orang muslim. Oleh itu Rasulullah s.a.w perlu melalui jalan ini
walaupun penuh dengan halangan dan kepenatan.

6- Dakwah mengalir dalam darah Rasulullah s.a.w, baginda tidak pernah melepaskan peluang
dan tidak terikat dengan keadaan untuk mengajak siapa sahaja yang baginda mampu.
Sepertimana baginda menyeru Buraidah dan kaumnya kepada Islam. Baginda s.a.w tidak
memikirkan jalan untuk melepaskan diri dari mereka, malah baginda menganggap bahawa
Allah s.w.t mendatangkan lelaki itu dan kaumnya sebagai hadiah, pemberian, nikmat,
ganjaran dan pahala yang tak terkira.

7- Pada hijrah ini kita dapati bahawa Abu Bakar As-Siddiq r.a bersedia untuk beramal kerana
Allah dalam apa jua situasi dan pada setiap waktu dan tempat. Perkara yang paling utama
dalam hidup beliau adalah keredhaan Allah s.w.t dan rasul-Nya. Tidak wujud dalam
hidupnya perkataan ‘zuruf’ (situasi), bahkan beliau mengabaikan situasi yang berlaku dalam
hidupnya kerana wujudnya situasi yang lebih besar, iaitu amal, usaha, pengorbanan dan jihad
di jalan Allah s.w.t.

8- Kita juga dapati betapa cintanya Abu Bakar r.a kepada Rasulullah s.a.w dan bagaimana
beliau tidak menunggu arahan ataupun permintaan, malah beliau berusaha dalam
membuktikan cintanya kepada Rasulullah s.a.w dengan menyediakan tunggangan, menangis
akibat gembira dipilih menjadi teman hijrah baginda, membersihkan gua, berjalan di depan
dan belakang baginda bagi menjaga baginda, dan banyak lagi.

Beliau mencintai Rasulullah s.a.w dengan ikhlas, dan cinta kepada Rasulullah s.a.w adalah
satu kewajipan. Barangsiapa yang mengutamakan cinta lain berbanding cinta kepada
Rasulullah s.a.w, maka dia berada dalam bahaya yang besar. Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak
beriman salah seorang dari kamu sehingga aku lebih dia cintai berbanding ayahnya,
anaknya dan manusia seluruhnya” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

9- Pemberian dan infaq As-Siddiq r.a, beliau mengambil 5000 dirham yang merupakan
seluruh hartanya untuk dibelanjakan demi dakwah. Sebelumnya beliau membelanjakan 35000
dirham di jalan Allah, kemudian dia terus menginfaqkan hartanya di Madinah, dan ketika
beliau menjadi khalifah, dan ketika beliau di pembaringan menanti maut. Sesungguhnya
beliau r.a telah membeli syurga, dan pemuda yang memiliki sifat seperti ini berhak diredhai
oleh Allah: “Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang
sungguh bertaqwa, yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya
dan harta bendanya, sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,
hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan demi
sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala
yang diharapkannya)” (Al-Lail: 17-21).

10- Tidakkah anda lihat bagaimana As-Siddiq r.a menggunakan seluruh keluarganya di jalan
Allah? Beliau menggunakan anak lelakinya Abdullah untuk menyampaikan berita-berita,
menggunakan Asma’ anak perempuannya untuk membawa makanan dan minuman,
menggunakan Amir bin Fuhairah hambanya untuk menyembunyikan kesan-kesan tapak kaki.
Sesungguhnya As-Siddiq r.a telah memindahkan cintanya terhadap dakwah ni kepada ahli
keluarganya. Malangnya sesetengah pendakwah menghidap penyakit ‘uzlah dari keluarga’.
Kita dapati mereka sangat aktif di luar rumah, kemudian mereka tidak melibatkan orang yang
paling rapat dengan mereka untuk beramal demi Allah s.w.t., mereka tidak berusaha untuk
membuatkan ahli keluarga mereka turut merasai kemanisan iman seperti yang mereka rasai.
Ini merupakan satu salah faham yang amat besar dan pengabaian aulawiyat yang sangat
dahsyat. Maka belajarlah daripada Abu Bakar r.a dan ingatlah: “Setiap kamu adalah
pemimpin, dan setiap kamu akan dipersoalkan (dipertanggung jawabkan) tentang
rakyatnya”

Anda mungkin juga menyukai