Anda di halaman 1dari 3

PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH

SEBELUM HIJRAH.

Rasulullah merupakan seorang pesuruh Allah. dakwah yang baginda jalankan di mekah pada
awalnya ialah secara sembunyi-sembunyi. Baginda mengadakan jamuan yang dibuat di
rumah salah seorang sahabatnya dan dihadiri oleh keluarga terdekat baginda serta sahabatnya.
Pada ketika itulah dakwah Rasulullah secara sembunyi bermula. Baginda melaksanakan
dakwah secara sembunyi kerana pada masa itu bilangan umat islam masih sedikit.
Seterusnya apabila jumlah umat islam semakin berkembang, Rasulullah
menjalankan dakwah secara terang-terangan. Dakwah yang dilakukan oleh baginda dapat
tentangan dan halangan daripada kaum kafir quraisy. Isteri Rasulullah iaitu Saidatina
Khadijah banyak membantu Rasulullah dalam menjalankan aktiviti dakwah baginda.
Masa telah berlalu dan isteri Rasulullah telah meninggal dunia. Selepas Khadijah
meninggal dunia, maka pada ketika itu Abu Talib yang menjadi pembela Rasulullah. Tidak
lama selepas itu Abu Talib pula meninggal dunia dan kaum kafir quraisy menggunakan
kesempatan tersebut untuk melakukan kejahatan kepada Rasulullah. Dengan wafatnya Abu
Talib sebagai pembela Rasulullah, kaum kafir quraisy telah bertindak dengan kejam dan
mereka semakin menjadi-jadi.
Kemudian, kewafatan Saidatina Khadijah dan Abu Talib membuatkan Rasulullah
berada dalam keadaan yang sangat sedih dan tahun itu dipanggil sebagai tahun duka cita
(‘amul huzniy). Pada tahun yang disebut sebagai tahun duka cita itulah terjadinya suatu
peristiwa besar iaitu peristiwa isra’ mi’raj pada 27 rejab 621 masihi. Ketika isra’ mi’raj Allah
memerintahkan supaya menunaikan solat lima waktu dalam sehari. Selepas peristiwa itu
berlaku, Rasulullah kembali meneruskan dakwahnya di mekah dan peristiwa itu diceritakan
kepada penduduk mekah. Namun, kebanyakkan daripada mereka tidak mempercayai hal
tersebut bahkan menuduh baginda sebagai seorang pendusta dan penipu.
Pada tahun 621 masihi, datang sejumlah orang daripada Yathrib untuk berjumpa nabi
di bukit aqabah. Mereka telah memeluk agama islam. Peristiwa itu dipanggil sebagai
perjanjian aqabah 1. Antara isi kandungan perjanjian aqabah 1 ialah tidak boleh
menyekutukan Allah, tidak boleh mencuri serta mendekati zina, tidak boleh membunuh anak
kandung dan sebagainya. Perkara ini dipersetujui oleh orang-orang Yathrib yang berjumpa
Rasulullah pada masa itu. Tahun 622 masihi, datang 73 orang daripada Yathrib (madinah) ke
mekah. Mereka merupakan kaum ‘as dan khazraj. Mereka kemudiannya menemui nabi dan
mengajaknya supaya berhijrah ke madinah. Peristiwa ini dipanggil sebagai perjanjian aqabah
dua.
Keadaan kaum muslimin di mekah pada masa itu sangat daif setelah kaum kafir
melakukan boikot kepada nabi muhammad dan para pengikutnya yang berasal daripada bani
hasyim dan bani muthalib. Kaum kafir quraisy juga melarang sebarang urus niaga atau
perdagangan dilakukan kepada nabi Muhammad dan pengikutnya.

HIJRAH KE MADINAH

Dalam usaha untuk menyelamatkan dakwah islam daripada gangguan kafir quraisy,
Allah memerintahkan supaya nabi Muhammad melakukan hijrah daripada mekah ke
madinah. Setelah kaum kafir mangetahui bahawa Rasulullah dan pada pengikutnya akan
berhirah, mereka pun merancang sesuatu untuk membunuh Rasulullah. 11 orang yang telah
terpilih untuk melakukan tugas pembunuhan tersebut. Namun, kekuasaan Allah mengatasi
semuanya. Kafir quraisy yang pada mulanya merancang untuk membunuh Rasulullah telah
tertidur dengan kekuasaan Allah. Dengan itu, Rasulullah berjaya melepasi halangan tersebut
dan meneruskan perjalannya untuk berhijrah ke madinah.
Mereka melakukan perjalanan hingga tiba di gua thur dan berehat di gua itu selama
tiga hari. Selepas tiga hari dalam gua tersebut, mereka meneruskan perjalanan dengan dibantu
oleh Abdullah bin Urayqit seorang petunjuk jalan yang bukan beragama islam tetapi boleh
dipercayai. Dalam perjalanan tidak ada apa-apa masalah bahkan banyak peristiwa besar yang
berlaku. Antaranya ialah, beberapa orang yang baginda temui semasa dalam perjalanan telah
memeluk agama islam.
Setelah sampai di quba, baginda singgah di rumah kalthum bin al-hadam dan
menetap selama empat hari. Seterusnya baginda telah membina masjid dan bersolat di
dalamnya. Itulah masjid pertama yang diasaskan atas dasar taqwa selepas baginda menjadi
nabi iaitu masjid quba. Pada hari jumaat 12 rabiul awal tahun ke-12 kenabian, baginda
bertolak ke madinah dengan rombongannya. Apabila masuk waktu solat jumaat, baginda
singgah untuk bersolat jumaat di sebuah kawasan lembah di perkampungan bani salim bin
auf. Selepas selesai menunaikan solat jumaat, baginda dan para pengikutnya terus bergerak
ke yathrib dan apa bila sampai mereka disambut dengan meriah oleh penduduk di sana.
Walaupun orang-orang ansar di yathrib bukanlah orang yang mewah, tetapi mereka
menawarkan diri supaya nabi singgah dan menetap di rumah mereka. Akhirnya rumah Abu
Ayub al-Ansari telah terpilih menjadi tempat nabi menetap.
Berdasarkan kisah hijrah Rasulullah ke madinah, dapatlah kita simpulkan bahawa
dalam dakwah akan sentiasa ada cabaran dan halangan. Oleh itu, sebagai seorang pendakwah,
kita hendaklah mengamalkan sikap sabar dalam dakwah agar sesuatu yang disampai dapat
diterima dengan hati yang terbuka seterusnya mengelakkan daripada berlakunya pergaduhan
semasa menyampaikan dakwah.

Anda mungkin juga menyukai