Anda di halaman 1dari 43

MALAYSIA TRADE

STATISTICS
REVIEW

VOL. 1 / 2020

Tarikh Sebaran: 4 Jun 2020


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
PERUTUSAN OLEH KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA

Malaysia Trade Statistics Review (MTSR) merupakan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia
(DOSM) yang mengupas senario ekonomi semasa dalam menghadapi cabaran berikutan
penularan wabak COVID-19.

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan kemerosotan perdagangan, memperlahankan


pertumbuhan ekonomi dan menyebabkan pengangguran yang tinggi. Oleh itu, kerajaan
Malaysia telah mengambil langkah drastik untuk mengatasi penularan wabak ini dan
melaksanakan pelbagai program bagi mengurangkan kesan terhadap ekonomi.

Pandemik COVID-19 telah menyaksikan peningkatan permintaan terhadap statistik ekonomi


dan sosial oleh kerajaan untuk mempermudahkan usaha meringankan cabaran dalam situasi
semasa. Sementara itu, orang ramai juga berminat untuk menilai dan memahami krisis luar
biasa ini bagi mengatasi masalah kelangsungan hidup.

Justeru, sebagai penjana statistik rasmi negara, DOSM telah mengambil inisiatif dengan
mengeluarkan laporan MTSR yang menyediakan maklumat komprehensif dan teratur mengenai
keadaan semasa untuk pihak stakeholders dan kerajaan bagi mempercepatkan perancangan
dasar strategik untuk menangani krisis ekonomi secara berkesan dengan menghadapi
persekitaran mencabar yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

MTSR ini menyediakan maklumat tentang prestasi perdagangan barangan Malaysia, impak
COVID-19 terhadap perdagangan Malaysia, eksport Perusahaan Kecil Sederhana (PKS),
import utama barangan pengguna terpilih, eksport import mengikut negeri, prestasi pelaburan
langsung asing di Malaysia dan hubungkait prestasi perdagangan dengan statistik lain yang
dikeluarkan oleh DOSM.

DOSM mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan bagi memperbaiki keluaran laporan
MTSR yang akan datang.

DR. MOHD UZIR MAHIDIN

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 2


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
SOROTAN UTAMA
• Sebelum pandemik COVID-19, perdagangan Malaysia dijangka kembali pulih dengan
keseluruhan eksport kasar Malaysia diunjur berkembang 1.0 peratus pada 2020
berikutan penambahbaikan aktiviti perdagangan global dan peningkatan dalam
kitaran Elektrik dan elektronik (E&E). Import kasar dianggar kembali pulih 2.7 peratus
pada 2020 sejajar dengan kenaikan import barangan pengantaraan, modal dan
penggunaan.
• Pada suku pertama (ST1) 2020, imbangan dagangan Malaysia mencatatkan lebihan
dengan nilai RM37.0 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 0.1 peratus berbanding suku yang
sama tahun lepas. Jumlah dagangan pada ST1 2020 menunjukkan momentum positif pada
kadar 1.2 peratus kepada RM440.4 bilion, disumbangkan oleh peningkatan eksport dan
import pada suku semasa, yang naik masing-masing sebanyak 1.1 peratus dan 1.3 peratus.
• Namun, berikutan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP), kadar pertumbuhan eksport Malaysia berdasarkan jangkaan pihak
BNM akan jatuh sebanyak 13.6 peratus (krisis kewangan 2009: eksport: -16.7%;
import: -16.4%; jumlah perdagangan: -16.5%).
• Kebanyakan negara rakan dagangan Malaysia juga masih bergelut dengan wabak
COVID-19, permintaan eksport juga akan terkesan. Eksport akan terus kekal merosot
dan memberi impak kepada ekonomi Malaysia.
• World Trade Organization (WTO) meramalkan perdagangan dunia merosot di antara
13.0 ke 32.0 peratus, di mana eksport dan import Malaysia diramal jatuh masing-
masing 4.0 peratus dan 6.0 peratus.
• Penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan positif kepada industri tertentu Sektor
Pembuatan iaitu Pembuatan sarung tangan getah, Pemprosesan makanan dan Pembuatan
kimia asas lain.
• Dianggarkan 20.0 peratus daripada lebih 60 ribu pertubuhan dalam sektor Pembuatan di
Malaysia terlibat dengan aktiviti pengeksportan. Pertubuhan ini menggaji sejumlah 1.5 juta
orang pekerja atau 60.0 peratus daripada keseluruhan pekerja sektor Pembuatan. Lebih
70.0 peratus daripadanya adalah pekerja tempatan dengan hanya 19.0 peratus adalah
pekerja mahir.
• Sumbangan eksport PKS kepada jumlah eksport adalah 17.3 peratus pada tahun
2018. Eksport PKS sektor Pembuatan menyumbang sebanyak 48.3 peratus kepada jumlah
eksport PKS pada tahun 2018 disokong oleh minuman & tembakau, bahan kimia, barang-
barang keluaran kilang dan pelbagai barang keluaran kilang.
• Sumbangan eksport semula barangan perdagangan Malaysia mencatatkan peningkatan
ketara pada tahun 2018. Eksport semula meningkat daripada 5.6 peratus pada tahun 2010
kepada 19.9 peratus pada tahun 2018.
• Malaysia berada di kedudukan ke-28 dari 113 negara dalam Global Food Security Index
pada 2019 berbanding kedudukan ke-44 pada 2018. Pada 2018, sebanyak 22 item komoditi
pertanian terpilih mempunyai Kadar Sara Diri (SSR) melebihi 100.0 peratus.

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 3


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
SOROTAN UTAMA
• Antara cabaran lain perdagangan Malaysia adalah kebergantungan import kepada
penghasilan produk eksport negara yang seterusnya memberi kesan kepada nilai
ditambah sektor luaran di Malaysia.
• Sebahagian besar daripada industri berorientasikan eksport di Malaysia merekodkan
kebergantungan yang tinggi terhadap input perantaraan yang diimport. Produk
elektrik, elektrikal dan optikal, logam asas, prosesan makanan dan produk logam
yang direka adalah antara subsektor yang merekodkan nisbah import yang
menghampiri 50.0 peratus kepada nilai eksport.
• Subsektor Penyediaan, Pemintalan dan Penenunan Tekstil menggunakan 66.2
peratus komoditi import sebagai input dalam menghasilkan produk industri tersebut.
Ini diikuti oleh subsektor Produk Tembakau (56.9%) dan Komputer, Peranti, Mesin
dan Kelengkapan Pejabat (49.1%).
• Import perkhidmatan terutamanya pengangkutan turut meningkat menyebabkan
defisit perkhidmatan semakin melebar berbanding tahun 2010. Daripada analisis
menggunakan perangkaan imbangan pembayaran, didapati syarikat-syarikat
tempatan dan antarabangsa lebih cenderung untuk menggunakan perkhidmatan
muatan udara dan laut serta insuran asing.
• Sektor pembuatan mendominasi perbelanjaan perlindungan alam sekitar pada 2018
iaitu RM1,820.8 juta atau 67.5 peratus.
• Dalam melaksanakan perdagangan Malaysia perlu memperoleh kelebihan dengan
mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, bahan mentah yang diimport dan
juga berasaskan komoditi.
• Malaysia perlu memberi penumpuan penghasilan produk yang melibatkan lebih ramai
pekerja mahir dan separa mahir menggunakan sumber tempatan yang memberikan kesan
pengganda lebih tinggi dan juga mempertingkatkan kepelbagaian produk.

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 4


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
OVERVIEW
Malaysia adalah sebuah negara ekonomi terbuka yang disokong asas eksport yang pelbagai
dan sangat terintegrasi dalam rantaian bekalan serantau dan global. Dalam dekad yang lalu,
indeks keterbukaan perdagangan Malaysia melebihi 130.0 peratus daripada Keluaran Dalam
Negeri Kasar (KDNK). China, Singapura, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU)
merupakan rakan perdagangan terbesar Malaysia. Dua puluh (20) rakan dagangan utama
Malaysia sejak 2010 masih kekal sama tanpa perubahan. Eksport dan import Malaysia
didokong terutamanya oleh sektor Pembuatan yang didominasi oleh produk elektrik dan
elektronik; diikuti oleh sektor Perlombongan dan Pertanian.
Sejajar dengan perubahan struktur ekonomi, struktur eksport Malaysia juga telah mengalami
perubahan ketara sepanjang lima dekad yang lalu. Berdasarkan seksyen barangan, pada dekad
1970-an eksport Malaysia didominasi oleh Bahan-bahan mentah tidak boleh dimakan merujuk
kepada getah, bijih, kayu balak dan kayu bergergaji mewakili 53.8 peratus daripada jumlah
eksport negara pada 1970; diikuti oleh Barang-barang keluaran kilang (22.9%) dan Bahan api
galian, pelincir, dan lain-lain (7.1%). Bahan-bahan mentah tidak boleh dimakan kekal sebagai
eksport utama sehingga tahun 1981. Pada 1982 – 1985, eksport utama Malaysia telah beralih
kepada Bahan api galian, pelincir, dan lain-lain yang merangkumi petroleum dan gas asli.
Bermula 1986 sehingga kini, Jentera dan kelengkapan pengangkutan yang terkandung di
bawahnya produk E&E telah muncul sebagai eksport utama negara kesan daripada
pembangunan dan perkembangan aktiviti pembuatan yang pesat. Pada 1970, seksyen
barangan ini hanya berada di kedudukan keenam dengan sumbangan 1.6 peratus. Kemuncak
penguasaan Jentera dan kelengkapan pengangkutan adalah pada penghujung dekad 1990-an
dan awal 2000-an dengan sumbangan tertinggi 62.5 peratus pada tahun 2000.
Perdagangan Malaysia menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun selaras dengan
pertumbuhan ekonomi negara yang mencatatkan purata pertumbuhan perdagangan tahunan
11.4 peratus bagi tempoh 1970 hingga 2019. Pada 2018, prestasi dagangan Malaysia kukuh
dengan mencecah paras tertinggi baharu iaitu RM1.9 trilion dengan eksport buat pertama
kalinya melangkaui RM1.0 trilion. Walau bagaimanapun, eksport Malaysia didapati mula
menguncup semenjak awal 2019 disebabkan oleh gangguan faktor luaran. Import
menyusut pada kadar yang lebih pantas daripada eksport pada tahun 2019 disebabkan
import barangan modal yang rendah, sekaligus mencerminkan pelaburan domestik yang
lemah.
Berdasarkan 1.2 juta syarikat/firma perniagaan aktif di Malaysia Statistical Business Register
(MSBR), lebih kurang 21 ribu syarikat /firma perniagaan menjalankan perniagaan
berorientasikan eksport. Daripada jumlah tersebut, 90.2 peratus merupakan syarikat /firma
perniagaan berstatus Sendirian Berhad. Manakala, syarikat/ firma perniagaan di Malaysia yang
terlibat dalam perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan menjalankan aktiviti
eksport dianggarkan 55.0 peratus pada tahun 2019. Berdasarkan anggaran daripada Banci
Ekonomi 2016, sektor pembuatan menyumbang perbelanjaan R&D tertinggi sebanyak 63.1
peratus dari keseluruhan sektor di Malaysia. Subsektor Pembuatan komputer, produk elektronik
dan optikal merupakan penyumbang tertinggi dalam perbelanjaan R&D bagi sektor pembuatan.

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 5


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
Prestasi Perdagangan (Barangan) Malaysia Suku Pertama 2020

Pada ST1 2020, imbangan dagangan Malaysia terus mencatatkan lebihan sejak ST3 1997,
dengan nilai RM37.0 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 0.1 peratus berbanding suku yang
sama tahun lepas. Jumlah dagangan pada ST1 2020 terus menunjukkan momentum positif
pada kadar 1.2 peratus kepada RM440.4 bilion, berbanding RM435.2 bilion pada tahun
sebelumnya. Ini disumbangkan oleh peningkatan eksport dan import yang naik masing-masing
sebanyak 1.1 peratus dan 1.3 peratus.

Pada ST1 2020, eksport mencatatkan peningkatan sebanyak 1.1 peratus tahun-ke-tahun
kepada RM238.7 billion didorong oleh Keluaran petroleum bertapis (+43.0%), dan minyak
kelapa sawit & hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit (+4.6%). Manakala, produk
E&E, gas asli cecair dan petroleum mentah masing-masing merosot sebanyak 7.6 peratus,
12.1 peratus dan 8.8 peratus.

Import juga mencatatkan kenaikan sebanyak 1.3 peratus kepada RM201.7 bilion pada ST1
2020. Import barangan perantaraan dan barangan penggunaan meningkat masing-masing
sebanyak 8.1 peratus dan 4.8 peratus, manakala barangan modal jatuh sebanyak 26.8 peratus.
Barangan perantaraan yang menyumbang 57.5 peratus kepada jumlah import, meningkat 8.1
peratus kepada RM116.0 bilion berikutan import yang lebih tinggi bekalan perindustrian dan
alat ganti & aksesori barang modal (kecuali alat kelengkapan pengangkutan) (+RM2.6 bilion,
+8.2%), bekalan industri, utama (+RM2.0 bilion, +34.6%) dan bahan api & pelincir, diproses
(+RM2.0 bilion, +53.4%). Barangan penggunaan yang menyumbang 8.8 peratus kepada
jumlah import, merekodkan pertumbuhan iaitu 4.8 peratus kepada RM17.8 billion
disumbangkan oleh makanan dan minuman, diproses, khusus untuk penggunaan isi rumah
(+RM640.4 juta, +13.7%) dan makanan & minuman, utama, khusus untuk penggunaan isi
rumah (+RM565.8 juta, +23.4%). Barangan modal yang mencakupi 8.7 peratus daripada
jumlah import menyusut sebanyak 26.8 peratus disebabkan oleh penurunan import barangan
modal (kecuali alat kelengkapan pengangkutan).

Carta 1: Siri Masa Prestasi Perdagangan Suku Tahunan, 1997 - 2020

EKSPORT IMPORT JUMLAH PERDAGANGAN IMBANGAN DAGANGAN


600
RM BILION

500

400

300

200

100

0
Q1 2014

Q1 2018
Q1 1997

Q1 1998

Q1 1999

Q1 2000

Q1 2001

Q1 2002

Q1 2003

Q1 2004

Q1 2005

Q1 2006

Q1 2007

Q1 2008

Q1 2009

Q1 2010

Q1 2011

Q1 2012

Q1 2013

Q1 2015

Q1 2016

Q1 2017

Q1 2019

Q1 2020

(100)

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 6


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW

Bagi perdagangan mengikut sektor, kedua-dua eksport dan import bagi sektor Pertanian
merekodkan pertumbuhan positif. Sementara eksport bagi sektor Pembuatan dan import bagi
sektor Pelombongan turut menunjukkan trend yang sama. Sektor Pembuatan yang merupakan
penyumbang tertinggi kepada jumlah perdagangan Malaysia mencatatkan peningkatan bagi
eksport sebanyak 2.5 peratus disumbangkan terutamanya oleh Keluaran petroleum
(+RM4.3 bilion, +28.3%) dan Keluaran besi dan keluli (+RM2.3 bilion, +61.9%).

Eksport bagi sektor Perlombongan merosot 10.4 peratus disebabkan oleh kejatuhan eksport
Gas asli cecair dan petroleum, manakala import meningkat 22.8 peratus. Sementara itu,
eksport dan import bagi sektor Pertanian masing-masing meningkat 1.3 peratus dan
22.9 peratus. Peningkatan eksport bagi sektor Pertanian disumbangkan oleh peningkatan
eksport Minyak kelapa sawit (+RM195.0 juta, +1.3%).

China, Singapura, Amerika Syarikat dan EU kekal sebagai rakan dagangan utama Malaysia
bagi ST1 2020. China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia sejak 2009 dengan
sumbangan 16.0 peratus. Penularan wabak COVID-19 di China terutamanya pada Januari dan
Februari 2020 telah memberi kesan kepada perdagangan Malaysia dengan China di mana
kedua-dua eksport dan import masing-masing jatuh 1.3 peratus dan 2.8 peratus pada suku
tahun ini. Sementara itu, Singapura kekal sebagai rakan dagangan kedua terbesar dengan
sumbangan 12.4 peratus walaupun mencatat jumlah dagangan yang lebih rendah. Eksport
meningkat 9.7 peratus dan import menurun 8.3 peratus. Jumlah perdagangan dengan Amerika
Syarikat bernilai RM42.1 bilion yang merangkumi 9.6 peratus daripada jumlah perdagangan,
mencatatkan peningkatan 10.9 peratus berbanding suku yang sama tahun lepas. Kedua-dua
eksport dan import masing-masing meningkat sebanyak 9.5 peratus dan 12.8 peratus.

Penularan wabak COVID-19 di kebanyakan negara Eropah sejak Februari 2020 telah
menampakkan kesan kepada perdagangan Malaysia dengan EU. Perdagangan dengan EU
yang menyumbang sebanyak 8.1 peratus kepada jumlah perdagangan Malaysia merekodkan
nilai yang lebih rendah pada ST1 2020 berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Eksport
jatuh 9.7 peratus dan import mencatatkan penurunan 12.8 peratus.

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 7


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
Eksport Import mengikut Negeri
Bagi memberi nilai tambah kepada statistik perdagangan antarabangsa sedia ada dengan
maklumat yang lebih komprehensif mengikut negeri, DOSM telah mengintegrasikan dua
domain statistik berbeza iaitu pangkalan data perdagangan barangan antarabangsa dan
MSBR. Statistik ini amat penting kerana boleh menangani soalan dasar tentang negeri yang
terlibat dalam perdagangan antarabangsa dan menguasai eksport Malaysia. Oleh itu, sebarang
insentif atau dasar untuk mempromosikan aktiviti eksport akan dicapai dengan sasaran yang
tepat.
Statistik Eksport Import mengikut Negeri terkini yang diterbitkan iaitu bagi tempoh Januari
hingga Mac 2020 menunjukkan jumlah perdagangan Malaysia meningkat 1.2 peratus kepada
RM440.4 bilion berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Peningkatan jumlah
perdagangan disebabkan oleh dagangan dari Johor (+RM10.3 bilion), Pahang (+RM3.3 bilion),
Pulau Pinang (+RM3.2 bilion), Kedah (+RM1.2 bilion) dan Melaka (+RM139.8 juta).
Lima negeri kekal mendominasi eksport Malaysia dengan merekodkan hampir 70.0 peratus
daripada jumlah eksport. Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport paling utama dengan
sumbangan 28.5 peratus, diikuti Johor (21.3%), Selangor (19.3%), Sarawak (8.3%) dan Perak
(3.0%).
Sementara itu, bagi import, Selangor merupakan penyumbang terbesar (26.2% daripada jumlah
import), diikuti oleh Johor (22.4%), Pulau Pinang (22.2%), WP Kuala Lumpur (7.9%) dan Kedah
(4.7%).
Eksport Malaysia meningkat sebanyak 1.1 peratus kepada RM238.7 bilion berbanding tempoh
sama bagi tahun sebelumnya. Import juga meningkat 1.3 peratus kepada RM201.7 bilion.
Peningkatan nilai eksport didorong oleh eksport yang lebih tinggi dari Johor
(+RM5.5 bilion), Pahang (+RM3.2 bilion), Kedah (+RM0.5 bilion), Melaka
(+RM0.3 bilion) dan Perak (+RM39.0 juta). Manakala, peningkatan nilai import disebabkan oleh
import yang lebih tinggi dari Johor (+RM4.8 bilion), Pulau Pinang (+RM3.4 bilion), Kedah
(+RM0.7 bilion), WP Labuan (+RM0.2 bilion) dan Pahang (+RM58.4 juta).
Eksport dari Pulau Pinang mencatatkan Purata Pertumbuhan Tahunan (CAGR) tertinggi iaitu
11.7 peratus bagi tempoh tahun 2015 sehingga 2019, diikuti WP Labuan (11.4%) dan
WP Kuala Lumpur (9.2%). Manakala, import dari Pahang pula merekodkan CAGR tertinggi iaitu
15.6 peratus, diikuti Johor (10.2%) dan Perak (8.8%) bagi tempoh yang sama.

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 8


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW

Carta 2: Eksport dan Import mengikut Negeri, Januari - Mac 2019 & 2020

Eksport
Import
2019 2020
Kedah
RM5.8 b RM6.3 b
Perlis RM8.8 b RM9.5 b
RM0.3 b RM0.2 b Kelantan
RM0.3 b RM0.3 b RM0.9 b RM0.9 b WP Labuan
RM0.5 b RM0.5 b
RM1.8 b RM1.6 b
RM0.7 b RM0.9 b
Terengganu
Pulau Pinang RM4.3 b RM4.1 b
RM68.2 b RM67.9 b RM1.4 b RM1.2 b
RM41.4 b RM44.8 b
Pahang
RM3.3 b RM6.5 b
Perak RM3.4 b RM3.5 b
RM7.0 b RM7.0 b
RM6.6 b RM6.1 b

Sabah
WP Kuala Lumpur RM7.2 b RM6.5 b
RM8.6 b RM8.9 b RM2.0 b RM1.9 b
RM17.3 b RM15.8 b

Selangor Sarawak
RM46.9 b RM46.0 b RM22.2 b RM19.9 b
RM55.8 b RM52.8 b Melaka RM4.9 b RM4.8 b
RM6.7 b RM7.0 b
RM7.4 b RM7.2 b
Negeri Sembilan Johor
RM5.1 b RM5.0 b RM45.4 b RM50.9 b
RM7.1 b RM6.5 b RM40.3 b RM45.1 b

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 9


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW

Industri Pembuatan Berorientasikan Eksport

Industri pembuatan dan prestasi eksport Malaysia mempunyai hubungan atau pertalian secara
langsung antara satu sama lain. Lebih 80.0 peratus produk yang dihasilkan dalam sektor
Pembuatan adalah untuk tujuan eksport. Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) merupakan
indikator jangka pendek bagi mengukur kadar perubahan sebenar dalam pengeluaran komoditi
perindustrian bagi satu tempoh masa. Pada ST1 2020, Malaysia mencatat kenaikan IPP
marginal 0.4 peratus, pertumbuhan terendah semenjak ST1 2013 (0.04%). Pertumbuhan
marginal ini disumbangkan oleh pertumbuhan positif yang dicatatkan oleh sektor Pembuatan,
1.3 peratus sementara sektor Perlombongan dan Elektrik mencatat penurunan masing-masing
1.8 peratus dan 0.4 peratus.

Sektor pembuatan menyumbang 21.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
pada ST1 2020. Indeks Pembuatan mencatatkan penurunan 4.2 peratus, pada bulan Mac 2020
iaitu terendah sejak Februari 2013 (-5.0%). Kejatuhan ini disumbangkan oleh industri Minyak
dan lemak sayuran dan haiwan (-17.0%), produk Tembakau (-3.5%), Peralatan Pengangkutan
dan Pembuatan Lain (-1.6%) dan Produk Mineral Bukan Logam, Logam Asas dan Produk
Logam yang direka (-0.1%). Sebaliknya, pemprosesan Makanan dan produk Getah
merekodkan pengeluaran yang lebih tinggi pada ST1 2020 berikutan peningkatan permintaan
untuk makanan dan produk tenusu serta peningkatan keperluan sarung tangan pembedahan
dan pelindung muka.

Nilai jualan sektor Pembuatan pada ST1 2020 mencatatkan pertumbuhan 2.2 peratus kepada
RM339.4 bilion berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2019 (Carta 3). Banci Ekonomi
2016 (tahun rujukan tahun 2015) menunjukkan sekitar 60 ribu pertubuhan terlibat dalam aktiviti
Pembuatan.

Pada ST1 2020, purata gaji tertinggi dicatatkan oleh Pembuatan produk petroleum bertapis
dengan purata gaji RM13,642 sebulan per pekerja, diikuti oleh Pembuatan kimia organik asas
dengan RM8,208 dan Pembuatan sebatian bukan organik pada RM7,723. Gaji terendah
direkodkan oleh Pembuatan produk makanan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan
RM1,058, diikuti oleh Pembuatan batik dan Pembuatan minyak isirong dengan masing-masing
mencatatkan RM995 dan RM974.

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 10


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW

Carta 3: Nilai Jualan Sektor Pembuatan vs Eksport Domestik, Januari 2019 - Mac 2020
RM JUTA

140.0

120.0

100.0

80.0

60.0

40.0

20.0

-
Mei-19
Jan-19

Jun-19

Jul-19

Jan-20
Feb-19

Feb-20
Ogos-19

Sep-19

Nov-19

Dis-19
Mac-19

Okt.-19

Mac-20
Apr-19

Nilai Jualan Eksport Domestik

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Penglibatan Pekerja dalam Sektor Pembuatan dan Eksport

Dianggarkan 20.0 peratus daripada lebih 60 ribu pertubuhan dalam sektor Pembuatan di
Malaysia melakukan aktiviti pengeksportan keluaran mereka. Pertubuhan ini menggaji
sejumlah 1.5 juta orang atau 60.0 peratus daripada keseluruhan pekerja sektor Pembuatan.
Lebih 70.0 peratus daripadanya adalah penduduk bekerja warganegara Malaysia. Dari segi
komposisi kategori pekerjaan, sebanyak 19.0 peratus pekerja dalam pertubuhan tersebut
merupakan pekerja mahir. Kategori pekerjaan separa mahir mendominasi 74.8 peratus
manakala 6.2 peratus lagi adalah berkemahiran rendah.

Malaysia merekodkan sejumlah 2.6 juta pekerja dalam sektor Pembuatan, iaitu 16.9 peratus
daripada keseluruhan 15.1 juta pekerja pada 2019. Melihat dari segi bilangan pekerja dalam
industri pengeksport utama iaitu Produk elektrik, elektronik & optikal, Produk petroleum, kimia,
getah & plastik serta Minyak dan lemak daripada sayuran & haiwan dan prosesan makanan,
dianggarkan berjumlah 1.4 juta pekerja atau lebih daripada separuh jumlah pekerja di sektor
Pembuatan (Carta 4).

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 11


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW

Carta 4: Peratus Sumbangan Pekerja Mengikut Sektor Utama


PEKERJA (‘000)

20,000

14,810 15,126
13,992 14,180 14,459
15,000

Keseluruhan
10,000 Pembuatan

5,000
2,379 2,391 2,441 2,502 2,553

0
2015

2016

2017

2018

2019
Sumber: Produktiviti Buruh Suku Tahunan, DOSM

Industri pengeksport utama tersebut merupakan kombinasi industri berorientasikan modal dan
buruh. Permintaan global yang lebih perlahan akan memberi kesan terutamanya kepada
industri yang berorientasikan buruh. Pengurangan dalam pengeluaran secara berterusan pada
jangka masa panjang akan memberi impak terhadap penggunaan pekerja dalam industri
tersebut terutamanya dari segi jam bekerja mahu pun bilangan pekerja. Senario paling buruk
adalah apabila kadar gaji dan upah yang dibayar adalah lebih rendah dan peningkatan dalam
pemberhentian pekerja. Sebaliknya, subsektor yang memanfaatkan penggunaan teknologi dan
automasi akan berupaya mengekalkan pengeluaran dengan penggunaan sumber manusia
yang optimum dan kesan yang minimum.

Prestasi eksport yang perlahan pada ST1 2020 antaranya disebabkan oleh kejatuhan eksport
Produk elektrik, elektronik dan optikal. Melihat kepada krisis semasa, sekiranya berterusan
akan memberi kesan secara langsung prospek pasaran kerja industri ini yang mana pada masa
ini menggaji sejumlah 576 ribu orang pekerja.

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 12


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
Prestasi Pelaburan Langsung Asing Sektor Pembuatan Di Malaysia

Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia pada tahun 2019 merekodkan peningkatan
RM31.7 bilion daripada RM30.7 bilion pada tahun 2018.

FDI bagi sektor pembuatan merekodkan RM7.2 bilion pada 2019 berbanding
RM15.0 bilion pada tahun lepas. Sumbangan sektor pembuatan kepada jumlah keseluruhan
FDI adalah sebanyak 22.8 peratus.

Sepanjang tempoh 2010 hingga 2019, sektor pembuatan merekodkan nilai tertinggi pada tahun
2015 sebanyak RM17.2 bilion berbanding RM5.0 bilion pada tahun sebelumnya.
Ini adalah disebabkan oleh peningkatan dalam subsektor pembuatan produk E&E dan produk
petroleum & kimia. Kedua-dua subsektor ini menyumbang 85.6 peratus kepada keseluruhan
FDI dalam sektor pembuatan pada tahun 2015.

Namun sektor pembuatan mencatatkan aliran masuk yang terendah RM5.0 bilion atau 14.0
peratus kepada keseluruhan FDI pada tahun 2014.

Carta 5: Pelaburan Langsung Asing, 2010-2019

50.0 20.0

RM BILION
PERATUS

17.2
45.0 16.5 16.7 18.0
40.0 15.0 16.0
14.4
35.0 13.1 14.0
12.1
30.0 12.0
25.0 10.0
20.0 8.0
15.0 7.2 6.0
6.3
10.0 5.0 4.0
5.0 2.0
29.2 37.3 28.5 38.2 35.6 39.4 47.0 40.4 30.7 31.7
0.0 0.0
2010

2011

2012

2013

2014

2015

2016

2017

2018

2019

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 13


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
Eksport bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Eksport PKS mencatatkan pertumbuhan 3.4 peratus kepada RM171.9 bilion pada tahun 2018
berbanding 7.2 peratus pada tahun 2017, didorong oleh sektor Pembuatan (5.1%) dan
Perkhidmatan (2.0%). Eksport PKS bagi sektor Pertanian pada tahun 2018 merekodkan
pertumbuhan negatif 2.0 peratus kepada RM2.48 bilion (2017: RM2.53 bilion). Ini adalah
disebabkan oleh penurunan dalam eksport PKS bagi sayur-sayuran, pisang, nanas dan buah-
buahan tropika lain seperti tembikai, jambu batu dan lain-lain.

Sementara itu, eksport PKS sektor Pembuatan yang menyumbang sebanyak 48.3 peratus
kepada jumlah eksport PKS pada tahun 2018 disokong oleh minuman & tembakau, bahan
kimia, barang-barang keluaran kilang dan pelbagai barang keluaran kilang. Destinasi utama
bagi eksport PKS sektor Pembuatan adalah Singapura yang menyumbang sebanyak 18.6
peratus diikuti oleh China (8.9%) dan Amerika Syarikat (7.8%). Eksport PKS sektor
Perkhidmatan meningkat kepada RM86.4 bilion berbanding RM84.7 bilion pada tahun 2017.
Pertumbuhan ini disumbangkan oleh aktiviti perjalanan, perkhidmatan perniagaan lain dan
pengangkutan. Sumbangan eksport PKS kepada jumlah eksport kekal pada 17.3 peratus pada
tahun 2018.

Carta 6: Eksport PKS Mengikut Sektor, 2015 - 2018

100.0%

RM BILION
90.0%

80.0%
72.9 79.1 84.7 86.4
70.0%

60.0%

50.0%

40.0%

30.0%
70.1 73.3 79.0 83.0
20.0%

10.0%
2.0 2.7 2.5 2.5
0.0%
2015 2016 2017r 2018

Pertanian Pembuatan Perkhidmatan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 14


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
Eksport Barangan bagi Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS)

Pada tahun 2018, Eksport Barangan PKS bagi Pelbagai Barang Keluaran Kilang mencatatkan
nilai tertinggi sebanyak RM22.3 billion. Contoh produk dalam kumpulan ini adalah Sarung
tangan getah, perabot dan barang kemas. Penyumbang kedua tertinggi iaitu Jentera &
Kelengkapan Pengangkutan, merekodkan eksport sebanyak RM16.4 bilion. Produk utama
kategori ini adalah Peralatan Elektrik, Litar Bercetak dan Papan Suis dan Panel Kawalan.
Eksport utama PKS seterusnya adalah Barang-barang keluaran kilang, yang mencatatkan nilai
eksport sebanyak RM15.7 billion. Antara produk kategori ini adalah pembuatan mineral, gelas
dan aluminium.

Lima destinasi utama eksport PKS adalah Singapura, China, Amerika Syarikat, Thailand dan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan sumbangan 46.9 peratus. Eksport ke Singapura
mencatatkan nilai tertinggi dengan RM15.4 bilion, diikuti oleh China RM7.4 bilion, Amerika
Syarikat RM6.5 bilion, Thailand RM5.0 bilion dan UAE RM4.6 bilion. Bagi Singapura, tiga (3)
produk utama adalah barang kemas, barangan plastik dan pembuatan mineral. Bagi China,
tiga (3) produk utama adalah getah asli, getah sintetik dan lemak dan minyak sayuran
(terutamanya minyak sawit). Bagi Amerika Syarikat, tiga (3) produk utama adalah sarung
tangan, diod dan perabot kayu.

Carta 7: Eksport Barangan PKS (% Sumbangan) Negara Eksport


Utama
27.3
Pelbagai Barang Keluaran Kilang
26.9

20.4
Jentera & Kelengkapan Pengangkutan
19.7

18.0
Barang-Barang Keluaran Kilang
18.9 Singapura
11.4
Bahan Kimia
12.6

8.4
Makanan
8.2
2017
6.5
Bahan-Bahan Mentah Tidak Boleh Dimakan
6.4 2018
China
5.9
Minyak dan Lemak Binatang dan Sayur-Sayuran
5.2

1.2
Pelbagai Urus Niaga dan Barangan
1.1

0.4
Minuman dan Tembakau
0.5

0.5 Amerika Syarikat


Bahan Api dan Pelincir
0.4

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 15


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
Impak COVID-19 kepada Perdagangan Malaysia

Sebelum pandemik COVID-19, perdagangan Malaysia diunjurkan kembali pulih di mana


keseluruhan eksport kasar Malaysia diunjur berkembang 1% pada 2020 berikutan
jangkaan penambahbaikan aktiviti perdagangan global dan peningkatan dalam kitaran
E&E. Import kasar dianggar kembali pulih 2.7% pada 2020 sejajar dengan kenaikan
import barangan pengantaraan, modal dan penggunaan. Namun, berikutan pandemik
COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kadar pertumbuhan
eksport Malaysia berdasarkan jangkaan pihak BNM akan jatuh sebanyak 13.6 peratus
(krisis kewangan 2009: eksport: -16.7%; import: -16.4%; jumlah perdagangan: -16.5%).
Ini memandangkan selain Malaysia, kebanyakan negara rakan dagangan Malaysia juga
masih bergelut dengan wabak COVID-19, maka permintaan eksport juga akan terkesan.
Eksport akan terus kekal menyusut dan memberi impak kepada ekonomi Malaysia. WTO
juga meramalkan perdagangan dunia menguncup pada tahun ini di antara 13.0 ke 32.0
peratus, di mana eksport dan import Malaysia diramal jatuh masing-masing 4.0 peratus
dan 6.0 peratus.

Penularan wabak COVID-19 yang menjadi isu pandemik telah memberi kesan lonjakan secara
langsung kepada Sektor Pembuatan terutama Pembuatan sarung tangan getah, Pembuatan
kopi dan Pengilangan beras dan Pembuatan kimia asas lain.

Dari segi peratusan kenaikan, didapati kebanyakan industri pembuatan tersebut adalah dari
Kumpulan Makanan dan Minuman yang mana produk tersebut menjadi keperluan pengguna
sepanjang berlakunya COVID-19. Selain itu, ia juga dikategorikan oleh MITI sebagai essential
services dan dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 16


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
Jadual 1: Pertumbuhan Nilai Jualan Sektor Pembuatan Terpilih, Malaysia

MSIC Jan-19 Feb-19 Mac-19 Jan-20 Feb-20 Mac-20


Industri
5D (%) (%) (%) (%) (%) (%)
Pembuatan sarung tangan
22192 34.1 29.4 13.8 10.1 11.6 102.8
getah
10791 Pembuatan kopi 13.8 9.5 6.9 3.1 6.0 43.6
10611 Pengilangan beras 30.1 5.5 15.7 9.5 31.1 34.2
20119 Pembuatan kimia asas lain 13.3 13.4 8.4 4.0 6.4 32.8
Operasi rumah
penyembelihan yang terlibat
10104 dalam pembunuhan, 1.5 -5.4 -7.0 28.2 39.5 27.9
pembersihan atau
pembungkusan daging
Pengetinan ikan, krustasea
10201 13.2 -15.5 -4.8 7.1 47.1 26.9
dan moluska
Pembuatan produk bakeri
10714 -4.4 0.6 2.5 20.2 41.6 23.7
yang dibeku
10619 Pembuatan produk bijian 15.9 15.8 6.3 19.9 21.7 22.2
Pembuatan jem, marmalad
10304 78.4 118.0 80.7 -8.7 14.6 22.1
dan sajian jeli
10792 Pembuatan teh 22.9 13.4 -13.1 -3.3 22.0 19.9

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 17


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW

Carta 8: Nilai Jualan Pembuatan Sarung Tangan Getah, 2016 – Mac 2020

4.0 120.0
3.8
RM JUTA

PERATUS (%)
100.0
102.8

3.0 80.0

60.0

1.9
2.0 40.0

20.0
13.8
11.6
1.0 0.0

-20.0

0.0 -40.0
Mei-18
Jan-16

Mei-16
Jul-16

Jan-17

Mei-17
Jul-17

Jan-18

Jul-18

Jan-19

Mei-19
Jul-19

Jan-20
Nov-16

Nov-17

Nov-18

Nov-19
Sep-16

Sep-17

Sep-18

Sep-19
Mac-16

Mac-17

Mac-18

Mac-19

Mac-20
Pembuatan Sarung Tangan Getah %

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Nilai jualan pembuatan sarung tangan getah menunjukkan peningkatan pada bulan Mac
2020 dengan nilai RM3.8 bilion (102.8%) berbanding RM1.9 bilion (13.8%) pada Mac 2019
(Carta 8). Industri ini menyediakan peluang pekerjaan seramai 61 ribu pekerja (sehingga
Mac 2020) dengan gaji dan upah sebanyak RM143 juta dengan purata gaji RM2,236
sebulan. Industri pembuatan sarung tangan getah adalah dikategorikan sebagai industri
berorentasikan buruh.

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 18


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW

Carta 9: Jumlah Eksport Sarung Tangan Getah, Malaysia


RM JUTA

2,000.0 40.0

PERATUS (%)
32.3
1,800.0 27.5 30.0
1,600.0
20.6 19.8
1,400.0 16.3 20.0
12.8
10.0 10.0
1,200.0 17.9 18.3
3.8 10.0
2.9 10.5 10.9 3.0
1,000.0 1.0
7.4
4.7 -3.2 0.0
800.0 2.4 -7.5
-3.3 -0.8
-1.3
600.0 -5.0 -10.0
400.0 -14.1
-20.0
200.0 -19.8
0.0 -30.0
Jun-18
Jul-18

Dis-18

Jul-19

Dis-19
Jan-18

Mei-18

Ogos-18

Nov-18

Jan-19

Mei-19
Jun-19

Ogos-19

Nov-19

Jan-20
Sep-18

Feb-19

Sep-19
Feb-18

Okt-18

Okt-19

Feb-20
Mac-18
Apr-18

Mac-19
Apr-19

Mac-20
Eksport (RM juta) Eksport (tahun-ke-tahun)

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Jumlah eksport sarung tangan getah menunjukkan peningkatan berterusan pada bulan Mac
dengan nilai RM1.8 bilion (19.8%) berbanding RM1.5 bilion (-0.8%) pada Mac 2019. (Carta 9).
Destinasi utama eksport sarung tangan getah adalah ke Amerika Syarikat, China, Jepun,
Jerman dan United Kingdom. Lima buah negara ini telah menyumbang lebih 50 peratus
pasaran eksport Malaysia. Antara pesaing utama dalam pembuatan sarung tangan getah
adalah Thailand, China, German dan Belgium.

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 19


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW

Goods for Processing (GFP) dan Goods for Storage (GFS)

Penyusunan perangkaan perdagangan antarabangsa biasanya dibuat berdasarkan rekod


kastam yang mencerminkan pergerakan barangan fizikal dari satu sempadan ke sempadan
yang lain, dan mengikut garis panduan antarabangsa berkenaan konsep dan definisi yang
berdasarkan Manual International Merchandise Trade Statistics: Concepts and Definitions 2010
(IMTS2010) yang dikeluarkan oleh United Nations. Berbeza dengan Sistem Akaun Negara
(SNA) dan Imbangan Pembayaran (BOP), barangan didefinisikan sebagai barangan fizikal
yang mempunyai permintaan di mana hak milik boleh dikenal pasti serta hak miliknya boleh
dipindahkan dari satu institusi ke institusi lain melalui pasaran. Nilai eksport dan import
barangan yang ditunjukkan dalam KDNK dan Imbangan Pembayaran adalah berbeza dengan
perangkaan perdagangan luar negeri di mana konsep hak milik barangan yang akan
menentukan nilai perdagangan tersebut. Sebarang produk yang dieksport, tetapi bahan
mentah datangnya dari luar negara di mana milikan asing maka barangan tersebut
dikategorikan dibawah barangan pemprosesan ini dikenali sebagai Goods for Processing
(GFP). Elemen GFP ini dikeluarkan daripada nilai eksport barangan yang digunakan dalam
penyusunan Imbangan Pembayaran. Pada masa yang sama, sebarang produk yang diimport
dari luar negara di mana bukan dimiliki oleh syarikat Malaysia turut dikeluarkan juga daripada
penyusunan import barangan.

Selain daripada itu, barangan untuk aktiviti penyimpanan dan pengagihan di mana ianya
adalah bukan hak milik perlu juga dikeluarkan daripada statistik eksport dan import barangan
dalam penyusunan Imbangan Pembayaran dan dikenali sebagai Goods for Storage (GFS).
Konsep GFP dan GFS ini adalah selaras dengan Manual Balance of Payments and
International Investment Position (BPM6) Edisi Keenam oleh Tabung Kewangan Antarabangsa
(IMF) yang dikeluarkan pada tahun 2009. Kesan daripada aktiviti GFP dan GFS adalah nilai
eksport barangan dalam penyusunan imbangan bayaran adalah lebih rendah daripada statistik
yang dikeluarkan oleh Perdagangan Luar Negeri. Pada tahun 2010, jumlah eksport GFP dan
GFS adalah RM38.5 bilion dan terus meningkat kepada RM171.6 bilion pada tahun 2019.

Terimaan yang diperolehi daripada aktiviti GFP yang telah dijalankan ini adalah fi di mana
purata anggaran fi yang diterima adalah RM9.2 bilion setahun.

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 20


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
Berikut adalah statistik bagi penyusunan data jumlah eksport barangan dan jumlah eksport GFP
dan GFS dari tahun 2010-2019 seperti carta dibawah:

Jadual 2: Eksport barangan BOP dan Eksport barangan GFP & GFS, 2010-2019

Eksport Eksport GFP


Tahun Barangan BOP dan GFS
(RM bilion) (RM bilion)

2010 602.6 38.5


2011 658.4 41.2
2012 644.9 58.7
2013 637.7 82.4
2014 678.9 86.8
2015 681.3 96.5
2016 686.9 100.6
2017 801.4 133.3
2018 830.1 172.5
2019 815.5 171.6
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Dari segi sumbangan untuk eksport semula, berlaku peningkatan sumbangan sebanyak 20.2
peratus pada 2019 berbanding 6.7 peratus pada 2010. Ini adalah selari dengan peningkatan
eksport GFP dan GFS dari tahun 2010 sehingga 2019. Barangan eksport semula yang utama
adalah produk E&E dan keluaran petroleum bertapis pada tahun 2019.

Carta 10: Sumbangan Eksport Semula, 2010 - 2019


PERATUS

25.0 22.6
20.2
20.0 17.1
16.3
14.6 15.0
14.2
15.0
10.8

10.0 7.9
6.7

5.0

0.0
2010

2011

2012

2013

2014

2015

2016

2017

2018

2019

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 21


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
Eksport Semula Produk Utama Terpilih

Sesuatu barang dianggap sebagai eksport semula apabila ianya dibawa keluar dari negara
dalam keadaan seperti mana ianya diimport tanpa mengalami sebarang perubahan rupa.
Proses membungkus semula, menyisih atau menggred tidak dikira sebagai satu proses
perubahan rupa.

Sumbangan eksport semula barangan perdagangan Malaysia mencatatkan peningkatan ketara


pada tahun 2018. Eksport semula meningkat daripada 5.6 peratus pada tahun 2010 kepada
19.9 peratus pada tahun 2018. Eksport semula lebih tertumpu kepada barangan E&E dan
keluaran petroleum bertapis.

Eksport semula barangan E&E dan keluaran petroleum bertapis masing-masing menyumbang
47.7 peratus dan 22.3 peratus daripada jumlah eksport semula pada tahun 2019.

Eksport semula bagi tempoh Januari hingga April 2020 meningkat sebanyak 9.4 peratus
berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Peningkatan eksport semula produk
keluaran petroleum bertapis dan produk E&E masing-masing adalah sebanyak RM3.5 bilion
dan RM0.8 bilion.

Sementara itu, nikel (termasuk aloi) merekodkan purata pertumbuhan tahunan (CAGR) eksport
semula tertinggi iaitu 175.5 peratus bagi tempoh 2010 sehingga 2019, diikuti oleh bijih besi dan
konsentrat (75.4%) dan keluaran petroleum bertapis (28.7%).

Carta 11: Eksport Semula Produk Utama Terpilih, 2010-2019

100.0
RM BILION

90.0

80.0

70.0

60.0

50.0

40.0

30.0

20.0

10.0

0.0
2010

2011

2012

2013

2014

2015

2016

2017

2018

2019

Elektrik & Elektronik Keluaran Petroleum Bertapis


Bijih Besi dan Konsentrat Tembaga (Termasuk Aloi)
Nikel (Termasuk Aloi)
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 22


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
Import Kategori Ekonomi Umum (BEC)

Transaksi import diklasifikasi mengikut Kategori Ekonomi Umum (BEC). BEC diwujudkan
sebagai pengantara untuk menukarkan data import yang disusun berdasarkan kod komoditi
kepada kategori penggunaan akhir yang lebih bermakna dalam konteks Sistem Akaun Negara
(SNA) iaitu barang modal, barang perantaraan dan barang penggunaan.

Barang import utama adalah terdiri daripada barangan perantaraan dengan sumbangan 50.0
peratus diikuti oleh barangan modal (12.0%) dan barangan penggunaan (9.0%) pada tahun
2019.

Import barangan perantaraan

Pada tahun 2019, import barangan perantaraan didominasi oleh bekalan perindustrian, diproses
(seperti tembaga bertapis dan tembaga aloi serta emas), bahan api dan pelincir, utama (seperti
minyak mentah dan alat ganti dan aksesori barang modal (kecuali alat kelengkapan
pengangkutan) (seperti litar elektronik bersepadu). Barangan tersebut menyumbang lebih 78.0
peratus kepada import barangan perantaraan.

Import barangan modal

Import barangan modal pula didominasi oleh barangan modal (kecuali alat kelengkapan
pengangkutan) yang menyumbang lebih 80.0 peratus kepada jumlah import barangan modal.
Pada tahun 2019, penyumbang terbesar bagi import barangan modal (kecuali alat kelengkapan
pengangkutan) adalah set telefon dan komputer.

Import barangan penggunaan

Makanan dan minuman, diproses, khusus untuk penggunaan isirumah (seperti daging dan
beras), barangan separa tahan lama (seperti barangan plastik) barangan tidak tahan lama
(seperti ubat-ubatan) merupakan tiga barangan penggunaan utama yang diimport pada tahun
2019. Ketiga-tiga barangan berkenaan juga merangkumi lebih 68.0 peratus daripada jumlah
import barangan penggunaan.

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 23


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
Sekuriti Makanan dan Import Makanan Terpilih

Berdasarkan Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) sekuriti makanan
bermaksud apabila setiap individu pada setiap masa, dapat memperoleh secara fizikal dan
ekonomi sumber makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat bagi memenuhi keperluan
diet serta pilihan makanan mereka untuk kehidupan yang aktif dan sihat. Merujuk kepada FAO,
terdapat empat komponen dalam jaminan makanan iaitu ketersediaan makanan, akses
makanan, penggunaan dan kestabilan.

Malaysia berada di kedudukan ke-28 dari 113 negara oleh Global Food Security Index pada
2019 berbanding kedudukan ke-44 pada 2018. Namun begitu, bagi memenuhi permintaan dan
kehendak citarasa pengguna domestik, negara perlu mengimport bekalan makanan tersebut.
Kebergantungan import boleh diukur menggunakan indikator kadar kebergantungan import
(IDR) yang diterbitkan dalam Akaun Pembekalan dan Penggunaan Komoditi Pertanian Terpilih
(SUA) secara tahunan. Kadar sara diri (SSR) adalah indikator yang digunakan bagi
menerangkan sejauh mana bekalan komoditi pertanian sesebuah negara dapat memenuhi
permintaan domestik. SSR yang mencapai 100.0 peratus atau lebih menunjukkan pengeluaran
adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan domestik.

Pada 2018, sebanyak 22 item komoditi pertanian terpilih mempunyai SSR melebihi 100.0
peratus antaranya tembikai (168.1%), betik (150.2%) belimbing (146.2%), tomato (126.5%),
terung (115.4%), telur ayam/ itik (114.6%), sotong (104.4%) dan udang (100.5%).

Carta 12: Kadar Sara Diri (SSR), 2018

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 24


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW

Merujuk kepada laporan yang sama, kadar kebergantungan import (IDR) yang tinggi
mengikut produk makanan terpilih bagi ternakan adalah daging kambing (88.8%), daging
lembu (76.4%) dan susu segar (41.9%). Manakala bagi tanaman pula adalah mangga
(82.1%), cili (73.1%), kobis bulat (62.2%) dan kelapa (33.7%). Nilai import pada tahun 2019
bagi daging kambing mencatatkan RM679.4 juta, daging lembu RM1,932.4 juta dan susu
segar RM113.6 juta. Import pada tahun 2019 bagi mangga bernilai RM62.0 juta, cili
RM140.1 juta, kobis bulat RM127.7 juta dan kelapa RM189.4 juta.

Carta 13: Kadar Kebergantungan Import (IDR), 2018

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 25


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
Jadual 3: Import bagi Januari – April 2019 dan 2020

Jan-Apr 2019 Jan-Apr 2020


Perubahan Sumber
Makanan AUP import
Kuantiti Nilai import AUP Kuantiti Nilai import AUP (%) utama
(tan metrik) (RM juta) (RM per kg) (tan metrik) (RM juta) (RM per kg)

Daging kambing 12,346.9 260.7 21.1 18,992.4 445.7 23.47 11.2 Australia

Daging lembu 52,485.8 634.2 12.1 60,937.8 801.6 13.15 8.9 India

Susu segar 9,207.0 32.6 3.5 10,808.2 39.0 3.6 1.9 Australia

Mangga 18,074.3 27.7 1.5 20,315.8 31.4 1.54 0.9 Thailand

Cili 22,715.5 50.9 2.2 21,294.4 46.4 2.18 -2.7 Thailand

Kobis 34,543.8 39.5 1.1 49,857.8 60.2 1.21 5.5 China

Kelapa 80,050.6 54.6 0.7 92,821.2 84.1 0.91 32.9 Indonesia

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Perbandingan purata harga seunit (AUP) bagi produk makanan terpilih menunjukkan daging
kambing, daging lembu, kobis dan kelapa mencatatkan peratus perubahan yang tinggi. Daging
kambing mencatatkan peningkatan AUP 11.2 peratus iaitu RM23.47 per kg berbanding
RM21.11 per kg pada tahun 2019. Sumber import utama bagi daging kambing adalah Australia.
Daging lembu mencatatkan peningkatan AUP 8.9 peratus iaitu RM13.15 per kg berbanding
RM12.08 per kg bagi tempoh yang sama tahun lalu. Sumber utama import daging lembu adalah
India. Susu segar mencatatkan perubahan 1.9 peratus iaitu RM3.60 per kg berbanding RM3.54
per kg pada 2019.

Bagi tempoh Januari hingga April 2020, kelapa mencatatkan perubahan 32.9 peratus iaitu
RM0.91 per kg berbanding RM0.68 per kg bagi tempoh yang sama tahun lalu. Purata harga
kobis meningkat 5.5 peratus iaitu RM1.14 per kg berbanding RM0.91 per kg tahun lalu. Cili
mencatatkan penurunan peratus AUP 2.7% iaitu RM2.24 per kg kepada RM2.18 per kg.

Import Beras

Beras merupakan makanan ruji di kalangan rakyat Malaysia. Bagi memenuhi keperluan
penduduk, 30.0 peratus hingga 40.0 peratus bekalan beras Malaysia diimport daripada luar
negara. Dalam situasi negara berhadapan dengan pandemik COVID-19, simpanan stok
bekalan makanan khususnya bekalan beras mampu bertahan selama tiga bulan iaitu memadai
untuk tempoh perintah kawalan pergerakan ini. Statistik daripada Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani (MOA) menunjukkan secara purata seorang rakyat Malaysia akan
mengambil 80 kg beras setahun.

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 26


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW

Pada tahun 2019, nilai import beras bernilai RM1,874.9 juta, peningkatan 14.5 peratus
berbanding RM1,637.0 juta pada tahun 2018. Import beras mencecah 969.4 ribu tan metrik
pada tahun 2019. Import beras mencatatkan nilai tertinggi pada tahun 2008 (RM2,712.0 juta)
dan 2016 (RM2,828.4 juta).

Carta 14: Kuantiti Import Beras (tan metrik), 2000 - 2019

1.6
JUTA TAN METRIK

1.4
1.2
1.0
0.8
0.6
0.4
0.2
0.0
2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

2012

2013

2014

2015

2016

2017

2018

2019
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Carta 15: Nilai Import Beras (RM juta), 2000 - 2019

3,000.0
RM

2,500.0

2,000.0

1,500.0

1,000.0

500.0

-
2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

2012

2013

2014

2015

2016

2017

2018

2019

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Bagi tempoh Januari hingga April 2020, sumber import utama beras adalah Viet Nam dengan
nilai import mencecah RM358.8 juta (46.8%), diikuti India (RM110.9 juta, 14.4%) dan Pakistan
(RM102.4 juta, 13.3%).

Purata harga beras bagi tempoh Januari hingga April 2020 mencatatkan peningkatan
3.0 peratus iaitu RM1,944 per tan metrik berbanding RM1,887 per tan metrik bagi tempoh yang
sama tahun lalu.

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 27


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW

IMPORT UTAMA BARANG PENGGUNA TERPILIH

• Import Peralatan Gimnasium

Pada tahun 2000, Malaysia mengimport RM28.6 juta peralatan gimnasium. Import bagi
peralatan gimnasium pada tahun 2019 yang bernilai RM305.2 juta mencatatkan purata
pertumbuhan tahunan sebanyak 13.3 peratus dalam tempoh dua dekad. Sumber utama import
bagi peralatan gimnasium pada tahun 2019 ialah dari China (RM241.5 juta, 79.1%), Taiwan
(RM14.8 juta, 4.9%) dan Amerika Syarikat (RM14.7 juta, 4.8%).

Carta 16: Import Peralatan Gimnasium, 2000 – April 2020


RM JUTA

350.0

300.0

250.0

200.0

150.0

100.0

50.0

0.0

2020 (Jan-Apr)
2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

2012

2013

2014

2015

2016

2017

2018
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia 2019

Carta 17: Perbandingan tahun ke tahun Januari – April 2019 dan 2020 mengikut Negara

Negara Jan – Apr 2019 & 2020

China 51.1%

Taiwan 12.6%

Amerika Syarikat 1.1%

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 28


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
• Import Gajet

Import bagi komputer pada tahun 2019 bernilai RM3.7 bilion mencatatkan purata pertumbuhan
tahunan sebanyak 3.0 peratus dalam tempoh sedekad. Sumber utama import bagi komputer
pada tahun 2019 ialah dari China (RM3.2 bilion, 86.1%), Singapura (RM222.5 juta, 6.0%) dan
Hong Kong (RM88.4 juta, 2.4%). Bagi tempoh Januari – April 2020, import bagi barangan
tersebut meningkat sebanyak RM181.7 juta atau 15.8 peratus kepada RM1.3 bilion tahun ke
tahun.

Carta 18: Import Komputer dan Telefon, 2008 – April 2020

12,000.0
RM JUTA

10,000.0

8,000.0

6,000.0

4,000.0

2,000.0

-
2008

2009

2010

2011

2012

2013

2014

2015

2016

2017

2018

2019

2020(Jan-Apr)
Komputer Telefon

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Carta 19: Sumber Utama Import Bagi Komputer, 2019

Negara Nilai (% import)

China RM3.2 bilion (86.1%)

Singapura RM222.5 juta (6.0%)

Hong Kong RM88.4 juta (2.4%)

Nota: Komputer termasuk komputer riba dan tablet


Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 29


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
Import bagi telefon pada tahun 2019 berjumlah RM11.1 bilion merekodkan purata pertumbuhan
tahunan sebanyak sebanyak 19.7 peratus berbanding tahun 2009. Sumber utama import bagi
telefon ialah China (RM3.8 bilion, 40.3%), Hong Kong (RM2.4 bilion, 25.4%) dan Viet Nam
(RM1.4 bilion, 14.9%). Bagi tempoh Januari hingga April 2020, import bagi telefon jatuh
sebanyak RM857.7 juta atau 27.2 peratus kepada RM2.3 bilion tahun ke tahun.

Carta 20: Sumber Utama Import bagi Telefon, 2019

Negara Nilai (% import)

China RM3.8 bilion (40.3%)

Hong Kong RM2.4 bilion (25.4%)

Vietnam RM1.4 bilion (14.9%)

Nota: Komputer termasuk komputer riba dan tablet


Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 30


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
KEBERGANTUNGAN TERHADAP IMPORT BARANGAN PENGGUNAAN DAN
MODAL DI MALAYSIA

Transformasi ekonomi Malaysia daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada perindustrian


dan perkhidmatan telah meningkatkan lagi kepentingan sektor luaran di Malaysia.
Perkembangan sektor ini telah melonjakkan kuantiti dagangan Malaysia yang meliputi
peningkatan import dan eksport barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam negara.
Kepentingan sektor luaran bukan sahaja dilihat melalui sumbangan kepada pendapatan negara
dan kemasukan pelaburan asing, malah ia turut memberi implikasi kepada nilai ditambah
terhadap barangan yang dieksport.

Pada tahun 2019, jumlah eksport Malaysia ke seluruh dunia telah mencecah hampir
RM1.0 trilion manakala nilai import menyumbang hampir satu per empat daripada nilai
pengeluaran ekonomi negara. Lebih separuh daripada nilai import pula merangkumi barang
perantaraan yang digunakan dalam penghasilan produk samada untuk penggunaan domestik
ataupun dieksport. Ini secara langsung menggambarkan kebergantungan import kepada
penghasilan produk eksport negara yang seterusnya memberi kesan kepada nilai ditambah
perdagangan antarabangsa. Proses pengeluaran sesuatu produk pada masa kini telah menjadi
semakin kompleks. Input yang dihasilkan di sesebuah negara digunakan dalam proses
pembuatan barangan eksport oleh negara yang lain. Justeru, jumlah transaksi eksport tidak
menggambarkan nilai sebenar penjanaan hasil pendapatan negara.

Peranan import dalam ekonomi Malaysia dapat dilihat melalui Jadual Input-Output (I-O)
Malaysia 2015. Jadual ini memaparkan maklumat yang komprehensif berkenaan arah aliran
barang dan perkhidmatan dalam ekonomi. Ia memberi gambaran berkaitan prestasi ekonomi
dan hubung kait antara pengeluar dan pengguna serta kebergantungan antara industri.

Jumlah penawaran dan penggunaan dalam ekonomi Malaysia adalah sebanyak RM3,538.3
bilion pada tahun 2015. Jumlah penawaran terdiri daripada pengeluaran domestik dengan
sumbangan 78.1 peratus (RM2,762.4 bilion) dan import 20.6 peratus (RM728.8 bilion)
manakala cukai tolak subsidi ke atas produk menyumbang 1.3 peratus, dengan nilai
RM47.1 bilion. Jumlah import barangan bernilai RM687.0 bilion (19.4% daripada jumlah
penawaran) manakala selebihnya adalah import perkhidmatan.

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 31


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
Import barangan terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu barang perantaraan, barang
penggunaan dan barang modal. Daripada jumlah ini, sebanyak 57.6 peratus atau RM395.5
bilion merupakan barang perantaraan yang digunakan sebagai input bagi penghasilan
sesuatu produk. Barang penggunaan bernilai RM194.4 bilion (28.3%) manakala barang
modal yang terdiri daripada jentera, mesin dan struktur lain bernilai RM97.1 bilion (14.1%).

Jadual 4: Jumlah Import Barang Perantaraan mengikut 5 Sektor Utama

Bil. Sektor Import (RM '000) Sumbangan (%)


1. Pertanian, Perikanan & Perhutanan 7,905 2.0
2. Perlombongan & Pengkuarian 3,402 0.9
3. Pembuatan 276,911 70.0
4. Pembinaan 25,736 6.5
5. Perkhidmatan 81,590 20.6
Jumlah Import Barang Perantaraan 395,544 100.0
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Sektor Pembuatan mencatatkan penggunaan komoditi import yang tertinggi iaitu sebanyak 70.0
peratus daripada jumlah keseluruhan import barang perantaraan. Ini diikuti oleh sektor
Perkhidmatan (20.6%) dan sektor Pembinaan (6.5%).

Jadual 5: Peratus Sumbangan Subsektor Tertinggi kepada Jumlah Import Barang Perantaraan
bagi Sektor Pembuatan

Bil Subsektor Pembuatan Sumbangan (%)


1. Komponen dan Papan Elektronik 18.0
2. Peralatan Komunikasi dan Elektronik Pengguna 10.1
3. Produk Petroleum Bertapis 7.4
4. Komputer, Peranti, Mesin dan Kelengkapan Pejabat 5.6
5. Kenderaan Bermotor, Treler dan Semi Treler 4.8
6. Minyak & Lemak Sayuran dan Haiwan 4.5
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 32


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW

Bagi sektor Pembuatan, Komponen dan Papan Elektronik merupakan penyumbang tertinggi
bagi penggunaan barang perantaraan import dengan 18.0 peratus diikuti oleh Peralatan
Komunikasi dan Elektronik Pengguna dengan sumbangan 10.1 peratus dan Produk Petroleum
Bertapis (7.4%). Subsektor ini turut merupakan antara penyumbang tertinggi kepada jumlah
keseluruhan eksport negara.

Secara umumnya, sebahagian besar daripada industri berorientasikan eksport di Malaysia


merekodkan kebergantungan yang tinggi terhadap input perantaraan yang diimport. Produk
elektrik, elektrikal dan optikal, logam asas, prosesan makanan dan produk logam yang direka
adalah antara subsektor yang merekodkan nisbah import yang menghampiri 50.0 peratus
kepada nilai eksport. Walau bagaimanapun, industri yang menggunakan bahan mentah
daripada sumber domestik seperti produk petroleum bertapis, minyak dan lemak daripada
sayuran & haiwan, bahan kimia & produk kimia dan produk farmaseutikal mencatatkan
perkadaran nisbah nilai import yang lebih rendah berbanding nilai eksport.

Pada masa yang sama, peranan penggunaan import juga dilihat signifikan dalam sebahagian
besar input perantaraan bagi produk pembuatan. Kebergantungan kepada barangan import ini
adalah berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu kualiti barang yang digunakan, harga yang
ditawarkan dan kekurangan sumber domestik. Antara subsektor tertinggi yang menggunakan
bahan mentah yang diimport adalah seperti di Jadual 6.

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 33


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW

Jadual 6: Peratus sumbangan subsektor tertinggi penggunaan Import dalam Input Perantaraan

Sumbangan
Bil. Subsektor
(%)
1. Penyediaan, Pemintalan dan Penenunan Tekstil 66.2
2. Produk Tembakau 56.9
Enjin & Turbin, Alatan Kuasa Bendalir,Pam, Pemampat, Kepala Paip dan
3. 53.5
Injap Lain
4. Komputer, Peranti, Mesin dan Kelengkapan Pejabat 49.1
5. Peralatan Komunikasi dan Elektronik Pengguna 44.7
6. Perkakasan Pengagihan & Pengawalan Elektrik, Bateri dan Akumulator 44.2
7. Keluaran Logam Lain yang Direka 43.3
8. Pembuatan Lain 43.2
9. Baja dan Sebatian Nitrogen 42.4
10. Alatan Pendawaian, Kelengkapan Pencahayaan Elektrik dan Elektrik Lain 42.4
11. Komponen dan Papan Elektronik 42.3
12. Prosesan Getah 41.7
13. Motor Elektrik, Penjana dan Transformer 41.4
14. Perkakasan Domestik 41.2
15. Kelengkapan Mengukur, Menguji,Memandu Arah dan Kawalan 41.2
16. Produk Bijian, Kanji dan Produk Berkanji 41.1
17. Produk Plastik 40.7
18. Instrumen Optikalal, Alatan Fotografi, Media Magnetik dan Optikal 40.7

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 34


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
Subsektor Penyediaan, Pemintalan dan Penenunan Tekstil menggunakan 66.2 peratus
komoditi import sebagai input dalam menghasilkan produk industri tersebut. Ini diikuti oleh
subsektor Produk Tembakau (56.9%), subsektor Enjin & Turbin, Alatan Kuasa Bendalir, Pam,
Pemampat, Kepala Paip dan Injap Lain (53.5%) dan Komputer, Peranti, Mesin dan
Kelengkapan Pejabat (49.1%)

Selain daripada import barangan perantaraan, import barangan modal juga menyumbang
secara signifikan kepada jumlah import negara. Barangan modal berperanan sebagai pelaburan
jangka panjang bagi tujuan meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan pada masa
hadapan.

Barangan modal ini boleh digambarkan melalui statistik Pembentukan Modal Tetap Kasar
(PMTK). PMTK merupakan pelaburan dalam pembelian dan pengeluaran aset tetap. PMTK
terbahagi kepada tiga (3) jenis aset iaitu Struktur, Jentera & peralatan dan Aset lain. Struktur
merupakan penyumbang terbesar dalam PMTK dengan mencatatkan sumbangan sebanyak
58.6 peratus diikuti oleh Jentera & peralatan (33.5%) dan Aset lain (7.9%).

Sebahagian besar pelaburan aset tetap dalam Jentera & peralatan adalah berintensifkan
import. Merujuk pada Jadual 4, pelaburan bagi Jentera & Peralatan dalam sektor Perkhidmatan
mencatatkan sumbangan tertinggi iaitu 48.2 peratus terutamanya daripada subsektor
Pengangkutan & penyimpanan dan maklumat & komunikasi. Sektor Pembuatan (34.8%) pula
disokong oleh Produk elektrik, elektronik & optikal dan peralatan pengangkutan.

Jadual 7: Peratus sumbangan PMTK 2018 bagi Jentera & Peralatan mengikut
Sektor pada Harga Semasa

Bil. Sektor Sumbangan (%)


1. Pertanian 2.7
2. Perlombongan dan pengkuarian 10.4
3. Pembuatan 34.8
4. Pembinaan 3.9
5. Perkhidmatan 48.2
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 35


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW

Melihat dari perspektif aset mengikut industri, import barangan modal merupakan Antara
penyumbang utama bagi sektor Pembinaan dan Pembuatan. Ini dapat dilihat menerusi
dominasi oleh Jentera & peralatan yang mencatatkan sumbangan melebihi separuh daripada
keseluruhan pelaburan aset tetap bagi sektor tersebut (Carta 21).

Carta 21: Peratus sumbangan PMTK 2018 mengikut Sektor dan Jenis Aset pada Harga Semasa

1.5 4.3
15.2 9.6
25.3
46.4
30.4
59.2 73.9

28.0
70.4
54.4

25.6 31.2
24.6

Pertanian Perlombongan & Pembuatan Pembinaan Perkhidmatan


pengkuarian

Struktur Jentera dan peralatan Aset lain

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 36


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
Perkembangan Eksport dan Import Perkhidmatan Pengangkutan

Perkembangan sektor luaran turut memberi impak positif kepada rantaian dalam industri
perkhidmatan terutamanya bagi aktiviti muatan dan penyimpanan barangan. Ini dapat dilihat
melalui prestasi eksport perkhidmatan bagi aktiviti di pelabuhan seperti pemunggahan kargo,
pengemudian dan penundaan yang melonjak daripada RM2.8 bilion pada tahun 2010 kepada
RM4.9 billion tahun 2019. Berdasarkan American Journal of Transportation 2018, antara
pelabuhan yang menduduki 50 pelabuhan utama dunia adalah Pelabuhan Klang (12.3 TEU
juta) dan Tanjung Pelepas (9.0 TEU juta) yang mana masing-masing berada di tangga ke-12
dan ke-18 berbanding pelabuhan utama dunia di Shanghai (42.0 TEU juta), diikuti Singapura
(36.6 TEU juta) dan Shenzhen (27.7 TEU juta). Dengan kapasiti sedia ada Pelabuhan Klang
dan Tanjung Pelepas, Malaysia masih mempunyai potensi yang besar untuk berkembang
dengan menawarkan perkhidmatan berkaitan aktiviti pelabuhan yang lebih kompetitif. Selain
daripada itu, aktiviti penyimpanan dan pergudangan serta agen pengeksport turut menerima
impak positif dengan mencatatkan RM1.1 bilion pada tahun 2019 (2010: RM323.8 juta). Evolusi
e-dagang turut mendapat permintaan domestik dan antarabangsa yang menggalakkan sejak
kebelakangan ini menjadikan perkhidmatan pos dan kurier semakin rancak. Malaysia mendapat
kelebihan dengan merekodkan lebihan dagangan selama 6 tahun berturut-turut dalam segmen
ini.

Di sebalik kerancakan aktiviti dagangan di Malaysia, import perkhidmatan terutamanya


pengangkutan turut meningkat menyebabkan defisit perkhidmatan semakin melebar berbanding
tahun 2010. Daripada analisis menggunakan perangkaan imbangan pembayaran, didapati
syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa lebih cenderung untuk menggunakan
perkhidmatan muatan udara dan laut serta insuran asing. Kebanyakan syarikat ini
menggunakan perkhidmatan tersebut kerana pakej harga dan caj yang ditawarkan lebih
berdaya saing berbanding dengan syarikat tempatan menyebabkan negara tidak mendapat
banyak keuntungan melalui segmen ini.

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 37


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
Perbelanjaan Alam Sekitar

Peningkatan eksport memberi implikasi kepada pertambahan perbelanjaan perlindungan alam


sekitar. Secara umumnya, sektor pembuatan menyumbang sebanyak 80.0 peratus kepada nilai
eksport barangan di Malaysia. Justeru, didapati sektor pembuatan ini mendominasi
perbelanjaan perlindungan alam sekitar pada 2018 iaitu RM1,820.8 juta atau 67.5 peratus. Nilai
eksport sebanyak RM244,387.0 oleh sektor pembuatan memerlukan perbelanjaan perlindungan
alam sekitar sebanyak RM1,000.

Kerajaan juga memainkan peranan yang besar dalam usaha menjaga kelestarian alam sekitar.
Bagi tahun 2019, kerajaan telah berbelanja sebanyak RM147.0 juta bagi melindungi alam
sekitar. Berdasarkan Belanjawan 2020 yang telah diumumkan pada Oktober 2019, kerajaan
telah memperuntukkan RM821.9 juta bagi mempromosikan kelestarian alam sekitar meliputi
peruntukan untuk meningkatkan keupayaan agensi, peruntukan pengurusan bencana,
pemuliharaan hutan dan pembangunan mampan (SDG).

Sumbangan perbelanjaan perlindungan alam sekitar kepada KDNK adalah 0.2 peratus. Ia
adalah sejajar dengan negara-negara lain seperti Sweden (0.3%), United Kingdom (0.1%) dan
Norway (0.2%).

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 38


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
Way Forward

Kebergantungan perdagangan sesuatu negara dengan negara rakan dagangannya dan


rantaian perdagangan secara global boleh diukur melalui rangka kerja Trade in Value Added
(TiVA).

Secara umumnya, barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesuatu negara terdiri
daripada input dari pelbagai negara di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, aliran barang dan
perkhidmatan dalam rantaian pengeluaran global ini tidak dicerminkan dalam statistik
perdagangan konvensional antarabangsa kerana perdagangan konvensional hanya
merekodkan nilai keseluruhan bagi sesuatu barang yang melintasi sempadan antara negara.
Sehubungan itu, TiVA dapat mengatasi masalah ini dengan mengukur nilai sebenar sumbangan
perdagangan ekonomi antara negara yang terlibat. Ini adalah kerana nilai eksport sesebuah
negara merangkumi nilai ditambah domestik dan nilai ditambah asing. Justeru, TiVA dapat
menggambarkan kebergantungan perdagangan antara negara dalam pengeluaran sesuatu
barang dan perkhidmatan.

TiVA memberi penekanan terhadap penyusunan statistik baharu yang dapat membezakan nilai
ditambah domestik dan nilai ditambah asing sekaligus mencerminkan sifat pengeluaran yang
lebih dinamik melalui rantaian nilai global. Di samping itu, indikator TiVA memberikan maklumat
yang komprehensif tentang hubungan komersial antara negara. Seterusnya, membolehkan
pemahaman yang lebih mendalam mengenai hubungan perdagangan antara negara.

Berdasarkan dapatan TiVA yang dibangunkan oleh WTO, didapati sebanyak 44.2 peratus nilai
ditambah domestik terkandung dalam barang yang dieksport oleh Malaysia kepada negara
rakan dagangannya pada tahun 2015 berbanding 38.8 peratus pada tahun 2005.

Manakala, 18.7 peratus merupakan nilai ditambah domestik yang terkandung dalam barang
perantaraan yang dieksport oleh Malaysia kepada negara rakan dagangannya yang seterusnya
mengeksport barang tersebut kepada negara lain (ekonomi ketiga). Nilai ditambah asing yang
terkandung dalam barang yang dieksport oleh Malaysia pula merekodkan 36.9 peratus pada
tahun 2015 berbanding 45.0 peratus pada 2005.

Melihat kepada kepentingan TiVA dalam menjejaki nilai ditambah oleh setiap negara yang
terlibat dalam pengeluaran sesuatu barang dan perkhidmatan, inisiatif ke arah pembangunan
TiVA menjadi fokus utama. Sehubungan itu, kerjasama strategik bersama agensi statistik
antarabangsa dalam penyusunan statistik baharu ini akan direalisasikan.

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 39


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
Revolusi Perindustrian (IR 4.0)

Malaysia berpotensi sebagai peneraju hab perindustrian produk dan aktiviti berteknologi tinggi di
rantau ASEAN sekiranya teknologi IR 4.0 digunapakai secara optimum. Ia juga dapat
mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing, pengumpulan maklumat rantaian
bekalan dapat dilakukan melalui pengilangan pintar, robotik dan automasi serta tenaga kerja
berkemahiran tinggi dapat ditingkatkan.

Sistem Berindustri Binaan (IBS)

Bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan mengurangkan sisa bahan
binaan, kerajaan amat menekankan penggunaan kaedah sistem berindustri binaan (IBS) dalam
industri pembinaan. IBS merupakan sistem pembinaan di mana bahan/ komponen pembinaan
dibuat di kilang/ di tapak/ di luar tapak, kemudian diangkut serta dipasang menjadi sebuah
struktur dengan kerja pembinaan minimum. Pertubuhan sektor pembinaan didapati
membelanjakan RM2.4 bilion bagi bahan binaan IBS pada tahun 2015. Nilai perbelanjaan
tersebut bertumbuh 30.2 peratus setahun dari tahun 2010. Antara subsektor yang paling banyak
menggunakan bahan IBS adalah kejuruteraan awam (35.8%), diikuti subsektor bangunan bukan
kediaman (34.5%), subsektor bangunan kediaman (26.9%) dan subsektor pertukangan khas
(2.8%).

Pada tahun 2016, kerajaan mewajibkan semua projek kerajaan yang melebihi RM10 juta
menggunakan kaedah IBS dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah
menyasarkan 50.0 peratus projek pembinaan swasta yang bernilai lebih RM50.0 juta
menggunakan IBS pada tahun 2020. Dasar kerajaan tersebut dijangkakan akan meningkatkan
penggunaan bahan IBS, mengurangkan kebergantungan pekerja asing dan meningkatkan
produktiviti dalam sektor pembinaan. Namun penggunaan IBS di Malaysia dalam sektor
pembinaan masih rendah iaitu di bawah paras 30.0 peratus dan ia perlu dipertingkatkan.

Industri pembuatan bahan IBS merupakan industri berorientasikan eksport. Pada tahun 2015,
70.0 peratus daripada jualannya adalah untuk tujuan pasaran tempatan. Manakala hanya kira-
kira 30.0 peratus dieksport. Peningkatan dalam penggunaan bahan IBS juga dijangkakan
memberi manfaat jangka panjang kepada kira-kira 300 kilang pembuatan IBS dalam negara.

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 40


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
KESIMPULAN
Perkembangan eksport semasa perlu diberi perhatian akibat daripada gangguan pandemik
COVID-19 yang mengakibatkan pertumbuhan eksport import menguncup walaupun Malaysia
berada di kedudukan ke-26 negara dagangan. Dalam melaksanakan perdagangan kita perlu
memastikan mendapat kelebihan dengan mengurangkan kebergantungan pekerja asing, bahan
mentah yang diimport dan juga berasaskan komoditi. Sehubungan itu, Malaysia perlu memberi
penumpuan penghasilan produk yang melibatkan lebih banyak pekerja separa mahir dan
pekerja mahir, menggunakan sumber tempatan yang memberikan kesan pengganda lebih
tinggi dan juga mempertingkatkan kepelbagaian produk. Transformasi ekonomi Malaysia
daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada perindustrian dan perkhidmatan telah
meningkatkan lagi kepentingan sektor luaran di Malaysia, melonjakkan keperluan bagi
menghasilkan produk eksport yang mengandungi nilai tambah yang tinggi.

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 41


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
INDIKATOR PERDAGANGAN UTAMA, NEGARA TERPILIH

Jan Feb Mac Apr Jan-Apr


Bil Negara Aliran Dagangan Pertumbuhan Pertumbuhan Pertumbuhan Pertumbuhan Pertumbuhan
Nilai Tahunan (%)
Nilai Tahunan (%)
Nilai Tahunan (%)
Nilai Tahunan (%)
Nilai Tahunan (%)
1 Malaysia Eksport 84.1 -1.5 74.5 11.8 80.1 -4.7 64.9 -23.8 303.6 -5.5
(RM Bilion) Import 72.1 -2.4 61.8 11.3 67.8 -2.7 68.4 -8.0 270.1 -1.2
Imbangan Dagangan 12.0 12.6 12.3 -3.5 33.5

2 China Eksport - - 292.4 -17.2 185.2 -6.8 200.3 3.5 677.9 -9.0
(USD Bilion) Import - - 299.5 -3.2 165.2 -0.5 154.9 -14.2 619.7 -5.5
Imbangan Dagangan - -7.1 19.9 45.3 58.2

3 Singapore Eksport 42.2 -5.3 40.8 2.4 43.9 -0.7 38.5 -12.7 165.5 -4.2
(SGD Bilion) Import 41.2 -0.8 39.5 9.4 40.4 0.2 35.9 -13.0 157.0 -1.4
Imbangan Dagangan 1.0 1.4 3.5 2.6 8.5

4 Amerika Syarikat Eksport 129.0 -0.5 132.2 1.2 134.5 -9.3 t.d t.d 395.7 -3.1
(USD Bilion) Import 196.4 -4.0 178.3 -4.1 194.4 -6.5 t.d t.d 569.1 -4.9
Imbangan Dagangan -67.4 -46.1 -59.9 t.d -173.4

5 Jepun Eksport 5,431.2 -2.6 6,321.3 -1.0 6,358.1 -11.7 5,202.3 -21.9 23,312.9 -9.7
(JPY Bilion) Import 6,744.4 -3.5 5,214.7 -13.9 6,352.6 -5.0 6,132.7 -7.2 24,444.5 -7.2
Imbangan Dagangan -1,313.2 1,106.6 5.4 -930.4 -1,131.6

6 Thailand Eksport 19.6 3.3 20.6 -4.5 22.4 4.2 18.9 2.1 81.6 1.2
(USD Bilion) Import 21.2 -7.9 16.7 -4.3 20.8 7.3 16.5 -17.1 75.2 -5.7
Imbangan Dagangan -1.6 3.9 1.6 2.5 6.4

7 Taiwan Eksport 25.1 -7.6 25.4 24.9 28.3 -0.6 25.2 -1.3 104.0 2.5
(USD Bilion) Import 21.6 -17.6 22.1 44.6 25.5 0.5 23.0 0.5 92.1 2.7
Imbangan Dagangan 3.5 3.3 2.8 2.3 11.8

8 Hong Kong Eksport 269.4 -22.7 238.6 4.3 323.6 -5.8 309.5 -3.7 1,141.1 -8.2
(HK Bilion) Import 300.0 -16.4 277.1 -0.1 358.4 -11.1 332.8 -6.7 1,268.3 -9.2
Imbangan Dagangan -30.6 -38.6 -34.7 -23.3 -127.2

9 Republik Korea Eksport 43.3 -6.1 41.2 4.3 46.9 -0.2 36.9 -24.3 168.4 -7.2
(USD Bilion) Import 42.7 -5.3 37.2 1.5 41.9 -0.3 37.9 -15.9 159.7 -5.4
Imbangan Dagangan 0.6 4.0 5.0 -0.9 8.7

10 Indonesia Eksport 13.6 -2.1 14.1 -0.4 14.1 -0.4 12.2 -7.0 54.0 -2.4
(USD Bilion) Import 14.3 -4.8 11.5 -5.5 13.4 -0.7 12.5 -18.6 51.7 -7.8
Imbangan Dagangan -0.6 2.5 0.7 -0.3 2.2

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 42


MALAYSIA TRADE
STATISTICS REVIEW
SIDANG PENGARANG

Jamaliah Jaafar
Kanageswary Ramasamy
Jamia Aznita Jamal
Riyanti Saari
Noraliza Mohamad Ali
Siti Zakiah Muhamad Isa
Ab. Rahman Mohamad
Herzie Mohamed Nordin
Rozita Misran
Wan Siti Zaleha Wan Zakaria
Mazliana Mustapa
Nur Aziha Mansor @ Noordin
Nur Layali Mohd Ali Khan
Ismail Abdul Rahman
Veronica S. Jamilat
Nur Azah Afnan Hanafi
Lee Chee You
Zuradi Jusoh
Nurulhuda Abdul Samarudin
Hamdan Muhamad Isa
Siti Fatimah Muhazir
Nurul Ainie Hamid
Wan Aznie Fatihah Wan Abd Jalil
Nazira Abdullah
Nur Fathin Mohd Khalil

MALAYSIA TRADE STATISTICS REVIEW – VOL. 1/2020 43

Anda mungkin juga menyukai