Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN Program Bina Insan Guru merupakan salah satu program yang wajib dijalani oleh pelajar Program

Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) pada setiap semester. Pada semester keempat, setiap pelajar dikehendaki mengikuti aktiviti khidmat sosial iaitu program anak angkat untuk melengkapkan Program Bina Insan Guru pada kali ini. Proses pembinaan insan guru terbina berasaskan kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role model kepada masyarakat. Justeru itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani, atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah satu kewajipan untuk menampilkan peribadi jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengalamannya juga perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

OBJEKTIF BINA INSAN GURU Menimba pengetahuan dan pengalaman praktikal asas mengenai persediaan dan perlaksanaan aktiviti kemasyarakatan Memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran aktiviti-aktiviti utama dan sampingan dalam masyarakat Mengamati, mengahayati dan menghargai kemahiran bersosial dan berkomuniti Mengukuhkan sikap nilai-nilai murni melalui interaksi antara satu sama lain dan bersama komuniti Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan Memantapkan sifat keyakinan diri dan tegas dalam menjalankan tugas.

LATAR BELAKANG KELUARGA ANGKAT. Kami dipilih oleh sebuah keluarga angkat di kampung tersebut secara rawak dan orang yang mengambil kami sebagai anak angkat mereka adalah En. Hamid b. Yunus dan isteri beliau pula bernama Pn. Zaleha bt. Seman. Hasil daripada

perkahwinan mereka, mereka telah dikurniakan seramai 3 orang cahaya mata iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan yang juga sebagai anak bongsu mereka. Anak pertama mereka berumur 22 tahun dan bekerja sebagai kontraktor di sungai petani dan akan balik ke rumah setiap hari minggu. Dia juga sudah bergelar tunangan orang yang berasal dari Machang, Kelantan sejak beberapa bulan yang lepas . Anak kedua

pasangan tersebut pula berumur 20 tahun dan bekerja sebagai polis di Skudai, Johor. Manakala anak mereka yang terakhir berumur 17 tahun dan akan menduduki peperiksaan besar pada tahun ini iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau digelar oleh orang kampung tersebut sebagai Pak Ngah Hassan. Beliau berumur 63 tahun manakala isterinya pula berumur 55 tahun. Beliau merupakan penduduk yang baharu di kampung tersebut kerana baru lapan tahun mereka menetap di kampung tersebut, Kampung Kuala Kedua dan sebelum ini menetap di Kampung Lalang, Baling . Buktinya dapat kami lihat melalui keadaan rumah yang separuh siap kerana rumah tersebut dibina dengan hasil titik peluh ayah angkat kami sendiri tanpa bantuan orang lain. Walaupun begitu, rumah tersebut kelihatan kemas dan bersih

kerana emak angkat kami seorang yang rajin dari semua aspek terutama mengemas rumah. Kebiasaannya emak angkat kami akan mengemas pada waktu pagi iaitu

sewaktu adik bongsu berada di sekolah manakala ayah pula berada di ladang getah. Menurut emak angkat kami, ladang getah tersebut merupakan kepunyaan mereka dan ladang tersebut merupakan hasil peninggalan arwah nenek dan datuk angkat kami. Ayah angkat kami bekerja sebagai penoreh getah manakala emak angkat bekerja sebagai penjual kuih di pekan baling. Oleh itu, emak terpaksa bangun awal pagi untuk memasak kuih. Kuih yang dibuat oleh emak ialah kuih Cucur jawa iaitu kuih yang kelihatan seolah-olah seperti topi koboi. Jadi, sebelum ayah pergi menoreh getah, ayah perlu menghantar kuih ke pekan untuk dijual kepada peraih-peraih kuih. Kebiasaannya jumlah kuih yang dihasilkan oleh emak mencecah sehingga seratus biji dan menurut emak, kuih tersebut dijual empat biji dengan harga RM1.00.

Rumah keluarga angkat kami adalah berdekatan dengan bapa saudara angkat kami yang juga merangkap sebagai adik kepada emak angkat kami. Rumah mereka merupakan rumah kedai dan boleh juga dikenali sebagai kedai runcit di kawasan tersebut. bapa saudara angkat bekerja sebagai penjual ikan dan sayur dan beliau akan bergerak dari kampung ke kampung, bergerak dari rumah ke rumah dengan menggunakan van berwarna putih kepunyaannya. Selain itu, rumah keluarga angkat kami juga berdekatan dengan dusun buah-buahan atau lebih tepat lagi, rumah kami dikelilingi dengan pokok buah-buahan. Keluarga angkat kami boleh dikatakan berada di tahap yang sederhana kerana kami dapati mereka tiada kenderaan besar seperti kereta mahupun van dan hanya memiliki dua buah motosikal iaitu motosikal baru dan lama. Motor yang lama

digunakan ayah untuk menoreh manakala motor baru digunakan oleh anak bongsu mereka untuk ke sekolah. Adik bongsu dikenali sebagai Sakinah dan dia terpaksa menggunakan motosikal untuk ke sekolah kerana jarak rumah ke sekolah agak jauh. Dia terpaksa pergi ke sekolah yang jauh kerana hanya di sekolah tersebut menyediakan aliran Sains Tulen bagi pelajar SPM. Menurut emak, Sakinah tidak mahu tinggal di asrama walaupun jarak untuk ke sekolah jauh dan dia rela untuk berulang-alik setiap hari untuk ke sekolah.

SUMBANGAN KEPADA KELUARGA ANGKAT Ketika berada di rumah keluarga angkat, kami telah membantu ayah dan emak membersihkan kawasan rumah dengan melakukan gotong-royong di halaman rumah iaitu di bahagian depan mahupun belakang rumah. Walaupun begitu, tidak banyak kerja yang kami buat kerana kawasan rumah tersebut kelihatan bersih kerana telah dicuci oleh ayah pada setiap petang dan pada waktu lapang. Selain itu, kami juga turut membantu ayah dan emak megemas rumah yang kelihatan bersepah dengan barangbarang hantaran pertunangan abang angkat kami di sebuah sudut dinding. Kami

mengelap habuk dan menyusun barang hantaran tersebut dengan kemas dan teratur. Selain itu, kami juga turut membantu emak menjual kuih dan buah di pekan Baling. Buah yang dijual adalah manggis, rambutan dan durian. Menurut emak dan ayah, biasanya mereka menjual kuih sahaja dan buah dijual pada musim buah sahaja. Jadi, apabila musim buah menjelang tiba, dapatlah mereka mencari rezeki yang lebih sedikit daripada biasa. Kami juga berpeluang membantu ayah mengait buah rambutan di belakang rumah. Buah tersebut akan emak dan ayah jual di pasar dan buah tersebut juga akan kami bawa balik. Sebelum buah tersebuat dihantar ke pekan, buah tersebut kami proses dengan membersihkan dan meleraikannya daripada tangkai supaya buah-buah rambutan tersebut kelihatan bersih dan kemas. Selain itu, kami juga turut membantu emak di dapur menyiapkan makanan pada setiap hari. Oleh itu, kami mengambil peluang memasak makanan yang terkenal di negeri kami masing-masing dan menyuruh emak kami berada di ruang tamu sambil menunggu masakan kami siap dimasak dan dihidang. Pada waktu malam, kami akan membantu adik bongsu kami dengan menolongnya dalam pelajaran. Tambahan lagi, kami juga turut memberi nasihat berunsur motivasi kepadanya supaya belajar bersungguh-sungguh dan jangan sesekali melupakan emak dan ayah apabila berjaya kelak. Kami juga turut memberi garis panduan untuk

sambung belajar selepas mendapat keputusan SPM. Hal ini kerana, kai dapati adik angkat kami kelihatan bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan dengan menampal kata-kata semangat dan nota-nota ringkas di dinding biliknya.

PENGALAMAN BERADA BERSAMA KELUARGA ANGKAT Program Anak Angkat ini telah dijalankan di Kg Kuala Kedua, Ulu Legong, Baling Kedah. Kesemua peserta yang terlibat perlulah berkumpul di hadapan bangunan gerko bagi sesi taklimat seterusnya menaiki bas untuk bertolak ke kampung tersebut. Seawal jam 8.00 pagi kami telah berkumpul dan mendengar sedikit taklimat daripada Kem komandan iaitu En Zahir bin Darus. Seramai 120 orang terlibat di dalam program ini dan terdapat sebanyak 4 buah bas digunakan bagi mengangkut kesemua peserta. Pada pukul 11.30 pagi kami telah selamat sampai ke kampung tersebut. Kami disambut dengan beberapa buah motor yang membawa bendera Malaysia yang sama-sama mengiringi kami ke surau kampung tersebut. Setelah sampai di surau tersebut kami disambut dengan begitu meriah oleh penduduk kampung. Mereka telah memakai pakaian yang seragam iaitu baju kurung berwarna biru dan memegang bunga manggar di tepi-tepi jalan untuk menyambut kami. Malah ketua kampung telah mengalunkan marhaban semasa kami berarak masuk ke perkarangan surau tersebut. Setelah menunggu beberapa minit, Yang Berhormat Adun Bayu telah sampai untuk sama-sama memeriahkan lagi sambutan pada hari tersebut. Yang Berhormat tersebut telah memberikan ucapan dan merasmikan program tersebut. Setelah upacara perasmian dijalankan kami telah dihidangkan dengan jamuan tengah hari Ala Kampung. Terdapat pelbagai juadah antaranya ayam masak kari, ulam, dan ikan kering. Jamuan yang disediakan amatlah enak. Malah, kami telah dilayan dengan begitu baik sekali. Selepas itu, kami bersama-sama mengemas tempat makan tersebut dan membasuh kesemua pinggan mangkuk yang telah digunakan. Hal ini kerana upacara pengagihan pelajar terhadap keluarga angkat akan dilaksanakan. Cikgu Suhaidi telah membacakan senarai nama pelajar dan memperkenalkan keluarga angkat masing-masing. Pada awalnya kami dipilih untuk bersama dengan keluarga angkat yang lain. Namun begitu, di saat-saat akhir kami telah ditukarkan untuk bersama dengan keluarga angkat yang lain iaitu En Hamid bin Yunus dan Puan Zaleha binti Saman. Kami semua bergerak ke rumah keluarga angkat masing-masing pada pukul 3 petang. Ahli kumpulan kami mempunyai seramai 3 orang dan daripada kelas yang berlainan. Setelah sampai ke rumah keluarga angkat, ayah dan emak angkat kami telah menyediakan bilik yang kemas walaupun dalam keadaan yang sederhana. Kami juga telah meletakkan barang-barang di dalam bilik tersebut. Selepas itu, kami berkenalan dengan keluarga angkat. Keluarga angkat kami begitu mesra dan menerima kami

dengan hati yang terbuka. Semasa sesi perkenalan kami berbual-bual dan menceritakan serba sedikit latar belakang bagi mengeratkan lagi hubungan. Pada awalnya kami agak kekok untuk memanggil panggilan seperti ayah dan emak. Namun begitu, setelah berbual panjang kami dapat rasakan bahawa mereka amat mesra dan membuatkan kami sangat selesa dengan situasi tersebut. Bahkan juga, kami melawat keliling rumah tersebut. Walaupun keadaan rumah tersebut tidaklah mewah dengan kelengkapan yang hebat dan canggih, namun keperluan asas dalam rumah tersebut lengkap dan boleh digunakan dengan baik sekali. Seterusnya, kami diberitahu oleh keluarga angkat bahawa mereka hanya menggunakan air bukit sebagai sumber air utama. Ayah angkat tersebut memaklumkan bahawa mereka hanya dikenakan cas sebanyak RM2 sebulan untuk perkhidmatan air bukit tersebut. Kami agak terkejut pada mulanya kerana kesemua air yang digunakan hanya bergantung kepada sumber tersebut. Malah urusan seperti mandi,memasak dan membasuh pakaian juga menggunakan secara tradisional. Rumah keluarga angkat kami itu tidak mempunyai mesin basuh dan mereka bangun seawal 5 pagi untuk membasuh pakaian pada setiap hari. Pengalaman sebegini membuatkan kami sedar bahawa masih ada lagi masyarakat yang masih mengamalkan kaedah tradisional. Selain itu, pengalaman lain yang kami dapat ialah mereka tidak menggunakan kipas di dalam rumah mereka. Hal ini kerana keadaan persekitaran yang dipenuhi dengan pokok dan tanpa pencemaran menyebabkan kawasan persekitaran rumah mereka sejuk dan tidak panas. Walaupun agak terkejut pada awalnya, kami cuba untuk sesuaikan keadaan tersebut. Pada siang hari kami merasakan agak panas, namun begitu pada sebelah malam cuaca yang sejuk membuatkan kami susah untuk tidur pada hari pertama berada di rumah tersebut. Perbualan bersama-sama keluarga angkat tersebut terhenti apabila adik kepada emak angkat kami memanggil kerumahnya untuk menikmati buah-buahan tempatan. Rumah mak cik tersebut terletak berdekatan dengan rumah keluarga angkat kami iaitu berhadapan sahaja dengan rumah kami. Tanpa membuang masa kami telah pergi menikmati buah-buahan seperti durian, manggis dan rambutan. Kami amat beruntung kerana masa tersebut adalah musim buah-buahan. Daripada apa yang diperhatikan kesemua penduduk kampung kebanyakannya mempunyai pertalian darah. Oleh yang demikian perhubungan antara penduduk kampung sangat akrab dan mereka sering kunjung mengunjung kerumah orang lain.

Selepas itu, kami bersama-sama rakan lain berjalan-jalan melawat disekitar kampung. Udara di kampung sangat nyaman dan tenang. Kami pergi melawat sungai yang berhampiran dan rumah-rumah keluarga angkat yang lain. Setelah kami sampai ke sebuah rumah yang terletak di tepi sungai tersebut, kami dihidangkan dengan minuman, kuih karas dan buah setar. Buah setar tersebut juga boleh dimakan saja atau dicicah dengan kuah rojak. Menurut penduduk kampung, pada waktu tersebut ialah musim buah setar. Buah tersebut rasanya manis dan ada kalanya sangat masam. Setelah puas mengelilingi sekitar kampung, kami pulang kerumah dan bersama-sama emak angkat untuk menyediakan makan malam. Menu kami pada malam tersebut adalah ikan goreng, ayam masak merah dan sayur masak lemak. Kami bersama-sama memasak hidangan tersebut bersama emak angkat. Pelbagai petua dan cara masak diajarkan kepada kami dalam melengkapkan ilmu memasak. Namun begitu, setelah selesai memasak, bekalan elektrik di kampung tersebut terputus. Oleh yang demikian, kami dan keluarga angkat terpaksa bergelap semasa sesi makan malam. Pengalaman sebegini agak asing kepada kami. Ayah dan emak angkat tersebut mengatakan bahawa kawasan kampung tersebut memang kerap kali terputus bekalan elektrik. Namun begitu, keadaan tersebut tidak memakan masa yang lama. Kami amat bersyukur kerana bekalan elektrik disambungkan kembali pada pukul 9 malam. Pada malam tersebut, kami telah dibawa oleh keluarga angkat ke kolam air panas yang terletak tidak jauh daripada rumah kami. Kolam air panas tersebut amatlah terkenal diseluruh Malaysia. Hal ini kerana, air panas tersebut adalah air semulajadi daripada perut bumi. Setelah sampai di situ, kami diberi masuk secara percuma sempena program anak angkat ini. Untuk pengunjung lain, mereka akan dikenakan bayaran sebanyak RM 4 bagi dewasa dan RM 3 bagi kanak-kanak. Kami amat teruja apabila melihat ramai pengunjung datang walaupun jam telah menunjukkan bahawa hari telah lewat malam. Terdapat 4 kolam air panas yang disediakan. Kolam pertama mempunyai suhu yang paling tinggi, kolam kedua mempunyai suhu yang sederhana, kolam ketiga mempunyai suhu yang kurang tinggi dan kolam keempat adalah untuk kanak-kanak. Kebanyakan pengunjung bermandi-manda di kolam yang ketiga. Kami hanya mampu merendam kaki kerana tidak tahan dengan suhu air yang agak panas. Air panas ini mempunyai khasiat yang tinggi seperti dapat merawat kulit-kulit yang bermasalah. Pada pukul 12.30 malam kami bertolak pulang. Kami mendapat pelbagai pengalaman manis walaupun baru hari pertama berada di kampung tersebut.

Pada hari kedua pula, kami bangun seawal 6 pagi. Keadaan pada pagi tersebut sangat sejuk ditambah pula dengan kesejukan air bukit yang menjadi air untuk kami mandi sepanjang berada di rumah tersebut. Pada pagi tersebut, emak angkat kami telah membuat sarapan dengan menyediakan cucur jawa untuk santapan pagi. Kami berpeluang untuk belajar membuat cucur tersebut. Kami belajar daripada awal bancuhan tepung sehingga proses menggoreng. Proses menggoreng cucur mempunyai kaedah yang tersendiri. Sekiranya tersilap teknik maka, cucur tersebut kurang menjadi. Emak angkat tersebut amat pakar dalam pembuatan cucur tersebut. Hal ini kerana, beliau menjadikan penjualan cucur tersebut sebagai salah satu mata pencarian rezeki mereka. Daripada perbualan bersama emak angkat, beliau berkata setiap hari belian bangun seawal 4 pagi untuk menyediakan cucur tersebut kemudian menjualnya di sekitar kampung. Cucur itu begitu sesuai dan enak di makan semasa bersarapan. Setelah selesai bersarapan, kami berjoging disekitar kampung dan menikmati suasana kampung. Berjoging di sekitar kampung sangat seronok kerana selain daripada udara yang nyaman, kereta dan motor juga kurang melalui jalan tersebut. Oleh yang demikian kami bebas dan boleh berlari dengan selamat. Setelah selesai berjoging, kami juga diberi peluang oleh keluarga angkat untuk bersiar-siar di sekitar kampung dengan menaiki motor. Kami dapat menunggang dengan sendirinya motor tersebut. Pada pukul 10 pagi, ayah angkat telah mengajak kami ke dusun yang berhampiran dengan rumahnya untuk mengait buah rambutan dan seterusnya menjual kepada peniaga buah yang datang ke rumah. Pada awalnya, kami merasakan proses mengait buah adalah mudah. Namun begitu, proses mengait buah agak sukar kerana pokoknya yang agak tinggi dan buahnya yang dipenuhi oleh kerengga. Setelah mengait buah rambutan, kami telah mengikatnya untuk memudahkan penjualan kepada peniaga. Kami dapat pengalaman bagaimana jual beli buah dilakukan . Menurut ayah angkat kami, jualan buah tersebut merupakan punca rezeki mereka sekeluarga selain daripada bekerja sebagai penoreh getah dan menjual cucur jawa. Pada tengah hari pula, kami bersama emak angkat menyiapkan makanan tengah hari untuk pergi berkelah ke Sungai Angkat. Sungai tersebut amat bersih dan airnya sangat jernih. Jadi tidak hairanlah, sungai tersebut sering dikunjungi oleh orang ramai untuk berkelah bersama keluarga. Kami bermandi-manda sambil menikmati makan tengah hari di sungai tersebut. Seterusnya, kami pulang pada pukul 2.45 petang. Setelah sampai ke rumah, kami telah mendapat maklumat bahawa kami perlu berkumpul pada

pukul 3.30 petang untuk pergi melawat ke perkampungan orang asli. Jarak perjalanan daripada surau ke perkampungan orang asli tersebut ialah 3 kilometer. Kami bertolak ke sana dengan menaiki kenderaan keluarga angkat masing-masing. Terdapat beberapa buah rumah orang asli disitu. Kami sempat bergambar bersama-sama mereka. Orang asli di situ tidak boleh bertutur Bahasa Malaysia. Malah mereka masih mengamalkan kehidupan seperti zaman-zaman dahulu. Kami mendapat pengalaman yang amat bermakna kerana dapat melihat sendiri keadaan kehidupan mereka. Kami mengambil masa selama 2 jam untuk melawat perkampungan orang asli tersebut. Untuk pulang kerumah masing-masing, kami dikehendaki berjalan kaki dan tidak boleh menaiki sebarang kenderaan. Kami menghadapi situasi yang agak penat kerana jarak perjalanan yang agak jauh. Namun begitu, kami dapat menghadapi keindahan alam semasa perjalanan balik ke rumah keluarga angkat. Pada sebelah malamnya, kami sekali lagi bersama-sama keluarga angkat menikmati makan malam. Setelah selesai menikmati makan malam, kami dan keluarga angkat dikehendaki pergi ke surau untuk mendengar ceramah daripada Ustazah Nazrah. Pelbagai input yang berguna kami perolehi antaranya masalah sosial kini yang kian menular. Malah kami dapat mengetahui tentang peranan seorang guru dan ibu bapa dalam menanganinya. Ceramah tersebut berakhir dengan jayanya pada pukul 11.30 malam. Seterusnya, kami sekali lagi berpeluang untuk pergi ke kolam air panas. Hal ini kerana, menurut ayah angkat kami, beliau telah membayar tiket untuk masuk ke kolam tersebut sebanyak RM1 seorang. Suhu air pada malam itu lebih tinggi daripada malam pertama kami mengunjungi tempat tersebut. Kami dikhabarkan bahawa air tersebut mungkin ditukar dengan air yang baru. Kami juga dapat beramah mesra dengan ahli keluarga yang lain yang turut hadir pada malam tersebut. Sesi bergambar bersama rakan-rakan di kolam air panas tidak dilupakan untuk dijadikan kenangan dan memori terindah di dalam hidup kami. Kami pulang pada pukul 1.00 pagi. Setelah sampai ke rumah kami mendapat pengalaman baru iaitu dapat mendengar dan melihat dengan sendirinya buah durian yang terdapat di hadapan rumah luruh dan jatuh serta boleh dimakan. Walaupun aktiviti pada hari tersebut sangat padat, kami amat gembira dan teruja dengan pengalaman yang diperolehi. Pada hari ketiga iaitu hari terakhir, kami bangun seawal 6 pagi. Setelah solat subuh kami bersarapan bersama-sama. Menu pada pagi tersebut adalah nasi goreng. Selepas itu, kami perlulah mengemas barang-barang untuk dibawa pulang. Hal ini kerana tepat

pukul 9.00 pagi kami dikehendaki berkumpul di surau bersama-sama barang untuk dibawa pulang. Sebelum berangkat ke surau, mak dan ayah angkat kami sempat memberi buah rambutan dan sedikit cenderamata seperti tuala,kuih tradisional dan duit sebanyak RM5 seorang. Kami sangat terharu kerana diberi layanan yang amat baik oleh keluarga angkat tersebut. Kami juga ada memberi sedikit cenderahati kepada keluarga angkat. Setelah selesai mengemas beg, kami bergerak ke surau. Kami bersama-sama penduduk kampung bergotong royong untuk memasak makanan tengah hari sebelum pulang ke IPG Kampus Darulaman. Pada awal pagi tersebut, penduduk kampung bertungkus lumus menyembelih seekor lembu untuk dimasak sup daging. Pada tengah hari tersebut kami makan bersama-sama keluarga angkat. Seterusnya kami mengemas dan bersiap untuk pulang. Sebelum pulang, upacara penutup dan pemberian bantuan kepada penduduk kampung dijalankan. Pada pukul 2.00 tengah hari kami telah bersalam-salaman bersama keluarga angkat sebelum bergerak menaiki bas. Kami amat terharu dan tidak dapat menahan kesedihan untuk berpisah dengan keluarga angkat. Walaupun hanya 3 hari berada bersama, namun ikatan kekeluargaan seperti telah lama terjalin. Kami meninggalkan kampung tersebut dengan hati yang berat. Kami berharap,ukhwah yang terjalin ini akan berkekalan selama-lamanya. Kami sampai ke IPG Kampus Darulaman pada pukul 4.00 petang. Semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah sewa masing-masing.

REFLEKSI Sepanjang mengikuti Bina Insan Guru (BIG) siri iv 2011 di Kampung Kuala Kedua, Baling yang telah berlangsung selama tiga hari dua malam bermula pada 5 Julai 2011 hingga 7 Julai 2011 yang banyak memberi banyak manfaat dan pengajaran kepada kami untuk kegunaan masa kini dan akan datang. Program ini bertujuan untuk menjalinkan kasih guru dan masyarakat melalui program anak angkat. Tepat 11.30 pagi 5 Julai, kami telah menjejakkan kaki di Kampung Kuala Kedua. Pelbagai perasaan yang dirasai pada ketika itu dan telah bercampur aduk. Kedatangan kami di kampung tersebut disambut dengan meriah sekali dengan dentuman mercun, perarakan bunga mangga dengan alunan marhaban dan disertakan dengan pukulan kompang. Kemudian, kami melihat penduduk kampung telah bekerjasama Kami

menyediakan tempat kepada kami dengan selesa dan makanan tengahari.

berasa sungguh gembira dan diterima kerana kedatangan kami begitu dinanti-nanti oleh penduduk di sini. Sepanjang berada di kampung tersebut kami dapat melihat semangat kerjasama yang begitu kuat di antara satu sama lain tanpa mengikut fahaman politik masingmasing malah bersatu padu bagai adik-beradik yang memerlukan satu dengan yang lain seperti pepatah isi dengan kuku yang begitu rapat. Penduduk di sini begitu

bersepakat tidak seperti penduduk di tempat lain yang sebelum kami pernah temui. Semangat saling tolong-menolong dan hormat-menghormati antara satu sama lain telah membawa perpaduan dan keamanan sepanjang berada di situ. Hal ini dapat dilihat semasa penduduk bersepakat mengambil anak angkat seterusnya menjayakan program jalinan kasih guru dengan masyarakat yang telah dirancang oleh kami. Sesungguhnya sepakat yang diberikan telah membawa berkat kepada semua pihak. Dengan itu, kita semuaa sepatutnya mencontohi mereka dalam bersatu padu dan menjadikannya sebagai panduan hidup kerana yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Contohnya, penduduk di sini bergotong-royong

menyediakan makanan dan persiapan kepada kami yang kurang dipraktikan pada masa kini. Mereka bersama-sama memasak dan menyediakan persiapan tempat

kepada kami tanpa merungut penat atau lelah.

Selain itu, sepanjang berada di sana kami dapat melihat hubungan kekeluargaan yang kuat. Kebanyakan jiran penduduk di sini adalah saling bersaudara jika tidak

mempunyai hubungan persaudaraan namun mereka begitu rapat dan saling mengambil berat antara satu sama lain. Semangat kejiranan yang baik telah membawa kepada kesejahteraan hidup. Hal ini dapat dirasai sepanjang berada di sana. Biarpun menjadi penguni baru di kampung tersebut namun kami berasa diterima dan gembira dengan layanan yang diberikan. Kami berasa begitu bersyukur kerana dipertemukan dengan penduduk yang begitu baik dan peramah. Dengan itu, kami berasa mudah mesra

dengan keluarga angkat begitu juga dengan penduduk di kampung tersebut seolah-olah berada di rumah sendiri. Biarpun hidup dalam keadaan yang sederhana dan tidak dilimpahi dengan pelbagai kemudahan namun mereka tetap hidup dengan bahagia. berhak untuk merasa bahagia dalam hidup. Setiap manusia

Hal ini kerana biarpun hidup serba

kekurangan dari segi kemewahan namun kasih sayang antara satu sama lain di antara ahli keluarga dapat menjadikan kita dapat hidup dengan gembira dan ceria. Kami dapat merasanya semasa berada di rumah keluarga angkat, di mana ayah angkat sanggup membeli durian di pekan untuk kami menjamahnya kerana bimbang akan kami tidak dapat merasa makan buah durian. Pada ketika itu kami dapat merasakan seperti

berada bersama-sama keluarga kami yang sebenar. Perasaan begitu terharu dengan layanan dan penerimaan akan kami di situ begitu memberi kesan yang mendalam kepada kami. Kami berasa begitu bertuah dan menghargai pengorbanan yang mereka lakukan kepada kami.

Anda mungkin juga menyukai

  • 2638-Article Text-4382-1-10-20190630
    2638-Article Text-4382-1-10-20190630
    Dokumen8 halaman
    2638-Article Text-4382-1-10-20190630
    norhayati clifford
    Belum ada peringkat
  • Khamis
    Khamis
    Dokumen1 halaman
    Khamis
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Khamis
    Khamis
    Dokumen1 halaman
    Khamis
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Tangan Matematik
    Tangan Matematik
    Dokumen3 halaman
    Tangan Matematik
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Selasa
    Selasa
    Dokumen2 halaman
    Selasa
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Ahad
    Ahad
    Dokumen2 halaman
    Ahad
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Ahad
    Ahad
    Dokumen2 halaman
    Ahad
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Laluan Jalan
    Laluan Jalan
    Dokumen1 halaman
    Laluan Jalan
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Selasa
    Selasa
    Dokumen2 halaman
    Selasa
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Ahad
    Ahad
    Dokumen2 halaman
    Ahad
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Rabu
    Rabu
    Dokumen1 halaman
    Rabu
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Ahad
    Ahad
    Dokumen2 halaman
    Ahad
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Khamis
    Khamis
    Dokumen1 halaman
    Khamis
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • BTBTB460 PDF
    BTBTB460 PDF
    Dokumen2 halaman
    BTBTB460 PDF
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • BTBTB460
    BTBTB460
    Dokumen2 halaman
    BTBTB460
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Jurnal & Pernyataan Profesional
    Jurnal & Pernyataan Profesional
    Dokumen50 halaman
    Jurnal & Pernyataan Profesional
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Senarai Nama Ppki Tahun 2016
    Senarai Nama Ppki Tahun 2016
    Dokumen6 halaman
    Senarai Nama Ppki Tahun 2016
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Damai Park
    Damai Park
    Dokumen4 halaman
    Damai Park
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Analisis Data Penggunaan Bilik Rehabilitasi
    Analisis Data Penggunaan Bilik Rehabilitasi
    Dokumen1 halaman
    Analisis Data Penggunaan Bilik Rehabilitasi
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Nama Buku
    Nama Buku
    Dokumen7 halaman
    Nama Buku
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Nama Buku
    Nama Buku
    Dokumen7 halaman
    Nama Buku
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Carnivall Akhir THN
    Carnivall Akhir THN
    Dokumen3 halaman
    Carnivall Akhir THN
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Kursus DSKP t6 2015 TNK
    Kursus DSKP t6 2015 TNK
    Dokumen33 halaman
    Kursus DSKP t6 2015 TNK
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • DSKP PSV
    DSKP PSV
    Dokumen46 halaman
    DSKP PSV
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Template Pelaporan PSV
    Template Pelaporan PSV
    Dokumen5 halaman
    Template Pelaporan PSV
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • DSKP THN 6
    DSKP THN 6
    Dokumen17 halaman
    DSKP THN 6
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Template KSSR THN 6 Pendidikan Islam
    Template KSSR THN 6 Pendidikan Islam
    Dokumen5 halaman
    Template KSSR THN 6 Pendidikan Islam
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • Darf PJK Tahun 6 3 Apr 2015
    Darf PJK Tahun 6 3 Apr 2015
    Dokumen74 halaman
    Darf PJK Tahun 6 3 Apr 2015
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • DSKP Pssas
    DSKP Pssas
    Dokumen48 halaman
    DSKP Pssas
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat
  • KK Penang 2015
    KK Penang 2015
    Dokumen14 halaman
    KK Penang 2015
    Siti Intan Farahana
    Belum ada peringkat