Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PASIR

08400 MERBOK KEDAH DARULAMAN


TEL & FAK : 04-4474168/04-4474169

DAMAI PARK RESORT


TARIKH: 8 April 2014
HARI: Selasa
MASA: 10:00 Pagi

Renang merupakan salah satu terapi hidro. Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan
fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang
secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh
keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.
Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya
sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan
membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak
langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri murid-murid "water confidence". Melalui
terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti
regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot
rangka.
Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program Pendidikan Khas
Pembalajaran (PPKP) adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran
menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Program yang
dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang.

Matlamat program ini dianjurkan ialah untuk meningkatkan perkembangan kemahiran motor kasar dan
halus serta perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan apabila mereka berada di dalam
air.

Program ini diharapkan agar murid dapat:

1. Membantu menggerakkan pembangungan psikomotor kasar dan halus


2. Membantu melatih dan mengawal pernafasan semasa melakukan aktiviti renang dengan cara
yang betul dan selamat.
3. Mewujudkan persekitaran interaksi sosial antara murid dengan guru-guru dan masyarakat
4. Meningkatkan keyakinan murid-murid pendidikan khas.
5. Memberi kecerdasan fizikal murid-murid pendidikan khas..

SASARAN: Murid-murid pendidikan khas SKKP


TARIKH: 8.04.2014

HARI: Selasa
MASA: 9:00 pg hingga 12:30 tgh
TEMPAT: Damai Park Resort

Semoga program terapi air ini akan dapat membantu murid-murid berkeperluan khas dari segi
pergerakan psikomotor kasar dan halus, mengawal pernafasan dan mewujudkan interaksi persekitaran
sosial antara mereka dengan masyarakat luar serta dapat memberi peluang yang sama rata kepada
murid-murid berkeperluan khas untuk mengambil bahagian dan menonjolkan bakat mereka di dalam
sukan air. Diharap agar program ini dapat dilaksanakan mengikut jadual perancangan yang telah
ditetapkan dengan jayanya agar lebih ramai lagi murid-murid yang berpotensi mencapai kecemerlangan
yang lebih tinggi di masa akan datang sejajar dengan hasrat dan objektif Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Anda mungkin juga menyukai