Anda di halaman 1dari 21

KONSEP SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA

DIBENTANGKAN OLEH : AHMAD ZAKWAN BIN SUHAIMI MOHAMMAD FADZIL BIN ZULKIFLI

OBJEKTIF
1. Pelajar dapat memahami pengertian syahadah dan kepentingannya kepada manusia. 2. Pelajar dapat menghayati isi kandungan syahadah dan pembahagiannya. 3. Pelajar dapat membezakan di antara tauhid Rububiyah dengan Tauhid Uluhiyah serta hubungan antara kedua-duanya. 4. Pelajar-pelajar dapat memahami makna syahadah Rasul dan menghayati apa yang terkandung di dalamnya. 5. Pelajar boleh melaksanakan dan menghayati tuntutan dan hak-hak syahadah dengan ikhlas dan jujur. 6. Pelajar-pelajar dapat menjaga keimanannya supaya terhindar dari perkara yang merosakkan aqidah.

Syahadatain : -Asas terpenting tertegaknya Islam bagi diri seorang Islam -Rukun pertama dalam Rukun Islam -Melambangkan jiwa Islam yang syumul

Kemasukan seseorang ke dalam Agama Islam yang keluar daripada agama asalnya, dipisahkan dengan pengisytiharan syahadah Pengisytiharan dilakukan dengan dorongan kepercayaan dan keyakinan terhadap kepalsuan zaman silamnya serta kebenaran Islam. Mesti disertakan dengan KEIMANAN DAN KEYAKINAN. Disusuli dengan KEBERANIAN untuk memperjuangkan.

Makna Syahadah : 1. Memberi makna ilmu penerangan, pengkhabaran, kenyataan

Oleh itu orang yang bersyahadah dipanggil saksi atau naik saksi kerana ia boleh mengkhabarkan atau memberitahu apa yang diketahui oleh Nya mengenai sesuatu perkara. 2. Memberi makna pengakuan, atau pengiktirafan atau kepercayaan. Jadi seseorang yang bersyahadah/bersaksi memang mempercayai dan berkeyakinan akan kebenaran / benarnya sesuatu yang disaksikan. Tegasnya mesti mempercayai dan berkeyakinan terhadap kebenaran apa yang disyahadahkan. Jika tidak, bermakna syahadah itu dusta atau palsu. Ini disebabkan ketenangan atau kenyataan yang dibuatnya itu tidak menepati keyakinannya.

PEMBAHAGIAN SYAHADAH 1. Syahadah Tauhid Iaitu penyaksian bahasa Allah sahaja Tuhan yang sebenarnya berhak disembah, tiada Tuhan melainkan Allah. 2. Syahadah Risalah Iaitu penyaksian bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah yang terakhir. Syahadah Tauhid itu mengandungi dua bahagian. 1. Tauhid Rububiyah 2. Tauhid Uluhiyah

Tauhid Rububiyah Iaitu menyaksikan atau mengiktirafkan bahawa Allah sahajalah Tuhan yang Maha Pencipta, Pemilik yang Mutlak, Pemeliharaan, Penguasa dan Penentu terhadap seluruh makhluknya. Sebab itu Tauhid Rububiyah dapat diertikan dengan Tauhid Ciptaan. Maksudnya Allahlah pencipta yang menghidupkan dan mematikan, yang melaksanakan perintah dan hukum kepada semua makhluk. Ditangannyalah terletak pemerintahan dan Dialah yang berkuasa atau sesuatu. Allah mengurus dan mentadbirkan alam buana menurut kehendaknya. Dialah yang mengatur segala maslahat untuk kebaikan makhluknya. Dialah yang berkuasa memberi manfaat dan mendatangkan mudharat. Seterusnya berkuasa penuh untuk menghidupkan atau mematikan.

Tauhid Uluhiyah Menyaksikan atau mengiktikadkan bahawa Allah sahaja Tuhan yang berhak disembah, mengabdikan atau memperhambakan diri kepadanya semata-mata. Tegasnya bahawa hanya kepada Tuhan yang satu itulah kita menyembah, memuja, meminta tolong, beribadat dan berzikir. Hanya Tuhan yang satu itulah yang kita sanjung, kita puji dan Tuhan yang satu itulah kita meminta kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat nanti. Jadi kita tidak boleh bermohon, meminta kepada selain daripada Allah seperti kubur, berhala, syaitan seterusnya kepada manusia, ulamak tertentu, wali-wali, malaikat dan sebagainya.

Hubungan Hubungan antara syahadah Rububiyah dengan syahadah Uluhiyah sangatlah rapat dan tidak boleh dipisahkan. Syahadah Ruhubiyah menjadikan kita percaya wujudnya Allah sebagai Tuhan yang maha Esa. Pencipta, Pemilihara, Pengawasan dan Penentu. Pengakuan syahadah ini mestilah melahirkan kesan yang sentiasa ada hubungannya dan kaitannya dengan Allah iaitu dengan cara beribadat, menghambakan dan mengabdikan diri kepada Allah sematamata. Pengabdian itu sebagai hasil atau buah syahadah Rububiyah, mempercayai wujudnya Tuhan yang Maha Esa. Tauhid Rububiyah tidak bernilai apa-apa kalau tidak disertai dengan Tauhid Uluhiyah. Pengakuan bahawa alam ini diciptakan seluruhnya oleh satu Tuhan tidak mempunyai nilai apabila tidak diiringi dengan ibadah serta ketaatan terhadap Tuhan yang satu kerana kesanggupan kita mentauhidkan Allah Taala dari segi Rububiyah mestilah dengan segala pengertiannya yang bersedia mengabdikan diri kepadanya.

Oleh itu nyatalah bahawa Tauhid Rububiyah dipunyai oleh semua manusia sama ada yang mukmin atau yang kafir bahkan dipunyai oleh binatang-binatang yang tidak berakal, alam benda atau alam batu, gunung-ganang, tumbuh-tumbuhan yang segala macam jenis cakerawala di dunia dan di alam akhirat. Sedangkan Tauhid Uluhiyah dipunyai hanya oleh beberapa orang manusia iaitu orang-orang yang beriman kepadanya. Di samping mereka mengaku adanya Tuhan yang menciptakan segala yang ada, mereka juga menundukkan kepadanya menyembah kepada Allah, beribadat menyembah Allah, berzikir membesarkan Allah, memuji Allah dan mensucikan Allah dan menjalankan perintah Allah dengan perantaraan Nabi dan Kitab-kitab Suci dan dengan perantaraan agamanya serta agama Islam.

SYAHADAH RASUL DAN KEPENTINGANNYA Syahadah ini merupakan lunas-lunas kedua dalam Islam. Tidak dapat ditegakkan kalimah ini kecuali terlebih dahulu mengetahui Rasulnya. Dengan perantaraan Rasul ia dapat menunjukkan jalan bagi mentahkikkan kuasa Allah. Tanpa jalan-jalan dan petunjuk dari Rasul di dalam mentauhidkan Allah nescaya seseorang itu akan menemui jalan yang buntu dan terbenam di dalam kesesatan, tidak berpijak di atas asas-asas yang betul. Oleh itu seseorang yang faham tentang makrifah kerasulan ia akan faham makrifah ketuhanan. Ia tidak melaksanakan hak-hak Allah keatasnya kecuali setelah mengetahui tentang kerasulannya. Manusia tidak sampai kepuncak kesempurnaan dan kebahagiaan yang sebenarnya melainkan setelah mendapat bimbingan dan petunjuk daripada Rasul. Kemampuan dan kesanggupan otak atau akal fikiran manusia dalam mencapai matlamat tersebut amat terbatas sekali. Dengan itu setiap pengingkaran kepada rasul bererti kejahilan kepada Allah dan tidak menghargai Allah sebagai penghargaan yang sewajarnya. Oleh itu orang yang bersikap demikian dinamakan kafir.

KANDUNGAN-KANDUNGAN SYAHADAH RASUL Syahadah Rasul mengandungi beberapa pengertian dan aspek yang luas yang mesti diyakini oleh semua umat Islam iaitu : 1.Yakin bahawa Nabi Muhammad itu sebenarnya seorang Rasul atau utusan dari Allah. 2.Yakin bahawa Nabi Muhammad itu utusan yang terakhir. 3.Yakin tentang segala ajaran yang dibawa oleh Muhammad adalah benar. 4.Yakin bahawa syariah (Ad-din) agama yang dibawa oleh Muhammad adalah lengkap dan sempurna. 5. Menerima dan mengamalkan syariah atau ajaran yang dibawa oleh Muhammad. 6. Memberikan taat setia dan menghormati Rasul semasa hayatnya dan setelah wafatnya.

TUNTUTAN SYAHADAH Secara umum apabila seseorang itu bersyahadah maka bermakna ia : 1. Memperakui dan menerima Islam sebagai Ad-din 2. Memperakui tunduk di bawah naungannya 3. Wajib menyesuaikan hidupnya mengikut lunas-lunas Islam 4. Menghayati dan memperjuangkan prinsip-prinsip Islam 5. Melaksanakan amalan dan tindakan semata-mata kerana Allah.

HAK-HAK SYAHADAH Di antara hak-hak syahadah yang penting terkandung di dalam tuntutan agama ialah : 1. Menerima Islam sebagai cara hidup dan menolak sistem lain yang bertentangan dengannya. 2.Menunaikan tuntutan agama dalam perkara-perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang. Perkara-perkara yang disuruh oleh agama terbahagi kepada tiga : 1. Diwajibkan secara fardhu ain. 2. Diwajibkan secara fardhu kifayah 3. Disuruh secara sunat.

Diantara kewajipan yang tergolong dalam lingkungan fardhu ain : 1. Menuntut ilmu iaitu Ilmu Tauhid, Ilmu mengenai rahsia hati dan Ilmu syariah. 2. Memenuhi tuntutan-tuntutan rukum Iman dan rukun Islam dengan mengimani rukun-rukun itu dan membentuk kepercayaan dan pandangan hidupnya yang sesuai dengannya. 3. Meninggalkan semua larangan yang disenaraikan di dalam lingkungan dosa-dosa besar seperti syirik, derhaka kepada kedua ibubapa, lari dari jihad, membunuh diri, meninggalkan sembahyang dan lain-lain.

Di antara kewajipan-kewajipan yang tergolong dalam lingkungan Fardhu Kifayah ialah : 1. Menyeru manusia kepada yang maaruf dan menegah kemungkaran 2. Mengadakan dan mendirikan solat berjemaah 3. Menyediakan keperluan umat Islam seperti pakaian, bahan-bahan makanan, peralatan senjata da sebagainya sehingga umat Islam tidak bergantung kepada belas kasihan orang-orang lain untuk mendapatkana keperluan hidupnya. 4. Mempertahankan syahadah yang dilafazkan dan makna yang terkandung di dalamnya. Maksudnya mempertahankan akidah Islam dan syariat yang dibawanya. 5. Membentuk jemaah yang memperjuangkan aqidah dan syariat Islam dalam rangka memenuhi hak syahadah.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH Oleh kerana agama Islam ialah agama Fitrah maka setiap orang Islam hendaklah bersyukur kerana ia bertuah menerima taufik dan hidayah dari Allah s.w.t. hingga dengan itu ia menjadi seseorang yang beragama Islam. Oleh yang demikian hendaklah ia meneguhkan pegangannya kepada agama yang mulia itu dan memeliharanya dari segala apa yang boleh merosakkannya kerana agama Islam sahajalah yang diredhai Allah dan menentukan nasibnya untuk mencapai kebahagiannya yang sebenar-benarnya khasnya di akhirat kelak. Surah Al-Imran (102)

Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benarnya takwa kepadanya dan jangan sekali-kali kami mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

Adalah tidak akan menerima taubat orang yang murtad sebagaimana diterangkan dalam Al-Quran berbunyi : Surah Al-Imran (90) Maksudnya :

Sesungguhnya orang-orang kafir sesudah beriman kemudian bertambah kekafirannya, sekali-kali tidak akan diterima taubatnya dan mereka itu orangorang yang sesat. Rosaknya syahadah, iman dan Islam dinamakan riddah yang ditakrifkan oleh ulamak sebagai berbalik menjadi kafir setelah beragama Islam dan orang yang melakukan yang demikian dinamakan murtad.

Riddah ialah seburuk-buruk dan sekeji-keji jenis kafir kerana orang yang murtad berlainan hukumnya dengan orang-orang kafir yang lain pada beberapa perkara : 1.Orang murtad tidak harus dibiarkan dalam keadaan riddahnya melainkan hendaklah pihak yang berkuasa menyuruhnya bertaubat kembali kepada Islam. Kalau tidak hendaklah dikenakan hukuman bunuh sebagaimana yang diterangkan oleh beberapa hadis Rasulullah s.a.w. bersabda : Maksudnya : Sesiapa yang menukar agama Islamnya maka hendaklah kamu membunuhnya 2.Tidak sah perkahwinan orang murtad sama ada ia sendiri berkahwin atau mengahwinkan orang lain. Bahkan isterinya wajib dipisahkan daripadanya. Sekiranya ia kembali menjadi Islam semula sebelum habis iddah maka kekallah isterinya itu menjadi isteri kepadanya kalau tidak maka isterinya itu bercerai daripadanya mulai dari saat itu menjadi murtad. 3.Haram memakan penyembelihannya 4.Tidak boleh menerima pusaka dan tidak boleh pula dipusakai bahkan semua hartanya dimasukkan ke dalam Baitul Mal

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH Perkara-perkara yang menyebabkan batalnya syahadah atau rosaknya iman dan Islam itu terbahagi kepada tiga :1. Iktiqad 2. Perkataan 3. Perbuatan
Iktikad Ialah segala kepercayaan yang berlawanan dan bertentangan dengan dasardasar kepercayaan agama Islam. Perkataan Ialah tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-gejek dan mempermainkan nama-nama Allah, sifatnya, malaikatnya, Rasulnya, kitab-kitabnya, ayat-ayatnya dan hukumhukumnya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh Rasulnya

Perbuatan 1. Tiap-tiap perbuatannya yang dilakukan untuk menghormati dan mengagongkan manamana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesarkan dan mengagongkan Allah seperti sujud kepada makhluk walaupun tidak dengan niat untuk menghormatinya sama seperti Tuhan atau tunduk kepada mana-mana makhluk sehingga sampai kepada had sekurang-kurangnya rukuk sembahyang dengan tujuan menghormatinya sama menghormati Allah. Kalau tidak dengan tujuan itu maka tidaklah menjadi orang yang melakukan itu murtad tetapi hukumnya berdosa. 2. Melakukan upacara ibadah terhadap sesuatu makhluk yang disembah oleh orang-orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan. 3. Melakukan mana-mana cara ibadat terhadap yang lain dari Allah. 4. Meletakkan ayat-ayat suci, hadis-hadis nabi, nama Tuhan, rasulnya, malaikatnya dan ilmu-ilmu agama di tempat Najis atau kotor dengan tujuan menghina dan merendahkannya. Kalau tidak dengan tujuan tersebut maka hukumnya tetap haram. 5. Meninggalkan sembahyang jika ia ingkarkan akan hukum kewajipannya.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai