Anda di halaman 1dari 1

Apakah yang berlaku kepada urik asid yang berlebihan?

Urik asid yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan
sendi. Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukan tophi
dan batu karang di buah pinggang.
Kandungan urik asid yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi
dinamakan hyperuricemia. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun
begitu, risiko untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka
yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan
adalah amat penting untuk golongan pesakit ini.
Apakah yang berlaku jika penyakit ini dibiarkan berlanjutan?
Serangan sakit sendi yang berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan
menjejaskan fungsinya. Mendapan urik asid yang berlebihan akan membentuk tophi di
jari, siku, tangan termasuk cuping telinga. Mendapan urik asid di buah pinggang yang
membentuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga
kegagalan buah pinggang. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal
untuk mengelakkan komplikasi ini.

Anda mungkin juga menyukai