Anda di halaman 1dari 1

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang

dihormati Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru,


serta rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima
kasih kerana diberi peluang untuk berucap dalam majlis sambutan
Hari Guru sekolah ini.
Hadirin yang dimuliakan,
Seperti yang semua sedia maklum, Hari Guru disambut pada !
Mei setiap tahun. Sambutan ini diadakan sebagai mengenang jasa
para guru mendidik kita sehingga berjaya dalam lapangan akademik
dan kokurikulum.
Guru-guru merupakan pengganti ibu bapa di sekolah. guru-guru
sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan tanpa jemu kepada
murid-muridnya. Hal ini kerana para guru ingin melihat kejayaan
murid-muridnya pada masa hadapan.
"leh itu, se#ajarnyalah guru dihagai. $ami, murid-murid
Sekolah $ebangssan Saint %ita, Sibu bera&am untuk belajar dengan
tekun sebagai membalas jasa para guru. $ami akan memastikan
pengorbanan para guru tidak sia-sia.
%akan murid sekalian,
Selaku ketua murid sekolah ini, saya' berharap agar murid-
murid semua sentiasa belajar bersungguh-sungguh, meningkatkan
disiplin diri serta menunjukkan ketekunan demi mencapai kejayaan
dalam pelajaran. Hal ini kerana kejayaan kita akan membanggakan
guru-guru dan mengharumkan nama sekolah kita.
(alam kesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon
maa) kepada guru semua seandainya kami ada melakukan kesalahan,
sama ada dari segi tutur kata atau perbuatan. *khir kata, saya
mengucapkan +Selamat Hari Guru,, semoga guru semua sentiasa
beroleh kesejahteraan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai