Anda di halaman 1dari 10

SCCA 1013 1

PENGANTAR KOMUNIKASI

1.0 Pendahuluan
Kata “teknologi” berasal dari bahasa inggeris “technology” dan juga berasal dari
bahasa yunani “technologia” yang diambil dari kata ”techne” yang bererti wacana atau seni.
Teknologi ini sudah berkembang dan tidak hanya sebagai sebuah ilmu praktis yang
mempelajari tentang hal-hal teknisi, tetapi juga sudah menjadi ilmu pengetahuan yang
menyebar luas.
Dua istilah harus dijelaskan sebelum membicarakan penggunaan teknologi dalam
inovasi pendidikan. Pertama ialah istilah 'teknologi'. Teknologi bermaksud proses dan
produk yang digunakan untuk membangunkan negara atau membaiki sesuatu sistem seperti
sistem pendidikan. Proses mencakupi pengetahuan saintifik dan kaedah atau teknik untuk
menyelesaikan masalah manakala produk adalah ciptaan daripada proses (teknik) teknologi
itu sendiri. Penjelasan ini sama seperti yang dimaksudkan oleh Saettler (1968, 1990) iaitu
teknologi bukan bererti penggunanan mesin sahaja, tetapi meliputi teknik penggunaan
pengetahuan saintifik. Finn (1960) dan Heinich, Molenda dan Russell (1989) juga setuju
bahawa teknologi mencakupi proses dan produk. Sebagai contoh, projektor overhed dan
transparensi adalah merupakan produk atau hasil ciptaan manakala teknik dan prosedur
mencipta alat dan bahan ini merupakan proses. Bagi Saettler (1990), teknik lebih penting
daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu memerlukan proses.
Takrifan lain teknologi ialah seni menggunakan ilmu pengetahuan secara saintifik
atau kaedah manusia menggunakan kekuasaannya ke atas persekitaran.Teknologi
merupakan pencantuman alat, ilmu pengetahuan dan budaya kerja yang menjadikan
sesebuah organisasi menghasilkan mengimput kepada keluaran sebagaimana yang diguna
pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia yang mengaplikasi
pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang
dihadapi dalam kehidupan seharian. Justeru itu, penggunaan komputer dalam pendidikan
juga menjadi semakin dominan. Kita kini dikatakan berada dalam satu masa perubahan iaitu
dari zaman industri ke zaman informasi. Dunia tanpa sempadan, IT, ICT, e, siber, global,
dalam talian, pintar, rangkaian, dan pelbagai lagi istilah yang sekiranya gagal untuk difahami
menyebabkan kita seolah-olah berada di dunia lain. Justeru itu, penggunaan teknologi
maklumat seharusnya bukanlah lagi menjadi sesuatu yang asing dalam pendidikan. Menurut
Ahmad Fuad (2003), menyatakan bahawa dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat
SCCA 1013 2
PENGANTAR KOMUNIKASI

merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses,


menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak untuk membantu
proses pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Fakta/Teori
Manakala,rumitnya komputer saat pertama kali dirakit oleh Alan Turing yang
menyatakan,Electronic Numerical Integrator and Computer (ENIAC), komputer digital
elektronik terprogram pertama yang berhasil diciptakan di dunia, komputer pertama di
dunia yang dilengkapi dengan memori elektronik. (The Imitation Game, Morten
Tyldum).Berbanding dengan teknologi informasi kini adalah yang mudah digunakan untuk
memberikan informasi atau lainnya dari satu tempat ke tempat lainnya atau dari orang ke
oranglainnya.Komunikasi di gunakan untuk menyampaikan yang akan
disampaikan,memberikan informasi yang baru.Manusia menggunakan alat teknologi
komunikasi seperti telefon bimbit,komputer atau alat pesan teks tujuannya untuk tetap
berhubungan dengan teman,keluarga atau saudara .Teknologi komunikasi ini juga bisa
untuk memberikan aliran informasi di tempat kerja,untuk membantu dalam pengambilan
keputusan,untuk melayani kebutuhan permintaan pelanggan dan mempromosikan produk
atau jasa baru kepada konsumen yang di targetkan.
Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran Behaviorisme pembelajaran
berlaku apabila seseorang itu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan dan
kemudiannya diberi pengukuhan. Sementara teori kognitivisme menegaskan pembelajaran
merupakan satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran
seseorang. Implikasi ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh
dipindahkan kepada murid (Newell, 1990). Di bawah kerangka behaviorisme dan
kognitivisme, guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa
pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh itu segala perancangan dibuat
mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai.
Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme ialah
pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pelajaran.
Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian CD Rom, laman
web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang dikawal oleh sistem dan
pembelajaran ekspositori. Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalam
SCCA 1013 3
PENGANTAR KOMUNIKASI

pembelajaran tutorial direka dalam bentuk berdasarkan kepada model transmisi yang
memperlihatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima
(Merill, 1996).
Teori pembelajaran kontruktivisme memberi tumpuan kepada pembinaan ilmu oleh
individu. Pembelajaran berlaku apabila seseorang itu dapat membina atau menginterpretasi
ilmu serta mengaplikasi dalam situasi yang baru (Piaget, 1981; Brunner, 1990). Dengan kata
lain teori ini memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah,
pengalaman pembelajaran yang autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi
sosial. Melalui pendekatan teori pembelajaran ini, guru berperanan sebagai fasilitator dalam
mengendalikan proses P&P dan menggunakan ICT sebagai alat. Pelbagai strategi pengajaran
digunakan untuk menjana idea serta meningkatkan kemampuan murid untuk
memanipulasikan maklumat yang telah dikumpul. Pembelajaran secara penerokaan boleh
digunakan oleh guru untuk menghubungkan antara teori konstruktivisme dengan P&P.
Kaedah pembelajaran ini membolehkan murid-murid mencari dan mengakses maklumat
daripada ensiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada internet (Haynes & Holmevik,
1998). Melalui pengumpulan bahan-bahan ini, maklumat akan digunakan untuk menjana
dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah. Perhatian yang lebih tidak perlu
diberikan oleh guru apabila menggunakan kaedah pembelajaran penerokaan. Ini kerana
murid-murid menggunakan terus maklumat yang diperolehi tanpa memanipulasi (mencari,
membanding dan menilai).
Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam
perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada
keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini
digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar,
menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks,
grafik, audio video dan animasi. Ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan di
kalangan murid di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi. Namun begitu guru
perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan disiplin murid
semasa penggunaan e-mel, bilik perbincangan dan sebagainya dalam pembelajaran
kolaboratif. Penilaian boleh dijalankan oleh guru dan kumpulan perbincangan apabila hasil
dibentangkan di dalam kelas. Ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan
SCCA 1013 4
PENGANTAR KOMUNIKASI

memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-murid. Bagi mencapai wawasan


dan inspirasi negara, Malaysia tidak ketinggalan dalam menghadapi arus pembangunan
berasaskan teknologi. Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan akan
menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai pengupaya1 utama dalam
proses pengajaran dan pembelajaraan. Dasar ini kesinambungan daripada inisiatif Sekolah
Bestari yang menekankan penggunaan teknologi sebagai wahana2 mengalakkan
perkembangan daya kreativiti, pembelajaran secara bekerjasama, pemikiran kritis dan
penyelesaian masalah. Contoh inisatif yang dijalankan oleh kerajaan untuk menjadikan ICT
sebagai teknologi pendidikan ialah penggunaan SchoolNet, Makmal komputer Eduweb TV,
Pusat Akses dan sebagainya.
"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang
bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan" (Crowell (1971):Encyclopedia of
education). Di samping itu, tugas mendidik menjadi lebih efektif dan berkesan dengan
adanya teknologi multimedia. Seluruh dunia menjadi seolah-olah sebuah kampung
elektronik dengan adanya teknologi. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses
maklumat telah dapat diperluaskan. Ilmu tidak lagi melalui perantaraan guru dan pelajar
sahaja, malah boleh dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi
disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Para pelajar boleh mengakses
maklumat berkaitan mata pelajaran yang diingini dengan hanya mengakses di internet dan
mereka akan mendapat banyak maklumat.
Dari segi penjimatan kos pula, kos untuk mencetak buku dapat dijimatkan. Untuk
memenuhi keperluan pelajar supaya setiap daripada mereka mendapat pinjaman buku teks,
kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang agak tinggi untuk mencetak buku teks tersebut.
Dengan adanya teknologi, kerajaan dapat menjimatkan banyak kos sebab proses
pembelajaran dapat dijalankan tanpa buku. Hal ini juga dapat mengurangkan penebangan
pokok-pokok untuk membuat kertas. Dengan perlaksanaan pendidikan jarak jauh, ia dapat
menjimatkan kos pembinaan universiti dan infrastrukturnya. Program ini memanfaatkan
infrastruktur sedia ada di tempat yang lengkap dengan keperluan asas seperti kemudahan
komputer dan internet. Pelajar hanya perlu pergi ke pusat tersebut pada hujung minggu
untuk berbincang dengan pensyarah tentang khusus yang diikuti. Oleh itu, pelajar tidak
1
Berita,Malaysia Kini-12 Oktober 2010
2
Saluran atau perantaraan (alat) yang memungkin sesuatu berjaya dilakukan.
SCCA 1013 5
PENGANTAR KOMUNIKASI

perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk kos pengangkutan dan tempat kediaman
kerana mereka tidak perlu menghadiri kuliah di universiti.
Penggunaan teknologi dalam pendidikan juga dapat menjimatkan masa pelajar dan
memupuk sikap suka membaca dalam kalangan pelajar. Dengan adanya teknologi, apa-apa
maklumat dapat diperoleh dengan mudah hanya dengan satu klik pada tetikus. Berbanding
dengan pelajar pada masa lalu yang terpaksa mencari maklumat dengan cara manual dan
bahan bercetak hanyalah satu-satunya harapan untuk mereka memperoleh maklumat yang
diingini, pelajar sekarang mempunyai kelebihan dengan adanya kemudahan internet. Hal ini
kerana selain daripada bahan bercetak, pelajar juga dapat memperoleh maklumat yang
diingini melalui internet dengan cepat. Penggunaan media elektronik juga dapat
meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar. Sebagai bukti, untuk membolehkan
kita mengikuti perkembangan semasa dan menimba ilmu pengetahuan melalui internet, kita
perlu membaca. Segala maklumat yang dipaparkan melalui laman web adalah dalam bentuk
tulisan dan untuk mengetahui maklumat tersebut, kita perlu mahir membaca. Secara tidak
langsung, ia dapat memupuk sikap membaca dalam kalangan mereka. Dengan adanya
teknologi yang canggih, segala tugas dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Sebagai
contoh, proses mencari maklumat, menyelesaikan tugasan yang diberi oleh pengajar dan
lain-lain lagi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ini merupakan kebaikan daripada
perkembangan teknologi. Adanya teknologi multimedia menjadi semakin menarik kerana
teknologi ini baru diperkenalkan pada tahun 1990-an walaupun sebelumnya sistem CAL
(Computer Aided Learning) dan hiperteks masih terbatas dalam media yang terpisah-pisah
belum digabungkan seperti multimedia yang memiliki makna gabungan pelbagai media,teks,
suara imej, animasi dan video dalam satu perisian (Jacobs, 1992).

3.0 Analisis Kritikal


Teknologi moden serba canggih yang berkembang pesat beberapa tahun
kebelakangan ini telah membawa kepada penggunaan pelbagai peralatan elektronik dan
peranti secara meluas oleh setiap generasi. Lumrahnya, penerapan nilai-nilai moral dan
kemanusiaan dari satu generasi ke generasi berikutnya berlaku melalui hasil didikan
daripada ibu bapa, orang dewasa dan guru di sekolah. Namun begitu, kajian Rezki et. al
(2009) mendapati bahawa kehidupan masa kini telah dipengaruhi oleh teknologi moden dan
masyarakat terbudaya dengan media yang mana kebanyakan ideologi budaya dan
SCCA 1013 6
PENGANTAR KOMUNIKASI

penerapan nilai diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain melalui media seperti
televisyen dan internet. Justeru, kanak-kanak dan remaja juga adalah golongan yang tidak
terkecuali daripada merasai tempias ledakan perkembangan teknologi yang telah memberi
impak yang amat besar terhadap kehidupan mereka.
Menurut Rowan (2010), secara purata kanak-kanak menghabiskan masa selama
lapan jam sehari untuk teknologi hiburan dengan 65% daripadanya mempunyai televisyen di
dalam bilik tidur mereka sendiri, dan 50% daripada televisyen di kediaman penduduk.
Ditambah pula dengan penggunaan telefon pintar, melayari internet dan media sosial telah
menyebabkan berlakunya penularan pengaruh teknologi dalam kehidupan dan persekitaran
sosial sesebuah keluarga.
Laporan dalam laman web SC (Symantec Corporation) bertarikh 7 Julai 2010 bertajuk
“Laporan Keluarga Norton Online 2010” mendedahkan bahawa kanak-kanak di Malaysia
menghabiskan masa melayari internet secara purata selama 19 jam seminggu, sedangkan
ibu bapa menyangka anak-anak mereka melayari internet selama 11 jam. Di samping itu,
kajian mendapati bahawa sembilan daripada sepuluh kanak-kanak di Malaysia telah
terdedah kepada pengalaman negative semasa melayari internet.
Justeru, fenomena ini secara tidak langsung telah menyebabkan perkembangan kanak-
kanak hingga usia remaja telah dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi
yang terdapat di dalam kehidupan dan persekitarannya. Kepesatan teknologi dalam abad
ke-21 ini menyebabkan kanak-kanak terpaksa membesar dalam persekitaran yang
mempunyai lambakan kemudahan akses kepada maklumat tanpa sempadan (Miftachul et
al., 2017). Kanak-kanak masa kini bergantung kepada teknologi dalam hampir keseluruhan
aktiviti termasuk aktiviti bermain mereka, sehinggakan aktiviti permainan berbentuk
tradisional di luar rumah seperti batu seremban, galah panjang, konda kondi dan sebagainya
telah lenyap diambil alih oleh pelbagai peralatan berteknologi moden.
Cara hidup manusia telah banyak mengalami perubahan, seiring dengan
pembangunanteknologi internet (Ahmad Fauzi, Norhasni & Andi, 2014). Kanak-kanak dan
remaja masa kini juga mengalami perubahan gaya hidup yang ketara ekoran daripada
pengaruh teknologi moden dalam kehidupan mereka. Dalam kepesatan era globalisasi dan
teknologi tinggi tanpa sempadan ini, perkembangan kanak-kanak hingga usia remaja amat
mudah dipengaruhi oleh agen sosialisasi seperti media. Pengaruh teknologi terhadap
SCCA 1013 7
PENGANTAR KOMUNIKASI

perkembangan kanak-kanak turut diperkukuhkan lagi dengan dapatan kajian Zakaria,


Ahmad Munawan dan Noranizah (2012) bahawa teknologi moden khususnya media sangat
berpengaruh terhadap pendidikan, tingkah laku dan keperibadian kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan pelbagai peralatan
moden seperti internet dapat menyediakan persekitaran sosial yang pantas, mudah, dan
bebas kepada sesiapa sahaja termasuklah golongan kanak-kanak dan remaja. Namun,
aplikasi internet tanpa kawalan telah mengundang kepada ketagihan dalam kalangan
penggunanya yang sebahagiannya adalah dalam kalangan pelajar sekolah. Kajian Choo et al.
(2011) yang melibatkan pelbagai peringkat umur juga mendapati bahawa generasi dalam
lingkungan umur 18-25 tahun, iaitu golongan remaja lebih berisiko untuk menghadapi
masalah ketagihan internet, terutama pelajar universiti dan kolej. Dapatan ini disokong oleh
kajian Mohd Aziz Shah, Irna, Wan Rosni et al.(2013) yang turut menyatakan bahawa tambah
memburukkan keadaan apabila perkhidmatan internet tanpa wayar (wireless) disediakan
secara percuma oleh pelbagai pihak dan mudah didapati.
Berdasarkan kajian, antara tempat yang mudah mendapat kemudahan internet ialah
kafe, restoran, lapangan terbang, hotel, dan pusat membeli belah (Johari & Raja Shahrina,
2012).Memandangkan internet merupakan sumber teknologi moden paling berpengaruh
masa kini berupa rangkaian komputer terbesar di dunia yang membenarkan maklumat
secara global dapat dicapai, isu laman web pornografi juga tidak terlepas daripada menjadi
tatapan golongan kanak-kanak dan remaja. Menurut Nor Azah (2010), elemen multimedia
yang dipersembahkan di laman web pornografi bukan sahaja boleh ditonton oleh golongan
kanak-kanak dan remaja tetapi ia juga boleh dimuat turun dengan mudah dan disebarkan
dengan pantas melalui emel. Kajian beliau turut menyatakan terdapat lebih kurang 80,000
laman web yang berkait rapat dengan porno telah dihasilkan antara tahun 1999 ke tahun
2000 disebabkan kebanyakan laman web sedemikian boleh diakses dengan percuma.
Peningkatan kualiti hidup kepada kerja seharian meningkat dengan wujudnya
teknologi maklumat yang membolehkan pemindahan maklumat dengan cepat dan tepat,
kebanyakan pekerjaan boleh dijalankan di rumah. Ini bermakna waktu kerja yang lebih
bebas serta pendek. Ini kerana seseorang tidak perlu meluangkan masa untuk pergi ke
pejabat, bersesak di atas jalanraya, makan di luar dan sebagainya. Kesannya masa rekreasi
SCCA 1013 8
PENGANTAR KOMUNIKASI

masyarakat akan bertambah dan ini akan mempengaruhi peningkatan jenis perkhidmatan
pada masa depan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat.

4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, dapat disimpulkan bahawa kewujudan bidang teknologi
sememangnya dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat dari segi pendidikan, ekonomi,
perubatan dan sebagainya. Dengan adanya bidang teknologi ianya akan memberi impak
positif dari segi meningkatkan kualiti hidup, menjalin dan mengeratkan hubungan antara
manusia, melindungi manusia serta memajukan pendidikan. Manusia juga hendaklah
berperanan berusaha untuk memajukan teknologi agar taraf hidup masyarakat dapat
berkembang maju. Selain itu, perkembangan bidang teknologi seperti teknologi
maklumat menjadikan perhubungan antara manusia akan lebih mudah dicapai dan cepat.
Penggunaan teknologi membolehkan pelbagai maklumat dan informasi dalam bentuk
digital dan boleh disalurkan kepada media massa dengan cepat. Sebagai contoh, ciptaan
satelit serta alat teknologi seperti telefon bimbit, internet dan sebagainya untuk tujuan
hiburan dan perhubungan telah berjaya membatasi had masa dan tempat, sekaligus dapat
menjimatkan masa, tenaga, dan kos penggunaannya secara berlipat ganda. Hal ini berlaku
disebabkan oleh media teknologi yang semakin canggih dan hebat di zaman ini berbanding
dengan tahun-tahun sebelum ini yang tidak mempunyai sebarang teknologi yang canggih.
Budaya teknologi adalah berkaitan dengan soal persepsi, kepercayaan dan nilai yang
disemai dalam sesebuah masyarakat dalam penggunaan teknologi. Pembudayaan teknologi
merupakan “satu proses penyesuaian dalam cara pemikiran, tindakan serta amalan bagi
menangani perubahan teknologi serta persekitaran yang berlaku dalam sesebuah
masyarakat”. Proses ini melibatkan peralihan minda kepada cara pemikiran serta sikap dan
perlakuan yang mendorong kepada penguasaan kemahiran serta pengetahuan baru dalam
bidang teknologi. Kajian-kajian lampau banyak membuktikan bahawa terdapat perkaitan
positif antara budaya dengan perwatakan diri, gelagat organisasi, penguasaan ilmu,
penguasaan IT, kemampuan inovasi, perlakuan yang berdaya saing dan pembangunan
ekonomi sesebuah negara. Kemajuan teknologi sesebuah bangsa ditunjangi oleh amalan
serta nilai-nilai yang membentuk budaya teknologi bangsa berkenaan. Budaya ilmu dan
pembelajaran, amalan penyelidikan serta inovasi perlu disemai dan diterapkan bagi
SCCA 1013 9
PENGANTAR KOMUNIKASI

mengukuhkan lagi pengetahuan dan pencapaian dalam bidang teknologi untuk kekal
berdaya saing.
Akhir sekali, dengan adanya bidang teknologi ini akan menyebabkan negara kita akan
lebih dikenali di peringkat antarabangsa. Kepesatan bidang teknologi adalah nadi
pembangunan masyarakat di dalam negara mahupun luar negara untuk mempertingkatkan
taraf hidup yang lebih sempurna. Perkembangan teknologi yang canggih dapat mengubah
cara hidup manusia dan membantu negara untuk meningkatkan taraf hidup yang lebih
berkualiti.
SCCA 1013 10
PENGANTAR KOMUNIKASI

5.0 Rujukan

1. Argerou, C. (2004). The Social Study of Information and Communication Technology:


Innovation, Actors, and Contexts. Cary: Oxford University Press.

2. Hashim, Y. (1994/95). Penggunaan Teknologi Dalam Inovasi Pendidikan. Malaysian


Online Journal of Instructional Technology (MOJIT), 1(1), 50-59.

3. Lauer, R. H. & Lauer, J. C. (2007). Social Problems and the Quality of Life. New York
Mc Graw Hill.

4. Nahar, N., Sangi, S., Rosli, N., & Abdullah, A. H. (2018). IMPAK NEGATIF TEKNOLOGI
MODEN DALAM KEHIDUPAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK HINGGA
USIA REMAJA (NEGATIVE IMPACT OF MODERN TECHNOLOGY TO THE
CHILDREN’S LIFE AND THEIR DEVELOPMENT). UMRAN-International Journal of
Islamic and Civilizational Studies, 5(1).

5. Unit Perancangan Ekonomi (2002). Petunjuk Kualiti Hidup Malaysia. Kuala


Lumpur:Penerbitan Kerajaan.

Anda mungkin juga menyukai