Anda di halaman 1dari 11

PENDAHULUAN

Kepesatan kemajuan sains dan teknologi menyebabkan pelbagai jenis alatan dan penemuan-

penemuan baru dicipta dan diterokai oleh manusia. Secara sepintas lalu, kemajuan sains ini

banyak mendatangkan kebaikan dan manfaat. Revolusi Perindustrian telah mengubah

kemajuan manusia dalam bidang teknologi dan komunikasi pada hari ini. Ia bukan sahaja

merombak tatacara perniagaan, malah mengubah keseluruhan konsep syarikat, organisasi, negara

dan gaya hidup seharian sebagai contoh terdapat banyak aktiviti penggabungan mega melibatkan

syarikat-syarikat gergasi yang menguasai pasaran dunia termasuklah industri kereta, tembakau,

makanan, penerbangan, perubatan dan perbankan (Janal, 2000).

Satu lagi tanda tentang persekitaran yang pesat berubah ialah sempadan antara negara,

industri dan produk yang semakin hari semakin kabur.Kuasa yang ada pada kerajaan semakin

merosot kerana aliran maklumat dan kandungan tidak mudah ditapis oleh kerajaan (Renton,

1997). Hal yang sedemikian berlaku di Malaysia di mana laman web dan blog digunakan sebagai

medium meraih undi, mencerna pendapat dan menzahirkan ideologi dan ketidakpuasan hati dan

bagi pengamal perhubungan awam pula, internet kini adalah satu tempat luahan perasaan

kepuasan serta ketidakpuasan hati publik terhadap organisasi.

Pasaran terbuka selepas Perang Dunia II dan perpecahan blok negara-negara timur

terutamanya kejatuhan Berlin Wall menyebabkan kemajuan terutama inovasi teknologi dalam

sektor komunikasi sepanjang tahun 80an dan bertambah baik dalam tahun 90an. Nama-nama

seperti Bill Gates, Steve Jobs, Microsoft dan Internet seperti Yahoo dan Google menjadi faktor

perniagaan terutamanya dalam kemajuan informasi dan teknologi komunikasi (ICT). Pengaruh

mereka adalah besar dan masih berterusan (Wilcox, 2005).


Teknologi baru menyebabkan banyak strategi dan teknik perhubungan awam bergantung

kepada alat media, jadi pengamal perhubungan awam perlu membuat satu kesesuaian

memandangkan perubahan teknologi yang begitu pantas (Marlow, 1996). Sebagai contoh dalam

awal 90-an, kepesatan industri komputer menyebabkan populariti dalam penggunaan internet

bertambah dan secara langsung merubah cara pengamal perhubungan awam berurusan dengan

publik dalaman dan luaran. Komputer banyak membantu pengamal perhubungan awam dalam

menjalankan tugas harian mereka seperti memproses maklumat; menyimpan maklumat;

mewujudkan dan menulis bahan baru. Melalui internet pula, penyebaran berita berlaku dengan

cepat tanpa wujud pemisahan atau kekangan masa untuk mendapatkan maklumat dengan cepat.

Globalisasi dilihat sebagai revolusi ilmu dan pengamal perhubungan awam kini perlu

menyesuaikan diri kepada cabaran dunia teknologi dengan melibatkan diri dan menguasai

peluang dalam mengatur aktiviti perhubungan awam.

Salah satu alat komunikasi yang semakin mendapat perhatian ialah internet iaitu satu

rangkaian komputer antarabangsa. Pada asasnya, internet tidak dimiliki sesiapa dan tidak

dikawal oleh mana-mana pusat kawalan.Hampir keseluruhan isi kandungan yang terdapat dalam

web itu digunakan sebagai bahan untuk pengetahuan, pendidikan dan juga hiburan. Tiga kegiatan

yang paling popular dalam internet adalah mengirim dan menerima e-mel, membaca mesej

dalam kumpulan berita (newsgroup) dan melayari world wide web (www). Pada masa ini,

dilaporkan bahawa terdapat kira-kira 25 juta orang yang mengaplikasikan internet di serata dunia

dan angka ini dijangka bertambah pada kadar 15 peratus sebulan (Abdullah, 2004).

Pada abad ke-20, ledakan teknologi maklumat yang berlaku secara global dan membawa

kepada tercetusnya revolusi dunia ketiga iaitu teknologi maklumat sebagai peneraju dunia yang

akan meningkatkan taraf hidup masyarakat. Penggunaan komputer dan internet sebagai asas di
dalam Teknologi Maklumat menjadi keperluan kepada masyarakat. Perkembangan teknologi

maklumat banyak membawa perubahan positif kepada masyarakat dan berkait rapat dengan

kemajuan sesebuah negara. Kemajuan teknologi maklumat telah membawa kepada peningkatan

taraf hidup masyarakat. Sehubungan dengan itu, banyak faedah yang diperolehi hasil daripada

kemajuan teknologi maklumat. Justeru itu, tidak hairanlah jika sesebuah negara menyumbangkan

belanja yang besar untuk memajukan teknologi maklumat bagi mewujudkan sebuah negara yang

maju dan membangun.

Kewujudan rangkaian multimedia seperti Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) yang

dilaksanakan di seluruh dunia memberi peningkatan taraf hidup kepada masyarakat dan

mempunyai pelbagai peluang untuk turut memainkan peranan utama dalam memajukan ekonomi

digital di seluruh dunia. Komponen utama pembangunan MSC ialah pelaksanaan, penyepaduan

dan peningkatan beberapa aplikasi multimedia termasuk pembangunan aplikasi Kerajaan

Elektronik, Sekolah Bestari, Kad Pelbagai Guna Kerajaan dan Telekesihatan serta Kelompok

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), e-Niaga dan Program Keteknousahawan bagi

membentuk persekitaran multimedia. Aplikasi MSC tersebut yang menggunakan sistem

berasaskan komputer yang komprehensif menyediakan persekitaran multimedia untuk

mewujudkan peluang perniagaan yang inovatif bagi penglibatan sektor swasta.Beberapa syarikat

terlibat dalam pembangunan dan perluasan aplikasi multimedia tersebut.

Penekanan ke atas pembangunan infrastruktur teknologi maklumat serta penggunaan

aplikasi memberi peningkatan kepada taraf hidup yang banyak menyediakan dan memberi

peluang pekerjaan yang luas dalam sektor swasta. Di antara sumber pertumbuhan baru dalam

segmen utama sektor teknologi maklumat ialah pembangunan kandungan digital, e-dagang, dan
bioinformatik. Ini juga meningkatkan taraf hidup sesuatu masyarakat dengan wujudnya

kecanggihan teknologi maklumat.

Tumpuan khusus seterusnya diberikan kepada penyediaan dan penggalakan penggunaan

meluas e-dagang sebagai kaedah alternatif untuk menjalankan perniagaan. Sementara pihak

Kerajaan terus memainkan peranan sebagai pemangkin dalam menggalakkan e-dagang, sektor

swasta dan pertubuhan industri khususnya digalakkan meneraju inisiatif tersebut bagi

meningkatkan taraf hidup rakyat. Usaha ini akan memanfaatkan persekitaran rangkaian bagi

mencapai maklumat mengenai produk dan perkhidmatan dalam talian serta meningkatkan

keberkesanan dan kecekapan operasi di sepanjang rantaian bekalan termasuk harga nyata

semasa. Inisiatif tersebut dijangka akan memudahkan e-dagang menjadi ekonomi utama dan

pada masa yang sama menjana peluang perniagaan baru dan inovatif. Jadi, masyarakat akan

diberi peluang untuk memenuhi sektor pekerjaan.

Usaha mengimport atau membawa masuk peralatan dan pengetahuan seperti kemahiran,

tatacara dan teknik asing demi meningkatkan daya produktiviti industri tempatan. Faktor-faktor

menyebabkan pemindahan teknologi:

(a) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja tempatan lalu membaiki kualiti

hidup mereka.

(b) Teknologi moden seperti komputer dapat mempercepatkanpemprosesan data-data dan

jentera-jentera seperti mesin menuai dapat mempercepatkan pengeluaran hasil pertanian ataupun

hasil perkilangan.
(c) Mempercepatkan pembangunan industri dalam negara dengan mengujudkan pertumbuhan

industri baru dalam negara misalnya, industri berat membuat kereta nasional Proton Saga.

(d) Membuka jalan kepada pembangunan teknologi sendiri melalui pembaikan atau

pengubahsuaian teknologi yang diimport misalnya melalui teknologi pembuatan kereta dari

Mitsubishi Motor Corporation (melalui projek Proton Saga) dan syarikat pembuatan kereta

Daihatsu (melalui projek kereta nasional kedua), anak Malaysia mungkin muncul menjadi

pembekal teknologi dan maklumat mengenai industri automobil di rantau ini kelak.

(e) Pengimportan teknologi membolehkan bahan-bahan mentah keluaran negara dieksplotasikan

dengan lebih cekap dan sepenuhnya dengan memprosesnya menjadi barang siap. Ini bukan

sahaja membebaskan negara dari pergantungan kepada barangan siap dari negara asing malah

boleh mendatangkan pertukaran wang asing dengan mengeksportnya.

(f) Membawa kepada perkembangan pesat dari segi kemudahaninfrastruktur seperti jalan raya,

lebuhraya, jalan keretapi, sistem telekomunikasi, bekalan elektrik dan sebagainya.

(g) Pemindahan teknologi juga boleh wujudkan kesan rantai positif seperti pertumbuhan sektor-

sektor ekonomi lain dan membuka peluang eksport yang baru kepada negara. Misalnya

pengeksport kompenen-kompenen kereta oleh kilang yang ditubuhkan untuk membekalkan

komponen kereta contohnya PROTON dan Perodua.

(h) Teknologi pertanian moden seperti bioteknologi dalampenghasilan baka-baka yang baik dan

hidrofonik dalam mengintesifkan proses pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan sektor

pertanian sejajar dengan wawasan pertanian negara.


(i) Mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam sektor pertanian misalnya mesin penuai

padi dalam membantu mengatasi masalah kekurangan buruh semasa musim menuai padi.

Demikian juga penggunaan teknologi canggih seperti robot boleh mengatasi masalah kekurangan

tenaga buruh dalam perindustrian.

(j) Pengimportan teknologi rumahtangga akan mempermudahkan kerja suri rumahtangga dan

membolehkan mereka menumpukan kepada kerja-kerja yang lebih produktif seperti anak-anak

atau buat kerja sambilan.

(k) Pengimportan alat rawatan perubatan boleh meningkatkan taraf kesihatan rakyat.

(l) Berjaya sesuatu projek perindustrian misalnya kereta Proton Saga akan mencetuskan

semangat keyakinan diri di kalangan rakyat untuk menerokai kegiatan perindustrian yang lebih

besar dan canggih pada masa depan dan mendatangkan pertumbuhan sosioekonomi yang pesat

kepada Negara.

Teknologi memainkan peranan penting dalam pekerjaan dan memberi kesan ke atas

generasi akan datang. Malah, menunjukkan penggunaan teknologi dalam pekerjaan sangat

menitikberatkan inovasi dalam membawa arus pemodenan dalam pendekatan yang lebih

sistematik dan tersusun. Oleh hal yang demikian, tiada struktur hubungan yang sistematik di

antara penggunaan teknologi maklumat dengan evolusi pekerjaan dalam ekonomi secara

keseluruhannya. Dalam pada itu, untuk sesetengah pekerjaan yang dianggap semakin tidak

penting walaupun terdapat pekerjaan baru yang kian meningkat. Namun demikian, kuantiti

hubungan di antara kerugian dan keuntungan tersebut adalah berbeza di antara firma, industri,

sektor, wilayah dan negara. Hal ini, ianya bergantung kepada keupayaan daya saing, strategi
firma, dasar kerajaan, persekitaran institusi dan kedudukan relatif dalam ekonomi global. Bagi

menstukturkan semula kepercayaan dalam membuat keputusan yang lebih efektif dimana setiap

pengguna perlu mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi dalam pekerjaan. Bidang

teknologi memberi peluang yang cerah dalam menimba pelbagai pengetahuan yang lebih

berguna pada masa hadapan dimana generasi akan datang lebih berinformasi serta mengekalkan

tahap hubungan yang lebih baik di antara semua pihak yang berkaitan dengannya.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa ianya akan membawa kepada pengasingan

jenis pekerjaan yang lebih nyata terutamanya pekerjaan yang berkaitan dengan maklumat dan

pekerjaan yang tidak nyata. Oleh itu, perlu menyimbangi penggunaan pekerjaan dalam

membentuk setiap urusan dalam pekerjaan lebih bermutu serta berkualiti mengikut jenis

pekerjaan tersebut. Malah, sentiasa mengaptasikan pembaharuan teknologi dalam bidang

pekerjaan. Disamping itu juga, dapat mengurangkan pengangguran di kalangan siswazah dan

memberi peluang yang cerah dalam membuka setiap peluang kepada golongan ini supaya lebih

berminat untuk menceburi bidang teknologi. Pendekatan ini lebih efektif untuk menjayakan

seruan dimana untuk menggalakkan semua pihak yang terlibat supaya memasuki bidang

teknologi dalam pekerjaan. Menurut Datuk Dr. Maximus J. Ongkili, kehadiran teknologi dalam

pekerjaan khususnya dalam tempat-tempat yang kurang maju seperti negeri Sabah, untuk

membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negeri Sabah, menggalakkan pembangunan

wilayah yang seimbang, mengurangkan jurang perbezaan pembangunan bandar dan luar bandar

serta memastikan pengurusan hasil kekayaan negeri yang lebih bijak dan sistematik.
Apabila menyebut mengenai soal teknologi, semua orang menyedari bahawa teknologi

sering berubah dari semasa ke semasa megikut peredaran waktu. Perubahan teknologi yang

berlaku termasuklah perubahan dari segi teknologi maklumat, teknologi komunikasi dan

teknologi mesin-mesin. Justeru, sebagai seorang pekerja mahu atau tidak mahu kita perlu

mengetahui mengenai teknologi tersebut agar kita tidak ketinggalan ke belakang. Lagipula,

majikan pastinya memerlukan tenaga pekerja yang memerlukan penggunaan teknologi yang

tertentu dalam sektor pekerjaan tersebut. Faktor ini akan meningkat perkembangan kualiti hidup

masyarakat dan mempengaruhi kehidupan seharian.

Kini wanita memainkan peranan yang penting seiring dengan kaum lelaki dalam

menyumbang tenaga, kemahiran, dan kepakaran dalam bidang pekerjaan bagi membantu

meningkatkan ekonomi negara. Buat masa ini, mereka merupakan satu pertiga daripada jumlah

tenaga buruh. Dari segi penyertaan buruh, penyertaan wanita meningkat dari 37.2 peratus dalam

tahun 1970 kepada 46.7 peratus dalam tahun 1990 Wanita kini amat berbeza daripada wanita

zaman dahulu di mana rata-rata wanita pada hari ini mempunyai latar pendidikan yang baik

bahkan lebih daripada kaum lelaki.


RUMUSAN

Dirumuskan bahawa kewujudan bidang teknologi sememangnya dapat meningkatkan

taraf hidup masyarakat dari segi pendidikan, ekonomi, hiburan, perubatan dan sebagainya.

Seiring dengan itu, bidang teknologi memberi impak yang positif dari segi meningkatkan kualiti

hidup, menjalin dan mengeratkan hubungan antara manusia, melindungi manusia serta

memajukan pendidikan. Manusia juga perlu terus berusaha untuk memajukan teknologi agar

taraf hidup masyarakat semakin meningkat dan berkembang maju.

Di samping itu, perkembangan bidang teknologi seperti teknologi maklumat menjadikan

komunikasi dan perhubungan antara manusia mudah dan cepat. Penggunaan teknologi

membolehkan pelbagai maklumat dan informasi dalam bentuk digital dan boleh disalurkan

kepada media massa sepantas kilat. Ciptaan satelit serta alat teknologi seperti telefon bimbit,

telefaks, internet dan sebagainya untuk tujuan hiburan dan perhubungan telah berjaya membatasi

had masa dan tempat, sekali gus menjimatkan masa, tenaga, dan kos pengguna secara berlipat

ganda. Selain itu, hubungan antara manusia dapat dirapatkan walaupun mereka berkomunikasi

dari jarak yang jauh. Dalam bidang penyiaran, kejadian dan acara-acara yang berlaku di negara-

negara lain boleh ditonton secara langsung melalui satelit dengan berterusan. Hal ini

meningkatkan tahap ilmu dan budaya sesuatu masyarakat sejajar dengan perkembangan

teknologi.

Justeru itu, kepesatan bidang teknologi adalah nadi pembangunan masyarakat dan negara

untuk mempertingkatkan taraf hidup yang lebih sempurna. Perkembangan teknologi yang
semakin canggih telah mengubah cara hidup manusia dan membantu negara untuk meningkatkan

taraf hidup sesebuah masyarakat.


RUJUKAN

Abdul Rahman Embong. 2000. Wacana Globalisasi. Dlm. Norani Othman & Sumit K. Mandal (pnyt.).

Malaysia Menangani Globalisasi Peserta Atau Mangsa, hlm. 46-70. Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Abdullah, D. N. 2004.Malaysia and the K-Economy: Challenges, Solutions and the Road

Ahead. Selagor: Pelanduk Paublication.

Ahris Yaakob. 2004. Sistem Maklumat Perancangan Bandar Dan Wilayah : Kronologi Pembangunan Dan

Penggunaannya Jurnal Alam Bina 1(6).

Andersen, M. L. & Taylor, H. F. 2013. The Essentials Sociology . United States of America:

Wadsworth.

Bell, D. 1979. The Social Framework of the Information Society. Dlm. Forrester, T. (pnyt.). The

Microelectronics Revolution, hlm. United States of America: Blackwell.

Castells, M. 2000. The Rise of the Network Societ. Oxford: Blackwell.

Castells, M. & Cardoso, G. 2005 The Network Society: From Knowledge to Policy .Washington, USA:

Center for Transatlantic Relations.

Dissanayake, W. 1983. Communication in the Cultural Traditions of India. Media Development 30(1): 28-

30.

Habibah Lehar. 2008. The Malaysian Economy: Past and Present . Universiti TeknologiMARA Shah

Alam: University Publication Cetre (UPENA)

Anda mungkin juga menyukai