Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH MAHASISWA/WI INDIA


1.1 Pengenalan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal
Pelajar dan pensyarah-pensyarah India IPG Kampus Ipoh telah
bercadang untuk mengadakan satu Program Pembangunan Sahsiah
Diri di mana ianya disertai oleh golongan mahasiswa/wi India yang
sedang menuntut di IPG Kampus. Program ini dijalankan untuk golongan
sasaran memantapkan disiplin dan sahsiah untuk didekati dengan
pendekatan agama dan budaya masing-masing.

1.2 Rasional Program


Memandangkan program ini, pelatih harus didedahkan kepada pelbagai
sumber yang dilaksanakan di luar kelas berbanding di dalam kelas,
maka program ini dapat memberi nilai murni kepada diri seseorang
mahasiswa/wi. Di samping itu, program ini juga dapat memberi
peningkatan dari segi emosi dan mental mereka.

1.3 Sasaran Peserta Program


Semua mahasiswa/wi India IPG Kampus Ipoh

1.4 Tarikh Program


4 OKTOBER 2017 ( RABU )

1.5 Jangka Masa Program


7.00pm 10.00pm

2.0 OBJEKTIF PROGRAM


2.1 Untuk meningkatkan daya pemikiran dan pengawalan emosi
mahasiswa mahasiswi IPG Kampus Ipoh.
2.2 Meningkatkan pengetahuan nilai murni mahasiswa/wi.
2.3 Mahasiswa/wi dapat didedahkan dengan jenis-jenis pentaksiran yang
berkaitan dengan jiwa dan mental.
2.4 Untuk mengurangkan kontroversi dan juga gejala negatif dalam
kalangan mahasiswa/wi.
2.5 Para mahasiswa/wi dapat melahirkan insan yang kuat dari segi mental
dan emosi pada masa akan datang
3.0 PELAKSANAAN PROGRAM
3.1 Tentatif

4.0 IMPAK PROGRAM KEPADA IPG DAN PELAJAR


Program pembangunan sahsiah memainkan peranan yang penting bagi
mengatasi masalah gejala sosial yang kian menular. Melalui program ini,
bukan sahaja dapat memupuk hubungan yang erat di antara mahasiswa
yang terdiri daripada Unit N sehingga unit T malah juga dapat
mengeratkan hubungan silaturahim di antara para pensyarah dan
mahasiswa/wi. Di samping itu, dengan menganjurkan program ini dapat
memberi kesedaran kepada para mahasiswa/wi tentang kepentingan
budaya dan tradisi.

5.0 BATASAN / MASALAH YANG DIHADAPI


Tiada apa-apa masalah yang dihadapi sepanjang pelaksanaan program
ini.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Harap program seperti ini dapat dijalankan setiap bulan atau dua bulan
sekali bagi memberi kesedaran kepada para mahasiswa/wi India tentang
kepentingan agama.

7.0 PENUTUP
Kami berharap program ini dapat melahirkan mahasiswa IPG Kampus
Ipoh yang berfikiran mantap dan berkeyakinan diri yang tinggi

~2~
Disediakan oleh,

...........................
(PRIYADHAARSHINI A/P MAGENDRAN)
Setiausaha,
Jawatankuasa Program Pembangunan Sahsiah Mahasiswa/wi India
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta, Perak.

Disemak oleh :

..............
(EN.MANIMARAN A/L VADIVELU)
Pensyarah,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
31150 Hulu Kinta, Perak.

Disahkan oleh :

..............................................................
(TUAN HAJI ZAHARI BIN MOHD SARJI)
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2017/2018.

Anda mungkin juga menyukai