Anda di halaman 1dari 5

Laporan Sukan Olahraga Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Kali ke-32

Temasya Sukan Olahraga Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Kali ke-32, 2018
merupakan kejohanan olahraga tahunan yang dijalankan saban tahun. Pada tahun ini, Sukan
Olahraga 2018 ini telah diadakan pada hari Rabu, 14 Mac 2018 bertempat di Padang Utama,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Tujuan Sukan Olahraga ini dianjurkan adalah untuk
menggilap kecemerlangan guru pelatih ipg ini khususnya dalam sukan olahraga. Selain itu,
melalui Sukan Olahraga ini dapat memberi peluang kepada seluruh warga ipg ini, dalam
mengurus, melaksanakan, dan menilai kemampuan untuk menganjurkan kejohanan yang
besa. Melalui Sukan Olahraga ini juga dapat menunjukkan kerjasama sepasukan yang amat
tinggi untuk menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini. Berkat kerjasama yang diberikan
oleh para pensyarah, guru pelatih, pentadbiran dan staf sokongan maka temasya olahraga ini
dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sebelum bermulanya Sukan Olahraga 2018, semua mahasiswa Semester 4 PISMP


IPGK IPOH telah menganjurkan mesyuarat pertama iaitu, pada hari 17 Januari 2018 jam pukul
4:30 petang hingga 6.30 petang bertempat di Dewan Keledang. Sebagai permulaan
mesyuarat pertama kami, pensyarah penasihat Sukan Olahraga iaitu Encik Nasarudin
menzahirkan penghargaan dan mengalu-alukan kedatangan semua guru pelatih. Seterusnya
Encik Nasarudin telah mengendalikan sesi perlantikan pengerusi Sukan Olahraga 2018 IPGK
IPOH. Dalam sesi perlantikan tersebut, saudara Ismail bin Gunong telah menjadi Pengerusi
bagi sesi 2018. Setelah mengambil jawatan, pengerusi telah meneruskan sesi mesyuarat
untuk memilih ahli jawatankuasa yang lain telah agihkan tugas-tugas kepada AJK tertentu.
Dalam proses perlantikan ahli jawatankuasa yang lain, saya telah dilantik sebagai Naib
Setiausaha Sukan Olahraga 2018 IPGK IPOH dan saudari Nurnaziera dilantik sebagai
Setiausaha. Kelas saya iaitu Unit R3 telah diberi tugas sebagai AJK Cenderamata dan
Hadiah.

Seterusnya, saya dan Nurnaziera telah membahagikan tugas kami sebagai


Setiausaha dimana beliau akan menyediakan kertas kerja dan surat-surat rasmi manakala
saya pula ditugaskan untuk menyediakan memo bagi setiap perjumpaan yang dikendalikan
dan juga untuk menyediakan borang kehadiran siswa/siswi untuk setiap latihan rumah sukan,
sukantara dan pada hari kejadian, Sukan Olahraga 2018. Setiap memo yang disediakan akan
saya berjumpa dengan Ketua Unit Kokurikulum Encik Zulkifli untuk mendapatkan
kelulusannya sebelum diedarkan kepada para siswa/siswi guru. Manakala, memo untuk
Raptai Sukan Olahraga dan Sukan Olahraga saya telah berjumpa dengan Timbalan Pengarah
iaitu Dr Yahya untuk mendapatkan pengesahannya. Selepas selesainya Sukan Olahraga

1
IPGK IPOH 2018, saya dan Nurnaziera sebagai Setiausaha telah menyediakan laporan
keseluruhan Sukan Olahraga IPGK IPOH.

Selain tugas sebagai Setiausaha, saya juga telah membantu rakan sekelas saya
dalam penyediaan cenderamata dan hadiah. Wakil kelas saya untuk AJK cenderamata dan
hadiah iaitu saudari Prisintaa bersama dengan bantuan Puan Shahaliza iaitu pensyarah
penasihat Ajk cenderamata dan hadiah telah menempah medal, hamper dan piala yang
diperlukan. Selepas kami menerima hadiah-hadiah tersebut, saya telah membantu rakan
sekelas saya untuk menyusun semula medal dan piala mengikut kategori masing-masing.

Akhir sekali dengan menjalankan Sukan Olahraga ini dapat satu gambaran yang jelas
mengenai cara pengendalian sesuatu program dan juga cabaran-cabaran yang akan
menghadapi dalam persiapannya. Oleh itu menjadi seorang naib setiausaha dalam program
ini telah banyak memberi pengetahuan yang tidak terhingga nilainya seperti penyediaan
kertas kerja yang sempurna dan sebagainya.

Disediakan oleh,

(PRIYADHAARSHINI A/P MAGENDRAN)

Naib Setiausaha Sukan Olahraga Kali ke-32, 2018

AJK Cenderamata & Hadiah

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

2
LAMPIRAN

3
Gambar di atas menunjukkan siswa/wi guru mendaftar kehadiran mereka sewaktu
latihan rumah sukan.

Gambar di atas menunjukkan penyediaan piala-piala pusingan dan medal.

4
MEMO-MEM0
YANG DISEDIAKAN
SEPANJANG
SUKAN
OLAHRAGA
KALI KE-32, 2018

Anda mungkin juga menyukai