Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998), tamadun boleh didefinisikan sebagai
keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, cara berkelakuan,berfikir, segala
hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat,
tamadun dan peradaban. Tamadun dapat diertikan sebagai kebudayaan, kemajuan,
peradaban sesuatu bangsa yang bertamadun. tamadun dapat di definisikan sebagai bangsa
yang beradab, bersopan-santun dan berkemajuan. Interaksi merupakan hubungan aktif yang
saling bertindak balas atau saling mempengaruhi antara satu sama lain. Tamadun secara
umumnya diertikan sebagai pembangunan, perubahan, kemajuandan peradaban yang
dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia.

Setiap tamadun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian-pencapaiandan


keunikan yang tersendiri. Interaksi antara tamadun ini berlaku di peringkat nilai, idea, institusi
dan insan. Chandra Muzaffar (2002) pula menjelaskan perkataan tamadun sering
digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan sesebuah masyarakat. Dari
perspekif semasa pula, perkataan tamadun kebiasaannya merujuk kepada pencapaian
yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T) selari dengan penonjolannya dalam tamadun
Barat pada zaman ini.

Setiap tamadun yang pernah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri
dalarn memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Bahasa, budaya, adat dan
pegangan nilai mempengaruhi interaksi antara tamadun. Setiap tamadun mempunyai
pelbagai kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan berlakunya interaksi di antara
tamadun-tamadun. Sifat hormat-menghormati dan toleransi menjadi punca dominan bagi
kewujudan interaksi antara tamadun. Keterbukaan ini dapat mengelakkan kejumudan yang
boleh menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun. Sifat terbuka sesebuah tamadun
memberi peluang kepada berlakunya memperkayakan tamadun.

Secara konklusinya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian


berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah
diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.
Sejarah Interaksi Antara Tamadun Melayu, Cina Dan India

China dan melayu

Hubungan China dengan Alam Melayu wujud sejak zaman Dinasti Han
(140-117 S.M.). Rekod rasmi China bertarikh 638M mencatatkan Kedah pernah
menjalinhubungan diplomatik dengan China dan para pedagang Kedah
berdagang ke China. Pemerintahan Dinasti Tang (618-907M) telah mewujudkan
hubungan diplomatik dengan negara luar melalui jalan laut dari Alam Melayu
seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, Jawa. Hubungan paling gemilang
ialah antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming dalam abad ke-15.
Persahabatan antara Melaka dan China wujud apabila Laksamana Cheng Ho
seorang utusan Raja China sampai di Melaka pada tahun 1403. Laksamana
Cheng Ho membawa perutusan pengiktirafan Parameswara sebagai pemerintah
Melaka oleh Maharaja China. Untuk menjalinkan hubunganyang baik antara dua
negara, Maharaja China telah menghantar puterinya, Hang LiPo untuk
dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah membalas dengan
satu perutusan ke China pada tahun 1405. Interaksi antara tamadun Melayu
dengan China tidak banyak meninggalkan kesan mendalam ke atas tamadun
Melayu. Ini kerana kedatangan China tidak didorong oleh perasaaan hegemoni
malah saling hormat-menghormati. . Interaksi dan pertalian kerajaan Tamadun
Melayu dengan Tamadun Cina pad a zaman pra-penjajah Barat tidak banyak
membuahkan kesan mendalam dan besar ke atas Tamadun Melayu. Ini kerana
kedatangan orang Cina ke Alam Melayu dan negara-negara luar lain pada zaman
itu tidak didorong oleh perasaan hegemoni dan niat untuk menjajah dan
mendominasi negara-negara itu.

Melayu dan india

Menurut Himansu Bhusan Sarkar (1970) dalam Some Contribution Of India


To Ancient Civilization Of Indonesia And Malaysia, interaksi Tamadun India dan
Tamadun-tamadun Asia bermula kira-kira 2000 tahun yang lalu (Amran, 1995 :
120). Faktor perdagangan memainkan peranan penting dalam interaksi. Interaksi
kedua-dua tamadun ini telah bermula sedari abad ke-3 SM.Buktinya, bahan
bertulis dari India ada menyebut tentang Malayadvi payang bermaksud
Semenanjung Melayu. Para pedagang dari India keTanah Melayu bagi
mendapatkan emas setelah mereka menggelarkan Tanah Melayu Suvarnabhumi
yang bermaksud tanah emas. Hasil daripada interaksi ini, agama Hindu dan
Buddha telah disebarkan dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang
sebelumnya memegang kepercayaan animisme. Inillah menjadi permulaan bagi
interaksi tamadun Melayudengan tamadun India.

Negara terawal muncul yang mendapat pengaruh India ialah Funan sekitar
akhir kurun ke-2 Masihi, bertapak di Muara Sungai Mekong dengan pelabuhannya
Oc Eo. Selain itu ada beberapa buah negeri lain yang diandaikan muncul dan
menerima pengaruh India antaranya Langkasuka, Kedah, Kuala Selinsing dan
Tanah Merah di Semenanjung. . Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang ketika
kerajaan Cholamenguasai Kedah merupakan antara tempat tinggalanpengaruh
ajaran Hindu.

Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, pedagang India merupakan


golongan pedagang yang utama. Mereka datang daripada pesisir Koromandel,
Kalingga, Benggala dan Gujerat. Ada yang tinggal menetap di Melaka dan
sesetengahnya berkahwin dengan wanita dari golongan bangsawan Melayu yang
seterusnya diterima dalam kalangan pembesar Melaka. Tun Ali, anak kepada
seorang pemborong permata Tamil Muslim yang telah berkahwin dengan anak Sri
Nara Diraja pada zaman Sultan Muhammad Syah (1424-1444) telah dilantik
menjadi Sri Nara Diraja menggantikan datuknya, yang seterusnya melahirkan
pembesar-pembesar dan pemerintah Melaka dari keturunan Melayu Tamil.
Cucunya Raja Kasim telah menjadi Sultan Melaka dengan gelaran Sultan Muzaffar
Syah yang masyhur itu (1446-1456). Keturunan Tun Ali juga telah melahirkan
pembesar-pembesar seperti Temenggung Tun Tahir, Bendahara Tun Mutahir dan
Temenggung Tun Husain. Raja Mendaliar seorang pedagang Keling telah dilantik
menjadi Shahbandar Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud (1488-1500).
Khoja Hasan berasal daripada Parsi atau Utara India telah berkahwin dengan
anak Hang Tuah dan dilantik menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah.

Kedatangan dan perpindahan orang India ke SemenanjungTanah Melayu


bermula abad ke-19 selepas Perjanjian Inggeris-Belandaditandatangani. Khidmat
mereka diperlukan sebagai buruh di ladangtebu, kopi dan teh dan kebanyakan
mereka orang Tamil dan Telegu dariwilayah Andhra Pradesh. kedatangan kaum
India pada zaman penjajah British berbeza dengan pada zaman Srivijaya dan
Kesultanan Melaka. Ini kerana pendatang India zaman prapenjajah terdiri
daripada kelas tinggi dan diserap masuk ke dalam institusi istana dan institusi
negeri yang lain. Jumlah orang India di Tanah Melayu semakin meningkat
menjelang tahun awalabad ke-20. Mereka ini berbeza dari pendatang pada
zaman kesultanan Melaka yang lebih tinggi kelasnya.
China dan india

Mengikut rekod sejarah China, interaksi Antara Tamadun China dengan


India telah berlaku kira-kira pada abad ke-2 S.M melalui hubungan
perdagangan.Hubungan ini telah dilaporkan oleh sumber-sumber China klasik.
Hasil yang didapatidaripada interaksi antara kedua-dua tamaduan pada ketika itu
kurang jelas.Penyebaran agama Buddha ke Negara China pada masa
pemerintahan Dinasti Hanmerupakan kemuncak kepada interaksi antara
Tamadun India dengan China. Ajaran Buddha sendiri ialah penghasilan daripada
Tamadun India yangdisebarkan ke dalam masyarakat Cina. Oleh sebab
Buddhisme muncul dalamkerangka budaya masyarakat India, ia telah berkongsi
banyak aspek kebudayaandengan agama Hindu dan aspek-aspek budaya India
seperti kesusasteraan,kesenian, muzik dan sebagainya. Jalan Sutera juga telah
menjadi laluan kepadapara pedagang. Hal ini terjadilah satu saluran interaksi
antara tamadun India danChina. Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di
antara tamadun Cina dantamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti
perdagangan ini.

Kesan positif

Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini dari dahulu hingga
sekarang saling berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi berlaku sama ada
menerusi jalan peperangan atau keamanan. Menerusi interaksi, tamadun-
tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan
kebudayaan antara satu sama lain. Sesuatu tamadun perlu mengenali antara
satu sama lain merupakan asas kepada persefahaman dan akhirnya membawa
kepada kerjasama. Usaha untuk mengenali antara satu sama lain perlu
dipertingkatkan khususnya mengenali kepercayaan, bahasa dan kebudayaan
tamadun.

China melayu

Kedah pernah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China dan


kehadiran pedagang Kedah ke China yang bertarikh 638 M menunjukkan interaksi
di antara Tamadun Melayu dan Tamadun China. Interaksi tamadun melayu
dengan tamadun China memperlihatkan kesan positif melalui perdagangan.
Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi
ini. Sebagai contoh, berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini
dengan wanita-wanita tempatan. Hasil daripada interaksi ini, wujud penyebaran
agama islam di Negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam
tempatan China.

Seterusnya, unsur kebudayaan juga dipengaruhi oleh kebudayaan masing-


masing. Disebabkan oleh pertukaran barang yang dijadikan sebagai hadiah,
Tamadun Melayu telah diperkenalkan dengan pelbagai jenis tekstil seperti kain
sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam serta makanan
seperti kicap, taugeh dan tauhu. Tamadun Melayu juga mewarisi Cina Peranakan
yang dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Kebudayaan Baba dan Nyonya
mempunyai unsur-unsur kebudayaan Melayu. Cina Peranakan juga turut
dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan mereka biasakan diri mereka dengan
makan menggunakan tangan. Golongan ini menggunakan kebaya dan kain
sarong sebagai pakaian mereka seharian.

Tamadun Melayu turut mendapat keuntungan dari aspek perubatan dan


teknologi yang dibawa oleh Tamadun China. Contohnya ialah, rawatan herba dan
akupuntur adalah sangat mujarab dan bertujuan menyeimbangkan yin dan yang
mengikut kepercayaan masyarakat Cina. Perubatan herba Cina menggunakan
lebih seribu jenis herba juga dapat mengubati penyakit seperti asma, anemia dan
kanser. Teh Cina iaitu teh hijau juga mempunyai banyak khasiat kepada tubuh
badan. Dalam bidang teknologi, Tamadun China membawa teknologi membuat
gula dari tebu ke Kepulauan Melayu seperti di Jawa selain daripada penghasilan
barangan lain seperti kertas, kain, bahan letupan dan lilin. Interaksi secara aman
berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik,
contohnya kemuncak hubungan diplomatik Negara China dengan Kepulauan
Melayuialah zaman Kesultanan Melaka.

Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut melahirkan kesan
positif tetapi ia tidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan
kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi
membuat gula daripada tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitu
jugakemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan
logam.Di samping itu,, terdapat juga beberapa jenis makanan masyarakat Cina
yangdiperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh
dansebagainya. Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu
berlakumelalui dua cara, iaitu secara aman dan secara konflik peperangan.
Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan
hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik Negara China
dengan Kepulauan Melayuialah zaman Kesultanan Melaka.

Melayu india

Terdapat juga beberapa kesan positif daripada interaksi antara tamadun


melayu dengan india.kedua dua tamadun ini mula berinteraksi pada permulaan
abad ke-3 masihi. Buktinya, bahan bertulis dari India ada menyebut tentang
Malayadvipa yang bermaksud Semenanjung Melayu. Para pedagang dari India ke
Tanah Melayu bagi mendapatkan emas sementelah mereka menggelarkan Tanah
Melayu Suvarnabhumi yang bermaksud tanah emas. Hasil daripada interaksi ini,
agama Hindu dan Buddha telah disebarkan dan menjadi pegangan penduduk
tempatan yang sebelumnya memegang kepercayaan animisme. Candi Bukit
Pahat di Lembah Bujang merupakan antara tinggalan pengaruh ajaran Hindu di
Malaysia.

Struktur masyarakat dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh


sistem kasta. Sistem ini ialah susun lapis dalam masyarakat di mana terdapat
pemisahan yang jelas di antara golongan atasan atau bangsawan dengan rakyat
biasa. Keadaan ini membawa kepada kemunculan masyarakat feudal dalam
kehidupan masyarakat Melayu. Sistem pemerintahan negara Malaysia pada hari
ini juga mempunyai unsur-unsur konsep ketuhanan agama Hindu. Keadaan ini
berdasarkan konsep Dewaraja. Warisan yang masih dikekalkan berdasarkan
konsep ini ialah membesarkan kedudukan dan keagungan Raja dalam upacara
pertabalan baginda.

Adat resam dan budaya masyarakat Melayu juga turut menerima pengaruh
daripada agama Hindu iaitu amalan ilmu hitam dan mantera. Hal Ini dapat dilihat
daripada golongan bomoh ketika melakukan upacara yang berkenaan. Selain itu,
amalan seperti bertindik telinga, bersanding, berinai mencecah garam
,melenggang perut serta menjejak kaki ke bumi bagi bayi dalam masyarakat
Melayu juga dipengaruhi oleh amalan masyarakat India. Sampai sekarang
mereka memegang amalan ini dalam kehidupan harian mereka.
Bahasa adalah unsur yang dominan yang dipengaruhi oleh interaksi kedua-
dua tamadun ini. Tamadun Melayu menerima pengaruh bahasa Sanskrit yang
diubah sedikit menjadi kosa kata bahasa Melayu. Penemuan Batu Bersurat
Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) dan Batu Bersurat
Karang Berahi (692 M) membuktikan pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa
Melayu kuno ketika itu. Dalam Batu Bersurat Terengganu, 29 perkataan bahasa
Sanskrit turut ditemui bersama bahasa Arab. Antara contoh bahasa Sanskrit
yang mempengaruhi bahasa Melayu lama ialah bhakti (bakti), prakara (perkara)
dan vela (bila).

Akhirnya, terdapat juga beberapa kesan positif dari segi kesusasteraan


daripada interaksi anatra tamadun melayu dengan china. Misalnya,
kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana dan Mahabhrata. Hikayat Seri
Rama diinspirasikan daripada Epik Ramayana manakala versi tempatan bagi Epik
Mahabhrata ialah Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pandawa, Hikayat Panda
Delima dan Hikayat Sang Boma. Karya sastera Melayu tradisional begitu
mementingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja serta
penyelitan unsur mitos dan epik. Karya sastera ini turut diadaptasi ke dalam
wayang kulit.

China india

Interaksi Tamadun India dengan China telah membawa kesan positif


seperti penyebaran agama Buddha di negara China. Agama Buddha dibawa
masuk ke China pada kurun pertama Masihi. Ketika itu, maharaja China
menghantar wakil ke India untuk mendalami ajaran agama ini dan
menyesuaikannya dengan budaya masyarakat Cina seperti doktrin (prinsip)
Daoisme dan Konfusianisme. Sami dari China menetap di India untuk
mempelajari kitab Buddha yang menggunakan bahasa Sanskrit dan Pali sehingga
berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi yang digelar Tripitaka. Di
samping itu, astronomi india turut diperkembangkan di negara China oleh ahli-
ahli astronomi india.

Selain itu,Tamadun china turut menerima banyak keuntungan dalam


bidang bahasa, kesusasteraan dan kesenian melalui interaksi dengan tamadun
india. Bidang fonetik di China menggunakan teknik daripada ilmu fonetik Sanskrit
yang dipelajari melalui ajaran Buddhisme. Disebabkan itu, perbendaharaan kata
bahasa Sanskrit dan Pali banyak mempengaruhi kesusasteraan China. Pipa dan
konghou merupakan alat muzik yang berasal daripada india. Interaksi di antara
kedua-dua tamadun ini berlangsung secara aman melalui hubungan
perdagangan dan keagamaan.

Seterusnya, terdapat kemahiran-kemahiran lain yang d iperkembangkan,


contohnya teknologi membuat gula daripada tebu dari india telah
diperkembangkan kepada orang-orang china. Pelbagai kemahiran juga
diperkembangkan dalam sains dan teknologi seperti teknologi membuat gula
daripada tebu dan bidang astronomi diperkembangkan oleh India kepada China.
Karya perubatan India diterjemah ke dalam bahasa Cina selain daripada 60
koleksi ilmu astronomi India turut melalui perkara yang sama. Tamadun India
melalui perkembangan teknologi membuat kertas, bahan letupan, percetakan
dan penggunaan kompas dari Tamadun China. Usaha-usaha penterjemahan buku-
buku koleksi astronomi india telah diterjemahkan ke dalam bahasa China. Selain
itu, dalam aspek matematik pula, India turut memperkembangkan bidang
astronominya di negara China melalui ahli-ahli astronominya.

Kesimpulan
Interaksi antara tamadun adalah suatu pertembungan yang
salingmemperkayakan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. Hasil
daripadakreativiti yang tinggi melahirkan banyak manfaat kepada semua orang
tanpamengira latar belakang anutan agama, bangsa mahupun budaya.

Anda mungkin juga menyukai