Anda di halaman 1dari 3

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014 SK ULU MACHAN, KANOWIT

1.0 MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan. 2.0 OBJEKTIF a. Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan. b. Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi. c. Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar. d. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan. e. Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. f. Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri. g. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial. 3.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN 3.1 3.2 3.3 3.4 Tarikh yang dirancang ialah 22 24 Mei 2014 iaitu pada hari Khamis sehingga hari Sabtu. Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam. Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran

4.0

SASARAN Ahli TKRS dan Ahli PBSM ( Tahun 4, 5 dan 6 )

5.0

TEMPAT Tapak perkhemahan SK Ulu Machan

6.0

CARTA ORGANISASI Rujuk Lampiran A

7.0

TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B

8.0

PERBELANJAAN Rujuk Lampiran C

9.0

PENUTUP.

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang lebih teratur.

Disediakan oleh :-

Disemak oleh:-

Disahkan oleh:-

....................................................... Nurlinda Kamarudin, Setiausaha,

.................................................. En. Kudi ak Anyaw Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Ulu Machan Kanowit.

........................................... En. Julius Ceaser ak Uri Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Machan Kanowit.

Klinik UPSR dan Ceramah Motivasi UPSR Tahun 2014 Sekolah Kebangsaan Ulu Machan Kanowit.

Anda mungkin juga menyukai