Anda di halaman 1dari 7

B A B Reka Bentuk dan Teknologi

1 KESELAMATAN DAN
ORGANISASI BENGKEL

Unit 1 Peraturan Keselamatan


1. Peraturan keselamatan di dalam bengkel disediakan untuk menghindarkan kemalangan
selain menyemai sikap bertanggungjawab di kalangan murid-murid.
2. Peraturan keselamatan di dalam bengkel terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu
peraturan keselamatan am, peraturan keselamatan diri, dan peraturan keselamatan
alatan dan bahan.

Peraturan Keselamatan Am

1. Dapatkan kebenaran guru untuk masuk atau keluar


dari bengkel.
2. Jangan berebut-rebut atau bertolak-tolakan semasa
masuk dan keluar dari bengkel.
3. Dilarang membawa beg masuk ke dalam bengkel.
4. Buka semua tingkap untuk mendapatkan pengudaraan
yang baik dan cahaya yang mencukupi.
5. Labelkan semua alatan dan bahan.
6. Ambil tindakan keselamatan dengan segera jika
berlaku kemalangan.
7. Bersihkan meja dan bengkel setelah selesai
melakukan aktiviti.  Carta peraturan
8. Pastikan semua peralatan dan bahan dijaga dengan
keselamatan hendaklah
baik dan sempurna. disediakan dan
9. Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel. dipamerkan di bengkel

Peraturan Keselamatan Diri


1. Patuhi semua peraturan yang ditetapkan sepanjang masa.
2. Pakai apron, kasut, baju berlengan pendek, dan ikat rambut yang panjang.
3. Jika kamu memakai baju berlengan panjang, lipat lengan baju itu atau kancingkan
hujung lengan baju itu dengan kemas.
4. Bagi murid-murid perempuan yang bertudung, pastikan tudung dipakai dengan kemas dan
masukkan bahagian bawah tudung ke dalam apron.
5. Jangan bermain-main atau bergurau senda semasa berada di dalam bengkel.
6. Fahami cara yang betul untuk menggunakan sesuatu alatan dan bahan serta patuhi
arahan guru.
7. Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan.
8. Cuci tangan dengan sabun dan air setelah selesai melakukan aktiviti di bengkel.
9. Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera.

1
 Memakai pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti
amali di bengkel amat penting untuk keselamatan

Peraturan Keselamatan Alatan dan Bahan

1. Rancang alatan dan bahan yang hendak digunakan dan fahami cara-cara untuk
menggunakannya.
2. Minta kebenaran dan tunjuk ajar daripada guru cara-cara menggunakan alatan elektrik.
3. Bersihkan alatan dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.
4.
Alatan dan bahan yang berbahaya, mudah pecah, dan mudah terbakar seperti kerosin,
petrol, dan cat, serta
peralatan yang tajam
hendaklah disimpan di
dalam almari.
5. Gunakan alatan dan
bahan dengan ber-
hemah dan berjimat
cermat.
6. Laporkan sebarang
kerosakan atau ke-
hilangan alatan ke-
pada guru dengan
segera.

 Cara yang betul menyimpan alatan di dalam bengkel

Alat Bantuan Kecemasan

1. Alat bantuan kecemasan yang biasa terdapat di dalam bengkel Kemahiran Hidup ialah peti
pertolongan cemas dan alat pemadam api.
2. Semua alat bantuan kecemasan hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai dan tidak
tersorok. Alat ini perlu diperiksa dari semasa ke semasa supaya berada dalam keadaan
yang baik.

2
3. Di dalam sesebuah peti pertolongan cemas, biasanya terdapat bahan-bahan seperti
antiseptik, garam ammonia, iodin, kain anduh, kain pembalut, kapas, gunting, dan pin
keselamatan.

 Antara alatan dan ubat-ubatan yang biasanya


terdapat di dalam peti pertolongan cemas

4. Alat pemadam api pula amat penting untuk memadamkan kebakaran yang kecil.
5. Cara-cara untuk menggunakan alat pemadam api adalah seperti yang berikut:
a. Letakkan alat pemadam api di tempat yang 2345678901234567890123456789012123456789012345678901
2345678901234567890123456789012123456789012345678901
2

rata.
b. Tarik kunci picu.
c. Halakan hos ke punca api. 2
2
2
2

d. Tekan picu supaya bahan pemadam api


2
2
2
2
2

terpancut keluar.
2
2
2
2
2

e. Semburkan bahan pemadam


2
2
2
2
2

api itu ke arah punca api sehingga padam.


2
2
2
2
2
2
2
2
2

6. Oleh sebab alat pemadam api ini sangat penting,


2
2
2
2
2

terdapat beberapa perkara yang perlu diberi


2
2
2
2
2

perhatian. Antaranya: 2
2
2
2

a. Letakkan alat pemadam api di tempat yang


2
2
2
2
2
2

mudah dilihat dan mudah diambil apabila 2


2
2
2

diperlukan.
2
2
2
2
2

b. Alat pemadam api perlu diperiksa dari


2
2
2
2
2
2

semasa ke semasa untuk memastikan alat itu


2
2
2
2

sentiasa berada dalam keadaan yang baik.


2
2
2
2
2
2345678901234567890123456789012123456789012345678901 2
2
123456789012345678901234567890121234567890123456789012

 Contoh alat pemadam api

Kamu hendaklah sentiasa berhati-hati semasa menjalankan aktiviti di bengkel. Jika berlaku
kebakaran yang tidak dapat dikawal, jangan panik dan ikutilah pelan kebakaran yang telah
disediakan oleh pihak sekolah.

3
Unit 2 Organisasi Bengkel

1. Organisasi bengkel merupakan sistem pengurusan yang teratur dan sistematik yang
perlu dilaksanakan di dalam bengkel.
2.
Tujuan organisasi bengkel diwujudkan adalah untuk:
a. memastikan keselesaan dan keselamatan murid-murid semasa berada di dalam
bengkel.
b. membantu guru memastikan bengkel berada dalam keadaan yang teratur dan
kemas.
c. menentukan kumpulan yang bertanggungjawab memastikan semua alatan dan
bahan dijaga dengan baik dan disimpan di tempat yang selamat.
d. melatih sifat bekerjasama dan bertanggungjawab di kalangan murid.

3. Contoh sebuah organisasi bengkel adalah seperti yang berikut:

Formen
(Ketua Kumpulan)

Penolong Formen
(Penolong Ketua Kumpulan)

Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan


Aktif Inovatif Kreatif Dinamik

• Menyapu • Mengelap • Mengeluar dan • Menyusun


lantai cermin menyimpan meja dan
tingkap alatan dan kerusi
bahan

T AH U K A H K AM U ?
Semasa menjalankan aktiviti amali, terdapat lebihan bahan-bahan yang telah digunakan
untuk dibuang. Semua bahan yang dibuang disebut sisa. Terdapat beberapa cara untuk
melupuskan sisa seperti kambus tanah, insinerator (pembakaran), dan pengkomposan.
Setiap kumpulan dalam organisasi bengkel kamu hendaklah memilih salah satu daripada cara
pelupusan sisa itu dan dapatkan maklumat lanjut tentangnya untuk dibentangkan kepada
kelas.

4
I Namakan alatan keselamatan yang berikut: 1.1 (a) Aras 1

1.1. 2.2.

Nama alat : Nama alat :

II Tuliskan ‘Betul’ atau ‘Salah’ pada setiap tindakan yang berikut. 1.1 (a) Aras 1

1. Bermain gam kayu di dalam bengkel semasa menjalankan aktiviti kumpulan.


( )
2. Menutup semua pintu dan tingkap semasa aktiviti amali sedang dijalankan.
( )
3. Mencuci tangan dengan air dan sabun selepas melakukan aktiviti amali.
( )
4. Membuat bising di dalam bengkel sambil bergurau dengan rakan-rakan.
( )
5. Mematuhi semua peraturan bengkel dan arahan guru. ( )
III Perhatikan gambar dan nyatakan akibat yang mungkin akan berlaku. 1.1 (a) Aras1

1.
Akibat:

2.
Akibat:

3.
Akibat:

5
IV Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. 1.1 (a) Aras 1

melaporkan menyimpan membersihkan membuka memakai

1. Kita mestilah _____________ bahan yang mudah terbakar di tempat yang


selamat.

2. Sebaik-baik sahaja kita masuk ke dalam bengkel, kita hendaklah _____________


tingkap supaya mendapat peredaran udara yang bersih untuk kesihatan dan
keselamatan.

3. Jika berlaku kecederaan, kita hendaklah _____________ perkara itu kepada


guru dengan segera.
4. Murid-murid dinasihatkan supaya _____________ apron semasa menjalankan
aktiviti amali di bengkel Kemahiran Hidup.

5. Selepas menjalankan aktiviti amali, kita perlu _____________ semua peralatan


dan mengemas kerusi meja sebelum meninggalkan bengkel.

V Nomborkan cara-cara menggunakan alat pemadam api mengikut


urutan yang betul. 1.1 (a) Aras 1

Halakan muncung hos ke arah punca api.


Letakkan alat pemadam api di atas lantai.
Tarik kunci picu.
Tekan picu sehingga bahan pemadam api terpancut keluar.

VI Sediakan carta organisasi bengkel untuk kelas kamu. 1.1 (b) Aras 1

6
Jawab semua soalan di bawah.
1. Apakah yang terdapat di dalam peti B pakai apron ketika menjalankan
pertolongan cemas? aktiviti amali.
A Bahan makanan C amalkan sikap bekerjasama semasa
B Pakaian di bengkel.
C Alat solek D gunakan semua alatan dan bahan
D Alat bantuan perubatan dengan cermat.

2. Apakah tindakan awal yang paling 7. Antara yang berikut, yang mana bukan
sesuai sekiranya berlaku kecederaan di tugas formen?
bengkel? A Melaporkan tanggungjawab dan
A Panggil ambulans tugas kumpulan kepada guru
B Laporkan kepada guru dengan B Membantu guru mengemas bilik
segera C Mendenda rakan sesuka hati
C Memberi mangsa minuman D Merekod kemalangan kecil
D Maklumkan kecederaan itu di
pejabat sekolah
8. Loceng kecemasan di sekolah akan
berbunyi apabila
3. Apakah yang perlu dilakukan oleh murid
A berlaku kebakaran.
sebelum memasuki bengkel?
B berlaku kemalangan.
A Beratur dan membuat bising
C berlaku kecurian.
B Masuk ke bengkel tanpa kebenaran
D waktu belajar tamat.
C Beratur di luar sehingga menerima
arahan guru
D Bersedia untuk berebut masuk ke 9. Pilih pernyataan yang benar.
dalam bengkel I Alatan dan bahan boleh dibawa
pulang ke rumah.
4. Alat pemadam api digunakan apabila II Bersihkan bengkel selepas
A berlaku kecederaan. digunakan.
B berlaku kerosakan. III Simpan alatan yang berbahaya di
C berlaku kecurian. dalam almari.
D berlaku kebakaran. IV Tutup tingkap dan pintu semasa
berada di dalam bengkel.
5. Minyak tanah perlu disimpan di tempat A I dan II C II dan III
yang selamat kerana B I dan IV D III dan IV
A mudah meletup.
B mudah terbakar. 10. Antara bahan yang berikut, yang
C mudah tercemar. manakah mudah terbakar?
D harganya mahal. I Kerosin III Playar
II Cat IV Ubat-ubatan
6. Kesemua pernyataan yang berikut A I dan II
adalah benar kecuali B I dan IV
A bergurau sendalah semasa berada C II dan III
di bengkel. D III dan IV
7

Anda mungkin juga menyukai