Anda di halaman 1dari 24

MUHASABAH DIRI

DISEDIAKAN
UNIT BIMBINGAN DAN
KAUNSELING SMKSN

10 TANDA HATI KITA MATI


Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau
tanda-tanda hati mati ialah :
1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak
menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi
mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan
hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak
mensyukuri atas pemberian-Nya.

10 TANDA HATI KITA MATI


5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang
menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak
beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak
berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa,
tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain,
tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat
saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran
daripadanya

ADAB
DALAM
PERBUALAN
1.
Sentiasa bercakap benar.
2.
3.
4.
5.
6.

Bercakap apabila perlu dan kerana sesuatu


tujuan.
Bercakap dengan sopan santun, selalu
tersenyum dan dengan nada yang baik.
Bercakap dengan ringkas atau tepat pada fakta.
Percakapan yang jelas dan nyata.
Kalau seseorang membawa kita kepada
perbualan yang tidak baik, diamkanlah diri
menunjukkan tidak berminat atau memberi

ADAB DALAM PERBUALAN


7. Bila bercakap tentang Islam, bercakap dengan jelas dan
bahasa yang mudah serta nada yang lembut.
8. Selalu perhatikan tingkat pemikiran dan pandangan orang
yang mendengar supaya mereka boleh memahami apa yang
kita cakapkan.
9. Kalau seseorang menanyakan sesuatu, jawablah dengan baik,
iaitu setelah memikirkan jawapannya. Kalau soalan
dikemukakan pada orang lain, jangan cuba menjawab tanpa
izin.
10. Jika seseorang menerangkan sesuatu, jangan menyatakan
"saya mengetahuinya", dikhuatiri ini akan menyebabkannya
kecil hati.
11. Bila berkata dengan seseorang, pertimbangkan umurnya,
status yang berkaitan dengan kita.

ADAB DALAM PERBUALAN


12. Jangan terlalu cepat atau terlalu banyak bergurau
kerana ini akan merendahkan kredibiliti kita.
13. Jangan menyampuk atau mengganggu perbualan
orang lain tanpa kebenaran.
14. Jangan memasang telinga mencuri dengar
perbualan orang lain dan jangan membongkar
rahsia sendiri atau orang lain.
15. Jangan mengumpat atau suka 'komplen' orang
lain. Jangan mengetawakan kesilapan orang lain.
Jangan bercakap besar serta jangan selalu
bersumpah.

ADAB MAKAN/MINUM
1.

2.
3.
4.
5.
6.
7.

Basuh tangan sebelum/selepas makan


untuk menjaga kebersihan.
Mulakan dengan membaca basmalah
(Bismilla....)
Gunakan tangan kanan.
Jangan makan semasa terlalu panas, dan jangan
makan sambil manyandar.
Jangan mencela makanan yang tidak digemari.
Jangan banyak menghidu makanan serta
elakkan ketawa.
Dalam keadaan duduk kecuali terpaksa.

ADAB MAKAN/MINUM
9.
10.
11.
12.
13.
14.

8. Jangan mengeluarkan bunyi semasa minum.


Jangan minum dengan senafas (sekaligus).
Jangan bernafas ke dalam bekas minuman.
Habiskan setiap saki-baki makanan.
Mengucapkan kesyukuran selepas makan/minum
(Alhamdu...).
Berdoa sebelum/selepas.
Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

ADAB MENUNTUT ILMU

2.
3.
4.
5.
6.

1.
Mulakan dengan berdoa, semoga Allah
sentiasa memberi hidayah dan berkat dalam
segala usaha yang dilakukan.
Niatkan setiap langkah adalah semata-mata
mencari keredhaan Allah.
Minta izin dari ibubapa terlebih dahulu sebelum
melangkah.
Bersalaman dan mencium tangan kedua ibubapa.
Sentiasa berharap doa daripada ibubapa agar
berkat ilmu yang diperolehi.
Memberi salam kepada sesiapa yang ditemui
dalam perjalanan.

ADAB MENUNTUT ILMU


8.
9.
10.
11.
12.

7.
Membantu sesiapa yang meminta bantuan.
Menuntut ilmu fardhu ain didahulukan daripada
ilmu yang lain.
Memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada ilmu
yang diajarkan.
Elakkan dari bertanya ketika guru sedang
mengajar.
Segala tindakan dan perbuatan kita hendaklah
disenangi guru.
Taati dan patuhilah segala perintah guru selagi ia
tidak melanggar syariat agama.

MENGENAL ALLAH
DENGANALLAH
YAKIN
AKHLAK
DENGAN

MERASA KEHEBATAN ALLAH


MERASA GERUN DENGAN NERAKA ALLAH
MERASA SENTIASA DIAWASI OLEH ALLAH
MERASA HINA DIRI DAN MALU DENGAN
ALLAH
MERASA TAKUT KEPADA ALLAH ATAS
KECUAIAN DAN DOSA

AKHLAK DENGAN ALLAH


MERASA HARAP KEPADA RAHMAT ALLAH
MEREDHAI SETIAP TAKDIR DAN
KETENTUAN ALLAH
SABAR ATAS SEBARANG UJIAN ALLAH
MENSYUKURI NIKMAT-NIKMAT
PEMBERIAN ALLAH
KASIH DAN CINTA KEPADA ALLAH
TAWAKKAL KEPADA ALLAH

AKHLAK DENGAN IBUBAPA


Taat kepada kedua ibubapa dalam semua perkara
kecuali yang maksiat (derhaka) kepada Allah dan Rasul.

Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dan


beradab.

Berdiri apabila kedua ibubapa masuk atau


mendapatkannya.

Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan


petang atau pada waktu-waktu lain yang munasabah.

Sentiasa menjaga kehormatan dan harta keduanya.

Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang


diminta oleh keduanya.

Berbincang dengan keduanya dalam apa jua


perkara sekalipun.
.

AKHLAK DENGAN IBUBAPA

Mendoakan dan memohon keampunan bagi


mereka.

Sekiranya mereka didatangi tetamu, hendaklah


anak-anak duduk di pintu, sentiasa memerhati
keduanya, kalau-kalau mereka memberi isyarat
supaya mengambil sesuatu dengan diam-diam (tidak
diketahui tetamu).

Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan


hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.

Tidak meninggikan suara samada di belakang


atau di hadapan mereka.

Tidak memotong perbualan mereka.

Tidak keluar dari rumah tanpa izin keduanya.

AKHLAK DENGAN IBUBAPA


Tidak melakukan sesuatu yang boleh
memeranjatkan atau mengejutkan mereka ketika mereka
sedang tidur.

Tidak lebih memuliakan isteri dan anak-anak


daripada keduanya.

Tidak menghina keduanya jika mereka melakukan


kerja-kerja yang tidak menyenangkan.

Tidak ketawa berlebihan (berdekah-dekah) di


hadapan mereka.

Tidak memakan makanan yang dihidangkan


untuk keduanya.

Tidak memanjangkan tangan untuk mencapai


makanan di hadapan mereka.

AKHLAK DENGAN IBUBAPA

Tidak tidur atau berbaring, sementara ibubapa


sedang duduk melainkan mendapat izin dari
keduanya.

Tidak menjulurkan kaki di hadapan mereka.

Tidak masuk sebelum mereka masuk, dan tidak


berjalan di hadapan (mendahului) mereka.

Menjawab panggilan keduanya seberapa segera


yang boleh.

Memuliakan sahabat-sahabat mereka, baik


ketika mereka masih hidup atau setelah mereka mati.

AKHLAK DENGAN IBUBAPA

Tidak bersahabat atau bergaul dengan orangorang yang tidak taat dan derhaka kepada kedua
ibubapa mereka.

Selalu mengucapkan doa kepada keduanya


terutama sekali jika keduanya telah mati,
sebagaimana maksud firman Allah di dalam alQuran: Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana
mereka telah mendidik aku pada masa kecil.

TUJUH TANDA SIFAT


Sifat taqwa (takut kepada Allah) dapat dikenali
TAQWA
melalui tujuh tanda, iaitu :
1. LIDAH
# Sibuk berzikir, membaca al-Quran,
bermuzakarah, nasihat menasihati, bercakap
benar dan sebagainya.
# Menghindari diri dari berbohong,
mengumpat, mengadu domba, berbual kosong
(sia-sia) dan sebagainya.

TUJUH TANDA SIFAT


TAQWA
2. HATI
# Menghindari diri dari segala penyakit hati
seperti hasad dengki, buruk sangka, dendam dan
sebagainya.
# Rasulullah saw bersabda: "Hasad memakan
amal kebaikan seperti api memakan kayu."

TUJUH TANDA SIFAT


TAQWA

3. MATA
# Menghindari diri dari memandang perkara yang
diharamkan oleh Allah seperti memandang
perempuan yang bukan mahram dengan
syahwat, gambar lucah dan sebagainya.
# Tidak memandang dunia dengan keinginan,
sebaliknya mengambil segala iktibar daripadanya.
# Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang
memenuhi matanya dengan yang haram, Allah
akan memenuhi matanya pada hari Qiamat
dengan api neraka."

TUJUH TANDA SIFAT


TAQWA
4. PERUT
# Tidak makan makanan yang haram atau
syubhat.
# Sabda Rasulullah saw: "Ketika sesuap makanan
yang jatuh ke dalam perut cucu anak Adam,
semua malaikat di langit dan bumi melaknatinya
selama makanan itu berada di dalam perutnya.
Kalau ia mati dalam keadaan tersebut, tempatnya
adalah neraka."

TUJUH TANDA SIFAT


TAQWA
5. TANGAN
# Tidak digunakan untuk memegang perkara
yang haram dan bukan hak.
# Ka'bil Ahbar berkata: "Sesungguhnya Allah
taala menciptakan perkampungan dari zabarjad
hijau, di dalamnya terdapat seribu rumah dan di
dalam setiap rumah terdapat seribu bilik, khusus
untuk seorang lelaki yang meninggalkan perkaraperkara yang haram kerana takut kepada Allah
swt."

TUJUH TANDA SIFAT


TAQWA
6. KAKI
# Tidak digunakan untuk berjalan ke tempat
maksiat, sebaliknya digunakan untuk pergi ziarah,
dakwah, tempat ibadah dan sebagainya.
7. KETAATAN
# Selalu mencari keredhaan Allah dan sebaliknya
khuatir dan bimbang dari berlaku perasaan riak
(menunjuk-nunjuk) dan kemunafikan.

SEKIAN
TERIMA KASIH
KERANA
KOMITMEN ANDA

Anda mungkin juga menyukai