Anda di halaman 1dari 14

PUISI TRADISIONAL

PANTUN KIASAN
www.kkomsas.blogspot.com
izzathakim74@gmail.com

DIHASILKAN OLEH: MOHAMAD IZZAT HAKIM


ISMAIL
DIHASILKAN OLEH: MOHAMAD IZZAT HAKIM
ISMAIL
MAKSUD
Tikar pucuk tikar mengkuang, Rangkap 1: Perbuatan membazir
RANGKAP adalah suatu amalan yang merugikan.
 Alas nikah raja Melayu;
1
Ikan busuk jangan dibuang,
 Buat perencah si daun kayu.
Buah bacang masak serangkai, Rangkap 2: Orang yang merantau
RANGKAP selalunya akan merendah diri apabila
 Burung dekut meniti batang;
2 berada di tempat orang.
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut di tepi gantang.
Tebang gelam tebang kenanga,
Rangkap 3: Sebelum menginginkan
RANGKAP sesuatu yang dianggap mustahil,
Batangnya tumbang menimpa gedung;
3 ketahuilah tahap kemampuan dan
Kumbang mengidam nak seri bunga, kebolehan diri kita lebih dahulu.
Bunga kembang di puncak gunung.
DIHASILKAN OLEH: MOHAMAD IZZAT HAKIM
ISMAIL
MAKSUD
Pokok terap tumbuh di bukit, Rangkap 4: mengharapkan sesuatu
RANGKAP Belat berbanjar panjang ke hulu; yang belum pasti.
4
Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.
Limau Bentan di tepi tingkap, Rangkap 5: Sikap seseorang yang
RANGKAP Budak-budak melempar burung; sombong dengan kebolehan diri serta
5 memandang rendah lernadap orang lain.
Harimau di hutan lagi kutangkap,
Kononlah pulak cicak mengkarung.
Air surut memungut bayam, Rangkap 6: Jangan suka membesar-
RANGKAP  Sayur diisi ke dalam kantung; besarkan kejayaan yang tidak seberapa.
6
Jangan diikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.
DIHASILKAN OLEH: MOHAMAD IZZAT HAKIM
ISMAIL
MAKSUD
Anak punai anak merbah, Rangkap 7: Pendirian manusia sering
RANGKAP berubah-ubah.
Hinggap di tonggak mencari sarang;
7
Anak sungai lagi berubah,
Inikan pula hatinya orang.
Rotan siput rotan berlingkar, Rangkap 8: Perasaan marah akan segera
RANGKAP hilang dengan adanya nilai kesabaran
Anak itik patah kakinya;
8 dalam diri.
Hujan ribut gunung terbakar,
Embun setitik padam apinya.
Raut bilah pembatang taut, Rangkap 9: Orang yang merantau
RANGKAP akhirnya akan kembali ke tempat asalnya
Kail berada dalam raga;
9 semula.
Tidak sudah seluang melaut,
Akhirnya balik ke tepi juga.
DIHASILKAN OLEH: MOHAMAD IZZAT HAKIM
ISMAIL
MAKSUD
Sangkut terendak dekat beranda, Rangkap 10: Setiap perkara yang
RANGKAP berlaku dan diperkatakan orang tentu
Orang Papua anyam tak sudah;
10 ada sebabnya.
Jika tidak ada berita,
Masakan tempua bersarang rendah.
Bunga geti bergulai temenung, Rangkap 11: Menginginkan sesuatu
RANGKAP yang besar tetapi tidak mempunyai
Di hari raya memakan tapai;
11 keupayaan.
Hajat hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai.
Suasa bertahil emas berbungkal, Rangkap 12: Jika pengetahuan
RANGKAP sedikit, janganlah hendak melawan
Tetapi intan tiada sesaga;
12 orang yang lebih banyak
Kalau kail panjang sejengkal, pengetahuannya.
Usah lautan hendak diduga.
DIHASILKAN OLEH: MOHAMAD IZZAT HAKIM
ISMAIL
MAKSUD
Dang Nila memangku puan, Rangkap 13: Sudah bersiap sedia
RANGKAP untuk mengecap hasil yang belum
Berembang buah pedada;
13 lagi diperoleh.
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada.
Hari hujan puyuh mendengut, Rangkap 14: Jika semasa masih
RANGKAP muda sudah malas, apatah lagi
Mendengut marl sepanjang jalan;
14 setelah usia tua; sedangkan
Air dalam kapar tak hanyut, semasa makmur tidak senang,
Kononlah pula kemarau panjang. apatah lagi semasa susah.
Berilah saya pisau raut, Rangkap 15: Seseorang yang
RANGKAP inginkan sesuatu di luar
Hendak meraut bingkai tudung;
15 kemampuannya.
Gila apakah ikan di laut,
Mengidamkan umpan di kaki gunung.
DIHASILKAN OLEH: MOHAMAD IZZAT HAKIM
ISMAIL
MAKSUD
Laksana gadis Menteri Bogor, Rangkap 16: Orang yang melakukan
RANGKAP Bijak membilang ayam betina; dosa tetapi sudah terlambat untuk
16 bertaubat.
Nyawa menangis di pintu kubur,
Hendak pulang ke dalam dunia.
Hilir berderap mudik berderap, Rangkap 17: Seseorang yang
RANGKAP Patah galah haluan perahu; mempunyai rupa paras yang elok tetapi
17 tidak berbudi bahasa.
Sungguh laksana bunga dedap,
Cantik merah tidak berbau.

DIHASILKAN OLEH: MOHAMAD IZZAT HAKIM


ISMAIL
TEMA
• Sindiran terhadap segelintir anggota masyarakat yang mengamalkan sikap
negatif sehingga boleh menjejaskan kehidupan diri sendiri dan orang lain.

DIHASILKAN OLEH: MOHAMAD IZZAT HAKIM


ISMAIL
PERSOALAN
a. Sikap membazir tidak digalakkan untuk diamalkan dalam kalangan masyarakat.
b. Sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat orang.
c. Sifat segelintir manusia yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuan diri.
d. Sikap manusia yang terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti hasilnya.
e. Sifat sombong dan bangga diri akan membawa kemudaratan kepada diri sendiri.
f. Sifat sabar akan dapat melenyapkan kemarahan.
g. Perantau yang pergi jauh akhirnya akan kembali ke kampung halaman juga.
h. Sifat malas yang bermula sejak kecil akan sukar diubah apabila sudah dewasa, begitu
juga apabila semasa makmur tidak senang, apatah lagi semasa susah.
i. Kecantikan diri tidak berharga jika tidak berbudi bahasa.
j. Segeralah bertaubat setelah melakukan dosa.

DIHASILKAN OLEH: MOHAMAD IZZAT HAKIM


ISMAIL
BENTUK
• Pantun ini terdiri daripada tujuh belas rangkap.
• Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama

DIHASILKAN OLEH: MOHAMAD IZZAT HAKIM


ISMAIL
UNSUR BUNYI
• Asonansi.
• Alas nikah raja Melayu    (perulangan vokal a);
• Limau Bentan ditepi tingkap    (perulangan vokal e);
• Hujan ribut gunung terbakar  (perulangan vokal i);
•  Aliterasi.
• Buah bacang masak serangkai (perulangan konsonan b);
• Hendak pulang ke dalam dunia (perulangan konsonan d);

DIHASILKAN OLEH: MOHAMAD IZZAT HAKIM


ISMAIL
GAYA BAHASA
Gaya Bahasa Contoh
Hiperbola. • Hujan ribut gunung terbakar,
• Embun setitik padam apinya.  
Inversi • Ikan busuk jangan dibuang;
• Gila apakah ikan di laut.
Penggunaan unsur alam. ikan;burung dekut; gelam; kenanga; kumbang; bunga;

Peribahasa • Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh


sekampung;
Personifikasi •nyawa menangis di pintu kubur.
Repetisi • tikar (rangkap 1, baris 1);
Sinkope • Kilat memancar hujan tak lalu;
Simile • Macam melukut di tepi gantang;

DIHASILKAN OLEH: MOHAMAD IZZAT HAKIM


ISMAIL
NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai Pengajaran
1.      Nilai berjimat cermat Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan
pembaziran.
2.      Nilai kesabaran Kita mestilah banyak bersabar untuk memadamkan
kemarahan dalam diri
3.      Nilai berbudi bahasa Kita hendaklah sentiasa berbudi bahasa supaya kita akan
dipandang mulia oleh masyarakat.
4.      Nilai merendah diri Kita hendaklah bersikap merendah diri apabila merantau ke
tempat orang.
5.      Nilai keinsafan. Kita haruslah insaf dan bertaubat setelah melakukan dosa.

DIHASILKAN OLEH: MOHAMAD IZZAT HAKIM


ISMAIL

Anda mungkin juga menyukai