Anda di halaman 1dari 13

PUISI

TRADISIONAL
PANTUN
KIASAN DISEDIAKAN OLEH
UNIT BAHASA MELAYU
2
MAKSUD
Tikar pucuk tikar mengkuang, Rangkap 1: Perbuatan membazir adalah suatu
RANGKAP 1  Alas nikah raja Melayu; amalan yang merugikan.

Ikan busuk jangan dibuang,


 Buat perencah si daun kayu.
Buah bacang masak serangkai, Rangkap 2: Orang yang merantau selalunya
RANGKAP 2  Burung dekut meniti batang; akan merendah diri apabila berada di tempat
orang.
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut di tepi gantang.

Tebang gelam tebang kenanga, Rangkap 3: Sebelum menginginkan sesuatu


RANGKAP 3 Batangnya tumbang menimpa gedung; yang dianggap mustahil, ketahuilah tahap
kemampuan dan kebolehan diri kita lebih
Kumbang mengidam nak seri bunga, dahulu.
Bunga kembang di puncak gunung.
MAKSUD
Pokok terap tumbuh di bukit, Rangkap 4: mengharapkan sesuatu yang
RANGKA Belat berbanjar panjang ke hulu; belum pasti.
P4
Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.
Limau Bentan di tepi tingkap, Rangkap 5: Sikap seseorang yang
RANGKA Budak-budak melempar burung; sombong dengan kebolehan diri serta
P5 memandang rendah lernadap orang lain.
Harimau di hutan lagi kutangkap,
Kononlah pulak cicak mengkarung.
Air surut memungut bayam, Rangkap 6: Jangan suka membesar-
RANGKA  Sayur diisi ke dalam kantung; besarkan kejayaan yang tidak seberapa.
P6
Jangan diikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.
MAKSUD
Anak punai anak merbah, Rangkap 7: Pendirian manusia sering
RANGKAP 7 Hinggap di tonggak mencari sarang; berubah-ubah.

Anak sungai lagi berubah,


Inikan pula hatinya orang.
Rotan siput rotan berlingkar, Rangkap 8: Perasaan marah akan segera
RANGKAP 8 Anak itik patah kakinya; hilang dengan adanya nilai kesabaran
dalam diri.
Hujan ribut gunung terbakar,
Embun setitik padam apinya.
Raut bilah pembatang taut, Rangkap 9: Orang yang merantau akhirnya
RANGKAP 9 Kail berada dalam raga; akan kembali ke tempat asalnya semula.

Tidak sudah seluang melaut,


Akhirnya balik ke tepi juga.
MAKSUD

Sangkut terendak dekat beranda, Rangkap 10: Setiap perkara yang berlaku
RANGKAP 10 dan diperkatakan orang tentu ada sebabnya.
Orang Papua anyam tak sudah;

Jika tidak ada berita,

Masakan tempua bersarang rendah.


Bunga geti bergulai temenung, Rangkap 11: Menginginkan sesuatu yang
RANGKAP 11 besar tetapi tidak mempunyai keupayaan.
Di hari raya memakan tapai;

Hajat hati nak peluk gunung,

Apakan daya tangan tak sampai.


Suasa bertahil emas berbungkal, Rangkap 12: Jika pengetahuan sedikit,
RANGKAP 12 janganlah hendak melawan orang yang lebih
Tetapi intan tiada sesaga; banyak pengetahuannya.
Kalau kail panjang sejengkal,

Usah lautan hendak diduga.


MAKSUD
Dang Nila memangku puan, Rangkap 13: Sudah bersiap sedia
RANGKAP untuk mengecap hasil yang belum
Berembang buah pedada;
13 lagi diperoleh.
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada.
Hari hujan puyuh mendengut, Rangkap 14: Jika semasa masih
RANGKAP muda sudah malas, apatah lagi
Mendengut marl sepanjang jalan;
14 setelah usia tua; sedangkan semasa
Air dalam kapar tak hanyut, makmur tidak senang, apatah lagi
semasa susah.
Kononlah pula kemarau panjang.
Berilah saya pisau raut, Rangkap 15: Seseorang yang
RANGKAP inginkan sesuatu di luar
Hendak meraut bingkai tudung;
15 kemampuannya.
Gila apakah ikan di laut,
Mengidamkan umpan di kaki gunung.
MAKSUD
Laksana gadis Menteri Bogor, Rangkap 16: Orang yang melakukan
RANGKA Bijak membilang ayam betina; dosa tetapi sudah terlambat untuk
P 16 bertaubat.
Nyawa menangis di pintu kubur,
Hendak pulang ke dalam dunia.
Hilir berderap mudik berderap, Rangkap 17: Seseorang yang
RANGKA Patah galah haluan perahu; mempunyai rupa paras yang elok tetapi
P 17 tidak berbudi bahasa.
Sungguh laksana bunga dedap,
Cantik merah tidak berbau.
TEMA

 Sindiran terhadap segelintir anggota masyarakat


yang mengamalkan sikap negatif sehingga boleh
menjejaskan kehidupan diri sendiri dan orang lain.
PERSOALAN
a. Sikap membazir tidak digalakkan untuk diamalkan dalam kalangan masyarakat.
b. Sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat orang.
c. Sifat segelintir manusia yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuan diri.
d. Sikap manusia yang terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti hasilnya.
e. Sifat sombong dan bangga diri akan membawa kemudaratan kepada diri sendiri.
f. Sifat sabar akan dapat melenyapkan kemarahan.
g. Perantau yang pergi jauh akhirnya akan kembali ke kampung halaman juga.
h. Sifat malas yang bermula sejak kecil akan sukar diubah apabila sudah dewasa, begitu
juga apabila semasa makmur tidak senang, apatah lagi semasa susah.
i. Kecantikan diri tidak berharga jika tidak berbudi bahasa.
j. Segeralah bertaubat setelah melakukan dosa.
BENTUK

 Pantun ini terdiri daripada tujuh belas rangkap.


 Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama
UNSUR BUNYI

 Asonansi.
 Alas nikah raja Melayu    (perulangan vokal a);
 Limau Bentan ditepi tingkap    (perulangan vokal e);
 Hujan ribut gunung terbakar  (perulangan vokal i);
  Aliterasi.
 Buah bacang masak serangkai (perulangan konsonan b);
 Hendak pulang ke dalam dunia (perulangan konsonan d);
GAYA BAHASA
Gaya Bahasa Contoh
Hiperbola. • Hujan ribut gunung terbakar,
• Embun setitik padam apinya.  
Inversi • Ikan busuk jangan dibuang;
• Gila apakah ikan di laut.
Penggunaan unsur alam. ikan;burung dekut; gelam; kenanga;
kumbang; bunga;
Peribahasa • Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji
riuh sekampung;
Personifikasi •nyawa menangis di pintu kubur.
Repetisi • tikar (rangkap 1, baris 1);
Sinkope • Kilat memancar hujan tak lalu;
Simile • Macam melukut di tepi gantang;
NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai Pengajaran
1.      Nilai berjimat Kita mestilah mengelakkan diri daripada
cermat melakukan pembaziran.
2.      Nilai kesabaran Kita mestilah banyak bersabar untuk
memadamkan kemarahan dalam diri
3.      Nilai berbudi Kita hendaklah sentiasa berbudi bahasa supaya
bahasa kita akan dipandang mulia oleh masyarakat.
4.      Nilai merendah Kita hendaklah bersikap merendah diri apabila
diri merantau ke tempat orang.
5.      Nilai keinsafan. Kita haruslah insaf dan bertaubat setelah
melakukan dosa.

Anda mungkin juga menyukai