Anda di halaman 1dari 9

IRAMA HIASAN

Tajuk: Malaysia Tercinta


Link video:
https://www.youtube.com/watch?v=bkG
qEB9xKDY

Rangkap 1
Aku Melayu anak Malaysia,
lahir di bumi yang kaya raya,
bertuah sungguh rasa di jiwa,
hidupku senang tiada sengsara.

Rangkap 2
Berbilang kaum bersatu-padu,
Islam dan Buddha mahupun Hindu,
hitam dan putih atau kelabu,
boleh berpakat mampu bersatu.

Rangkap 3
Darilah Perlis hingga ke Johor,
Sabah Sarawak sama tersohor,
bumi Malaysia sudahlah masyhur,
rakyat peramah berbudi luhur.

Rangkap 4
Satu dunia inginku laung,
langit Malaysia aku bernaung,
bangga berbakti nama dijunjung,
negara tercinta yang ku sanjung.

Rangkap 5
Malaysia ku ini amat ku cinta,
tempat lahirku membina cita,
teruslah aman itu ku pinta,
bahagialah hidup sesama kita.
IRAMA HIASAN
TAJUK: Harapan Bonda
(menzahirkan merdeka pada tanah
tercinta)
Link video:
https://www.youtube.com/watch?v=X8n
Wcct-HO4&t=90s

Rangkap 1 Rangkap 7
Berdekad lama kita merdeka, Jasa leluhur jangan dilupa,
Keringat setia pahlawan kita, Pesan mereka rapikan dada,
Membela maruah bonda tercinta, Pelihara negara kunci Bersama,
Kelar berdiri laungan mega. Eratkan jurang usah terbuka.

Rangkap 2 Rangkap 8
Berpijak kita tanah pusaka, Akurlah kita anasir durjana,
Hidang terbentang Makmur sekata, Senyap dan halus rosakkan bangsa,
Anak warisan harapan bangsa, Usahlah hanyut dibuai leka,
Sanjung meninggi harapan bonda. Tegakkan diri jati berbara.

Rangkap 3 Rangkap 9
Apalah guna sekarang lagi, Harapan bonda padalah kita,
Sudah melangkah zaman bestari, Merdeka itu biarlah Bersama,
Hanyutlah kita anak pertiwi, Satu berpadu biar berbeza,
Dibawa arus leka duniawi. Tidaklah lagi jadi sengketa.

Rangkap 4 Rangkap 10
Warna dan rupa masih ditanya, Pada semua waris harapan,
Agama bangsa dirapi berbeza, Tunas berbunga subur di taman,
Ke mana hilang asuhan bonda, Harum nan mekar itu harapan,
Merdekakah kita demikian rupa. Merdeka di jiwa kekal berzaman.

Rangkap 5
Usahlah kita berpecah sesame,
Janganlah pula hina menghina,
Bukanlah asuhan leluhur kita,
Bukanlah juga harapan bonda.

Rangkap 6
Merdeka itu mesti dizahir,
Bukanlah hanya beralas bibir,
Hasad sengketa sama disingkir,
Jiwa Bersama kitakan titir.
IRAMA HIASAN
TAJUK: Syair bidasari
Link video:
https://www.youtube.com/watch?v=lKF
UDhLwBEQ&t=71s

Rangkap 1 Rangkap 7
Dengarkan tuan suatu riwayat Datanglah menyambar suaranya bahana,
Raja di desa Negeri Kembayat Gemparlah sekalian mulia dan
Dikarang fakir dijadikan hikayat hina,
Supaya menjadi tamsil ibarat Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.
Rangkap 2
Dengarkan tuan suatu riwayat Rangkap 8
Raja di desa Negeri Kembayat Baginda pun sedang dihadap orang,
Dikarang fakir dijadikan hikayat Mendengar gempar seperti perang,
Supaya menjadi tamsil ibarat Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."
Rangkap 3
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa

Rangkap 4
Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Rangkap 5
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta
kerajaan.

Rangkap 6
Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
Irama Selendang Delima
Tajuk: Ibu berpesan
Link video:
https://www.youtube.com/watch?v=bvri1
WiVaSY

Rangkap 1 Rangkap 7
Dengarlah anak ibu berpesan, Orang tua sudah berpesan,
lengkapkan diri dengan pelajaran, dunia bagai lautan dalam,
hanyalah itu jadi bekalan, oleh kerana kurang pedoman,
untuk hidup di masa depan. ramailah insan yang telah karam.

Rangkap 2
Ilmu itu pelindung diri,
seperti kebun berpagar duri,
seperti sinar intan baiduri,
itulah tanda orang jauhari.

Rangkap 3
Hidupmu kini di masa remaja,
bagaikan permata amat berharga,
jangan jatuh ke lembah hina,
nanti menyesal tidak berguna.

Rangkap 4
kalau hidup terasa susah,
senang berhadapan dengan masalah,
hadapi dengan hati yang tabah,
jangan cepat resah gelisah.

Rangkap 5
Syaitan menggoda bertambah gundah,
jangan mengambil jalan yang mudah,
jangan sekali mencuba dadah,
kalau terjerat sesal tak sudah.

Rangkap 6
Jika masa sudah terbuang,
perginya tidak akan berulang,
di hati tua sesal mendatang,
mengingatkan waktu yang telah hilang.
IRAMA SITI ZAWIYAH
TAJUK: Wasiat ayahnda siti Zawiyah
Link video:
https://www.youtube.com/watch?v=bvri1
WiVaSY

Rangkap 1
Ada kepada suatu hari,
Sakit saudagar laki isteri,
Adalah kiranya tujuh hari,
Tidak bergerak kanan dan kiri.

Rangkap 2
Saudagar tahu akan dirinya,
Hampirlah mati kepada rasanya,
Lalulah memanggil akan anaknya,
Dicium kepala dengan tangisnya.

Rangkap3
Katanya wahai cahaya mataku,
Tinggallah tuan buah hatiku,
Hampirlah mati gerangan aku,
Baiklah tuan tingkah dan laku.

Rangkap 4
Serta harta aku tinggalkan,
Tuan seorang yang menyukakan,
Sampai habis semua diterimakan,
Faedahnya akan diberikan.

Rangkap 5
Jikalau tidak anakku berakal,
Harta pusaka di manakan kekal,
Habis harta badan tinggal, Laksana
perahu bersauh tunggal.

Rangkap 6
Kerana harta tiada berguna,
Jikalau tidak akan sempurna,
Sekalian itu habislah fana,
Hanyalah tinggal badan merana.
IRAMA SELENDANG DELIMA
TAJUK: Syair Panduan untuk Para
Remaja
LINK VIDEO:
https://www.youtube.com/watch?v=6MI
pJ191ISU

Rangkap 1
Ingat pesanku wahai belia,
Jangan berdusta jangan perdaya,
Jangan fikir kasihkan kaya,
Jangan boros yang sia-sia.

Rangkap 2
Jangan mengata jangan mengeji,
Jangan aniaya bengis dan benci,
Jangan takbur diri dipuji,
Jangan sekali mungkir janji.

Rangkap 3
Judi dan arak jangan biasa,
Lucah dan cabul jangan selesa,
Usah bertemu ular yang bisa,
Lambat bangatnya dapat binasa.

Rangkap 4
Jangan meminjam jangan berhutang,
Jangan meminta bantu sementang,
Bergantung pada orang hendaklah
pantang,
Bebas kehidupan sentiasa tatang.

Rangkap 5
Meminta jangan meminjam pun jangan,
Barang dipinjam kerap kehilangan,
Sahabat peminjam renggang di tangan,
Hutang merosakkan mut’ah pandangan.

Rangkap 6
Jangan biasakan meminta tolong,
Ke sini tersembah, ke sana terlolong,
Ikhtiar sendiri bantut bergulung,
Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.
IRAMA DODOI/ NARASI
TAJUK: Syair Berbuat Jasa
LINK VIDEO:
https://www.youtube.com/watch?v=iBSs
FY2gfag

Rangkap 1
Buatlah jasa wahai teruna,
Hidupmu biar memberi guna,
Kamu yang mati jasa tak fana,
Asalkan buahnya elok sempurna.

Rangkap 2
Banyakkan khidmat besar dan seni,
Serahkan kepada Tuhan Rabbani,
Jasa yang kekal berfaedah murni,
Umur yang kedua bagi insani.

Rangkap 3
Hidup manusia jangan percuma,
Buatlah bakti budi utama,
Selagi baiknya kekal menjelma,
Si mati hidup selama-lama.

Rangkap 4
Buatlah baik sedaya upaya,
Hidup berbakti memberi cahaya,
Sumbu pelita tidak sia-sia,
Terbakar dirinya menerangi raya.

Rangkap 5
Jangan menilik balas dan puji,
Atau pahalanya dikaji-kaji,
Rasa demikian tamak dan keji,
Padalah baiknya tinting dan uji.

Rangkap 6
Pahala dan balas jangan dihitung,
Ataupun bintang di dada beruntung,
Asalkan jasamu padat berdentung,
Cukuplah di situ mulai tergantung
IRAMA HIASAN
TAJUK: BURUNG NURI
LINK VIDEO:
https://www.youtube.com/watch?v=XK
DITn2TTOg

Rangkap 1 Rangkap 7
Bermula warkah surat rencana, Ikatan Bangun terjunun badan suatu, Gundahlah
fakir yang sangat hina, Sajak dan nazam fikir tiada tertentu, Laksana cermin jatuh
banyak tak kena, Daripada pendapat ke batu, Remuk dan redam hancur di situ
kurang sempurna
Rangkap 8
Rangkap 2 Remuk dan redam rasanya hati,
Gerangan sungguh amatlah leta, Perinya Lenyaplah fikir budi pekerti, Jikalau
akal gelap-gelita, Hemat pun rendah daif kiranya hamba turuti, Daripada hidup
berserta, Tambahan badan miskin dan sebaiknya mati
nista.

Rangkap 3
Beribu ampun kiranya tuan, Atasnya
hulu fakir nistawan, Daripada masyghul
gundah merawan, Terperilah madah patik
nin tuan

Rangkap 4
Dituliskan sahifah supaya nyata, Barang
yang ghairah di dalam cinta, Terfikir-
fikir bukan menderita, Dakwat dan kertas
tempat berkata

Rangkap 5
Sudahlah nasib untung yang malang,
Mengambah lautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang

Rangkap 6
Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Segenap pesisir desa negeri,
Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Santap nan tidak minum pun kari
IRAMA MAYANG/ Narasi
TAJUK: Makna riak
Link video:
https://www.youtube.com/watch?v=vdtL
IVdDDAg

Rangkap 1
Kemudian dinyatakan makna riak,
Amal ibadat kerana manusia,
Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,
Sebab kerana syirikkan Dia.

RANGKAP 2
Terkadang riak pula dilakukan,
Mengiringkan beberapa puasa tak
makan,
Bertutur itu suara diperlahankan,
Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

Rangkap 3
Supaya disangka ianya wali,
Akan dunia tidak peduli,
Hemahnya itu sangatlah ali,
Tetapi hatinya ke dunia bertali.

Rangkap 4
Terkadang riakkan ia berilmu,
Bersurah ketika orang berjamu,
Berkata-kata tidaklah jemu,
Nahu dan sarap habis diramu.

Rangkap 5
Terkadang bercakap ilmunya mantik,
Bicara alhayat konon diselidik,
Supaya disangka ianya cerdik,
Sukalah orang memberinya gundik.

Rangkap 6
Terkadang riak dengan pakaian,
Berserban lilit ekor berhambayan,
Sejadah di bahu bersampaian, Tasbih di
tangan beruitan.

Anda mungkin juga menyukai