Anda di halaman 1dari 18

3.0 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU.

3.1 Definisi
Kaedah mengikut Kamus Dewan

membawa maksud cara atau aturan( membuat

sesuatu), hukum atau prinsip. Oleh itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri
tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.
Di dalam pengajaran Bahasa Melayu, kaedah merupakan satu tindakan guru yang
sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.
Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang
terdiri daripada prosedur tersusun dan adalah berdasarkan sesuatu pendekatan yang
dipilih.

3.2 JENIS-JENIS KAEDAH

3.2.0 Kaedah Terus


Kaedah ini mula direka dan diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara
tahun 1920-1935. Kaedah yang mengutamakan

prinsip-prinsip mengajar yang

berdasarkan psikologi kanak-kanak ini, didapati serupa dengan kaedah tentera kerana
ia pernah digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia
Kedua dahulu. Kaedah ini bertijuan supaya kanak-kanak dapat menguasai keempatempat kemahiran bahasa secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan
bahasa yang dipelajari itu di dalam masyarakat yang berkenaan.kaedah ini
disampaikan berdasarkan empat asas tertentu:

Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat


dengan fikiran atau sebaliknya.

Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang sedia ada

Harus timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang


telah dirancang

Pengajaran haruslah berpandukan kepada lunas-lunas kanak-kanak mempelajari


bahasa ibunda mereka

Kebaikan

Sangat sesuai untuk mempelajari bahasa kerana sifatnya sama dengan cara
kanak-kanak menguasai bahasa ibunda mereka

Pembinaan habit bahasa dapat disegerakan oleh guru-guru kerana kaedah ini
tidak menggunakan terjemahan

Memudahkan pencapaian serta merta(automatik), dan murid-murid dapat


menggunakan bahasa secara aktif dan seterusnya membolehkan mereka cepat
dapat bertutur dengan lancar dan fasih.

kelemahan

Merumitkan guru untuk menyampaikan makna perkataan terutama perkataan


yang abstrak.

Mungkit menerbitkan makna yang kurang tepat kerana penerimaan murid


mungkin tidak seperti yang dimaksudkan.

Murid yang agak lambat mungkan akan agak ketinggalan.

3.2.1 Kaedah Ajuk-Hafaz


Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah latih tubi informan. Pengajaran dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu demonstrasi dan latih tubi. Biasanya kadar pembahagian
adalah 1:2( satu bahagian demonstrasi dan dua bahagian lagi adalah latih tubi). Dalam
demonstrasi, diajarkan tentang nahu, sebutan dan perbendaharaan. Demonstrasi ini
dibuat oleh guru atau informan yang terdiri daripada penutur jati. Dalam latih tubi pula,
informan jati atau guru membacakan beberapa ayat, dan selepas itu, murid-murid
mengajuknya sehingga ayat-ayat itu dapat dihafal. Guru-guru harus ingat bahawa
kejelasan dalam menyampaikan pelajaran adalah penting. Sesuatu yang jelas seperti
sebutan yang terang dan nyata akan memberi tanggapan yang betul kepada muridmurid. Satu tanggapan yang baik pula akan melahirkan satu penguasaan habit bahasa
yang baik dan sempurna.

3.2.2 Kaedah Linguistik


Kaedah ini dapatlah dianggap sebagai satu kaedah mengajar bahasa yang moden
secara saintifik. Kaedah ini pada dasarnya adalah membandingkan dua bahasa iaitu di
antara bahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid,
sama ada bahasa itu bahasa ibunda mereka atau bahasa-bahasa lain. Pengetahuan
bahasa murid-murid itu harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu di samping
aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna dan lain-lain. Dalam perkataan lain,
kaedah ini mementingkan pertuturan dan membenarkan penggunaan bahasa yang
telah diketahui oleh murid-murid. Kaedah ini mendahulukan bentuk daripada makna.
Tujuan kaedah linguistik
Bertujuan untuk membolehkan murid-murid menggunakan bahasa yang telah
diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Selain itu, kaedah ini
menerangkan bahan-bahan nahu berdasarkan perbandingan di antara tatabahasa yang
dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui.
Kebaikan

Guru dapat menyediakan bahan-bahan pelajaran itu dengan lebih teratur dan
tersusun.

Kanak-kanak dapat memahami dengan lebih jelas dan tepat bahan-bahan


tatabahasa yang dipelajarinya.

Kanak-kanak akan lebih cepat dapat bertutur dan membuat ayat dalam bahasa
yang dipelajari dengan mengikut bentuk-bentuk atau corak-corak ayat bahasa
yang ada dalam bahasa ibunda mereka.

Kaedah ini tidak membuang masa dan dapat pula mengelakkan salah faham di
kalangan kanak-kanak terhadap bahasa yang dipelajari.

Kelemahan

Oleh kerana kaedah ini berdasarkan penyiasatan secara ilmu sains, maka hasil
yang dijangka tidak akan tercapai kerana undang-undang bahasa berubahubah dari semasa ke semasa.

Tidak boleh diajar oleh sebarang guru kerana ianya memerlukan guru-guru
yang terlatih dalam ilmu bahasa, ilmu pengajaran dan pendidikan.

Kaedah ini mengambil masa yang lama.

Hasil daripada kaedah ini murid hanya dapat menuturkan apa yang diajar
sahaja tetapi tidak dapat memperkembangkannhya dengan baik.

3.2.3 Kaedah Tatabahasa Terjemahan


Kaedah ini selalu juga dinamakan kaedah Klasik(Palmer). Ini mungkin kaedah yang
digunakan sebelum kaedah-kaedah lain. Oleh kerana dahulunya para sarjana dikelilingi
oleh bahan-bahan sastera bertulis dan oleh sebab kemahiran menulis itu dijadikan
tujuan yang penting maka itulah yang menjadi objektif dalam kaedah tersebut. Kaedah
ini dirancang untuk memberi kemahiran menulis dan bukan kemahiran bertutur. Oleh itu
ia tidak mementingkan fonetik. Kaedah ini menekankan kepada ejaan dan penulisan
dalam bahasa tersebut. Biasanya perkara yang diutamakan di dalam kaedah ini ialah
tentang unsur-unsur kekecualian daripada yang biasa dalam bahasa yang dipelajari
ataupun yang selalu disalahgunakan.
Kaedah ini menentukan perbendaharaan kata diberi di pangkal pelajaran.
Terjemahan adalah difikirkan sebagai satu cara yang penting dalam mempelajari
perbendaharaan kata. Kata-kata itu diberi dalam bentuk terasing daripada konteks.
Kata-kata disusun dalam ayat melalui hukum tatabahasa. Hukum-hukum ini dihafaz
sebagai cara menguasai bahasa itu.
Tujuan Kaedah Tatabahasa Terjemahan
Kaedah ini membolehkan murid-murid memahami tatabahasa sesuatu bahasa dan juga
melatih mereka menulis menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini juga
membolehkan murid-murid menterjemahkan bahasa asing ke dalam bahasa jati atau
sebaliknya. Selain itu, ia dapat melengkapkan murid-murid dengan perbendaharaan
kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan. Murid-murid juga berkebolehan
membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca kepada bahasa ibunda
dan seterusnya membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca.

Kebaikan

Tidak menggunakan masa yang lama di dalam kelas.

Guru-guru yang tidak begitu fasih dalam bahasa itu masih boleh digunakan
untuk mengajar bahasa tersebut.

Kaedah ini kurang membebankan guru di dalam menyediakan alat-alat bantu


serta keperluan yang lain.

Tidak menghadkan saiz kelas

Murid-murid boleh belajar sendiri tanpa bimbingan guru(Abdullah Hassan,


1976).

Kelemahan

Menghadapi sedikit kesulitan semasa membuat penterjemahan.

Berkemungkinan memberikan tanggapan yang salah di kalangan murid terhadap


pembelajaran bahasa itu.

3.2.4 Kaedah Psikologi


Kaedah ini ada persamaannya dengan Kaedah Terus. Kaedah ini berdasarkan kepada
daya mental dan pertalian idea. Antara cirri-ciri utama kaedah ini ialah:

Objek, gambar, gambarajah dan carta digunakan untuk menolong membentuk


imej mental dan menghubungkannya dengan perkataan.

Perbendaharaan kata disusun dalam satu kumpulan ayat yang pendek-pendek


yang berhubungan dengan sesuatu perkara atau subjek. Setiap kumpulan ayat
itu membentuk satu pelajaran.

Beberapa pelajaran dihimpunkan menjadi satu tajuk dan gabungan beberapa


tajuk membentuk satu siri.

Pada permulaannya keseluruhan pengajaran dijalankan secara lisan, kemudian


baru berdasarkan buku.

Bahasa pertama jarang digunakan.

Karangan diperkenalkan selepas beberapa pelajaran

Pengajaran nahu agak awal, tetapi bacaan dikemudiankan.

3.2.5 Kaedah Elektik


Kaedah ini adalah kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik dalam
pengajaran bahasa yang terdapat dalam kaedah-kaedah lain. Dengan perkataan lain, ia
merupakan satu cara mengajar bahasa yang menggunakan pelbagai kaedah dan tidak
terikat kepada satu-satu kaedah tertentu. Di Perancis, kaedah ini dinamakan kaedah
aktif. Guru boleh menggunakan usaha dan daya kreatif mereka sendiri. Mereka bebas
mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan kanak-kanak. Pada peringkat asas
pengajaran misalnya, dijalankan dahulu latihan mendengar dan kemudian diikuti pula
dengan bertutur dan menulis. Kaedah ini banyak menggunakan latihan-latihan dalam
pengajarannya. Kanak-kanak dapat berfikir terus dalam bahasa yang dipelajari dan
dapat menggunakan bahasa itu secara aktif.
Tujuan Kaedah Elektik
Membolehkan murid-murid menguasai keempat-empat kemahiran bahasa itu dan di
samping itu dapat menggunakan bahasa itu dengan baik.
Kebaikan

Guru yang memakai kaedah ini menggunakan teknik-teknik yang paling baik
daripada

kaedah

mengajar

bahasa

untuk

disesuaikan

dengan

kaedah

pengajaran di sekolah.

Kaedah ini mempertimbangkan keempat-empat kemahairan bahasa iaitu


mendengar, membaca, menulis dan bertutur.

3.2.6 Kaedah Fonetik


Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lisan, reform dan kaedah terus. Dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa, kaedah ini memulakan aktiviti dengan latihan
pendengaran kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut iaitu daripada penyebutan bunyi,
perkataan, frasa dan ayat-ayat. Ayat-ayat ini kemudiaannya digabungkan menjadi cerita
dan dialog. Di dalam teks, yang digunakan bukanlah system ejaan tetapi symbol-simbol
fonetik.nahu pula diajarkan secara induktif sementara karangan dibuat berdasarkan apa
yang telah didengar atau dibaca.

3.2.7 Kaedah Semula Jadi


Kaedah ini adalah sama dengan kaedah terus. Pengajaran dimulakan dengan soalansoalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan- perkataan yang baru
diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh
murid-murid.

Bahasa

ibu

dan

terjemahan

tidak

langsung

digunakan.

Cara

permebalajaran adalah sama seperti kanak-kanak yng mempelajari bahasa pertama,


penyampaiannya disusun diperingkat-peringkatan. Keempat-empat kemahiran yang
hendak dikuasai perlu mengikut prosedurnya iaitu didahului dengan aktiiti lisan,
kemudian bertutur dan seterusnya kepada membaca dan menulis.

3.2.8 Kaedah Askar/Tentera


Kaedah ini bermula dalam perang dunia kedua untuk kakitangan askar yang
memerlukan kemahiran dalam beberapa bahasa bagi memudahkan operasi tentera
dalam peperangan tersebut. Oleh kerana keadaan dan keperluan itu mustahak, maka
hasil yang memuaskan perlu dicapai dalam masa yang singkat. Dalam hal ini
kemahiran lisan adalah menjadi tumpuan utama. Pelajaran hendaklah mencapai
peringkat kemahiran bahasa yang sama dengan pengguna-pengguna dan penutur jati
bahasa itu, baik dalam sebutan mahupun dalam bidang memahami bahasa itu. Tulisan
tidak dipentingkan. Di dalam kaedah ini, masa belajar diintensifkan sedemikian rupa

sehingga mencapai 6 hingga 9 jam setiap hari. Latih tubi digunakan dengan kerap di
dalam kaedah ini.
Kebaikan

Ia menekankan kemahiran lisan dan baik dilakukan pada permulaan pelajaran.

Kaedah ini menjadikan murid-murid patuh mengikut atau meniru guru.

Kaedah ini amat sesuai untuk mengenalkan nahu dan perbendaharaan kata.

Kelemahan

Kaedah ini akan menyebabkan pembelajaran kurang berkesan sekiranya guruguru terdiri daripada ahli-ahli libguistik yang tidak cekpa.

3.2.9 Kaedah Membaca


Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Dr. Michael West. Kaedah ini merupakan kaedah
yang paling mudah. Ia tidak memerlukan menghafaz ataupun menggunakan
tatabahasa, idiom dan sebagainya secara kreatif. Kaedah ini hanya menggunakan
bacaan. Membaca hanya memerlukan murid mengenali perkataan-perkataan yang
tertulis dan membacanya. Kaedah ini mementingkan sebutan dan ini mudah kerana ia
hanya memerlukan pengenalan sahaja dan tidak memerlukan murid menghafaz hukumhukum tatabahasa yang rumit.
Membaca kuat hanya perlu untuk latihan sebutan dan tidak untuk tujuan lain.
Pembelajaran melalui kaedah ini selalunya menggunakan perbendaharaan kata yang
dirancangkan dengan teratur menurut frekuensi. Bahan bacaan dibuat secara saintifik,
disusun mengikut gred atau diperingkatkan dengan baik. Biasanya, senarai perkataan
digunakan untuk memilih bahan. Kaedah ini tidak mementingkan terjemahan. Ia sering
dilaksanakan oleh guru-guru di dalam kelas tanpa disedari dan ia juga merupakan
sebahagian daripada kaedah-kaedah yang lain.

Tujuan Kaedah Membaca


Kaedah ini bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan murid-murid berbahasa. Ia
juga membolehkan murid-murid mempelajari bahasa kedua tanpa terjemahan.
Kelemahan

Menerbitkan

kesukaran

kepada murid-murid

yang mempunyai kesulitan

membaca.

Ia juga mungkin dapat menghasilkan murid-murid yang dapat membaca dengan


baik tetapi tidak dapat menguasai isi bacaan itu.

3.2.10 Kaedah Oral-Aural


Kaedah oral-aural atau kaedah dengartutur ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan
diikuti secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog dianggap
realistiK dan ia dilatih tubi secara berulang kali.Latih tubi dan dialog dijalankan secara
realistik dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul. Perkara yang
menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita
rakaman boleh digunakan sepenuhnya, lebih-lebih lagi jika gurunya bukan penutur jati
bahasa yang diajar itu. Alat pandang dan dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi
semuanya dibentuk dalam situasi yang realistik, disertai dengan bahan pandang dengar
yang lengkap. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah
sisusun rapi. Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara
induktif dan dengan pemeringkatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi
sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Katakata yang diberi itu ialah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga kepada
gunanya. Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti
menulis. Mula-mula latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yang telah dipelajari,
dan hanya selepas itu baharulah latihan menulis bebas dibenarkan.

Tujuan Kaedah Oral-aural ( Dengar-Tutur )


Objektif pengajaran bahasa mengikut kaedah ini adalah untuk membolehkan pelajar
memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa , iaitu : mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Tetapi dalam hal ini , mendengar dan bertutur diberi
keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan asas untuk pembelajaran
bacaan dan tulisan. Kaedah ini juga membolehkan pelajar memahami kebudayaan
asing melalui pengalaman dalam bahasa.

3.2.11 Kaedah Bahasa Komunikatif


Kaedah ini berasaskan teori interaksi .Penganjur kaedah ini berpegang kepada
beberapa prinsip penajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa mestilah berpandukan
proses perolehan bahasa kanak-kanak.Oleh sebab proses pemerolehan bahasa kanak
kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa,maka pengajaran
bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa ( tatabahasa ) serta kecekapan
komunikatif ( ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaan ).
Struktur bahasa dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar dengan cara yang lebih
berkesansekiranya mereka memberi perhatian terhadap makna. Andaian ini juga
berasaskan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak,kanak-kanak menguasai makna
terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna
tersebut dalam struktur ayat yang tertentu.Oleh itu pengajaran bahasa pelajar mestilah
menglibatkan aktiviti penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran,
wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa
yang diajar.
Pengajaran bahasa melalui kaedah ini mementingkan huraian unsur-unsur
bahasa dalam teks dan wacana . Pengajaran bahasa tidak boleh tertumpu sematamata kepada aktiviti latih amal atau latih tubi unsur-unsur bahasa tetapi pengajaran
perlu memasukkkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsu-unsur tatabahasa yang dilatih tubi.

Kesilapan bahasa selalunya bukanlahkesalahan bahasa. Dalam proses pemerolehan


bahasa kanak-kanak, kesilapan merupakan satu ciri yang lumrah. Keadaan ini berlaku
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajarpelajar untuk cuba menggunakan bahasa dalam situasi-situasi tertentu. Tegasnya
kaedah ini bukan sahaja bertujuan untuk membolehkan pelajarmenguasai kecekapan
bahasa , tetapi kaedah ini juga bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai
kecekapan menggunakan unsure-unsur yang dipelajari dalam berbagaikonteks.
Aktiviti komunikasi merupakan teras kaedah ini, dalam aktiviti Pelajar diberi
peluang

untuk

melibatkan

diri

secara

aktif

dalam

melaksanakan

tugas

yangdirancangkan oleh guru. Tiap-tiap tugas yang dirancangkan ini memerlukan


pelajar-pelajar memilih dan menggunakan unsure-unsur bahasa yang telah dilatih
dalam praaktiviti untuk berinteraksi dalam kontkes social yang diberi.Beberapa teknik
pengajaran perlu digunakan untuk memastikan yang pelajar-pelajar dapatmenguasai
struktur tersebut dan konteks pewujudannya.Teknik-teknik soal jawab dan latih tubi
digunakan bagi melatih pelajar-pelajar menguasai unsur-unsur bahasa dalam pra
aktiviti.
Kekuatan dan Kelemahan
Kaedah ini didapati mempunyai beberapa kejayaan dan kelemahan bagi
BahasaMelayu di sekolah menengah. Antara kejayaannya ialah bahasa ( tatabahasa)
tidakdipelajari secara abstrak tetapi sebagai alat berkomunikasi. Guru dapat
menggabungjalinkan pelbagai kemahiran bahasa dalam satu aktiviti pengajaran.
Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid daripada guru. Murid yang diajar melalui
kaedah ini berminat untuk belajar. Walau bagaimanapun, guru yang menggunakan
kaedah ini berpendapat bahawa kaedah ini tidak bergantung semata-mata kepada buku
teks sebagai bahan pengajaran

3.2.12 Kaedah Kod Kognitif


J.B

Carroll

berpendapat

kaedah

kod

kognitif

merupakan

pembaharuan

dan

pengubahsuaian terhadap kaedah nahu terjemahan. Chomsky berpendapat bahawa


bahasa merupakan sitem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk
linguistic.Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak dan bersifat sejadi dan
sejagat.Seorang kanak-kanak telah dianugerahkan keceekapan semula jadi rumusrumus bahasa ibuandanya dalam jangka masa yang singkat. Pada umumnya Diller
(1971 ) berpendapat bahawa kaedah ini mempunyai andaian berikut terhadap bahasa :

Merupakan satu tingkah laku yang ditetapkan dengan peraturan- peraturan.

Boleh digunakan untuk berfikir.

Peraturan-peraturan tatabahasa nyata dari segi psikologi.

Manusia mempunyai kecekapan untuk berbahasa.

Di samping itu kaedah ini pula mempunyai andaian berikut terhadap pembelajaran
bahasa (khusus bahasa kedua):

Ia merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa dan leksikal


sesuatu bahasa kedua secara sedar.

Dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama seperti pembelajaran


ilmu pengetahuan .

Mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa daripada


kebolehan mereka menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna.

Setelah pelajar dapat menguasai struktur bahasa pada taraf kognitif yang
tertentu, maka kebolehan untuk menggunakan bahasa akan berkembang secara
automatik.
Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi

murid-murid memahami rumus-rumus tatabahasa. Ayat ayat pecahan digunakan dan


huraian unsur-unsur tatabahasa pula dibuat secara deduktif. Dalam pengajaran bahasa
kedua perbezaan-perbezaan antara unsur-unsur tatabahasa sasaran dengan bahasa

pertama, unsur perbandingan struktur ayat digunakan untuk memastikan kefahaman


murid tentang rumus bahasa yang diajar. Contohnya membandingkan struktur-struktur
ayat yang mengandungi imbuhan akhiran kan dan - i bagi membolehkan murid-murid
memahami imbuhan transitif dan transitif lokatif.
Setelah murid-murid memahami huraian unsur-unsur tatabahasa yang diajar
baharulah mereka diberi latihan peneguhan. Langkah-langkah pengajaran untuk
kemahiran bahasa iaitu mendengar , bertutur ,membaca dan menulis juga adalah
berasaskan huraian dan penerangan guru tentang konsep-konsep yang diajar. Hakikat
yang dinyatakan di atas memberi gambaran bahawa kaedah ini mengutamakan
pengajaran kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam pengajaran
bahasa.
Ciri ini adalah sama dengan ciri pengajaran bahasa melalui kaedah nahu
terjemahan. Pengajaran unsur-unsur bahasa pula adalah secara deduktif dan huraian
tatabahasa dibuat berasaskan ayat pencilan bukan ayat-ayat dalam kontkes
penggunaan. Pengajaran bahasa pula lebih mengutamakan kecekapan bahasa
daripada kecekapan berbahasa.

JENIS-JENIS
KAEDAH
Kaedah Terus

Kaedah Ajuk
Hafaz

Kaedah Linguistik

Kaedah
Tatabahasa
Terjemahan

Kaedah Psikologi

Kaedah Elektik

Kaedah Fonetik

Kaedah Semula
Jadi

Kaedah Membaca

Kaedah
Askar/Tentera

Kaedah Kod
Kognitif

Kaedah Bahasa
Komuniti

Kaedah Oral-Aural

REFLEKSI
Alhamdulillahbersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah
saya dan ahli kumpulan yang lain menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan
Ilmu(KKBI) bagi subjek Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah(BMM3117) ini
dengan jayanya.
Melalui tugasan yang diberikan ini, kami telah berkesempatan mencari dan
memahami beberapa elemen yang penting yang perlu diaplikasikan oleh guru di dalam
kelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Antara elemen tersebut adalah
pendekatan, strategi, kaedah dan teknik di dalam pengajaran Bahasa Melayu. Sebagai
seorang guru, penggunaan elemen-elemen ini adalah penting sewaktu sesi pengajaran
dan pembelajaran kerana ianya banyak membantu guru untuk mengajar dengan lebih
baik dan efisien.
Selepas menyiapkan tugasan ini, saya telah dapat membuat perbezaan di antara
pendekatan, strategi, kaedah dan teknik. Sebelum ini, saya menganggap elemenelemen tersebut adalah sama kerana saya tidak berkesempatan untuk memahami
elemen-elemen tersebut dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, saya dapat
membuat perbezaan di antara kaedah dan teknik. Kaedah merupakan langkah atau
kegiatan yang mempunyai urutan tertentu yang digunakan oleh guru di dalam kelas,
manakala teknik pula merupakan kemahiran atau cara yang digunakan oleh guru untuk
menyampaikan pengajarannya.
Selain itu, saya juga telah dapat mengenalpasti teknik yang sesuai digunakan
apabila saya ingin mengajar di dalam kelas. Sebelum memilih teknik yang saya ingin
gunakan, saya perlulah membuat pertimbangan terhadap beberapa perkara terlebih
dahulu. Antara perkara yang perlu saya pertimbangkan ialah kemampuan murid,
keadaan persekitaran bilik darjah, kesesuaian teknik dengan tajuk yang ingin diajar dan
sebagainya. Saya perlu membuat pertimbangan dengan teliti sebelum memilih
sebarang teknik yang ingin digunakan kerana jika teknik yang dipilih tidak sesuai
dengan tajuk yang ingin diajar, kemungkinan besar isi pelajaran yang ingin saya
sampaikan tidak akan tercapai. Selain itu, saya turut menyedari bahawa penggunaan

teknik yang menarik adalah penting di dalam pengajaran. Hal ini kerana, teknik yang
menarik akan dapat menarik minat murid untuk belajar dan mengelakkan kebosanan.
Sebagai contoh, guru boleh menggunakan teknik bercerita untuk membangkitkan
perasaan ingin tahu di dalam diri murid-muridnya. Sementara itu, sebagai seorang guru
adalah penting baginya untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang ada ketika
bercerita contohnya seperti intonasi suara, gaya bercerita, eye contact, bahasa badan
dan sebagainya.
Melalui tugasan ini juga, saya menyedari bahawa sebagai seorang guru, kita
perlulah memilih strategi yang sesuai digunakan di dalam kelas sewaktu sesi
pengajaran. Guru boleh memilih strategi berpusatkan murid, guru, bahan atau aktiviti.
Strategi berpusatkan guru merupakan strategi di mana hanya guru sahaja yang
memonopoli kelas tersebut iaitu guru memberi dan murid hanya menerima tanpa ada
sebarang soalan. Strategi ini juga hanya menggunakan komunikasi sehala sahaja.
Pada pendapat saya, strategi ini kurang berkesan kerana ianya menyebabkan murid
menjadi pasif dan guru sukar untuk menerapkan Kemahiran Bernilai Tambah(KBT)
seperti kecerdasan pelbagai, Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif(KBKK) dan
sebagainya. Manakala, strategi berpusatkan murid pula adalah di mana murid dan guru
saling berkomunikasi dan murid lebih aktif memberikan pendapat dan idea. Sebagai
seorang bakal guru, saya berpendapat bahawa strategi berpusatkan murid adalah lebih
baik digunakan di dalam kelas kerana ianya mampu menjadikan pembelajaran lebih
menarik dan menjadikan murid lebih aktif dan berpengetahuan. Oleh itu, saya dan
rakan-rakan telah menerapkan strategi berpusatkan murid ini di dalam Rancangan
Pengajaran Harian kami.
Di dalam tugasan ini juga, saya telah berpeluang merancang Rancangan
Pengajaran Harian(RPH) bersama-sama ahli kumpulan yang lain. Semasa menyiapkan
RPH ini, saya dan ahli kumpulan yang lain telah berbincang dan berkomunikasi bagi
merancang pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai digunakan di dalam
RPH kami. Sebagai contoh, kami telah mengaplikasikan teknik permainan bahasa di
mana kami telah membuat permainan kotak beracun bagi menarik perhatian muridmurid. semasa permainan ini dijalankan, kami telah menerapkan elemen muzik di mana

murid-murid akan lebih teruja untuk bermain. Teknik ini bukan sahaja dapat menarik
perhatian murid, malah ianya mampu memberikan pemahaman yang lebih kepada
murid-murid. Semasa menyiapkan RPH ini juga, ianya telah memberikan kami
pendedahan untuk merancang Alat Bantu Mengajar(ABM) yang sesuai digunakan
dengan tajuk yang telah kami pilih. Kami telah menggunkan ABM seperti sampul
bewarna, video, lagu dan sebagainya. Saya turut menyedari bahawa penggunaan ABM
adalah penting di dalam sesuatu pelajaran kerana ianya dapat membantu murid untuk
lebih cepat memahami sesuatu isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru.
Melalui tugasan ini juga, saya telah berpeluang menjalankan pengajaran mikro di
dalam kelas berdasarkan RPH yang telah kami rancang. Sesi pengajaran mikro ini
memberikan pengalaman yang baru kepada saya di mana saya sendiri menjadi guru
dan mengajar di hadapan kelas. Melalui sesi pengajaran mikro ini, saya mendapati
bahawa sebagai seorang guru, kita haruslah bijak di dalam mengawal kelas supaya
semua keadaan terkawal dan murid memberikan tumpuan terhadap pengajaran yang
ingin di sampaikan. Selain itu, saya turut belajar bahawa guru bukan sahaja perlu
mengajar mengikut langkah-langkah yang di ajar, malah guru juga perlu menerapkan
nilai-nilai murni di dalam diri murid-muridnya. Oleh itu, guru haruslah bijak untuk
menyelitkan unsur-unsur nilai murni itu di dalam kelas.
Tuntasnya, tugasan ini sememangnya telah banyak membantu dan membimbing
saya untuk menambah dan melengkapkan diri saya dengan ilmu-ilmu pedagogi yang
sepatutnya diketahui oleh semua guru. Oleh itu, saya berharap apabila saya melangkah
kea lam perguruan yang sebenar, segala ilmu yang telah saya pelajari ini dapatlah saya
aplikasikannya di dalam kelas.

NURUL HANNAH BT ABDUL WAHAB


880517-05-5468

http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran
http://www.scribd.com/doc/17294638/Pedagogi-Bahasa-Melayu-Pismp-Bm

Anda mungkin juga menyukai