Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kenal pasti kesalahan tatabahasa dalam teks,

gariskan kesalahan yang terdapat dalam teks serta senaraikan kesalahan dalam jadual di bawah dan
buat pembetulan kesalahan.

           Kegagalan atlet negara pada Sukan Olimpik Sdney 2000 menimbulkan berbagai persoalan
tentang mutu pembangunan sukan negara di arena antarabangsa. Mutu sukan negara sepatutnya
terus berkembang dan mencapai banyak kejayaan seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara.
Tetapi,mutu sukan negara terus merosot daripada semasa ke masa sedangkan pada masa yang
sama kerajaan telah menyediakan dan membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan
sukan tanah air supaya mencapai taraf dunia.

Sebenarnya kemelut dalam dunia sukan negara boleh berpunca daripada banyak pihak.
Paling ketara adalah sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam
menentukan pemilihan pemain. Mereka lebih banyak menjadikan persatuan sukan sebagai tempat
mencari keuntungan peribadi daripada memberi perhatian khusus untuk memajukan sukan bertaraf
dunia. Mereka sering menunding jari ke pihak lain daripada mengakui kelemahan sendiri apabila
punca kemerosotan atlet dikenali pasti. Mereka seharusnya sedar bahawa kegagalan atlet sering
dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan. Hal ini kerana, mereka sebagai
perancang pembangunan sukan tidak mempunyai hasrat atau visi yang cukup tinggi untuk membantu
meningkatkan mutu sukan.

Pengkritik sukan berpendapat banyak faktor yang menyebabkan mutu sukan negara bukan
mencapai kemajuan atau bertaraf dunia. Mereka berpendapat sistem pendidikan yang lebih
mementingkan kecemerlangan akademik dan sikap masyarakat atau ibu bapa yang mementingkan
kecemerlangan akademik membataskan murid-murid sekolah daripada mendekati sukan. Fenomena
ini menjadikan sekolah kini bukan lagi gelanggang untuk melahirkan dan mencungkil bakat-bakat
pelajar-pelajar sekolah yang boleh digilap sebagai atlet negara sehingga mencapai taraf dunia.

Bagaimanapun adalah tidak adil kita hanya menyalahkan pihak tertentu tanpa meninjau
dilema atlet. Secara umumnya moral atlet kita berada pada tahap yang rendah dan mudah mengaku
kalah apabila menghadapi lawan yang bertaraf dunia. Hal ini mungkin kerana mereka kurang
keyakinan di samping kurang pendedahan dan pengetahuan. Atlet kita juga dikatakan tidak bersikap
matang dalam usaha untuk meningkatkan prestasi diri. Watak sebagai ahli sukan tulen yang
sanggup untuk meningkatkan prestasi dan kemahiran sendiri mereka tidak jiwai. Sesetengah atlet
tidak berdisiplin dan menjadi keras kepala kerana menyedari khidmat mereka amat diperlukan,
ekoran sudah tidak ada atlet lain yang akan mewakili negara. Sikap atlet yang manja dan sukar
ditegur ini masalah kepada jurulatih untuk menggilap atlet negara menjadi ahli sukan bertaraf dunia.
Permasalahan ini bukan sahaja memerlukan atlet mengubah sikap tetapi juga semua pihak yang
terlibat demi mewujudkan sukan sebagai suatu budaya kehidupan.

Senaraikan kesalahan dan buat pembetulan.


BIL KESALAHAN TATABAHASA PEMBETULAN

10

Anda mungkin juga menyukai