Anda di halaman 1dari 1

SEUNTAI BICARA,

INSPIRASI HARAPAN

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH

2016

Selamat Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa,


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kerana saya diberi ruang dan peluang untuk menyampaikan sepatah
dua kata dalam Manual Pengurusan SMK Perlis bagi tahun 2016. Sekalung
ucapan tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa
Manual Pengurusan 2016 atas komitmen dan kegigihan yang dipamerkan
sehingga manual ini dapat diterbitkan dengan jayanya.
Manual Pengurusan ini merupakan wadah berinformasi yang amat
signifikan kepada warga SMK Perlis dalam menjalankan tugas hakiki masingmasing dan menjadi sumber rujukan asas sepanjang tahun. Para guru dan staf
sokongan sekolah boleh memanfaatkan kandungan manual ini yang meliputi
aspek-aspek penting seperti Pengurusan dan Pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal
Murid, Sukan dan Kokurikulum, Takwim Sekolah serta pelbagai cabang maklumat
lain yang sememangnya amat berguna. Informasi yang bervariasi menjadi
panduan kepada warga SMK Perlis sekali gus melancarkan urusan sekolah demi
memastikan SMK Perlis mampu melangkah ke arah kecemerlangan dengan yakin.
Bagi memastikan visi Sekolah Berdaya Saing Menjelang Tahun 2017
tercapai, Manual Pengurusan yang disediakan sentiasa mengutamakan nilai-nilai
kesejagatan dan elemen penting berteraskan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) di samping menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
sebagai tunjang kesepaduan pendidikan di sekolah untuk melahirkan modal insan
yang seimbang dari aspek lahiriah dan rohaniah.
Dengan adanya Manual Pengurusan ini, guru-guru dan staf sokongan
diharapkan dapat membulatkan tekad dan membina semangat jitu kerja secara
berpasukan agar pengurusan sekolah lebih efisien dan sistematik. Saya menyeru
agar warga SMK Perlis tanpa mengira identiti dan latar belakang sehati sejiwa
bersama-sama saya untuk membangunkan pendidikan holistik dan dinamik demi
melahirkan anak bangsa yang mampu memartabatkan pendidikan negara
bertaraf dunia. Saya percaya bahawa suntikan inspirasi bukan sahaja berupaya
membangkitkan semangat warga SMK Perlis justeru melonjakkan prestasi
sekolah dalam masa jangka panjang bagi memastikan impian sekolah harapan
menjadi kenyataan.
Selamat Tahun Baru 2016 & Selamat Menjalankan Tugas
Sekian, terima kasih.

..
(KANG LEE LEE)
Pengetua,
SMK Perlis.

Sekolah Menengah
Kebangsaan Perlis

AMA

Anda mungkin juga menyukai