Anda di halaman 1dari 4

AZMIR: Ani, tolonglah abang. Keluarkan abang dari neraka ini.

Abang dah tak sanggup lagi hidup


menderita lebih lama di sini. Tolonglah keluarkan abang dari neraka ini.

ANI: Untuk apa kita harus keluar, abang? Bukankah kita sedang bahagia sekarang?

AZMIR: Bahagia?

ANI: Ya. Hanya kita berdua di sini. Tidak ada orang lain yang mengganggu kita. Kita boleh buat apa-apa
saja yang kita suka. Tidak akan ada yang menghalang.

AZMIR: Tapi abang sakit. Apa yang boleh kita buat? Bahagia apa namanya kalau sudah sakit?

ANI: Bahagia ada di mana-mana. Dalam sakit ada bahagia. Dalam derita ada bahagia. Yang penting, kita
harus belajar mengerti dan menghayati keindahan yang terdapat pada kesakitan itu, barulah akhirnya
akan timbul rasa betapa nikmatnya sebuah kesakitan. Dari situlah akhirnya wujud bahagia.

i.Mengapakah Ani mengatakan bahawa dia dan Amir sedang bahagia berada di tempat itu? [2
markah]

ii.Semasa anda melawat sahabat anda di hospital, nyatakan perkara-perkara yang sewajamya anda
lakukan untuk menggembirakan sahabat anda yang sedang sakit. [3 markah]

iii.Huraikan satu nilai mumi yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai mumi lain daripada
keseluruhan drama tersebut. [4 markah]
AZMIR: Kalau sayang, mengapa bapa kurang saya di sini, di bilik orang gila ni?

BAPA: Oleh sebab sayanglah bapa hantar kau ke sini.

AZM1R: Bapa bohong. Bapa tak sayang kepada saya. Bapa pun macam doktor juga dan macam mereka
semua. Doktor kata, saya gila. Mereka kata, saya gila. Bapa pun kata saya gila.

BAPA: Bapa tak pemah kata kau macam tu.

AZMIR: Bapa bohong. Memang bapa tak kata. Tapi dalam hati bapa kata. Fasal tu bapa hantar saya ke
sini, ke tempat orang gila ini.

BAPA: Kau belum faham lagi, Mir.

AZMIR: Saya faham, tetapi bapalah yang tak faham.

BAPA: Mungkin kau belum sihat lagi, Mir. Berehatlah.

AZMIR: Saya sihat. Saya bukan gila. Saya cuma sakit saja.

BAPA: Oleh sebab sakitlah kau dibawa ke sini.

AZMIR: Ini tempat untuk orang gila. Saya bukan gila. Saya cuma sakit saja.

i. Nyatakan sebab-sebab Azmir mengatakan bahawa bapanya tidak sayang akan dirinya. [2
markah]
ii. Seseorang yang mengalami tekanan perasaan perlu menerima rawatan segera. Pada pendapat anda,
apakah rawatan awal yang perlu diberikan kepada mereka? [3 markah]
iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat lain
daripada keselurahan drama tersebut. [4 markah)
AZMIR: Saudara-saudara tolong saya. Orang-orang ini hendak mengurung saya di tempat yang tidak ada
kesejahteraan. Saudara-saudara mesti percaya akan cakap saya. Cakap saya semuanya betul. Mereka ini
penipu. Cakap mereka manis, tapi dalam hati mereka jahat.

(ARIF dan para pelakon memperlihatkan rasa simpati kepada AZM1R).

DOK.TOR: (Mendekati ARIF). Saudara jangan risau. Orang gila mana-mana pun memang begitu. Mereka
amat pandai bercakap. Kalau dengar mereka bercakap, sesiapa pun tak tahu yang mereka tu sebenarnya
gila. Seperkara lagi, orang gila tak akan mengaku bahawa mereka tu gila. Mereka akan marah jika
dikatakan gila.

ARIF: Tapi doktor, dia bukan gila. Dia sedang menderita suatu penderitaan yang tidak tertanggung lagi.
Percayalah saya doktor. Biarlah dia di sini. Kami boleh mengurus dia.

DOKTOR: Mungkin saudara belum arif lagi dengan orang seperti ini. Saya amat mengenalinya. kerana
saya mengubatinya setiap hari. Saya harap saudara dan rakan-rakan faham. Cuba lihat kepalanya.
Kepalanya sering saja luka. Orang yang siuman tak akan berbuat demikian.

i.Apakah yang diterangkan oleh doktor kepada Arif tentang sikap orang gila? [2 markah\

ii.Pada pendapat anda, apakah punca-punca seseorang menghadapi tekanan perasaan? [3 markah\

iii.Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada
drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
AZMIR: Selepas orang itu menghantukkan kepalanya ke lantai, maka darah merah pun mengalirlah
membasahi pipinya. Sesiapa yang menyaksikan kejadian itu pasti mengatakan bahawa orang yang
menghantukkan kepalanya ke lantai itu ialah orang gila. Orang yang siuman tentu tidak berbuat
demikian. Orang yang menonton tidak tahu bahawa orang yang menghantukkan kepalanya ke lantai itu
sebenamya sedang mengalami dan menderita suatu kesakitan yang tidak tertanggung, yang tak terucap
dengan kata-kata lagi. Kata-kata sudah kehilangan makna. Kata yang bermakna adalah dengan
menghantukkan kepalanya ke lantai. (Kesemua mereka terpegun mendengar penjelasan AZMIR).
Apakah saya sudah menjawab soalan saudara? (Sambil tersenyum ke arah PELAKONI).

PELAKON I: (Semacam kagum bercampur bingung sambil menganggukkan kepalanya perlahan-lahan).


Ya, terima kasih.

(DOKTOR masuk).

DOKTOR: (Sambil menghampiri AZMIR. AZMIR kelihatan gusar). Assalamualaikum. Saya Doktor Razi.
Maatkan saya jika saya mengganggu. Encik Azmir ini ialah “sahabat” saya. Saya datang ni nak bawa dia
balik ke tempat rehatnya. (Beralih kepada A2MIR). Encik Azmir, apa khabar sekarang? Sudah tiga hari
Encik Azmir tidak balik ke tempat rehat yang kita sediakan. Rakan-rakan yang lain amat bimbang akan
Encik Azmir. Mari kita pulang, ya?

i.Apakah tujuan Doktor Razi datang berjumpa dengan Azmir? [2 markah]

..Doktor Razi ingin membawa Azmir pulang ke tempat rehatnya.... Azmir sudah tiga hari tidak balik ke
tempat rehatnya....rakail-rakannya bimbang akan Azmir.

ii. Sekiranya anda menghadapi masalah, bagaimanakah cara anda menanganinya agar tidak
menimbulkan tekanan perasaan? [3 markah]

... Menceritakan masalah kepada ibu bapa untuk mendapatkan nasihat daripada mereka....Berjumpa
dengan kaunselor/guru di sekolah...Mendekatkan diri dengan Tuhan....Berkongsi masalah dengan kawan
untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

iii.Huraikan satu perwatakan Doktor Razi yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan lain
Doktor Razi daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.

.. ...seorang yang bersopan santun. Contohnya, Doktor Razi datang berjumpa dengan Azmir dan
mengajaknya pulang ke wad dengan lemah lembut… ...seorang yang baik hati. Contohnya, Doktor Razi
membenarkan Azmir keluar bersiar-siar selepas Azmir memperlihatkan tingkah laku yang baik... Seorang
yang bertanggungjawab - Doktor Razi bertanggungjawab merawat Azmir yang dikatakan menghidap
sakit jiwa.

Anda mungkin juga menyukai