Anda di halaman 1dari 10

Seni Kreatif Production

“Seni Kreatif Insan Seni”


Mempersembahkan

Sebuah Drama Pentas


Bersempena
Hari Keputeraan KDYMM Yang Ke-77 Tahun

Berjudul: “Bisikan Hijrah”


Idea & Skrip Oleh: HMY

Untuk : PENTARAMA
Kelolaan: Jabatan Penerangan, JPM.
Tajuk Drama : Bisikan Hijrah
Genra - Keagamaan

Sinopsis:
Drama Pentas ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang hidupnya porak peranda, penuh dengan
kekerasan dalam rumahtangga disebabkan penyalahgunaan dadah. Azam bersama isterinya Faridah dan
anaknya Azhar yang berumur 8 tahun tinggal disebuah rumah teres. Azam yang diharap menjadi ketua
keluarga didalam keluarganya sering melakukan kekerasan terhadap isteri dan anaknya sehingga
mereka tidak dapat melakukan apa-apa, hanya mampu berdiam diri dan menerima siksa kekerasan dari
Azam yang hampir berhari-hari hingga berbulan-bulan. Kapten Rezza seorang Juruterbang adalah jiran
mereka, dia sering kali ternampak berlakunya kekerasan dengan pukulan yang kuat keatas Faridah dan
Azhar. Kapten Rezza juga berkesempatan merakam video pada kejadian tersebut untuk dijadikan bukti
kepada pihak berkenaan. Kapten Rezza bukan saja berdiam diri atau menyaksikan, namun dia juga cuba
menghalang Azam dari melakukan kekerasan terhadap isteri dan anaknya itu namun Azam terus
mencabar dan mengugut Kapten Rezza dengan nada suara yang tinggi dan kasar. Setelah berbulan-
bulan kejadian itu berlaku, Kapten Rezza tidak lagi dapat berdiam diri dan membuat aduan kepada Haji
Said, Ketua Kampong. Setelah laporan dibuat kepada pihak berkenaan, akhirnya Azam ditangkap dan
dihukum penjara di atas kesalahan yang dilakukannya. Hidup Azam ketika didalam penjara telah mula
berhijrah menjadi seorang insan yang lebih baik. Akhirnya, setelah bebas dari penjara, Azam bergegas
pulang kerumah untuk meminta maaf kepada isteri dan anaknya. Setelah meghampiri rumahnya, Azam
terlihat Isterinya yang sedang duduk diatas sebuah kursi roda berada dihalaman rumah sambil berbual-
bual bersama Ustaz Hakeem, Kapten Rezza dan Haji Said Ketua Kampong. Azam terus berlari dan
meminta maaf kepada isterinya tetapi yang paling menyedihkan apabila Azam mengetahui anaknya
Azhar telah meninggal dunia disebabkan pendarahan dalam kepalanya. Azam menangis dan berkali-kali
meminta maaf dan ingin bertaubat. Isterinya turut menangis dan bersedih diatas kejadian yang telah
menimpa keluarganya.

MESEJ: Seorang suami yang mengabaikan dirinya dan keluarganya dengan menggunakan kekerasan
kerana terjerumus didalam penyalahgunaan dadah. Namun setelah didalam tahanan penjara, dia
dapat berhijrah merubah dirinya menjadi seorang insan yang lebih baik dan berguna untuk keluarga
dan masyarakat.

Durasi: 15 minit

SKRIP
1 BABAK 01 DI LUAR RUMAH / SIANG

2 WATAK AZAM / FARIDAH / AZHAR / KAPTEN REZZA

#LAMPU OFF
3 VOICEOVER
Drama Pentas ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang hidupnya porak peranda, penuh dengan
kekerasan dalam rumahtangga disebabkan penyalahgunaan dadah. Azam bersama isterinya Faridah
dan anaknya Azhar yang berumur 8 tahun tinggal disebuah rumah teres. Azam yang diharapkan
menjadi ketua keluarga sering melakukan kekerasan terhadap isteri dan anaknya yang hanya mampu
berdiam diri dan menerima siksa kekerasan dari Azam yang kerap terjadi sehingga berbulan-bulan.
#LAMPU ON
4. ARAHAN
Faridah dan anaknya sedang membersihkan halaman rumah.. kemudian Azam datang menghampiri
mereka…

5. AZAM Bah lai, mana tia usin ah? Aku beguna bah ni..Sudah jua ku bagitau!

6. FARIDAH Untuk apa lagi abang beguna usin ani? abis sudah usin ku bah…(dengan nada sedih)

7. AZAM Luan banyak alasan jua kau ani ah!..Ah!!Kan merasa kau lagi kah?? Nah Kau! Nah!
Nah! Nah! apa rasanya! Ah! Puas hatimu! (memukul 4X)

8. AZHAR Pa, jangan pukul mama pa!!..Tolong Pa!!...Kesian mama!!! (sambil menangis)

9. AZAM Kau anak damit apa tau mu!!!... Ah! Kau pun kan mau merasa jua..pukulanku!!! Ah!
Ni nah! ah! Nah! Rasa Tia!..Nah! Nah kau Nah!(memukul kepala 6X)

10. AZHAR Pa, Sakit pa!!! sakit!!!(menangis dan merasa sakit)

11. AZAM Kau pun sama jua ah!!!...Ani mamanya ani..Luan karit inda kan membagi usin..Nah
rasa tia pukulanku ani!!! ah! Rasa Tia! Nah! Nah kau! Nah! Nah! Apa rasanya! Ah! Puas hatimu! (sambil
memukul 5X)

12. AZHAR Sudah Pa…. Sudah (sambil menangis)

13. ARAHAN
Ketika kejadian kekerasan itu sedang berlaku, jirannya Kapten Rezza seorang Juruterbang yang secara
kebetulan hendak keluar berkerja sebenarnya ternampak adegan kekerasan itu dan kali ini telah
sempat membuat rakaman video semasa kejadian itu berlaku. Dia dengan segera cuba
memberhentikan situasi tegang itu namun tegurannya tidak dihiraukan oleh Azam malah dia dicabar
untuk mencuba kekuatan.

14. KAPTEN REZZA Azam..Azam…Ya Allah..Kenapa kan kita?... Bawa beistighfar.. inda kita sayang bini
sama anak kita kah? Jangan pasal usin kita sanggup kan sampai tangan..menyasal kita karang seumur
hidup…

15. AZAM Kau siapa kan beceramah ani???.. ah! Kan mau merasa tumbukanku jua?...Aku
layan ni mun kau mau!!! bah kemari tah!!! diam tia pulang! Eh..Apa liat-liat!!! Baiktah kau uruskan tu
penumpangmu diairport ah..lagi bagus!! Luan-luan Penyibuk kan ikut halku!!..Astah..menantang tia lagi!

16. VOICEOVER
Azam kelihatan marah dan resah kerana tidak mendapat wang. Isteri dan anaknya hanya terduduk
menangis, tidak dapat berbuat apa-apa. Inilah yang mereka terima hampir setiap hari diugut dengan
kekerasan disebabkan Azam ketagihan dadah.

#LAMPU OFF
17. BABAK 02 DI LUAR PERKARANGAN SURAU / SIANG

18. WATAK KAPTEN REZZA / USTAZ HAKEEM / HJ SAID (Ketua Kampong)

19. VOICEOVER
Kapten Rezza singgah ke surau untuk mendirikan solat fardu zuhur sebelum pergi berkerja.

#LAMPU ON
Setibanya disana, kebetulan Ustaz Hakeem dan Haji Said Ketua Kampong juga sedang berbual-bual.
Lalu Kapten Rezza mengambil kesempatan ini untuk memberikan maklumat dan aduan kepada Ketua
Kampong tentang kejadian yang menimpa jirannya itu.

20. KAPTEN REZZA Assalamualaikum Ustaz… Assalamualaikum Tuan Ketua…

21. USTAZ HAKEEM Waalaikumsalam warahmatullah…

22. HAJI SAID Waalaikumsalam warahmatullahhi wabarakatuh…Macam ada hal penting usulnya
kapten ani?

23. KAPTEN REZZA Awu Tuan Ketua, Ustaz…Biskita dangar cerita amba ani dulu, Macamani, kan hari-
hari, kan bebulan-bulan udah amba teliat bah si Azam jiran amba atu mengerjakan bininya sama
anaknya..jarih ditumbuknya bah..inda tia sadar yang dikerjakannya ani anak sama bininya. Gara-gara
ketagihan dadah.. iyatah malar ia minta usin, inda lagi merati ditagur orangnya..sekali amba menagur,
kan dibawanya plang betumbuk.. eh..garam banar hati amba, baik jua amba sampat memvideo, mun
amba inda memikirkan ia atu jiran bah,eh ada amba viralkan kali video ani…banar eh..

24. USTAZ HAKEEM Astaghfirallah Al Azim.. inda pandai beabis dadahnya atu…Amba pun Kapten
masa atu ngam melintas dapan rumahnya, ditumbuknya bah bini sama anaknya ah..mun sudah didapan
mata atu, amba tarus tah sabarkan, duii…dicabarnya tah plang amba betumbuk..Astagfirallah al Azim..

25. HAJI SAID Bukan jua, Kapten tadi membagitau ada memvideo, jangan diviral eh, gunakan saja
nanti untuk bukti amba ke pihak berkenaan. Sebenarnya untuk makluman biskita, memang ada Talian
yang khusus untuk kitani membuat aduan..Mun sudah kitani tau si Azam atu kegiatannya didalam
penyalahgunaan dadah, boleh sudah kitani laporkan ia ke hotline Biro Kawalan Narkotik tu, ani nah
numburnya…sekajap ah..(sambil meliat hp) numburnya 8777444..save tia oleh kamu.. Selain atu, ada jua
Talian lain bagi keluarga yang memerlukan bantuan tertentu..boleh hubungi Talian Kebajikan 141 sama
Talian Anak 121..Alhamdulillah jua kerajaan KDYMM masa ani prihatin kan semua rakyat kitani di Brunei
ani..Bah mun macam atu, amba karang menghubungi BKN lapas kitani solat zuhur bejemaah ani…inda
dapat di biarkan tu eh…

#LAMPU OFF
26. BABAK 03 DI LUAR PERKARANGAN SURAU / SIANG

27. WATAK HJ SAID (Ketua Kampong membuat laporan menerusi telefon)


28. VOICEOVER
Setelah Ketua Kampong menerima aduan dan bukti dari Kapten Rezza, lalu Ketua Kampong pun
menghubungi Biro Kawalan Narkotik dan memberikan maklumat tentang Azam.

#LAMPU ON
HJ SAID Assalamualaikum, saya Haji Said, Ketua Kampong Kastila, Biro Kawalan Narkotik tu?
saya ingin membuat aduan…

29. BABAK 04 DI BAWA KE PENJARA

30. WATAK AZAM

31. VOICEOVER
Setelah itu, Azam pun di tangkap oleh pihak berkenaan dan telah menerima hukuman penjara.

#LAMPU OFF
32. VOICEOVER
Azam dapat merasakan betapa siksanya hidup didalam penjara yang menjadikan hidupnya penuh
dengan sengsara dan kegelapan. Namun Azam terpaksa menerima hukuman diatas perbuatannya
yang telah lalu. Azam baru terfikir bahawa berada di penjara tidak ada keistimewaannya sama sekali.
Menjalani hukuman dapat memberikan Azam lebih banyak berfikir untuk memilih kejalan yang benar.

33. UP SOUND - LAGU USTAZ ABDUSSALAM “ASTAGFIRALLAH” (ambil dari minit 03:42 hingga habis)

34. BABAK 05 DI DALAM RUMAH

35. WATAK FARIDAH / AZHAR

#LAMPU ON
36. ARAHAN
Setelah enam bulan Azam di penjara, hidup Faridah bertambah susah setelah kekerasan yang sering
Azam lakukan yang menimpa diri dan anaknya dahulu. Faridah tidak dapat lagi berdiri dan berjalan,
hanya menggunakan Kursi Roda. Manakala Azhar anaknya juga terpaksa dirawatnya sendiri kerana
menderita kesakitan disebabkan kepalanya yang sudah lama membengkak. Faridah yang tidak
mempunyai keluarga itu terpaksa menyara kehidupan diri dan anaknya. Namun Tuan Haji Said, Ketua
Kampong Kastila seorang yang bertanggung jawab dalam apa jua hal dan masaalah yang menimpa
penduduk kampongnya. Beliau dan Ahli Jawatankuasa Kampong Kastila turut datang menziarahi
Faridah dan Azhar bagi membuat urusan bantuan dari pihak berkenaan setelah Azam didalam
penjara.

#LAMPU OFF
37. VOICEOVER
Semasa keberadaan Azam di penjara dengan menjalani hukuman yang setimpal dengan perbuatannya
yang dahulu telah menjadikan Azam sedar dan menjadikannya seorang yang lebih baik.

38. UP SOUND – LAGU USTAZ ABDUSSALAM “TAUBAT ZIKIR” (dari minit 0:00 hingga 2:31)

#LAMPU masih OFF (semasa lagu taubat Astaghfirallah Rabbal Baroya 4X)
39. ARAHAN
Azam didalam penjara duduk menangis sambil berdoa memohon ampun kehadrat Allah SWT.

#LAMPU ON (semasa lagu taubat..Rabbi Zidni hingga Taubatan Nasuha)

#LAMPU OFF (semasa lagu taubat..Hasbi Rabbi Jallallah hingga Allah Allah Allah
Ya Allah)

40. BABAK 05 DI HALAMAN RUMAH / SIANG

41. WATAK AZAM / FARIDAH / KAPTEN REZZA / USTAZ HAKEEM / HJ SAID (Ketua Kampong)

#LAMPU ON
42. VOICEOVER
Setelah beberapa tahun kemudian, Azam telah pun dibebaskan dari penjara. Dia pun segera berjalan
menuju kerumahnya. Niat pertamanya ialah untuk meminta maaf kepada isteri dan anaknya. Setelah
mendekati rumahnya, dia ternampak Isterinya sedang duduk diatas sebuah kursi roda dikelilingi oleh
Ustaz Hakeem, Kapten Rezza dan Haji Said Ketua Kampong. Dengan rasa dirinya masih berdosa, Azam
berlari dan terus meminta maaf kepada Isterinya…

43. AZAM Lai, Maafkkan Abang lai…Maafkan Abang..Abang bedosa arah kamu lai…(dengan
menangis)..Maafkan Abang lai… Abang bertaubat inda kan membuat lagi…Maafkan Abang
lai…Lai..Maafkan Abang..

44. FARIDAH (menangis) Alai sudah memaafkan kita bang…Alhamdulillah, syukur tah abang sudah sadar
dan mau bertaubat ani…Alai sudah lama memaafkan kita bang…

45. AZAM Terima Kasih Lai…Ya Allah Terima Kasih……(sambil menangis).. Lai, mana anak kitani
Azhar?..Mana ia lai??

46. FARIDAH (menangis) Azhar sudah meninggal bang…

47. AZAM Ah…Ya Allah..Meninggal ia sudah??... Ya Allah!! (terduduk dilantai)

48. FARIDAH Hari ani..kami baru jua lapas membacakan tahlil 40 hari untuknya bang..Maafkan alai
inda membagitau kita..Alai inda mau kita sedih dipenjara atu bang…Azhar mengalami kecederaan
dikepalanya bang…hampir 3 tahun betahan di ICU..(menangis)
Ani nah pesanan untuk kita bang..(memberikan sekeping kertas yang bertulis..)

49. AZAM (menangis sambil membaca dalam hati) Pa..Jauhi tah Dadah pa.. Kesian Mama.. Jaga
tah mama baik-baik.. Minta ampun pada Allah…

50. BABAK 06 DI HALAMAN RUMAH / SIANG

51. WATAK AZAM / FARIDAH / KAPTEN REZZA / USTAZ HAKEEM / HJ SAID (Ketua Kampong)

52. ARAHAN
Azam berdiri lalu memeluk dan bersalaman dengan Hj Said Ketua Kampong, Ustaz Hakeem dan Kapten
Rezza sebagai tanda meminta maaf diatas segala kesalahannya dulu..

53. VOICEOVER
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, mudah-mudahan
kamu beroleh kemenangan.” (Petikan dari Surah An-Nur, ayat 31)

Daripada Anas bin Malik Radiallahhu Anhu, meriwayatkan..Rasullallahi Sallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
“Setiap anak adam itu berdosa, dan sebaik-baik orang yang berdosa itu adalah orang-orang yang
bertaubat.”
(Hadis Riwayat: At-Tarmizi dan Ibnu Majah).

54. ARAHAN
Semua para pelakon berdiri dihadapan

55. VOICEOVER
Demikian tadi Pentas Drama berjudul “Bisikan Hijrah”

Barisan Para Pelakon Seni Kreatif Insan Seni:


Haji Md Yunus HM Salleh, sebagai Azam (suami)
Hajah Karmila binti Haji Sapar@Kris Karmila, sebagai Faridah (isteri)
Rayyan Ar-Rasyid bin Mohammad Raihan, sebagai Azhar (Anak Lelaki)
Rezza Iswady bin Tony sebagai Kapten Rezza
Haji Abdul Hakim bin Hj Rosli sebagai Ustaz Hakeem
Hj Saidrani bin Hj Latip sebagai Ketua Kampong Kastila

Lagu Oleh:
Ustaz Abdussalam

Kelengkapan oleh:
Hj Saidrani, Haziq dan Sahri

Jurukamera oleh:
Sapta Yoga Utama
Penyunting dan Suara Latar oleh:
Hanidi bin Hj Mahmud

Idea, Skrip, Pengarah dan Penerbit:


Haji Md Yunus HM Salleh

Rujukan Tafsir Al-Quran dan Hadis oleh:


Pusat Da’wah Islamiah
Kementerian Hal Ehwal Ugama
Negara Brunei Darussalam

Drama ini disokong oleh:


WavBn, Hadiyul Studio Production, dan HiTune Group of Companies.

Semoga Drama itu tadi akan dapat memberikan pengajaran serta contoh kepada kita semua..
Terima Kasih atas perhatian abiskita… Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

48. TAMAT / CLOSING CREDIT

#LAMPU OFF
Idea & Skrip disediakan oleh HMY@SeniKreatifProduction-Pentarama2023

Untuk PROPS dan PAKAIAN:


BABAK 01 DI LUAR RUMAH / SIANG
WATAK AZAM / FARIDAH / AZHAR / KAPTEN REZZA

PROPS:
Penyapu, Penyiut, Pasu dengan Bunga, Beg dan Handphone Pilot.

PAKAIAN:
Azam – Baju untuk bejalan
Faridah – Baju dirumah
Azhar – Baju dirumah
Kapten Rezza – Baju Pilot

BABAK 02 DI LUAR PERKARANGAN SURAU / SIANG

WATAK KAPTEN REZZA / USTAZ HAKEEM / HJ SAID (Ketua Kampong)

PROPS:
Beg dan Handphone Pilot, Handphone Ketua Kampong dan Ustaz, Tikar dan Stand untuk
menandakan Sebuah Surau, Tikar Sembahyang.

PAKAIAN:
Kapten Rezza – Baju Pilot
Ustaz Hakeem – Jubah dan Sarban
Hj Said – Baju MIB

BABAK 03 DI LUAR PERKARANGAN SURAU / SIANG

WATAK HJ SAID (Ketua Kampong membuat laporan menerusi telefon)

PROPS:
Handphone Ketua Kampong, Tikar dan Stand untuk menandakan Sebuah Surau.

PAKAIAN:
Hj Said – Baju MIB

BABAK 04 DI BAWA KE PENJARA

WATAK AZAM / 2 ORANG PEGAWAI BKN

PROPS:
Gari Tangan dan Tasbih

PAKAIAN:
Azam – Baju Penjara / Topi Haji / Tasbih
Pegawai BKN 1 & 2 – Baju dengan Jaket Hitam dan Cap.

BABAK 05 DI HALAMAN RUMAH / SIANG

WATAK AZAM / FARIDAH / KAPTEN REZZA / USTAZ HAKEEM / HJ SAID (Ketua Kampong)

PROPS:
Wheel Chair & Sekeping Kertas Belipat

PAKAIAN:
Azam – Baju Kurta & Topi Haji
Faridah – Baju Selesai Tahlil
Kapten Rezza – Baju Selesai Tahlil
Ustaz Hakeem – Baju Jubah & Sarban
Hj Said – Baju MIB

BABAK 06 DI HALAMAN RUMAH / SIANG

WATAK AZAM / FARIDAH / KAPTEN REZZA / USTAZ HAKEEM / HJ SAID (Ketua Kampong)

PROPS:
Wheel Chair

PAKAIAN:
Azam – Baju Kurta & Topi Haji
Faridah – Baju Selesai Tahlil
Kapten Rezza – Baju Selesai Tahlil
Ustaz Hakeem – Baju Jubah & Sarban
Hj Said – Baju MIB

Anda mungkin juga menyukai