Anda di halaman 1dari 74

PARIT JAWA by Jamil Mutalib 2nd draft

Jamil Mutalib 3-0-4, Apartment Kenari, Taman Melati, Setapak 53100 Kuala Kumpur. 019-3037873

FADEIN:

EXT. TANAH PERKUBURAN - SIANG Upacara pengkebumian jenazah. Ramai yang hadir.

HUSNI (33 tahun), KAMIL (48 tahun - suami Saniah), JALAL (24 tahun) dan ZAKI (40 tahun- suami Maimun) berada di dalam liang kubur. Jenazah diturunkan penuh cermat dan hemat. Kelihatan yang bertungkus lumus membantu menurunkan jenazah ialah TAHA (45 tahun-suami Samsiah), FADIL, SANI, KURDI dan beberapa orang kampung yang lain. Pak Imam memantau. SANIAH (45 tahun), SAMSIAH (42 tahun) dan MAIMUN (38 tahun) serta Zakiah (30 tahun - isteri Husni) duduk berkumpul sugul di satu sudut. Sedih atas pemergian Arman. Anak-anak Saniah, anak-anak Maimun dan anak-anak Husni juga turut ada. CUT TO: 2 Skrin Muncul perkataan: 5 tahun yang lampau. CUT TO: 3 EXT. RUMAH PUSAKA - SIANG Establish sebuah rumah kampung dan persekitarannya yang menggambarkan di mana kisah ini berlaku. CUT TO: 4 INT. RUMAH PUSAKA - SIANG SAPIAN (70-an tahun) duduk menghadap pintu, nampak tua dan agak uzur. TUMINAH (60-an tahun) datang dari dapur membawa kopi lalu duduk di sisi Sapian. TUMINAH Saya nampak susah kalau salah seorang daripada kita ni pergi dulu, bang. Sapian menghirup kopi. Terbayang kepuasan di wajahnya apabila air kopi yang panas itu melintasi tekaknya. Dia menjeling Tuminah dengan ekor matanya. 4 3 2

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

2. TUMINAH (CONTD) Sekarang ni masih ada lagi saya, bolehlah tengokkan abang, tapi kalau saya dah tak ada esok sapa lah.... SAPIAN (memintas) Rasanya aku yang akan balik dulu, Minah oi. TUMINAH Belum tentu bang. Orang cakap selalunya yang menjaga tu pergi dulu. SAPIAN Siapa dulu, siapa kemudian tu bukan kerja kita. Sampai masa pergilah. Diam seketika. SAPIAN (CONTD) Iyalah ya. Sapa pulak yang nak teman awak kalau aku dah tak ada esok. Yang Arman tu pulak entah bila la nak berbininya. Sampai ke mana hujung hidupnya pun aku tak nampak jalannya dah. Tuminah Ada yang tak kena dengan dia tu, bang. Tahun ni dah cecah 42 umur dia tu. SAPIAN Memang ada yang tak kena, kalau tak, takkan tiba-tiba saja dia putus tunang dengan Kasminah tu. Apalah sangat yang kasminah tu dah buat tu? TUMINAH Kasminah tu elok saja. Saya pernah juga tanya Kasminah apa yang Arman cakap sebab-sebab dia nak putus tunang. Diam. Sapian menoleh ke arah Tuminah. SAPIAN Apa katanya? Sapa? SAPIAN Kasminah lah!
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

TUMINAH

3. TUMINAH Sampai sekarang Kasminah pun tak tahu apa puncanya. SAPIAN Heran, kalau pun tak mahukan Kasminah sebab tak cantik, tak elok kat mata dia, carilah yang lain. Yang cantik, yang comel, yang gebu ramai lagi. Ini senyap terus ja. TUMINAH Jangan-jangan Arman tu ada... SAPIAN (memintas) Erghhh... kalau itu masalahnya, boleh berubat. Kalau nak ikutkan susuk badan, gaya tubuh mustahil Arman tu begitu masalahnya. TUMINAH Kalau itu pun bukan, jadi apa masalahnya? Suka ke jantan ke dia tu? Hish! Tuminah bangun meninggalkan Sapian. CUT TO: 5 EXT. LAUTAN - SIANG 5 SapIAN

Sebuah bot sedang berlabuh, terolang-aleng. Nampak aktiviti awak-awak menaikkan pukat ke atas bot. Ikan-ikan yang melekat pada pukat berkeputihan dan ada yang melentik-lentik mahu membebaskan diri. CUT TO: 6 EXT. ATAS BOT DI LAUTAN - SIANG SAMA 6

Terus kepada ARMAN (42 tahun) yang batuk-batuk kecil. Seorang nelayan. Arman bersama rakan nelayan di atas bot di tengah laut. Mereka bekerja sambil berbual. ARMAN Nak berbini senang, tapi nak berteman tu yang susah. Bukan untuk sehari dua, tapi sampai mati.

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

4. FADIL Man, aku ikhlas nak tahu, aku ikhlas nak tolong. Kau ada masalah errr... itu ke, man? KURDI Hoi, apa punya soalanlah kau ni, fadil. mana mungkin Kang Arman ni ada masalah macam yanhg kau pikir tu. FADIL Aku pun yakin dia memang tak macam tu, tapi aku nak dengar dari mulut dia sendiri. Lepas diaorang putus tunang dulu, Kasminah kecewa gila... bawak diri ke kolumpo. Nasib dia jumpa jodoh di sana, dah beranak pinak dah sekarang ni. Tapi sedara kita ni terus je terlajak... Tak ada masalah ke tu? SANI Kang, saya pun nak tahu jugak. Janganlah nak berahsia sangat sesama kita ni. Mana tau kami dapat tolong... KURDI Ya Man. Cuba untuk pertama kalinya kau buka mulut, apa pasal kau tak mahu kahwin dengan Kasminah? Kenapa tak cari pengganti dia? FADIL Kat darat tu, sebenarnya ramai orang bercakap pasal kau, Man. macam-macam aku dengar, cuma aku tak sampai hati nak panjangkan kepada kau, man. Semua diam menunggu Arman. Masih diam. Arman berfikir. ARMAN Macam aku cakap, cari bini senang, nak cari teman yang tak mudah. FADIL Bukan itu yang kami nak tahu. Dah jenuh sangat kami dengar falsafah kau tu, Man. Soalannya kenapa kau putus dengan Kasminah? Apa sebabnya? Kenapa? Diam lagi. Menunggu jawapan dari Arman yag berfikir mahu menjawabnya atau tidak. Arman membuang pandang ke laut lepas. Kawan-kawannya juga turut memandang ke arah yang Arman pandang. Kemudian serentak menoleh ke arah Arman.
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

5. Semua mata tertumpu pada Arman. Arman menoleh kepada kawankawannya apabila dia sedar situasi jadi amat sunyi. Dia jadi serba salah, rasa macam orang salah di kandang salah. KURDI Tak payahlah kau simpan lagi, man. Arman diam sejurus sebelum menjawab. ARMAN Aku bukan tak suka pada dia, aku cuma tak suka sikap dia. Arman diam. Ynag lain menunggu. ARMAN (CONTD) Dia jenuh desak aku supaya aku tukarkan tanah & rumah pusaka tu kepada nama aku. Itulah sebabnya... puncanya. Itu aku tak suka. SANI Apa sebab dia suruh Kang buat gitu, kang? ARMAN Dia kata adik beradik aku yang lain tak duduk dan tak pernah ambil tahu pasal tanah dan rumah tu. Dia takut lepas kami nikah nanti, tiba-tiba adik adik aku balik tuntut tanah dan rumah tu, jadi mana kami nak duduk. FADIL Tak ada hal lah benda tu. Apaapapun kata putus ada di tangan kau, Man. ARMAN Betul, tapi kalau sebelum kahwin dah nampak belangnya, bayangkan apa akan jadi kalau dah nikah nanti. Aku tak mau pecah adik beradik, bagi aku keluarga paling utama. Itulah sebabnya orang-orang tua kita dulu sangat kawal... sangat menjaga, kalau boleh nak elak anakanak daripada kahwin dengan 'orang luar'. Kawan-kawan angguk faham. CUT TO:

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

6. 7 EXT. RUMAH SANIAH - SIANG SAMA 7

SANIAH (40 tahun) sedang bekerja dengan pohon-pohon bunga di laman rumahnya. Kereta masuk ke porch rumah jiran. Turun ASMAH (35 tahun). Mereka menegur sapa. ASMAH Assalamualaikum, Kak Saniah. Ada pokok bunga baru ke? SANIAH Waalaikummussalam. Mengemaskan yang lama jugak ni ha. Baru sampai dari kampunglah ni ya? Macam mana keadaaan orang tua, Asmah? ASMAH Alhamdulillah dah elok sikit, tapi benda lain pula yang saya risau sekarang ni. Kenapa? ASMAH Selama ni adik saya duduk dengan orang tua saya, sakit pening makan minum ada la orang tolong tengok. Tapi adik saya laki bini pulak dah rancang nak buat rumah sendiri kat tanah yang bapa mertua dia bagi. SANIAH Jauh ke tempatnya? ASMAH Nak kata jauh sangat tu taklah, dalam 8 kilometer saja. SANIAH Kira jauh jugak tu. Ingatkan dalam satu kampung saja. ASMAH Kalau satu kampung tak saya risau, kak. Dah jauh gitu payah lah kalau nak ulang alik pun. Jadi apa-apa kat orang tua tu tengah-tengah malam, tak boleh saya nak bayangkan kak. SANIAH Bila Asmah rancang nak balik duduk di sana tu? ASMAH Diaorang kata tahun depan baru nak mula buat. (MORE)
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

SANIAH

7. ASMAH (CONT'D) Jadi ada la masa setahun dua lagi. Masalahnya orang tua saya dah jadi kalut. Kerja susah hati takut tak ada orang nak temankan dia nanti. SANIAH Kalau kakak pun kakak runsing jugak, Asmah. Orang yang ada kencing manis, ada darah tinggi ni memang bahaya, boleh bawa ke jantung. Jadi apa rancangan Asmah? ASMAH Tulah yang saya dengan suami tengah planing. Kami sajalah nampaknya yang kena balik duduk di rumah tu, temankan dia sampailah dia... Err, Kak Saniah ndak beli kalau kami nak jual rumah ni? Saniah terantak dengan soalan itu. CUT TO: 8 INT. RUMAH PUSAKA - SIANG SAMA Resume scene. Balik kepada Sapian dan Tuminah. Tuminah menghulurkan botol minyak angin kepada Sapian. Sapian membuka dan menyapu minyak angin di perutnya, kemudian ke betis dan mengurut betis itu berlahan-lahan. SAPIAN Kalau dah Arman tu tak boleh nak diharap lagi, Saniah la kot yang boleh jaga kita. TUMINAH Memang harap macam tu lah, tapi itu dulu. Sekarang ni kita tak boleh lagi dah nak bersandar pada si Saniah tu, bang. SAPIAN Aih... kenapa pulak dah tak boleh? Dia pun Tak dah TUMINAH dah jauh, bang. Daerah jawa dia dah makin nipis, makin pudar. lama lagi Saniah ana beranak bukan orang kita lagi. 8

SAPIAN Itulah sebabnya orang kita tak mahu... tak bagi anak-anak kahwin dengan orang luar tu. (MORE)
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

8. SAPIAN (CONT'D) Nak jaga supaya tak jadi macam ni lah. Insyaallah dia akan ingat balik siapa dia, dari mana asal usul dia. Aku yakin dia akan balik, Minah. TUMINAH Harap sajalah bang... SAPIAN Aku pun pernah cakap hal ni dengan Kamil. Takkan Saniah tak mahu dengar cakap suami sendiri... TUMINAH Patutnya macam tulah... CUT TO: 9 INT. RUMAH SANIAH - SIANG SAMA 9

Petang. Bilik tidur. Kamil keluar dari bilik air, lepas mandi. Dia menukar pakaian. Saniah sedang memasukkan pakaian yang yang telah dicuci ke dalam almari. KAMIL Kita dah ada rumah ni, buat apa nak beli lagi? SANIAH Abang ni, beli rumah tak rugi bang. Rumah ni harta bang, bukannya benda pakai buang. KAMIL Saya tak kata pakai buang. Saya tanya buat apa nak beli lagi. Sebelah rumah pulak tu. SANIAH Melaka ni dah jadi tempat kita bang. Anak-anak kita pun, semuanya kad pengenalan 04, bukan 01. Semua dah sayangkan Melaka ni. KAMIL Yalah, tapi apa kena mengena dengan nak beli rumah sebelah ni pulak. Dia orang sayangkan melaka, bukannya sayangkan rumah sebelah ni. SANIAH Kita ada empat orang anak. Semuanya makin besar. Saya ndak anak-anak kita semua nanti tinggal bawah satu bumbung. (MORE)
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

9. SANIAH (CONT'D) Saya ndak sebuah keluarga yang bersatu dan harmoni... yang tak berpisah. KAMIL Kalau dia orang dah berkeluarga takkan nak tinggal di sini jugak? SANIAH Itulah sebabnya nak kena beli rumah sebelah ni. Kita pecah jadikan sebuah. Rumah ni ada 3 bilik. Esok akan jadi 6 bilik. Satu keluarga satu bilik. Masih ada satu bilik kosong, itu kita jadikan bilik tamu. KAMIL Idealistik sangat tu. Realitinya belum tentu. SANIAH Kita cubalah, kan kita yang akan buat bagi jadi realiti atau pun tidak, kecualilah abang memang ada plan lain. KAMIL Tak pikirkan ayah dan mak di Parit Jawa ke? Seniah menoleh melihat Kamil. CUT TO: 10 EXT. JETI PENDARATAN IKAN - EVENING 10

Bot Arman dan rakan-rakan sudah berlabuh di pangkalan. Tongtong ikan dinaikkan. ARMAN Kudri, lepas ni aku tak mahu lagi dengar pasal kisah aku dengan Kasminah tu. Janganlah nak ingatkan aku benda yang dah lepas. Sakit! Kudri melihat Arman. Kemudian menoleh melihat Fadil dan Sani. Arman juga menoleh ke arah Fadil dan Sani. ARMAN (CONTD) Boleh Fadil? Sani? Fadil dan Sani memberikan isyarat tanya ya. CUT TO:

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

10. 11 INT. RUMAH PUSAKA - MALAM 11

Tuminah dan Sapian dalam kelambu. Tuminah menepuk-nepuk bantal sebelum meletakkannya ke tempat Sapian akan baring. Sapian merebahkan badannya. Tuminah menepuk pula bantalnya. TUMINAH Kalau adapun yang boleh kita harap balik jaga rumah ni, selain Arman, saya nampak Samsiah atau Husni saja bang. SAPIAN Sebab dia berdua saja yang masih tinggal di tanah Johor ni, gitu? Tuminah angguk. TUMINAH Samsiah dan Husni saja yang masih dekat jawanya. Arman? TUMINAH Arman janganlah dikira. Memang tak ke mana jawanya tu. Yang kita sembangkan ni siapa yang boleh balik duduk kat rumah ni. SAPIAN Antara berdua tu, Husni yang paling mudah kalau nak balik duduk di sini, dia di Muar saja. Samsiah mungkin payah la sikit, kat Pontian sana. TUMINAH Kalau gitu kita ajak sajalah Husni balik ke sini. SAPIAN Ajak boleh, tapi boleh ke Husni bawak anak bini duduk sebumbung kalau Arman masih tinggal kat rumah ni? CUT TO: 12 INT. RUMAH SAMSIAH - SIANG 12 SAPIAN

SAMSIAH (37 tahun) dan HUSNI (33 tahun). Kedua-duanya berbincang tentang rancangan membesarkan perniagaan masingmasing di ruang tamu.

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

11. HUSNI Bapak tu nampaknya makin tak kuat dah, Kak. SAMSIAH Aku ni nak jugak balik, tapi kalau balik takkan la nak balik satu hari saja. Paling kurang pun mau dua tiga hari. Tapi kalau dah dua tiga hari kat sana, ganggu pulak kerja kat sini. Menjerit orang nanti. Kau balik jenguk ke tak? HUSNI Sekali sekala ada. Aku pun sama jugak kak... sibuk hantar barang sana sini. Kat rumah pun sekejapsekejap saja sampai masa dengan anak-anak pun dah kurang sangat. SAMSIAH Habis dah kau tu pengedar barangbarang, memang gitulah. Nak maju, nak berjaya kena la macam tu. Ha, kau kata ada benda nak bincang, apa kebendanya? HUSNI Yang kita bincang dulu tu la... pasal nak luaskan pasaran tempe kau tu. Sambil hantar barang aku ada la risik,risik... tanya-tanyakan, dah ada pemborong yang ndak, tau. SAMSIAH Baguslah tu. Bila diaorang mau? HUSNI Bila-bila masa, kak. Kita bersedia saja kita hantar dia orang terima. SAMSIAH Berapa banyak diaorang ndak? HUSNI Ikut mampu kita, kak, dia orang ambik saja berapa yang kita bagi. SAMSIAH Bagus sangat tu... HUSNI Kita hantar seminggu sekali. Cuma satu saja... kau nak kena la bagi kredit. SAMSIAH Hutang? Berapa lama hutang?
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

12. Husni angguk. HUSNI 21 hari. Bayaran dia kira tukar bil. Kita hantar barang baru, diaorang bayar bil lama. SAMSIAH Kau kata hantar seminggu sekali, maknanya 7 hari, ini kena 21 hari, macam mana kau kira? HUSNI Memang la dekat diaorang 7 hari, tapi dia orang bayar guna cek. Nak kena masuk ke bank pun ambil masa 3, 4 hari jugak tu. Lepas tu bank pun ambik masa paling kurang pun 3 hari. Dah jadi dua minggu. Aku pulak nak bayar kat kau... gedebukgedebak kita ambik la satu minggu lagi. SAMSIAH Tiga minggu tu lama sangat tu, Husni. Tempe ni hari-hari orang guna, orang makan, kena ada modal pusing hari-hari. Nak buat untuk Pontian ni pun tak cukup modal, ini pulak untuk semua daerah. HUSNI Kau jugak yang kata nak berjaya, nak maju kena berkorban... Kak, kau ada simpan duit kan? aku tahu. SAMSIAH Memang ada aku simpan, tapi itu dah ada rancangannya. Aku nak tambah produk lain. Tak mahulah takat tempe saja. HUSNI Ini peluang bagus ni kak. Kau laburlah dulu dalam tempe ni, nanti dapat untung berganda bolehlah guna untuk buat produk lain tu. SAMSIAH Macam nilah Husni. Apa kata kau cari modal, aku buat berapa banyak tempe pun kau ndak. Kau beli saja barang-barang mentah, aku siapkan. Kau bayar upah buat pun tak apa. HUSNI Mana aku nak cari modal?

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

13. SAMSIAH Cubalah kau tanya Maimun. Pinjam kat dia. Kalau tak pun ajak dia kongsi. Dia keluar duit, kau keluar tenaga. Hai... macam tu pun dah tak boleh nak pikir. Husni berfikir. CUT TO: 13 INT. RUMAH MAIMUN - SIANG SAMA MAIMUN (33 tahun), sedang melayani panggilan telefon dari Husni. MAIMUN Boleh, tapi berapa persen kau nak bagi kat aku? HUSNI Lima puluh lima puluh la. Kau keluar modal, aku jalankan. Kau tunggu ambik untung saja. MAIMUN Tapi apasal banyak sangat nak kena modal tu. Bahan-bahan nak buat tempe bukanlah mahal sangat pun. HUSNI Barang-barang nak buat tempe memang tak mahal, tapi van aku ni tak boleh nak lasak sangat dah. Nak kena tukar van yang baru sikit. MAIMUN Van tu elok lagi apa.. HUSNI Elok luar ja. Isi perutnya dah uzur. Kau bayangkanlah nak pusing satu Johor tiap hari. Silap tersadai tengah jalan, lagi rugi. MAIMUN Kau tak tanya Kak Saniah sama ke? Mungkin dia nak melabur. HUSNI Kak Saniah? MAIMUN Kau cal la dia... CUT TO: 13

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

14. 14 INT. VAN - SIANG 14

Husni yang baru balik dari Pontian sedang memandu vannya. Dia bercakap menerusi hand free telefon bimbitnya. HUSNI (memintas) Cikgu ni payah sikit nak cerita babbab niaga ni, mun. Dulu aku pernah ajak, banyak sangat tanyanya. Kalah nak pinjam bank. MAIMUN Iyalah... nak keluar duit memang la kena banyak tanya. HUSNI Tu lah sebabnya aku ajak kau saja. Kau laki bini paham pasal berniaga. Kau tahu risiko untung rugi berniaga. Sekarang ni kita kira nak bangunkan adik beradik ni, Mun. Kau ada modal, aku buat sales, Samsiah buat barang. Kalau jadi, semua senang. MAIMUN Yalah, nanti aku bincangkan dengan abang Zaki. Tapi kalau aku ndak share 60%, boleh? HUSNI Kita bincanglah nanti, janji setuju nak buat dulu. Peluang tengah ada ni nak kena cepat rebut. MAIMUN Okaylah, apa-apa nanti aku cal kau. HUSNI Orait! Lagi satu, aku mungkin akan ke KL minggu akan datang ni, ada nak jumpa orang pasal bisnes jugaklah. MAIMUN Nanti singgahlah kalau datang. HUSNI Mestilah... aku mesti singgah nanti. CUT TO:

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

15. 15 EXT. POKOK DURIAN BELAKANG RUMAH - DAY Tuminah dan Sapian. Mereka membersihkan sekitar kawasan. Sekadar nak keluarkan peluh. Perlahan saja kerja mereka. Kemudian duduk berehat. TUMINAH Dalam semua anak-anak kita, saya paling hairan Maimun. Saya pun tak tahu dia ni turun dari susur galur nenek moyang yang mana. Paling rajin, paling semangat, paling kental. Sapian diam saja mendengar. Tuminah menung seketika. Mengenang. TUMINAH (CONTD) Juga paling tak mau mengalah pun dialah. Apa-apapun ndak dia yang lebih. Tak mahu di belakang, di depan saja hendak dia. SAPIAN Yang suka menunjuk-nunjuk pun dialah juga. Itulah sebabnya tak pernah mahu mengalah. Mahu saja tunjuk senang, tunjuk mewah, banyak duit, tapi aku tahu banyak jugak masalah tu. Hutang keliling jugak. TUMINAH Kita doakan sajalah bang. Mudahmudahan elok. SAPIAN Mak bapak ni tak pernah tak doa untuk anak-anak, tapi diaorang sendiri tu doa ke tidak untuk diri sendiri. Urgh, kalau dah arah kiblat pun tak tahu, bila masa nak doanya. TUMINAH Yang itupun kita doakanlah jugak. Sapian menoleh ke arah Tuminah. Dia berfikir. Dalam benaknya dia fikir di mana salah asuhannya hingga anak-anak lebih memikirkan dunia hingga mengabaikan akhirat. CUT TO: 16 INT. RUMAH MAIMUN - SIANG 16 15

Ruang makan. ZAKI (35 tahun) dan Maimun serta dua anak mereka sedang makan.

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

16. ZAKI Mana ada duit nak bagi kat dia. Senang-senang ja minta, macam la kita ni bank. MAIMUN Bukan nak bagi saja. Kita melabur, jadi share partner. ZAKI Mun, bisnes tempe ni berapa sangat la untungnya. Nama pun tempe, untung pun tempel je la. MAIMUN Bang, tempel pun tempel lah, janji dapat duit. Goyang kaki saja kita, bukannya nak kena buat kerja pun. Satu lagi... jangan nak hina tempe ya. Anak-anak jawa semuanya jadi pandai sebab makan tempe, tau. Banyak protin dan mineral tu, ingat lekeh sangat ke. ZAKI Abang bukan hina tempe, tapi berapa la sangat untung buat tempe tu. Sensen saja. MAIMUN Memang la sen-sen, tapi kalau dah dapat jual juta-juta sen, jadi ratus ribu jugak nanti. ZAKI Masalahnya sekarang ni kita memang tak ada duit nak labur dengan bang Husni tu. MAIMUN Kan baru dapat payment minggu lepas. Takkan dah habis? Mana pergi? ZAKI Ada la kat dalam bank tu, tapi tak ingat ke yang kita tengah nak lobi jadi sub-kontraktor buat jalan kampung tu. Nak pakai duit itu lah. MAIMUN Belum dapat pun lagi, bang. Apa nak pakai duitnya kalau nak dapat ke tidak pun belum tentu. ZAKI Sebab belum tentu dapatlah nak kena pakai duit. (MORE)
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

17. ZAKI (CONT'D) Nak kena hulur jugak kat orang yang nak adjust tu. Projek tu ramai yang ndak, tau... dok beratur saja. Lambat melepaslah. MAIMUN Habis tu memang tak dapatlah nak tolong bang Husni tu? Zaki angguk. CUT TO: 17 INT. RUMAH PUSAKA - SIANG 17

JALAL (19 tahun), anak keenam - anak bongsu Sapian dan Tuminah yang sedang belajar di Universiti Malaya balik. Dia menyalami dan menyantuni Sapian dan Tuminah. TUMINAH Baru saja balik, ni dah balik lagi. Cuti ke apa ni? JALAL Cuti hujung minggu saja. Kebetulan tak ada kelas, balik la. SAPIAN Buat apa kerap sangat balik. Buang duit saja kau ni, jalal. JALAL Balik nak tengok ayah lah. Tak senang hatilah duduk di sana asyik dok pikir pasal ayah ja. TUMINAH Kalau kau dok ulang alik macam ni, mak ngan ayah pun jadi susah hati jugak. Masa mana nak belajar kalau memanjang atas bas saja. JALAL Atas bas kan boleh baca buku. Orang bukannya bawak bas pun, mak. (seloroh) Orang pakai drebarlah... Orang nak ke jeti jap ni. SAPIAN Aaii... kata balik nak tengok ayah, belum duduk dah nak ke jeti. Tengok ayah apa kenamanya lagu itu. Jalal membelek ayahnya kiri kanan atas bawah. Bergurau.

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

18. JALAL (seloroh) Okay, dah tengok pun. Semuanya okay. Tuminah senyum senang dengan gelagat Jalal. Begitu juga Sapian. Jalal keluar. SAPIAN Rasanya Jalal nilah saja yang boleh kita harapkan nak jaga tanah dan rumah ni pun, Minah. TUMINAH Ergh... budak tu muda sangat lagi. Baru masuk universiti... jauh sangat lagi jalan dia tu, bang oi. Mana ada masanya dia nak tengok semua ni. Semenyara kita ada lagi ni baliklah dia, cuba kita dah tak ada. Sapian merenung. Kemudian senyum senang. SAPIAN Harap dapatlah dia berjaya.. Tak sempat mengubat kita pun tak apa, asalkan dia jadi doktor pejam mata rapat aku ni. CUT TO: 18 EXT. JETI PENDARATAN IKAN - MOMENTS LATER Jalal duduk di bangku bersama Wak Deris. Bersembang. WAK DERIS Aku bangga dengan kau ni, Jalal. Betul-betul anak yang sejuk. Tak macam budak-budak sekrang ni. JALAL Budak yang sejuk? Wak Deris ni, macam la saya ni reptelia pulak. Reptelia? JALAL Err... Apa maksud wak kata saya budak sejuk tu, wak? WAK DERIS Utamakan ibu bapa, hormat orang tua, ikut cakap, patuh agama, sayangkan keluarga, lembuttt saja bila bercakap. Sejuk orang melihat.
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

18

WAK DERIS

19. Jalal hanya senyum mendengar pujian Wak Deris. WAK DERIS (CONTD) Bapa kau selalu sangat cakap pasal kau. Pantang jumpa aku, mesti ada saja hal-hal kau yang dikisahkan. Kau tahu apa tandanya tu? Jalal menggeleng. Senyum manis menyenangkan. WAK DERIS (CONTD) Tanda dia sangat senang, sangat puas hati dengan kau. Paling dia seronok bila kau ambik kursus nak jadi doktor. Seminggu dia belanja aku minum, tau. Jalal senyum senang. JALAL Memang saya ambik kursus tu kerana dia... sebab dia yang sungguhsungguh nak tengok saya jadi doktor. WAK DERIS Walaupun minat kau, kemahuan kau lain kan? Jalal melihat Wak Deris. Hairan kerana orang tua itu tahu apa yang ada dalam dirinya. JALAL Bapa cakap gitu pada wak? Wak Deris angguk. WAK DERIS Itulah yang buatkan dia sangat bangga. Kata dia, darah kau darah anak Jawa sejati. Sentiasa patuh pada kehendak orang tua. Err... kalau bukan doktor, apa kau nak jadi sebenarnya? JALAL Saya suka melukis wak. Nak jadi pelukis lah. WAK DERIS Kalau gitu lukis sajalah! Tak salah kan kalau doktor melukis? Jalal lihat Wak Deris. Mereka bertentangan mata seketika. Jalal angguk. Wak Deris senyum.

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

20. JALAL Memang itulah yang saya lakukan, Wak. Itulah sebabnya saya suka sangat balik ke sini. Tiap kali balik, saya tak akan jemu nak lukis burung botak. Wak Deris senyum. CUT TO: 19 EXT. JETI PENDARATAN IKAN - EVENING Reseume Scene: Jalal di Jeti. Tidak lama dia menunggu, bot Arman sampai. Rakan-rakan Arman menegur Jalal. Arman datang. Jalal menyalami dan menciumi tangan Arman yang terus duduk di sisinya. ARMAN Bila sampai? Baru je. ARMAN Dah jumpa ayah? Jalal angguk. ARMAN (CONTD) Macam mana keadaan dia? JALAL Saya terus ke sini pun sebab nak tanya abang keadaan ayah, abang tanya saya pulak. ARMAN Kau kan bakal doktor, tentu kau boleh tengok macam mana keadaan dia. JALAL Saya ni baru tahun satu bang. Banyak mana sangatlah ilmu yang sempat saya kaut. Lain la... ARMAN (pintas) Ayah tu macam tulah jugak keadaan dia. Bila suruh makan ubat, kata dia, kalau nak mati, mati jugak. Makan ubat ka tak makan ubat, bila malaikat maut jemput, wajib kena ikut.
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

19

JALAL

21. JALAL Tentang ayah tu saya sebenarnya dah tak risau sangat, bang. Saya lebih risaukan mak. Arman melihat Jalal tidak mengerti. JALAL (CONTD) Ayah tu macam kata dia la, tunggu malaikat maut datang jemput saja. Sementara malaikat maut nak sampai, ada orang yang temankan dia. Tapi mak tu, bila ayah dah pergi, sapa pulak yang nak temankan dia. ARMAN Selagi aku ada kat sini, aku tak akan tinggalkan mak. Akulah teman dia, sampai dia pulak pergi. JALAL Betul. Tapi abang kan nak kena ke laut. Bukannya tiap waktu ada di rumah. banyak masa mak akan tinggal sorang-sorang. ARMAN Bukannya lama pun aku ke laut... JALAL Memang tak lama, tapi mak tetap akan sorang-sorang. Masa dia duduk sorang-sorang tu la yang dirisaukan tu. Dah lebih suku abad mak ngan ayah berteman, jadi bila ayah dah tak ada, macam-macam boleh datang bang. sindrom murung paling bahaya tu. ARMAN Habis tu apa nak buat? Takkan aku nak duduk rumah 24 jam saja. Jalal senyum. JALAL Abang kahwin saja lah, habis cerita. ARMAN Aaaiiii, cakap senang la, duduk nanti bukan senang dik oi. JALAL Apa yang susahnya?

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

22. ARMAN Kalau bini aku tu nanti tak boleh nak serasi dengan mak, lagi mampus. bukan senang orang luar nak serasi dengan orang tua ni, Jalal. JALAL Habis tu takkan nak biarkan macam tu saja. ARMAN Kita tunggu... tengoklah nanti macam mana. Sementara ni kita ikut sajalah. Allah yang mengaturnya. Jalal angguk. Senyum. Dan ada riak terharu di wajahnya. Arman melihat Jalal dengan bangga. Dia memeluk bahu Jalal yang duduk di sebelahnya itu. CUT TO: 20 EXT. JALAN DI KL - SIANG Kereta Zaki berhenti di tepi jalan dihalang oleh kereta tukang kutip hutang Ah Long. ZAKI Memang aku ada duit, tapi tak banyak. Aku nak guna duit tu untuk pusing dulu... ada satu projek baru yang boleh dapat banyak untung ni. Nanti bila dapat payment projek tu, boleh la aku bayar semua sekali hutang tu. KUNCU ALONG 1 Bang, kami ni dapat arahan kutip hutang saja, bang. Jadi kami nak la duit tu. Itu saja. ZAKI Aku tahu, tapi bagi tau la kat boss apa yang aku rancang ni. KUNCU ALONG 2 Macam ni la bang. Abang kata abang ada duit sikit, kan. Abang bagi saja la duit yang sikit tu. Jadi hutang lama tak bertimbun dengan bunga, bang. Nanti abang datang jumpa boss, minta tambah modal. Ni nasihat saya bang. ZAKI Okaylah... nanti aku datang jumpa boss. Aku bincang dengan dia. 20

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

23. KUNCU ALONG 1 Bagus tu, bang. Boss tentu boleh tolong abang kalau abang jumpa dia. ZAKI Orait, aku pergi dulu. Ada janji nak jumpa orang pasal projek baru tu. Lepas jumpa orang tu, aku telefon boss. Zaki hendak bergerak, tapi enjin keretanya dimatikan. Kuncinya dicabut. Zaki terpempan. KUNCU ALONG 1 Duit tu kena bagi dulu bang. Kami pun kena tunjuk bukti yang kami dah buat kerja. Apa pulak kata boss kalau kami balik kosong. Zaki merengus. Dia kemudian mengeluarkan buku cek. KUNCU ALONG 2 Cash bang. Payahlah cek ni. Zaki melihat mereka. Marah pun ada. ZAKI Mana ada cash! KUNCU ALONG 2 Macam nilah. Jom kita sama-sama pergi bank. Kami tunggu abang cashkan duit tu. Boleh bang? Semua orang senang, bang. CUT TO: 21 INT. MIMPI - MALAM 21

Sapian bermimpi dia sedang bertegang dengan MANSOR (50-an). Sapian hulurkan wang, tapi Mansor enggan menerima. Sapian bengang terus hulurkan segumpal wang. Mansor menggoyanggoyangkan tangannya tanda tidak cukup. CUT TO: 22 INT. RUMAH PUSAKA - MALAM Tuminah terjaga dari tidur apabila lenanya tergangu oleh Sapian yang mengeluarkan bunyi yang aneh. Dia menjenguk Sapian, suaminya itu tidur. CUT TO: 22

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

24. 23 INT. MIMPI - MALAM Resume mimpi. Sapian marah. SAPIAN (jerit) Munafik! CUT TO: 24 INT. RUMAH PUSAKA - MALAM Resume Tuminah. Sebaik Tuminah mahu merebahkan semula dirinya, tiba-tiba Sapian menjerit. CUT TO: 25 INT. TEMPAT TIDUR ARMAN / JALAL - MALAM SAMA 25 24 23

Arman terbangun dari tidur akibat jeritan Sapian. Dia lihat Jalal. Disangkanya Jalal yang menjerit. Namun Jalal terus nyenyak. Hanya dengkuran kecil yang kedengaran darinya. CUT TO: 26 INT. TEMPAT TIDUR SAPIAN/TUMINAH - MALAM SAMA Resume scene Tuminah. Tuminah melihat Sapian yang masih mengigau. Sapian pula menggawang-gawang tangan. TUMINAH Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad... Perlahan dan penuh hemah Tuminah mengejutkan Sapian. Arman muncul. Wajahnya curiga. ARMAN Kenapa mak? TUMINAH Mengingau.. Sapian terjaga. Sapian istigfar panjang. SAPIAN Agtagfirullah hal azim.... 26

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

25. Arman beredar, tapi dengan fikiran yang risau. CUT TO: 27 INT. RUMAH PUSAKA - SIANG Tuminah membantu Sapian makan sarapan. SAPIAN Aku mimpi Mansor datang... TUMINAH (pintas) Kata pun mimpi. Hang Tuah pun boleh datang dalam mimpi ni, bang oi. Apa lah yang nak diherankan... SAPIAN Mansor datang bagi tau dia tak mahu bagi balik. Apa pasal pulak dia tak mahu bagi balik? TUMINAH Mimpi ni setan pun boleh mainkan kita... Sapian beristigfar. SAPIAN Astagfirullah hal azim... TUMINAH Janji dengan dia dulu kan abang nak ambik balik walau apa jadipun, kan? Diam seketika sambil menikmati sarapan, tapi tidak fokus pada makanan. SAPIAN Kalaulah aku masih muda, masih ada kederat tentu dah dapat aku ambik balik geran tu. TUMINAH Tak guna nak berkalau-kalau lagi. Benda dah berlaku dan mungkin tak akan jadi rezeki kita lagi. Biarkan sajalah. SAPIAN Kalau aku mati, kau janji ambil balik tanah tu, Minah. Tuminah angguk. 27

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

26. Tuminah tahu Sapian tak akan makan dengan cakap-cakapnya. CUT TO: 28 INT. RUMAH PUSAKA - MALAM Makan malam. Sapian dan Arman sudah sedia menunggu di meja makan. Jalal pula membantu Tuminah menghidang. ARMAN Kenapa sekarang baru terlintas ayah nak bagi tahu perkara ni? SAPIAN Aku ni dah tak lama, Arman. Tunggu masa saja ni. Jadi sebelum aku pergi, aku nak kau tahu kedudukan benda ni. ARMAN Susah-susah sangat, kita minta tolong saja kat semua anak-anak ayahlah. Kumpul sorang sikit... SAPIAN Tak boleh gaya itu, Arman. Bukan macam tu caranya. Aku yang mulakan, akulah yang kena habiskan, kena selesaikan. TUMINAH (menyampuk) Duit tu pun dulu untuk besarkan diaorang, untuk sekolah diaorang. apa salahnya kalau... SAPIAN (pintas) Itu tanggungjawab aku, kewajipan seorang bapa. Kalau minta balik, maknanya tak ikhlas. ARMAN Kalau ayah dah tak ada esok. Dan kalau mak pun tak sempat nak ambik balik, kami anak-anak jugak yang kena selesaikannya. Jadi apa salahnya sekarang ni kita pakatpakat ambik balik. SAPIAN Aku tak sanggup, aku tak mahu. Bila aku mati esok, kau nak buat macam mana pun buatlah, tapi bukan depan mata aku. 28

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

27. ARMAN Yalah. Kalau sudah macam tu kata ayah, saya ikut sajalah. Mereka terus makan. CUT TO: 29 EXT. BANDARAYA KUALA LUMPUR - SIANG Establish bandaraya kuala lumpur. CUT TO: 30 INT. CAFE - SIANG Dari seorang pelayan yang meletakkan kopi di atas kaunter, kelihatan Husni bersama kawan lamanya, Rizal. RIZAL Aku minta maaf sebab terpaksa panggil kau naik ke KL kali ni. Aku memang tak boleh nak turun ke Muar sekarang ni. HUSNI Eh, apa pulak nak mintak maafnya. Tak ada apa-apalah, ini kan bisnes, Rizal. RIZAL Macam yang aku cakap kat kau, projek nak import makanan ringan tradisional kampung tu Insyaallah akan jadi. Lambat cepat bergantung kepada kita saja, Husni. HUSNI Bergantung pada kita macam mana pulak tu? RIZAL Barang lah! Kalau kita sanggup bekalkan barang, semuanya selesai. Dia orang nak tengok keupayaan kita saja. HUSNI Macam aku cakaplah, barang tak ada masalah. Aku kenal semua orang yang buat produk-produk tu. RIZAL Kalau macam tu baguslah. Berapa kau sanggup keluar modal untuk nak mula?
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

29

30

28. Husni terdiam. Mereka berpandangan. CUT TO: 31 INT. RUMAH MAIMUN - SIANG SAMA 31

Husni berbual dengan Zaki dan Maimun akan peluang yang sedang diterokainya. Dia kata dia tak ada modal kalau rancangan itu berjalan. Zaki kata ada banyak lubang nak dapatkan modal. Pertama skim yang kerajaan wujudkan, kedua skim oleh bank dan ketiga skim oleh Ahlong. Yang paling bagus ialah ada tanah. HUSNI Ini peluang paling besar pernah aku dapat. Peluang aku nak capai citacita aku ni, Mun. MAIMUN Ini tak sama kan dengan rancangan yang kau nak buat dengan kak Samsiah tu, kan? HUSNI Ya, ini lain, yang hari tu nak luaskan pasaran tempe dia ke seluruh johor, tapi yang ini aku boleh jugak masukkan dia sebagai pembekal nanti. Dia pun memang rancang nak tambah produk lain selain tempe dia tu. ZAKI Cuma modal lah saja yang jadi masalah kau sekarang ni, ya? Husni angguk. MAIMUN Apa rancangan kau nak dapatkan duit tu? Husni geleng. ZAKI Ada tiga cara nak dapatkan modal berniaga ni. Pertama carilah skim atau dana yang kerajaan buat. Kedua cari ahlong dan ketiga pinjam bank. Kalau ada tanah, pinjam dari bank yang paling bagus. Ada ke tanah nak sandar ke bank? HUSNI Satahu aku, tanah tapak rumah pusaka tulah saja yang ada.

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

29. MAIMUN Jangan haraplah nak guna tanah untuk buat cagaran selagi ayah ada. HUSNI Memang nak langkah mayat dia dulu lah. ZAKI Apa susah, kau pujuklah bang Arman supaya slow talk ngan ayah. Diaorang kan kamcheng. Husni melihat Zaki. Dia senyum dan angguk. CUT TO: 32 EXT. LAUTAN - SIANG SAMA 32

Arman dan rakan-rakan sedang bekerja di atas bot. Tiba-tiba Arman tergelincir dan jatuh ke laut. CUT TO: 33 INT. PEJABAT SEKOLAH - SIANG SAMA Saniah di pejabat sekolah. Semua yang ada di situ simpati. Meminta dia banyak bersabar. PENGETUA Baliklah dulu, borang cuti tu boleh isi bila semuanya dah selesai nanti. Sabarlah banyak-banyak ya, cikgu. Saniah cuma mampu mengangguk. Saniah menelefon. CUT TO: 34 INT. RUMAH MAIMUN - DAY Maimun menjawab telefon. MAIMUN Dah... dah tahu. (pause) Ha ah Husni memang ada kat sini tadi, dia dah pergi ambil Jalal kat UM sana. (pause) Dah siap dah ni, tunggu abang Zaki pergi jemput anak-anak kat sekolah. (pause) Yalah, Insyaallah. Kak Saniah pun sama jugak, hati-hati tau. 34 33

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

30. Maimun mematikan panggilan. CUT TO: 35 INT. RUMAH PUSAKA - MALAM Montaj: Majlis tahlil sedang berlangsung. Ramai penduduk kampung datang termasuklah MANSOR (65 tahun), yang duduk selang tiga dari PAK IMAM. Selesai bertahlil, jamuan nasi ambang dihidangkan. Jalal, Husni, Zaki sibuk melayani mana yang tidak cukup. Tetamu yang datang menikmatinya dengan penuh syukur. Di dapur, kaum wanita juga turut sama sibuk. Hilang seketika kesedihan seisi keluarga dek keramaian itu. CUT TO: 36 EXT. RUMAH PUSAKA - MALAM Halaman Rumah. Tetamu yang hadir untuk majlis tahlil pertama beransur pulang. Di satu sudut, Zaki dan Kamil sedang berbual dengan 3 orang tetamu. Mansor, sebelum pulang bertemu Arman. MANSOR Man, bila kau senang nanti kau datang rumah aku boleh? ARMAN Insyaallah... MANSOR Jangan tak datang. Ada benda penting yang nak kena kita bincang. Arman angguk. MANSOR (CONTD) (menekankan lagi) Hurrgh! Arman angguk lagi. MANSOR (CONTD) Aku jalan dulu... Mansor bergerak ke arah mootosikalnya.
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

35

36

31. ARMAN Err... Pak Mansor! Mansor berhenti, menoleh. ARMAN (CONTD) (memastikannya) Pasal tanah ni ke? Mansor terkejut sedikit. MANSOR Ha,ah... rupanya arwah dah bagi tahu kat kau lah ya? Aman angguk. MANSOR (CONTD) Elok sangatlah kau dah tahu, jadi tak la susah kita nak sembang nanti. Aku balik dulu ye. Assalamualaikum. ARMAN Waalaikummussalam. Mansor beredar dengan motosikalnya. Arman melihat hinggalah motosikal itu hilang. CUT TO: 37 INT. RUMAH PUSAKA - MOMENTS LATER 37

Semua tetamu sudah pulang. Saniah, Samsiah, Maimun, Husni dan Jalal berkumpul di ruang tengah. Tuminah duduk di satu sudut, nampak kecewa dan sedih. TUMINAH Semua dah nak balik jugak esok ni? Takkan tak boleh nak tunggu sehari dua lagi, kalau pun tak boleh tunggu sampai hari tujuh. Arman naik. Tidak ada yang sedar. Arman berdiri diam memerhati. HUSNI Aku ni nak kena hantar barang yang dah janji dengan orang. Patutnya hari ni hantar. Memang tak boleh nak tunggu lama kat sini.

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

32. SAMSIAH Nanti kami datang balik la mak. Tempe yang orang dah tempah tu wajib nak kena buat, kalau tak mengaruk diaorang. Mun, kau tunggulah dulu, jangan balik lagi. Maimun serba salah. MAIMUN Errr... Mun ni memang la tak ada kerja, tapi anak-anak tu tengah periksa sekarang ni. SANIAH Kalau macam tu biarlah budak-budak tu balik dulu dengan Zaki. Kau tunggu sini. Takkan nak biarkan bang Arman dengan Jalal saja yang temankan mak. MAIMUN Tengoklah.. Nanti Mun bincang duu dengan abang Zaki. Kak Saniah pun tak kan tak boleh ambik cuti sari dua lagi? SANIAH Aku ni ada kursus lusa kat PD. Kursus penting tu, ada peluang naik pangkat. Kalau terlepas yang ini, tahun depan baru boleh apply pulak. Jadi nak kena la balik siapa itu ini dulu sebelum pergi. Arman yang sejak awak hanya memerhati bersuara. ARMAN Heran aku macam mana kau orang semua sanggup utamakan kepentingan sendiri daripada hal keluarga. Dalam suasana macam ni kamu sanggup nak tinggalkan mak. Apa punya anak kamu semuanya ni, hah!? TUMINAH (memintas perlahan, sayu) Tak apalah, Man. Dah masing-masing ada kerja, apa nak buat. Baliklah, tapi jangan lupa balik semula nanti macam yang kau orang janjikan tu. ARMAN (tegas) Inilah masalahnya mak, terlalu sangat berlembut sampai dia orang dah tak boleh nak pikir mana yang patut diutamakan... (MORE)
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

33. ARMAN (CONT'D) semuanya pikirkan duit ringgit saja. Yang kau ni Husni, kau tinggal kat Muar saja, bukannya jauh sangat pun, apa yang nak kalutkan sangat. Tak tahulah apa nak jadi nanti kalau mak pun dah tak ada! Tuminah sedih. Jalal hanya menjadi pemerhati. Dia juga turut kecewa dengan tindak-tanduk Husni, Shamsiah, Saniah dan Maimun. CUT TO: 38 EXT. RUMAH PUSAKA - AWAL PAGI 38

Kereta yang akan membawa keluarga Saniah, Shamsiah dan Maimun sudah bersiap sedia. Mereka bersalaman. Tuminah masih sugul. Semua ada kecuali Arman. HUSNI Aku dengan Zakiah dah bincang, kami tunggu sehari lagi, esok baru balik. Rasanya kerja aku tu bolehlah aku tangguh sampai lusa. SANIAH Bang Arman tu pun takkan tak boleh nak paham masalah kita. Aku kalau kerja sendiri tak apa, bolehlah tunggu. Susahlah! MAIMUN (beralasan) Alaa kak, nak buat macam mana. Dah memang tak boleh nak tunggu. Mun memang nak tunggu, tapi budak-budak ni yang merengek minta Mun ikut sama. Anak perempuan Maimun (berusia 12 yahun) segera mencelah kerana dia dan adiknya memang mahu tinggal lebih lama di situ. ANAK MAIMUN 12 TAHUN Mummy, mana ada... MAIMUN (mengelak malu) ...ada, ada kat dalam tu... masukmasuk. Cari lah kat dalam tu. Dua orang anak Maimun (12 & 10 tahun) berpandangan sesama sendiri. Mereka hairan sebab mereka dijadikan alasan oleh ibunya. Kemudian semua masuk ke kereta.
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

34. Keluarga Saniah dan Samsiah juga masuk ke dalam kereta. Kemudian bergerak pergi berderetan. Tuminah sedih. Dia tidak snaggup melihat kereta-kereta itu pergi. Jalal segera memeluk ibunya, menenangkan. CUT TO: 39 EXT. TANAH PERKUBURAN - SIANG SAMA Arman di kubur Sapian. Dia menggenggam tanah kuburan yang merah itu. Dia bermonolog. ARMAN (V.O.) Ayah, saya tak akan biarkan tanah tu hilang. Saya tak akan biarkan keluarga kita punah. FADE TO BLACK. 40 INT. RUMAH PUSAKA - MALAM Jalal mencari ibunya. Tiada. Lalu dia meninjau sekeliling rumah. Dia jadi risau. Dia termenung memikirkan ke manakah ibunya pergi. Jalal kemudian mengambil basikal dan bergegas keluar. CUT TO: 41 INT. RUMAH MANSOR - MALAM SAMA Ruang tamu. Arman dan Mansor sedang dalam perbincangan tentang tanah yang Sapian jual janji kepada Mansor. Di hadapan, di atas meja ada segulung geran tanah. MANSOR Sebenarnya kalau takat duit tu aku halalkan saja, Man. Kami ni dari kecil berkawan... dah sedarah sedaging, man. ARMAN Apa rancangan Pak Mansor sekarang? Janji Pak Mansor dengan ayah, ayah dah tak ada. 41 40 39

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

35. MANSOR Kalau ikutkan janji tu, kira tanah tu dah boleh jadi hak milik aku sebab dia tak sempat tebus semula sebelum meninggal, tapi semuanya terpulang lah pada kau, Man. ARMAN Terpulang pada saya macam mana tu Pak Mansor? Tanah tu bukan milik saya. MANSOR Aku ajak kau bincang ni sebab nak selesaikan pasal jual-janji kami tu. Tak elok kalau kita biar tergantung, kan. Aku cadang macam ni, man. Kita nilai semula tanah tu. Nanti baki daripada duit yang ayah kau ambik tu aku tambah. Aku tak mahulah nak ambik buta saja tanah tu walupun aku boleh. ARMAN Boleh saya tengok geran ni? Mansor angguk. Arman mengambil geran dan membukanya. Membelek. ARMAN (CONTD) Saya baru sangat tahu pasal tanah ni. Dan saya pula dah pegang pesan arwah ayah, dia minta saya tengoktengokkan tanah tu. Lagi pulak tanah ni nama Mak. Apa-apapun biarlah mak tahu, Pak Mansor. MANSOR Yalah, betul lah tu. Aku panggil kau ni pun, man, aku ndak kau boleh balik sembang dengan mak kau. Arman angguk. Mansor menarik nafas untuk sebelum menyambung. MANSOR (CONTD) Ayah kau janji akan ambik balik tanah ni sebelum dia meninggal... aku pun memang berniat akan bagi balik. Tapi sekrang ni dia dah tak ada, jadi janji tu dah kira tak laku. ARMAN Tapi mak masih ada... takkan nak ketepikan hak dia...

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

36. MANSOR (pintas) Itulah maksud aku tu... sebab nak jaga hak dialah aku sanggup tambah duit lagi, walaupun kalau ikut janji tak payah aku tambah apa-apa pun. Diam seketika. MANSOR (CONTD) Kalau ikut nilai sekarang ni, kauorang adik beradik boleh senanglah jugak nanti, man. Arman menarik nafas panjang. Mansor menanti balas dari Arman. MANSOR (CONTD) Sekarang ni macam mana, man? ARMAN Macam mana - macam mana tu pak mansor? MANSOR Yalah, apa pendapat kau dengan tawaran aku ni... atau kau ada cadangan lain yang lebih baik? Arman diam. Berfikir. Dia tak boleh membiarkan dirinya terperangkap dalam permainan Mansor. ARMAN Biarlah saya bincang dengan mak dulu, Pak Mansor. Mansor angguk. Setuju. FADE OUT. 42 EXT. TANAH PERKUBURAN - MALAM SAMA 42

Jalal sampai ke kuburan bapanya, tapi tiada sesiapa di situ. Dia menyuluh sekitar, tapi kosong. Hanya nisan-nisan kaku yang kelihatan. Jalal makin risau. Tiba-tiba saja rasa gerun dan seram menerpa. Dia segera bergegas meninggalkan kuburan itu. CUT TO: 43 INT. RUMAH PUSAKA - MALAM SAMA 43

Arman menyenduk nasi ke dalam pinggan. Kemudian masukkan kuah dan lauk. Menggaul seketika sehingga sebati. Berdoa.
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

37. Di minumnya air kosong, kemudian diambilnya sekeping tempe goreng, lalu dimakannya. Kemudian menyuapkan nasi dan mengunyah. Tertib saja perilakunya. Kepala ligat memikirkan persoalan dengan Mansor. Belum sempat menelan, Jalal menerpa masuk. Arman terkejut. JALAL Mak dah balik, bang!? ARMAN Mak bukan dengan kau? Jalal geleng. ARMAN (CONTD) Habis tu kau dari mana ni? JALAL Cari mak lah. Saya ingat mak ke kubur. Tak ada pun di sana. Arman segera meninggalkan makannya. Bergegas masuk ke tempat tidur mereka dan mencapai lampu picit. Kedua-dua keluar. Risau. CUT TO: 44 EXT. RUMAH PUSAKA - CONTINUOUS Montaj: Jalal dan Arman mencari Tuminah di sekitar rumah. Kemudian mereka berpecah. Jalal kemudian ternampak kelibat ibunya di bawah pohon durian besar di belakang rumah. Termenung. Kemudian Arman juga datang. Dia sayu melihat ibunya yang sangat bersedih - very down. Arman mendekati Tuminah. Dia menenangkan Tuminah. Jalal melihat dengan wajah yang sayu dan terharu. FADE TO BLACK. 45 INT. DAPUR - AWAL PAGI 45 44

Tuminah masuk ke dapur. Dia terkejut apabila melihat Jalal sedang menyiapkan sarapan. Tiba-tiba sahaja Tuminah menjadi sayu. Dia terkenangkan segala-galanya.

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

38. JALAL Hari ni biar orang yang masak. Dah masak dah ni pun, ha. Mak duduk sini. TUMINAH Apa yang kau masak ni, Jalal? JALAL Nasi goreng kosong saja, mak. Benda paling mudah kan. Mereka bersarapan berdua. Jalal melayani Tuminah sepenuhnya. Jalal bagi tahu ibunya yang dia hendak ke kubur Sapian. TUMINAH Kau dengan ayah kau ni banyak benar samanya. Nasi goreng kosong dengan kopi O... tak pernah jemu-jemu... JALAL (pintas) ...Risau betul orang malam tadi mak... TUMINAH ... apa yang buat kau pikir mak ke situ... ke kubur ayah kau tu, Jalal? Entah lah! TUMINAH Orang hilang akal pun belum tentu ke sana malam-malam buta gitu, Jalal. Jalal hanya sneyum. Mereka makan. JALAL Mak, orang nak pergi kubur ayah nanti. Mak nak ikut sama tak? Tuminah melihat ke arah Jalal. Tidak menjawab. Kemudian dia menggeleng. JALAL (CONTD) Tak apa ke mak duduk sorang-sorang kat rumah ni? Tuminah hanya senyum kepada Jalal. CUT TO: JALAL

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

39. 46 EXT. JETI PENDARATAN IKAN - SIANG 46

Jalal bersama NAPI (40an), duduk atas sebuah bot di tambatan sambil berbual. NAPI Aku tak heran kalau kau cakap yang kau datang dari kubur bapak kau, Jalal. Sebab kau dengan arwah memang rapat benor. JALAL Memang pun bang Napi. Ayahlah orang yang tak pernah jemu-jemu jadi teman saya melukis burung botak tu. NAPI Selalunya lah... dalam hidup seorang bapa ni, ada dua orang yang dia sangat rapat. Anak sulung dan anak bongsu. JALAL Ha ah... memang ayah rapat pun dengan bang Arman. Diam seketika. Napi memandang Jalal hingga menimbulkan kehairanan di hati Jalal. JALAL (CONTD) Kenapa, bang Napi? NAPI Sebenarnya, aku ingat Arman yang akan pergi dulu, bukannya bapa kau, Jalal. Jalal terkejut. JALAL Apa maksud bang Napi ni? Napi pula terkejut. NAPI Kau tak tahulah ya? Jalal kosong menunggu jawapan. Napi tepuk dahi. NAPI (CONTD) Memang kau tak tahu lah yang Arman tu sakit rupanya.... Jalal menggeleng. Napi juga menggeleng. Dia kesal kerana telah terlepas cakap.

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

40. NAPI (CONTD) Astagfirullahalazim! Mampus Arman hamput kat aku. JALAL Kenapa pulak dia nak marah? NAPI Aku ingat dia dah bagi tahu kat kau penyakit dia tu, sebab kau berdua selalu bersama lepas ayah kau tak ada. Eh.. Kau jangan tanya dia pulak, erk? Jalal melihat Napi. Mengangguk tidak, menggeleng tidak. Kemudian dia melepaskan pandangan ke laut luas. CUT TO: 47 INT. RUMAH PUSAKA - SIANG SAMA Lewat petang. Arman baru balik. Tuminah yang duduk diam membuatkan Arman risau. Arman melihat ibunya yang memang jelas nampak risaukan sesuatu. ARMAN Kenapa mak? TUMINAH Jalal ni ha. ARMAN Apa jadi dengan dia? TUMINAH Cuba kau pergi tengok dia kat kubur ayah kau tu. Dah petang pun belum balik-balik ni. Takkan tidur kat situ kot. ARMAN Mana mak tau dia ke kubur? TUMINAH Dia yang kata nak ke sana. ARMAN Buat apa pulak dia ke sana? Tuminah melihat saja Arman tanpa komen sambil melepaskan nafas panjang. Arman segera faham, maknanya janganlah banyak soal. 47

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

41. ARMAN (CONTD) Ya lah... Man pergi lah ni. Mak tu pulak janganlah risau sangat. Tak ke mana dia tu. TUMINAH (risau) Memanglah tak ke mana, tapi takut terjadi apa-apa pulak, man. Kau tahu sajalah dia tu dengan ayah kau macam mana... ARMAN ... Mak janganlah risau, erk? Tuminah angguk, walaupun wajahnya memang jelas nampak risaunya. CUT TO: 48 EXT. KAWASAN BURUNG BOTAK - SIANG SAMA 48

Jalal bersendirian melihat burung botak di atas pohon pulai. Beberapa ekor burung botak kelihatan bertenggek di hujung julai pohon Pulai. Jalal terkenang masa bersama ayahnya dulu. CUT TO: 49 EXT. KAWASAN BURUNG BOTAK - DAY Flash back: Jalal kecil (10 tahun) bersama Sapian (50-an). Di tangan Jalal sekeping kertas lukisan yang ada sketch kasar burung botak yang separuh siap. Jalal terus melukis sambil Sapian bercerita. SAPIAN Burung botak ni sangat sensitif. Dia akan tinggalkan sarang dia kalau diganggu. Bunyi bising pun dah cukup untuk ganggu dia. Burung jantan dewasa yang akan tentukan tempat nak buat sarang. Dan jadi tanggungjawab burung jantan buat sarang. Burung jantan akan bawa burung betina ke tempat yang dia dah pilih nak dibuat sarang. Burung betina akan tunggu kat situ sementara burung jantan keluar cari bahan seperti ranting pokok untuk buat sarang diaorang.
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

49

42. JALAL KECIL Lepas tu? SAPIAN Burung jantan dan burung betina pun kahwin. Burung betina mula bertelur... biasanya dua tiga biji saja. Telur tu diram antara 26 ke 28 hari. Bila dah menetas, biasanya seekor daripada tiga anak burung akan dimakan oleh burung botak jantan. JALAL KECIL Eeeiii... jahatnya. Kenapa dia makan anak sendiri ayah? SAPIAN Seekor anak terpaksa dikorbankan untuk elak anak yang lain tak cukup makan. Dan nak bagi ruang yang lebih selesa dalam sarang. CUT TO: 50 EXT. JALAN KAMPUNG - DAY 50

Arman menunggang motosikal. Dia bersama seorang lelaki lain di tepi jalan. LELAKI Dari mana Man? ARMAN Cari Jalal. Ada nampak dia tak? LELAKI Cuba kau tengok kat tempat burung botak. Rasanya dia yang aku nampak kat sana. ARMAN Aku pun dah agak dia di situ. Assalamualaikum. CUT TO: 51 EXT. KAWASAN BURUNG BOTAK - SIANG SAMA Resume scene 48. Jalal bersama Arman. ARMAN Ayah tu suka memerhati, lebih banyak pikir dari bercakap. (MORE)
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

51

43. ARMAN (CONT'D) Dia jugak banyak belajar tentang kehidupan daripada burung botak. JALAL Burung botak ni akan mengingatkan orang pada arwah ayah. ARMAN Janganlah pikirkan sangat orang yang dah tak ada, Jalal. Takkan dah lupa... kau juga yang cakap, jangan murung sebab murung tu bahaya. JALAL Orang memang tak fikirkan tentang arwah ayah tu, bang Man. Orang cuma memikirkan orang lain yang mungkin akan mengikut ayah ke sana. ARMAN Mak tu sihat lagi... tak ada apa nak kita risaukan sangat pasal mak tu, masih kuat lagi lah. Lagi pun kan kita dah janji akan jaga mak. Cuma macam kau katalah, kena elakkan dia daripada murung. Jalal memerhati Arman tanpa berkata-kata. Tepat ke wajah Arman hingga membuatkan Arman curiga. Kenapa? JALAL Kenapa abang simpan rahsia tu sorang-sorang? ARMAN Rahsia apa? Ohhh... itu biarlah antara aku dengan Kasminah saja. Tak payahlah nak cerita-cerita lagi. JALAL Bukan pasal tu... ARMAN Bukan? Habis tu pasal apa? JALAL Penyakit abang! ARMAN Penyakit aku!? CUT TO: ARMAN (CONTD)

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

44. 52 INT. RUMAH PUSAKA - SIANG Mansor datang berjumpa Tuminah. TUMINAH Susahlah aku nak cakap, Mansor. Aku ni dah janji dengan arwah. Sebelum dia meninggal, itulah yang selalu diulang-ulangnya. MANSOR Saya pun memang pegang pada janji dengan arwah. Tapi sekarang ni dia dah tak ada. Sampai dia pergi, janji tu tetap saya pegang. Tapi sekarang ni keadaan dah jadi lain, Kak Minah. TUMINAH Tapi aku ni kan masih ada. Aku kena teruskan hajat dia atas tanah tu. MANSOR Tak apa lah kalau macam tu kata Kak Minah, saya tunggu. Tapi macam saya kata tadi, kalau nak mudah, elok saya beli terus saja tanah ni. Kita kiralah berapa nilainya dan saya tambah lah duit. Sebab kalau duduk macam ni pun, membazir tanah ni. Tak diusahakan... tergantung saja. TUMINAH Kalau kau mahu, kau usahakan sajalah. Sementara kau pegang ni kau ambillah hasilnya. Esok bila aku dah ada duit, kita kira balik. Bayarlah ganti rugi atas usaha kau tu. MANSOR Susah jugak Kak Minah. Saya sebetulnya berharap saya beli terus saja tanah ni. Bila dan tukar nama senang sikit. Yalah, sementara kita masih ada nilah nak uruskannya pun. Geran tu kan nama kak Minah. Diam. TUMINAH Biarlah aku bincang lagi dengan Arman. Sekarang ni yang jadi ketua keluarga dia. Lagi pun dia baru saja tahu duduk perkara ni. 52

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

45. MANSOR Elok benor tu. Biar Arman pun ikut setuju kak minah nak jual terus tanah ni kat saya. Tak adalah dakwa dakwi lagi. TUMINAH Aku tak kata aku setuju nak... MANSOR ... kalau-kalau lah. CUT TO: 53 EXT. JALAN KAMPUNG - SIANG SAMA Jalal membonceng motosikal Arman. Basikalnya diheret di sebelah. Perlahan saja Arman menunggang. JALAL Bang Arman, bahaya bang menyimpan perasaan ni. Boleh dawa depress, stress. Nanti penyakit lain yang akan datang. Dah berapa lama lelah abang hilang, sekarang dah datang balik. ARMAN Itu sebabnya aku ni banyak sangat terdedah kat angin laut... JALAL Kalau angin laut, dah lama kena, bang. Ni pasal depress, bang bukan pasal angin laut. Depress ni makan dalam... ARMAN (memintas untuk tamatkan isu) ... iyelah. Aku nak bantah pun kau bakal doktor. Cuma aku minta sungguh-sungguh kau rahsiakan perkara ni. Jangan cerita kat sapasapa pun. Jangan jadi macam si Napi tu. JALAL Jangan salahkan Bang Napi tu, bang. Dia bukannya sengaja. ARMAN Maksud aku pun itulah. Jangan kau pulak tak sengaja buka cerita ni kat mak. Karang lain jadinya kalau dok risau saja pasal aku ni. 53

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

46. JALAL Yalah. Tapi abang ni dah ambik ubat ke tak? Arman angguk. JALAL (CONTD) Bang, kalau angguk macam tu confirm tak ambik tu. Jangan main-main bang. Ambik ke tak? Argh... sahih tak ambik.. Tak pernah nampak pun ubat kat rumah tu. ARMAN Aku simpan kat dalam bot.. JALAL Jangan nak mengarut... Baik abang pergi jumpa doktor. Lelah ni jangan main-main, bang, boleh bawak maut tau. Apalah... macam budak-budak... takut sangat ngan klinik... ARMAN ... Yalah, bakal doktor lah katakan! Arman melajukan motosikalnya. Jalal kelam kabut mengawal basikal. JALAL Oi, oi, oi.... CUT TO: 54 INT. KEDAI HUSNI - DAY Husni berbincang dengan RIZAL (40an). RIZAL Aku dah tandatangan kontrak dengan kilang di Kuala Lumpur tu. Mau tak mau aku kena cari, Husni. Sekarang ni aku terpaksa ambik sana sikit sini sikit. Payah lah aku kalau nak kena turun naik kutip barang-barang tu. Mau tak kau jadi pembekal aku ni? HUSNI Siapa tak mahu, Rizal. Nak cari produk makanan tradisional tu pun bukanlah susah. Aku kenal semua orang yang buat semua tu. Cuma modal saja yang buat aku susah. 54

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

47. RIZAL Aku takat bagi peluang kat kau bolehlah. Nak bagi modal aku minta maaf, yang tu kau kena carilah. HUSNI Mana nak cari, Rizal. Seratus ribu banyak tu. RIZAL Buat pinjaman la. Bank ni senang ja, Husni. Kau bawa geran tanah, wajib dapat. HUSNI Mana aku ada tanah? RIZAL Kalau kau ada... Macam nilah. Aku bagi kau masa 2 bulan. Kalau dah dapat nanti, kita sain kontrak. Sementara tu, boleh ke kau tolong aku kumpulkan barang-barang tu, lepas tu uruskan hantar ke KL. Aku bayar la upahnya. Husni angguk sahaja. Tapi kepalanya ligat memikirkan mana nak dapatkan wang sebanyak seratus ribu ringgit. CUT TO: 55 INT. RUMAH MANSOR - DAY 55

Arman bersama jalal jumpa mansor. Arman minta kebenaran nak usahakan tanah tersebut. Mansor setuju, cuma katanya selagi hutangnya belum dibayar balik, hasilnya hendaklah dibahagi dua. Tapi kaau mereka nak jual nanti, hasil usaha itu akan dinilai semula. ARMAN Kami dah bincang pasal janji Pak Mansur dengan ayah tu. Dan dah pun ambik kata putus. Terima kasihlah pada tawaran Pak Mansor nak beli terus tanah tu. Kami setuju... MANSOR (pintas) ...Alhamdulillah. ARMAN ...Kami setuju yang tawaran Pak Mansor tu bagus, tapi kami tak boleh nak terima tawaran tu. Kami kena teruskan wasiat arwah ayah.. Mansor terkejut.
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

48. MANSOR Oh... ye ke. Tak apalah. Tapi, maaf cakaplah yeh. Tanah tu nama mak kau, apa-apa pun kita nak kira biarlah masa dia masih ada ni, Man. Esok bila dia... ARMAN ... Insyaallah saya akan usahakan semasa dia masih ada ni, Pak Mansor. Lagipun, kalau jual terus tanah tu, mana mak nak duduk lagi, Pak Mansor? MANSOR Itu tak jadi hal. Kau orang duduk sajalah kat situ. Rumah tu kan rumah pusaka. Selagi mana kau semua nak duduk, duduklah. Janganlah kita nak berkira sangat. Aku cuma nak usahakan kawasan belukar tu saja, kawasan rumah aku tak usik. ARMAN Saya datang ni pun, selain nak bagi tahu yang dah putus tak jadi jual, nak bincang juga dengan Pak mansor pasal kawasan belukar tu. MANSOR Ha kenapa? Nak jual kawasan itu saja ke? ARMAN Bukan... saya nak usahakan kawasan tu. Jadi nak bagi tahulah jugak kat Pak Mansor sebelum buat apa-apa, kan. MANSOR Eh, tak ada masalah... cuma begini saja... sebab geran tu ada kat aku, kira tanah tu macam aku pun ada hak jugalah, kan. Jadi apa-apa hasil atas tanah tu nanti... macam mana kalau kita bahagi sama rata. Boleh gitu? Arman melihat Jalal yang tidak memberikan apa-apa reaksi. ARMAN Err... apa salahnya.. MANSOR ... janganlah pulak kau kata aku ni lintah darat. Kita kira macam ni. (MORE)

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

49. MANSOR (CONT'D) Kau usaha dulu tanah tu, tapi nanti kalau berubah fikir nak jual terus tanah tu, kita nilai balik atas usaha kau tu. Aku bayarlah. Sementara tu hasilnya sama-samalah kita merasa. Arman angguk. Memang ada jugak perangai lintah darat Mansor. CUT TO: 56 INT. KEDAI HUSNI - DAY Husni ceritakan kepada Arman tentang peluang yang dia akan dapat. Jalal jugak ada. HUSNI Macam aku cakapkanlah. Peluang ni bagus.... cuma masalah modal yang buat aku tersangkut ni. ARMAN Aku pun tak kata tak bagus, Husni. Berapa banyak nak kena modalnya? HUSNI Tak banyak mana pun... dalam 150 ribu ringgit saja. ARMAN Hai, sejak bila pulak kau ni boleh anggap 150 ribu tu tak banyak, husni? HUSNI Err... Maksud aku tak banyak kalau nak dibandingkan dengan pulangan dia... ARMAN Aku pun tak tahu apa punca kau nak ceritakan benda ni kat aku... aku bukannya ada duit nak bagi kat kau. HUSNI Aku bukannya nak minta duit, tapi nak pakat dengan kau. ARMAN Nak pakat!? HUSNI Aku ada rancangan, ni yang nak bincangkan ni. Husni berhenti, menunggu balas Arman. Arman diam, menunggu seterusnya daripada Husni.
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

56

50. HUSNI (CONTD) Aku cadang nak gadaikan tanah tapak rumah ni ke bank... ARMAN (pintas) ... Apa yang kau ceritakan ni, Husni. Kau pun tahu geran tanah ni ada kat Pak Mansor, jadi macam mana nak cagar ke bank pulak? HUSNI Kita sembang la dengan Pak Mansor... kita pinjam geran tu... ARMAN Husni, biar aku terus terang sajalah. Tanah tu dulu ayah dah gadai janji, belum pun tebus. Sampai ke mati ayah tanggung benda tu. Kau pulak nak buat benda yang sama. Tak payahlah, Husni. Dah tak ada lagi ke cara lain kau nak dapatkan modal tu? HUSNI (tegas) Ada. Ahlong! Arman geleng. Jalal melihat antara kedua-duanya, kemudian tunduk melihat lantai. CUT TO: 57 INT. TANAH PERKUBURAN - SIANG Resume SC 1: Balik semula ke hari Arman meninggal dunia. Semua orang meninggalkan tanah perkuburan, kecuali Jalal yang memang terasa benar kehilangan Arman. CUT TO: 58 INT. RUMAH PUSAKA - DAY Flashback: Jalal balik semasa Arman dan Tuminah sedang berbual. Tuminah hairan. TUMINAH Kau ni tak ada kerja lain dah gamaknya, Jalal. Kerja balik kampung saja. (MORE)
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

57

58

51. TUMINAH (CONT'D) Orang lain tak pulak aku tengok rajin balik macam kau ni ha. Ke bila ayah kau dah tak ada ni, kau dah malas nak belajar lagi? JALAL Hish.. Tak adalah. Orang balik ni sebab orang risau lah, mak. TUMINAH Apa yang kau risaukan sangat tu, cuba bagi tau kat aku. Jalal melihat Arman. Dengan ekor mata, Arman bagi isyarat. Jalal jawab dia risau dan teringatkan ibunya. JALAL Risau kat maklah, sapa lagi. TUMINAH Aku ni sihat lagi. Kalau ada pun lenguh sikit-sikit saja. Adatlah orang umur macam aku ni. JALAL Sebenarnya orang teringat kat mak. ARMAN Tak apalah mak. Elok la dia rajin balik, jadi saya boleh la tinggalkan mak. Kalau saya tak ada nanti, ada la yang nak temankan mak. Jalal melihat Arman. Dia rasa seolah-olah ada sesuatu dari cakap Arman. Arman mengelak pandangan Jalal. TUMINAH Ke mana sangatlah kau nak tinggalkan mak ni, man. Takat ke laut tu, tak ada maknanya. ARMAN Balik pada jual-janji dengan Pak Mansor tu, Man rasa terkilan sangatlah mak. TUMINAH Bukan kau sorang saja, man. Bapa kau lagi lah...pejam mata tak rapat. Itulah satu-satunya kehendak dia yang tak tercapai. ARMAN Tak apalah mak. Kira nasib baik juga saya tahu sekarang, masa mak masih ada ni. (MORE)
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

52. ARMAN (CONT'D) Bolehlah kita usahakan. Ada masa lagi nak tebus balik tanah ni. TUMINAH Mak sebenarnya ada simpan duit yang kamu adik beradik bagi kat mak. Ayah kau pun ada buat simpanan untuk buat bayar balik duit mansur tu. Kau ambiklah duit tu, bagi pada mansor. ARMAN Duit tu masih tak cukup mak. Tak apa, kita simpan dulu. Saya dah jumpa Pak Mansor, bagi tahu kita akan ambil balik tanah tu... Cuma minta dia bagi masa sikit. TUMINAH Apa kata dia? ARMAN Dia setuju saja. Saya pun dah ada rancangan macam mana nak dapatkan balik geran kat Pak Mansor tu. TUMINAH Macam mana? ARMAN Tanah ni mak. Tanah warisan turun temurun mak ni juga lah yang akan kita gunakan untuk menebus balik geran tu. Arman melihat Jalal. Jalal senyum, semangat & yakin. Jalal genggam tangan menandakan yes. CUT TO: 59 EXT. TANAH PERKUBURAN - SIANG SAMA Back to Jalal (SC 1 & 57). Jalal genggam tanah tanda yes. Jalal bangun dan perlahan meninggalkan kubur yang sunyi itu. CUT TO: 60 INT. RUMAH PUSAKA - MALAM Malam itu, selepas majlis tahlil, mereka berkumpul. Ibunya kata biar apapun terjadi dia tidak akan lepaskan tanah itu. Tuminah jadi sedih bila teringatkan tentang tanah. 60 59

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

53. TUMINAH Kau orang adik beradik berpakatlah untuk ambik balik geran tanah ni. SANIAH Tak apalah mak. Biarlah dulu pasal geran tu, tak ke mana pun. Yang penting nak ita pikir sekarang ni, mak ni ha. Psal tanah tu ada masa lagi. TUMINAH Bapa kamu dah usaha separuh jalan, terhenti bila dia sakit. Arman pula sambung, juga tak sempat sampai ke hujung tiba-tiba saja dia tinggalkan kita. Sekarang ni kita dah kira pegang dua wasiat, amanah yang sama.... SAMSIAH (memintas) ...Betul cakap Saniah tu mak. Janganlah risau pasal geran tu, kesihatan mak yang lebih utama sekarang ni. TUMINAH Bila sampai masa aku esok, tapi geran tu masih tak dapat ambik balik, rasanya tak sanggup aku nak jumpa ayah kau di sana. Dia bawa benda tu sampai dia mati tahu... HUSNI (memintas) ... mak, kalau kita ambik balik geran tu pun, mak bukannya nak tinggal di sini lagi lepas ni. Kami cadang elok mak tinggal saja dengan kami, pilihlah nak duduk rumah sapa pun... rumah saya boleh, rumah kak saniah pun tak apa... MAIMUN ...Ha, kalau nak ikut duduk dengan Mun di Kuala Lumpur pun elok juga. Boleh mak tukar pandangan... TUMINAH ...Tanah ni tanah pusaka turun temurun nenek moyang kau orang semua. Itu lah yang buat ayah kau mati-mati nak ambik balik tu. Semua berpandangan sesama sendiri. Memang gagal mereka mengubah topik.

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

54. HUSNI Mak kata Pak Mansor nak beli terus, berapa yang Pak Mansor nak bagi? TUMINAH Dah putus kita tak akan jual. Sekarang ni kena pakat-pakat kumpulkan duit bayar balik kat Mansor. HUSNI Berapa banyak ayah ambik dari pak Mansor? Berapa banyak pula nak kena kita bayar balik kat dia? Tuminah tidak menjawab. Dia seperti cuba mengingat dan mengira. TAHA Berapa ayah ambik dulu mak? JALAL Sepuluh ribu saja... HUSNI ...Tak banyak pun. Bayar sajalah kalau gitu. Dapat geran tu kita letak kat bank, ambik balik duit. KAMIL Sepuluh ribu nilai dulu, puluh tahun lampau. Sekarang ni dah berkali lipat lah. Nak kena nilai tanah tu ikut harga dulu dan harga sekarang, kemudian nilai balik duit tu ikut nilai sekarang. HUSNI Berapa agaknya nilai sekarang ni agaknya? ZAKI Rasanya mau ratus ribulah.... HUSNI (teruja) ...Ratus ribu?? CUT TO: 61 INT. RUMAH PUSAKA - SIANG Semua orang bersiap hendak meninggal rumah itu. 61

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

55. TUMINAH Masa ayah kau orang meninggal dulu pun, macam ni lah jugak. Tak sempatsempat kau orang semua nak balik. SAMSIAH Nanti kami kerap balik la mak. Cuti saja kami akan balik temankan mak. Maimun serba salah. MAIMUN Errr... mak, kami dah bincang, buat masa ni Jalal akan temankan mak dulu. Bila dia dah balik ke kuliah nanti, Husni pulak dah setuju akan datang temankan mak. HUSNI Ha ah, Zakiah pun setuju nak berulang alik buat sementara dari sini ke kedai. Tuminah tidak menjawab. Dia hanya mengeluh panjang. CUT TO: 62 INT. RUMAH PUSAKA - MALAM Jalal dan Tuminah sedang berbual. TUMINAH Mak tengok keluarga kita ni akan habis takat mak dan ayah kau saja la nampaknya, Jalal. Esok mak dah tak ada, tamat lah semuanya. JALAL Apa maksud mak tu, mak? TUMINAH Masing-masing dah ada keluarga sendiri. Selama ni semua orang balik ke sini sebab ada lagi mak dan arwah ayah kau kat sini. JALAL Lepas ni pun semua orang akan balik jugak, mak. Mana lagi kami nak pergi? TUMINAH Tapi kalau dah lepas ni tanah ni pulak terlepas ke tangan orang, mana lagi kauorang semua nak balik berkumpul. 62

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

56. JALAL Jangan cakap macam tu mak. Saya tak akan tengok saja mak. Janganlah mak risau. TUMINAH Aku bukannya risau kosong, Jalal. Ayah kau nak sangat ambik balik geran tu sebab dia tahu akan jadi macam tu. Rumah... tanah pusaka ni tempat yang ikat keturunan. Kalau dah tak ada rumah, tanah pusaka ni, ikatan tu pun tak akan ada lagi, Jalal. JALAL Janganlah pikir sangat, mak. TUMINAH Aku sedih sebab cita-cita ayah kau, usaha abang kau tak sampai. Dia orang tentu kempunan. JALAL Memang lah takat ini tak belum sampai lagi mak. Tapi kan dah mula. Nak kena sambung sikit lagi saja, kan. Bang Arman pun tak pernah lekang pesan supaya tunaikan hajat arwah ayah. Insyaallah akan sampai nanti. TUMINAH Kalau dah semua macam nak lepas pucuk masing-masing saja, masa bilanya nak sampai. JALAL Tak apa mak. Orang akan pakat dengan semua orang nanti. Orang pun tak mau usaha ni mati tengah jalan. Sekarang ni semua tengah sedih, jadi payah nak sembang pun. Esok bila dah tenang, kita bincang semula. TUMINAH Aku ni doa sajalah yang ada lagi, Jalal. CUT TO: 63 EXT. KEBUN KELAPA SAWIT - SIANG Jalal berjalan seorang diri di celah-celah pokok kelapa sawit. Dia terngiang cakap-cakap Arman satu masa dahulu. 63

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

57. ARMAN (V.O.) Tempat yang kita pijak ni akan jadi penentu maruah kita... CUT TO: 64 EXT. KAWASAN BELUKAR - DAY Flashback: Jalal dan Arman sedang berjalan merentasi belukar. ARMAN ...akan jadi lambang keluarga kita. Tanah ini yang akan tentukan ke mana arah tuju kita. Kalau dah terlepas tanah ni ke tangan orang lain, janganlah harap kita akan bersatu lagi. Jalal mendengar penuh tekun. ARMAN (CONTD) Apa jadipun wajib kita kena ambik balik tanah ni... ambik balik maruah yang arwah ayah citacitakan. JALAL Mana kita nak cari duit? ARMAN Tanah ini yang akan jadi modalnya. Tak payah nak cari jauh-jauh. JALAL Macamana nak buat? Orang tak pahamlah.. ARMAN Kita usahakan tanah kosong ni. Dari tanah ni kita kumpul duit untuk bayar balik kat Pak Mansor... JALAL Lambat lagilah nampaknya... ARMAN ... biar lambat, asalkan jadi. Semuanya kena dimulakan. Kalau tak mula memang tak akan bergerak, memang tak akan ke mana-mana. JALAL Kita kumpul sajalah duit adik beradik, kan lagi senang... 64

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

58. ARMAN arwah ayah mahu buat dah lama dia buat. Ada tak mahu cara tu. Bukan dia tolak, Jalal.

... kalau macam tu, sebab dia saja-saja

JALAL Apa sebabnya? ARMAN Dia tak suka selesaikan satu-satu masalah cara mudah, cara pintas. Bagi dia kalau ndakkan satu-satu, kena usaha, kena kerja. Jalal angguk. Faham. JALAL Bang Arman tak ndak bagi tahu kat adik beradik yang lain ke pasal rancangan atas tanah ni? ARMAN Bagi tahu tak bagi tahu sama saja, Jalal. Lambat laun akan tahu jugak. Ada benda yang kita patut bagi tahu sebelum buat, tapi ada yang kita buat dahulu lepas tu baru bagi tahu. JALAL Yang ini nampaknya buat dulu lah ya... ARMAN ... ya, biar diaorang nampak dulu. Biar diaorang tanya, baru kita cerita. Kita bukannya nak buat benda tak baik, kan? Jalal angguk. CUT TO: 65 EXT. KEBUN KELAPA SAWIT - SIANG Resume scene: Balik kepada Jalal yang duduk di satu banir. Dia anggukangguk. CUT TO: 65

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

59. 66 EXT. UNIVERSITI MALAYA - DAY 66

Jalal bersama rakan, IZAT. Dia kata dia tak dapat nak teruskan rancangan nak kerja sambilan pada hujung minggu. Dia kena balik tiap minggu untuk temankan ibunya. JALAL Jat, aku tak jadilah nak ambik kerja tu. IZAT Eh, kenapa pulak. Dulu kau yang ndak sangat kerja part time. JALAL Memang betul, tapi sekarang ni, mak aku dah tak ada sapa yang nak temankan dia. IZAT Kata abang kau tinggal di rumah tu. JALAL Sementara ada orang lain balik. Sekrang ni pun malam saja diaorang kat situ, siang kat Muar. IZAT Alamak, kesian aku kat mak kau, Jalal. JALAL Lagi pun aku nak kena sambung kerja arwah abang aku kat kebun kelapa sawit tu. Izat melihat Jalal dengan pandangan simpati. CUT TO: 67 INT. RUMAH SANIAH - MALAM 67

Saniah sedang berbincang dengan Asmah yang hendak jual rumah. Dia harap Saniah dapat usahakan segera kerana tidak lama lagi dia akan pulang ke kampung. Saniah janji akan usahakan dan harap jirannya tidak membuka tawaran kepada orang lain. ASMAH Kak Saniah, ingat tak dulu saya cerita nak jual rumah ni. SANIAH Ingat. Kenapa? Tak jadi jual pulak ke?

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

60. ASMAH Bukan tak jadi. Tapi nak kena jual dah ni. Nak kena balik duduk di kampung dah. SANIAH Dulu kata setahun dua lagi, nak tunggu adik Asmah siap rumah dulu. ASMAH Adik saya tu laki dia dapat kerja bagus di Sarawak. Nak tolak rasa rugi, jadi dia orang nak pindah ke sana. Saya pun setuju diaorang terima tawaran tu. SANIAH Tak jadilah diaorang nak buat rumah kalau gitu? ASMAH Jadi, cuma mungkin bukan sekaranglah. Tu lah Kak Saniah, mau tak mau kamilah yang kena balik. Tu nak tanya, Kak Saniah ndak ke rumah ni? CUT TO: 68 INT. KERETA - SIANG Maimun dan suaminya berselisih. ZAKI Kalau tak kerana awak yang boros dan suka sangat nak menunjuk-nunjuk tu, tentu kita tak macam ni. Kita dah ada banyak duit pun. MAIMUN Tak adanya, sebenarnya kalau abang tak pinjam duit ah long tu, dah tentulah kita tak teruk macam ni. Duit kita habis bukannya sebab beli barang, tapi sebab bayar bunga kat ah long tu, ha. ZAKI Punca terpaksa berhutang ah long tu sebab nak layan peel awak lah. Pantang orang beli benda baru, awak pun terhegeh-hegeh jugak. Dengan adik beradik sendiri pun nak menunjuk-nunjuk... nak berlawanlawan. 68

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

61. MAIMUN Heh, abang tu yang cakap malu kat adik beradik Mun kalau kita pakai kereta kecik, kalau tak lebih daripada diaorang. Jangan nak pulangkan pada Mun. Anak-anak Maimun melihat sandiwara kedua ibu bapa mereka. CUT TO: 69 INT. RUMAH SAMSIAH - SIANG Husni dan Samsiah sedang bincang. SAMSIAH Sekarang ni macam mana? Kau nak mengalah macam tu saja ka? HUSNI Mana boleh nak mengalah. Peluang macam tu bukannya selalu nak ada. Kira macam rezeki terpijak tu, kak. SAMSIAH Apa rancangan kau? Husni seperti berfikir sejenak. HUSNI Geran tanah yang ada kat Pak Mansor tu lah... Kenapa? HUSNI Dulu aku ada bincang dengan Bang Arman pasal tanah tu, tapi tak ke manalah bila dia meninggal. Ingat nak berkira semula lah ni. Nak jadikan tanah tu sebagai modal. SAMSIAH Nak jadikan modal apa ke jadahnya kalau masih ada kat tangan orang tua tu. HUSNI Berniaga ni kena ligat kak. Aku ada akal macam mana nak tukarkan geran tu jadi modal. Cuba kau pikir... macam mana cara dia? Samsiah berfikir. SAMSIAH 69

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

62. SAMSIAH Ah... tak nampak jalan aku... HUSNI ... tak apa, cuma aku nak tanya, kau setuju tak kita jadikan geran tu sebagai modal? SAMSIAH Kalau baik apa salahnya, tapi kau jangan pulak tak cakap kat adik beradik yang lain. HUSNI Kalau kau setuju, aku akan cakap dengan Kak Saniah dan Maimun. Dua orang tu setuju saja dah cukup. Jalal? HUSNI Dia tak apa, bahagian dia pun ada jugak lah. Takkan kita nak ketepikan dia. SAMSIAH Aku serah pada kau sajalah, tapi buat elok-elok, jangan sampai kau kena tipu dengan Rizal kawan kau tu. CUT TO: 70 EXT. RUMAH MANSOR - MALAM 70 SAMSIAH

Husni dan mansor bincang tentang geran yang ada pada Mansor. MANSOR Kalau gitu rancangan kau, aku tak ada halangan. Cuma aku takut kalau kau tak dapat bayar balik kat bank nanti. HUSNI Boleh pak mansor... Insyaallah boleh punya. MANSOR Sekarang memang kau kata boleh, takut bila bisnes kau tak menjadi esok, silap-silap lesap tanah tu. Kalau sesama kita ni masih boleh berkira lagi, dengan bank payah tau.

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

63. Husni diam. Tidak ada lagi kata-kata untuk mematahkan hujah Mansor. MANSOR (CONTD) Beginilah. Kita ikut rancangan kau, tapi kita buat perjanjian lain. Kalau kau gagal nak bayar balik kepada bank, aku akan bayar.... HUSNI ... tak jadi masalah tu Pak Mansor. Saya setuju sangat tu. MANSOR Maknanya kau berhutang balik dengan aku nanti. Geran tu aku pegang balik. HUSNI Tak jadi hal pak mansor. CUT TO: 71 INT. RUMAH MAIMUN - SIANG 71

Maimun bersama Zaki. Mereka bincang tentang apa yang Husni rancang. Zaki kata dia tak mahu boleh campur, tapi itulah jalan terbaik yang boleh mereka buat untuk kesenangan semua. MAIMUN Katanya Kak Saniah setuju, Kak Samsiah pun setuju. Mun pun setuju jugaklah. Apa pendapat abang? ZAKI Pendapat apa? MAIMUN Elok ke apa yang dia rancang tu? Atau silap-silap dia makan sorangsorang nanti... ZAKI ... kalau dah rasa macam tu, janganlah biarkan dia uruskan sorang diri. Kena tengok semua dokumen tu. Kat mana duit tu akan dimasukkan bila bank lulus. MAIMUN Kalau abang kata macam tu, okaylah. Nanti Mun cakap pada semua orang idea abang tu.

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

64. ZAKI Jangan pulak kata abang yang cakap. Abang tak boleh masuk campur, ni tanah keluarga Mun. Tapi apa yang Husni buat tu memang la bagus. Semua orang boleh merasa. MAIMUN Cuma Mun memang kurang yakin sikit dengan Husni ni. Dia ni jenis yang dahulukan dia, daripada adik beradik. ZAKI Eloklah beringat sebelum gaduh adik beradik, sebelum melopong. Kita pun nak guna duit jugak, jangan dia bolot sorong sudah. MAIMUN Sorilah Mun nak biarkan! CUT TO: 72 E/I. KEDAI HUSNI - SIANG Jalal berjalan menuju ke kedai Husni. Dari jauh dia nampak Husni sedang berbual dengan seorang LELAKI (syarikat juruukur). Semasa dia sampai, lelaki itu beredar selepas bersalaman dengan Husni. HUSNI Baru sampai? Jalal angguk. JALAL Nak tumpang solat jap. HUSNI Kau nak balik terus ke nak ikut aku balik? JALAL Tak apa, aku naik teksi saja. Tunggu kau alamat malam la baru sampai rumah. CUT TO: 73 INT. RUMAH SANIAH - MALAM Saniah dan kamil dalam bilik tidur. KAMIL Abang tak setuju.
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

72

73

65. SANIAH Kenapa? Rumah tu bukanlah tak elok. Kalau nak buat harta, nak sewakan pun tinggi sewanya, bang. KAMIL Sebenarnya arwah ayah pernah cakap dengan abang, dia harap kita dapat balik duduk kat kampung, kat rumah pusaka tu. SANIAH Takkan kita nak balik duduk di rumah tu, sedangkan bang Arman masih duduk di sana. Takut kalau kita balik, terus dia tak kahwin. KAMIL Ayah pun tak harap dia akan kahwin. Ayah kata dia tau ada yang tak kena dengan bang Arman tu. SANIAH Apa yang tak kenanya? KAMIL Taklah pulak dia cakap, tapi firasat dia kata memang ada yang tak kena. Itu yang dia harap kita boleh balik. SANIAH Kalau bukan bang Arman pun, rumah tu mungkin untuk Jalal bila dia habis belajar esok. Jalal tentu tak kekok tinggal dengan Arman sebab diaorang bukan setakat adik abang, tapi macam anak beranak. KAMIL Tak apalah. Kalau terus nak bincang pun tak guna. Tapi abang harap Saniah pikirlah masak-masak. CUT TO: 74 EXT. KEBUN KELAPA SAWIT - SIANG Jalal menunggang motosikal melihat kebun kelapa sawit. Husni ternampak 3 orang lelaki sedang meninjau tanah kebun kelapa sawit itu. Salah seorangnya ialah LELAKI yang dia nampak di kedai Husni. Mereka kelihatan mengambil gambar. Husni mendekati mereka. Bila ditanya, lelaki-lelaki itu kata mereka diminta oleh Husni untuk menilai tanah tersebut. 74

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

66. JALAL Assalamualaikum! Ketiga lelaki menjawab salam, serantak. JALAL (CONTD) Buat apa encik? LELAKI 1 Saja tengok-tengok tanah ni... JALAL ... saya anak tuan tanah ni... LELAKI 2 ... adik encik Husni rasanya ni, kan? Jalal angguk. JALAL Ada apa ye nak tengok tanah ni? Pak Mansor yang suruh ke? LELAKI 2 Bukan Pak Mansor, tapi encik Husni. Jalal hairan. Lelaki 1 segera mengeluarkan kad dan menghulurkannya kepada Jalal. LELAKI 1 Kami dari jurunilai bertauliah. Kami diminta nilai tanah ni sebab khabarnya nak dibuat pinjaman bank. JALAL Pinjaman bank? CUT TO: 75 EXT. RUMAH MANSOR - SIANG SAMA Jalal ke rumah Mansor untuk bertanyakan tentang tanah yang Husni suruh orang nilai. Mansor ceritakan segalanya. JALAL Saya tak paham la Pak Mansor, geran tu kat tangan Pak Mansor, macam mana pulak Husni boleh nak gadai tanah tu kat bank? MANSOR Kira dia pinjam geran tu, Jalal. 75

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

67. JALAL Pak Mansor tak risau ke tanah tu hilang kalau Husni tak boleh nak bayar balik duit bank tu. MANSOR Memang la risau, tapi kita akan buat perjanjianlah. Kami dah bincang dan dah pun setuju. Jalal terkejut. JALAL eh... Husni tak bagi tahu apa-apa pun, Pak Mansor. MANSOR Kalau macam tu tentu dia pun tak bagi tahu yang dia pinjam dulu duit aku sementara nak tunggu bank lulus. JALAL Husni pinjam duit Pak Mansor? Berapa banyak? MANSOR Satu ratus lima puluh ribu ringgit! 150? MANSOR Haah, tapi dengan bersyaratlah jugak... JALAL ...Apa syaratnya? CUT TO: 76 EXT. RUMAH PUSAKA - SIANG SAMA JALAL dan Husni bergaduh. Mereka bergumul seperti orang bergusti. Tuminah yang tidak keruan hanya mampu meminta mereka berhenti. TUMINAH Dah lah tu! Janganlah gaduh adik beradik! Sudah! Namun Jalal dan Husni tetap bergumul. AKhirnya Tuminah terpaksa menerkam dan meleraikan mereka. JALAL Kau ni memang tak ada hati perut betul la Husni. (MORE)
PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

JALAL

76

68. JALAL (CONT'D) Sampai hati kau buat macam ni. Kalau nak senang pun janganlah sampai gadai maruah keluarga. HUSNI Kan aku dah cakap, duit tu aku pinjam daripada Pak Mansur tak ada kaitan langsung dengan geran tanah tu. TUMINAH Sudah! Aku kata sudah, sudah! Aku ndak kauorang panggil semua orang balik malam ni jugak! Jalal dan Husni memandang Tuminah. Tercegat. TUMINAH (CONTD) Jalal! Pergi talipon cepat! Tuminah beredar. CUT TO: 77 INT. RUMAH PUSAKA - MALAM Mereka berkumpul lagi. JALAL Habis tu pak mansor cakap kalau kau tak dapat bayar balik, dia kira duit 150,000 tu sebagai tambahan kepada harga tanah tu. Tanah tu akan jadi hak dia terus. HUSNI Eh, bila pulak aku ada janji macam tu dengan dia. Tak ada! Tak ada! SAMSIAH Apa yang kau janji dengan dia? HUSNI Aku cuma janji aku akan bayar balik bila dah dapat pinjaman dari bank. JALAL Kalau tak dapat? HUSNI Mesti dapatlah! JALAL Gila! Mesti... 77

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

69. MAIMUN Takkan itu saja yang kau janji dengan dia? HUSNI Kalau ada janji pun, kalau lah aku tak dapat tebus balik tanah tu dari bank, dia yang akan tebus. Dan kalau dia tebus tanah tu akan jadi hak dialah. Itupun kalau terpaksa, kata dia. JALAL Kau ni Husni, orang berniaga kau nak berniaga, orang putar belit kau tak sedar. Habis! Habis! HUSNI Eh, aku dah tanya lah, nilai tanah tu 500,000. Bank bagi pinjam 70 persen, boleh dapat 350,000. Dapat saja duit tu aku bayarlah hutang 150,000 tu kat dia. Ada baki lagi RM200,000. Semua orang akan dapat nanti, termasuklah kau. JALAL Memang betul hutang kau kat dia akan habis, tapi kau tak nampak perangkap dia? Kau dah masuk perangkap, tau tak? Husni terdiam. SANIAH Macam nilah, tak guna nak tengkar lagi. Mak, saya rasa elok kita jualkan saja tanah dan rumah ni, mak. Geran yang ada kat Pak Mansor tu tak payahlah kita sudah payah nak ambik balik. Kita jumpa Pak Mansor, kita bincang betul-betul, kita nilai semula dan minta dia bayar baki dia kat kita. Duit tu kita bahagikan saja. HUSNI Kalau rupa itu, bahagian Husni kira Husni dah ambik la 150,000. Kita boleh beli tanah lain nanti, mak. MAIMUN Betul tu, mak. Mun nampak makin payah ada ni. Mak datanglah duduk dengan kami bila-bila masa pun. (MORE)

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

70. MAIMUN (CONT'D) Kalau dah jemu kat rumah saya, mak boleh pergi ke rumah Kak Saniah atau balik ke rumah Kak Samsiah. Rumah Husni pun boleh. TumINAH Arwah ayah kau orang pesan. Jangan lagi jual tanah. Cukuplah takat yang sudah-sudah, masa kamu semua kacik-kecik dulu. Dulu kita banyak tanah. Kami jual tanah nak bagi kau orang semua belajar, bagi berjaya. Arwah ayah kau bukannya ada kerja. Jadi bila perlukan duit, dia jual saja tanah. Akhirnya yang tinggal hanyalah tanah dan rumah ni saja. Itulah sebabnya dia ndak sangat ambik balik tanah dari pak mansor tu. Dia ndak kau adik beradik tak berpisah dan pertahankan tanah sekeping yang ada satu-satunya ni. SAMSIAH Memang betui apa cakap ayah tu mak. Tapi tanah yang ada ni tak ada sipa lagi yang nak usahakan. Masa abang Arman ada dulu dia yang usahakan. Macam sawit yang dia tanam tu, sekarang sapa lagi nak tengok. JALAL Orang tak setuju kita jual tanah ni. Kalau kita jual tanah ni, maknanya kita jual benda yang akan jadi lambang penyatuan keluarga. Kelapa sawit tu abang Arman tanam ada sebab. Dia bukannya tanam untuk dia, tapi untuk kita semua. Usaha abang Arman yang kita sanjung selama ni akan sia-sia kalau tanah ni dijual. Dia usahakan kebun kelapa sawit dengan harapan hasilnya nanti boleh dikumpul untuk menebus semula geran tanah yang ada kat Pak Mansor. Dia gunakan duit yang kak Saniah, Kak Samsiah, Kak Mun dan Husni bagi kat mak yang mak simpan untuk ambik balik geran tu. Tanyalah mak kalau tak percaya. Semua serentak menoleh ke tempat Tuminah duduk. Tuminah tidak ada di situ. Tuminah 'hilang'. MAIMUN Eh, mana mak? CUT TO:

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

71. 78 EXT. KAWASAN SEKITAR - MALAM SAMA 78

Lalu mereka keluar mencari Tuminah. Mereka berpecah. Ada ke jeti, ke kubur, ke kawasan burung botak, namun hampa. CUT TO: 79 EXT. RUMAH PUSAKA - MALAM SAMA 79

Jalal yang tahu di mana ibunya berada segera ke pokok durian besar. Tuminah ada di situ. tanpa berbicara, Jalal mengutip ranting-ranting kayu. Kemudian dinyalakan unggun api. CUT TO: 80 EXT. KAWASAN SEKITAR - MALAM SAMA 80

Akhirnya seorang demi seorang balik dah menuju ke pokok itu. Semua mengelilingi unggun api. Tuminah bertanya adakah mereka tidak ingat lagi, masa mereka kecil dahulu di bawah pokok itulah mereka selalu bermain, berkumpul, berkelah. TuMINAH Kau orang ingat lagi tak, masa kecik-kecik dulu, di bawah pokok inilah tempat paling kau orang semua suka. Tempat ni jadi macam taman syurga untuk kau orang. CUT TO: 81 EXT. BAWAH POKOK DURIAN - DAY Flashback. Montaj: - Adik beradik masa kecil bermain di bawah pokok itu. - Adik beradik masa remaja berbual-bual sambil berehat di bawah pokok itu. CUT TO: 82 EXT. KAWASAN SEKITAR - MALAM SAMA Resume scene. Tuminah juga memberitahu bahawa di pangkal pokok itulah uri masing-masing ditanam. Jadi apakah mereka sanggup menjual sejarah mereka sendiri. 82 81

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

72. TUMINAH Nampak tak rumpun pisang tu. Kat situlah teman masa lahir kauorang... uri-uri kau orang arwah ayah kau tanam. Ayah kau nak kau semua bersatu di sini. Kalau kau nak jual tanah ni, sama macam kau jual diri sendiri. Sanggup kau buat macam tu? Masing-masing terasa sayu. FADE TO BLACK. 83 INT. RUMAH PUSAKA - SIANG 83

Semua orang sedang bersarapan. Saniah akhirnya setuju akan balik duduk di rumah itu. Dia juga akan jual rumahnya di Melaka. Wangnya akan dipinjamkan kepada Husni dan Maimun untuk bantu perniagaan mereka. Husni dan Maimun enggan menerima kerana takut tak dapat bayar balik. Saniah kata, ayah m,ereka tak pernah fikir supaya anak-anak bayar balik bila dia bertindak menunaikan tanggungjawab ketua keluarga. Kini Saniah adalah ketua keluarga, jadi dia akan lakukan apa yang ayah dan ibu mereka lakukan. SANIAH Mak, Sekarang ni abang Arman dah tak ada, ayah pun dah tak ada. Jadi maklah ketua keluarga. Kami akan ikut apa saja cakap mak. TUMINAH Saniah, aku ni dah tak lama. Aku cuma nak tengok kau adik beradik bersama-sama. Kau paling tua, sekarang kaulah yang jadi ketua. Kau buatlah keputusan. Bincangkan elok-elok, tapi apa-apa pun ingatlah pengorbanan dan impian ayah dan abang Arman. SANIAH Kalau mak dah kata macam tu, Saniah terima. Jadi sekrang Saniah akan lakukan apa yang ayah lakukan jika dia masih hidup. Ayah tentu tak mahu tengok anak-anak dia susah. Saniah pun sama mak. Saniah tak mahu tengok adik-adik Saniah susah. Saniah berhenti. Dia sebak. Semua diam. Turut meresapi kesebakan Saniah.

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

73. SANIAH (CONTD) Saniah dah buat keputusan, Saniah akan balik duduk di rumah ni, duduk dengan mak. Rumah di melaka tu akan kami jual. Takat RM300,000 tak susah nak cari orang yang nak beli. Duitnya nanti, 150,000 akan bayar balik hutang Husni kat Pak Mansor. Maimun pun akan dapat sikit, bayarlah hutang ah long tu. Tapi kenalah bayar balik sebab duit tu akan kita gunakan untuk tunaikan wasiat arwah ayah. Kita ambik balik tanah dari Pak mansor tu. Tuminah senyum dalam kesebakan. Berubah bercahaya wajahnya dari suram. FADE OUT. END

PARIT JAWA by jamil mutalib, 2011

Anda mungkin juga menyukai