Anda di halaman 1dari 2

DOKUMENTARI FINAS 2014

Penyertaan Penerbitan Dokumentari FINAS 2014 (TARIKH TUTUP 5 SEPTEMBER 2014)


Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berbesar hati mengundang anak
Malaysia yang kreatif untuk menghasilkan dokumentari yang berkualiti dan mampu untuk
memaparkan keunikan Malaysia di persada antarabangsa.

Siapa yang layak?
Peluang terbuka bagi penerbit (syarikat) dan individu yang mempunyai pelbagai cerita yang
menakjubkan mengenai Malaysia .
Apa yang kami inginkan?
Mencari dokumentari durasi 30 & 60 minit yang bersesuaian untuk tayangan di stesen
tempatan
Cerita yang mampu membuat penonton berfikir sejenak serta menarik minat masyarakat
tempatan dan antarabangsa.
Cerita yang mengetengahkan karakter dalam situasi drama, konflik yang memerlukan
penyelesaian atau peleraian.
Memiliki unsur drama dalam penceritaan berlandaskan fakta kajian, realiti dan logik.

Kategori
Adat kebudayaan
Alam semula jadi
Kisah masyarakat
Hidupan liar
Sejarah
Sains & Teknologi
Warisan

Bahasa
Dua versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Format
High Definition (HD)
Setiap satu durasi 21-24 minit (program 30 minit).
Setiap satu durasi 45-48 minit (program 60 minit)

Jadual Gerak Kerja
o 13 Ogos 2014 - Pengumuman projek
o 5 September 2014 - Tarikh akhir penghantaran kertas cadangan
o 18 September 2014 - Sesi pembentangan kertas cadangan (Open
Pitch)

Proses penghantaran kertas cadangan
Sila hantar kertas cadangan (3 salinan) kepada Bahagian Pengurusan Produksi sebelum atau
pada 5 September 2014 ke :
Bahagian Pengurusan Produksi
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Jalan Utara
46547 Petaling Jaya
Selangor
Tel : 03 7968 2061 / 2144 (Rizal / Azura)
Faks : 03 7968 1153
Sila pastikan keperluan di bawah disertakan di dalam kertas cadangan :
Kertas cadangan lengkap mengikut format tersebut - Pendahuluan,
Sinopsis, Treatment, Bajet, Jangkaan Jadual Produksi dan Lampiran
Gambar atau Video (jika ada).

Anda mungkin juga menyukai