Anda di halaman 1dari 5

ERA 2000 YANG KEMBALI BERSINAR

GRAF perkembangan sukan negara sepanjang satu dekad (jangka masa 10 tahun) meliputi tahun 2000
hingga 2010 dalam pelbagai acara yang dipertandingkan menunjukkan graf tidak menentu.Sudah
menjadi kelaziman dalam sesuatu acara, ada yang menang dan yang kalah namun perjuangan atlet
dalam bidang sukan tidak pernah kenal erti putus asa.

Badminton antara sukan yang berjaya mencuri tumpuan masyarakat seluruhnya ekoran beberapa
kejayaan dicipta anak tempatan dengan meraih pelbagai anugerah.Bagi kategori sukan yang lain, skuasy
misalnya berjaya membuka mata dunia agar tidak ‘memperlekehkan’ kebolehan negara kecil seperti
Malaysia dalam sukan berprestij ini.
Begitu juga, sukan lumba basikal yang turut meraih beberapa kejayaan besar sehingga negara ini
semakin dikenali di persada antarabangsa. Sementara itu, acara renang tidak kurang hebatnya dan
semakin mendapat perhatian ramai.

(MASUKKAN GAMBAR UNTUK INTRO)

Badminton

(Gambar besar sukan badminton dan2 keping gambar Lee Chong wei)

Sebagai sukan paling popular di Malaysia, badminton adalah sukan yang amat berpengaruh kerana
sepanjang tahun 2000 atlet negara meraih banyak kejayaan.

Atlet badminton nombor satu negara iaitu Lee Chong Wei (Datuk) melakar sejarah tersendiri dengan
memenangi beberapa kejohanan dunia dan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.

Antara pencapaian paling cemerlang beliau adalah memenangi pingat emas (Perseorangan Lelaki) di
Sukan Komanwel 2006, 2010 dan 2018.

Tidak terhenti di situ, beliau kemudiannya mengulangi kejayaan yang memberangsangkan dengan
merangkul pingat perak di Sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008.

Kejayaan beliau memberi inspirasi kepada generasi muda yang meminati sukan ini untuk berjaya dalam
arena sukan yang diminati.

Skuasy

Sukan skuasy mencipta sejarah tersendiri apabila Nicol An David (Datuk) yang berpengalaman lebih 20
tahun menempah kejayaan besar buat negara.

(Gambar Nicol dua keping – tgh bermain dan dapat anugerah Negara / dunia)

Kejayaan paling membanggakan apabila beliau bergelar pemain nombor satu dunia selama sembilan (9)
tahun berturut-turut sehingga sukan itu begitu sinonim kepda negara.
Sebagai pemain profesional, Nicol mengecapi banyak kejayaan termasuk meraih gelaran juara dunia
lapan kali termasuk memenngi lima pingat emas di Sukan Asia, dua pingat emas di Sukan Komanwel dan
81 kejuaraan Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA).

Sepanjang 10 tahun penglibatan dalam skuasy, penyertaan beliau pada tahun 2002 Nicol menjuarai
Terbuka Kuala Lumpur dan pada tahun itu juga, bersama Ong Beng Hee (pasangan beregu campuran) ini
merangkul pingat perak menerusi Sukan Komanwel.

Sejarah berterusan dicipta oleh Ratu Skuasy Negara apabila menjuarai Terbuka British pada tahun 2005,
2006 dan 2008. Dalam acara lain yang turut dipertandingkan seperti Terbuka Dunia 2005, 2006, 2008,
2009, 2010 dia terus mencipta kejayaan demi kejayaan.

Kemenangan berganda Nicol dapat disaksikan melalui beberapa lagi kejayaan seperti Terbuka Hong
Kong 2006 (hingga 2015) dan tahun 2007 pula memenangi enam kejuaraan dalam Terbuka British dan
dianugerahkan Olahragawati Terbaik Asia (mengalahkan 100 pesaing yang mewakili 25 pertubuhan
sukan).

Sementara itu, pada tahun 2009, Nicol mempertahankan pingat emas Sukan Dunia dalam pertandingan
Terbuka Kejuaraan Cayman, satu lakaran sejarah yang membanggakan dan pada 2010, beliau sekali lagi
menjuarai Terbuka Chennai dan meletakkan diri di tangga teratas ranking untuk bulan ke-42 berturut-
turut. Beliau dianugerahkan Olahragawati Kebangsaan pada 2010. Berdasarkan kejayaan besar beliau,
tidak hairanlah mengapa atlet ini terus menjadi idola masyarakat semua peringkat usia.

Lumba Basikal

Sukan lumba basikal tidak kurang hebatnya apabila lahir ramai pelumba basikal yang mencipta kejayaan
besar di persada antarabangsa.

Bagi Mohamad Azizulhasni Awang ((Datuk) atau lebih dikenali Azizul Hasni Awang, Pelumba Basikal Trek
Profesional ini mula mencipta namanya dalam pertandingan pada tahun 2007 di Bangkok menerusi
acara kierin (Kejohanan Asia).

(Gambar zulhasni sedang berlumba n gambar merangkul pingat/ sdg terima hadiah)

Pada tahun 2008 pula, beliau diberi penghormatan sebagai pembawa bendera bagi pasukan kebangsaan
Malaysia di Olimpik, Beijing.

Dalam sukan Olimpik berkenaan, Azizul meraih kemenangan dalam acara kierin dan pecut 200 meter di
Kejohanan Trek Asia (pingat emas) di Sukan Asia, Beijing.

Mendapat julukan ‘The pocket rocketman’ kerana tubuhnya yang bersaiz kecil dengan menjuarai sukan
yang kebanyakan memiliki saiz badan lebih besar daripadanya.

Dalam acara Lumba Basikal Dunia di Melbourn, Australia pada 2009, beliau meraih pingat emas bagi
acara kierin dan beberapa pertandingan lain seperti Kejohanan Asia - Tanggarong sprint; Tanggarong
berkumpulan sprint; World Championship Pruszkow sprint.

Atas sumbangan yang berprestij itu, pada tahun 2010 anak jati Terengganu ini dinobatkan sebagai
Olahragawan Kebangsaan di Anugerah Sukan Negara.
Beliau juga mendapat Anugerah Atlit Sukan Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) –
100 Plus selain memenangi Ballerup dalam acara kierin di kejohanan Guangzhao kierin; Sukan Komanwel
New Delhi (kumpulan) sprint.

Akuatik

Pandelela Rinong (Datuk), mula dikenali dalam negara dengan terjunan hebatnya apabila meraih pingat
emas Sukan SEA Nakhon Ratchasima pada tahun 2007.

Diikuti selepas itu, beliau meraih perhatian ramai apabila menyertai Kejohanan Dunia Rom 2009 acara
10 meter synchro platform dan beliau memenangi pingat gangsa.

(Gambar Pandelela tgh berenang/terima anugerah -2, 3 keping)

Pada tahun itu juga, anak kelahiran Sarawak ini mencipta kemenangan hebat di Sukan SEA Tenggara
Vientiane menerusi acara 10 meter platform serta dianugerahkan pingat emas.

Di Youth Olympics Singapore 2010, dia mencipta kemenangan walaupun hanya mendapat pingat perak
dalam acara 10 meter platform. Tidak cukup dengan itu, dalam Olimpik itu juga menerusi acara 3 meter
batu loncatan dia memenangi pingat perak.

Pada tahun 2010 juga Pandelela memenangi banyak kejayaan dan menerusi penyertaannya di Sukan
Asia Guangzhou 2010 dalam acara 10 meter synchro platform, dia meraih pingat perak.

Usaha mencari pingat perak diteruskannya dalam Sukan Komanwel New Delhi 2010 menerusi acara 10
synchro platform dan pada tahun itu juga menerusi acara 10 meter platform, beliau merangkul pingat
emas yang sememangnya membanggakan negara.

Sukan Hoki

Permainan hoki di Malaysia dikatakan tidak sepopular sukan bola sepak namun turut mengecap
beberapa kejayaan besar di tanah air dan peringkat antarabangsa.

Skuad Hoki Kebangsaan melakar sejarah tersendiri dan dikatakan sejak tahun 1956 hingga 2002
pasukan kebangsaan memiliki pemain yang hebat.

Jika melihat susur galur sukan ini, pasukan hoki kebangsaan pernah menyertai Piala Dunia (1975) dan
dikatakan sukan utama negara yang diminati golongan istana, ahli politik, pegawai tinggi kerajaaan
hingga rakyat biasa.

Antara legenda hoki negara seperti Poon Fook Loke, R Yogeswaran (Datuk), Mendiang Ho Koh Chye,
Allahyarham Mohd Sidek Othman dan ramai lagi.
Begitu juga dengan atlet hoki yang terkenal pada era 1990-an hingga 2000 seperti Faizal Saari, Razie
Rahim, Amin Rahim, Baljit Singh, Len Aiyappa, Jiwa Mohan, Mirnawan Nwawi, Kuhan Shanmuganathan,
Azlan Misron, Tengku Ahmad Tajuddin dan lain-lain.

Melihat siri kejayaan sukan hoki sepanjang tahun 2000 hingga 2010 di persada antarabangsa, tidak
banyak kejayaan dicipta. Bahkan, pasukan hoki kita pada tahun 2002 tidak layak menyertai Sukan
Komanwel mahupun Olimpik.

Pun begitu, pada tahun 2000 menerusi Piala Sultan Azlan Shah, skuad Hoki Kebangsaan meraih tempat
keempat. Cuma pada tahun 2007 pernah meraih gelaran naib juara.

Tahun 2008 dan 2009 masing-masing mendapat tempat kelapan kedua, manakala pada tahun 2010 di
kedudukan keempat.

Apapun tidak menghairankan jika satu hari nanti pasukan hoki lelaki kebangsaan bakal bergelar juara di
Piala Dunia memandangkan sukan ini semakin meningkat prestasinya dar setahun ke setahun.

(Gambar pasukan hoki dulu dan sekarang – gambar Mirnawan )

Kesimpulan

Era kegemilangan sukan sepanjang sedekad antara tahun 2000 hingga 2010 hanya tertumpu kepada
beberapa jenis sukan sahaja seperti badminton, skuasy, lumba basikal dan renang sahaja yang menempa
nama di persada dunia.

Tidak mustahil banyak lagi kejayaan akan diraih oleh atlet Malaysia memandangkan dekad 2010 hingga
terkini banyak kecemerlangan dicipta sehingga mengharumkan nama negara di mata dunia

Anda mungkin juga menyukai