Anda di halaman 1dari 5

Nicol David

December 26, 2007 Kategori: Kerjaya, Personaliti

Nicol David kini adalah antara personaliti sukan yang paling terkenal dan diminati di negara ini buat masa ini. Tatkala ramai ahli sukan negara ini berfikir panjang dan berkira kira samaada mereka patut menjadi ahli sukan profesional (sepenuh masa), Nicol David menunjukkan kepada mereka bagaimana dia melakukannya dengan penuh bergaya. Nicol dilahirkan sebagai Nicol Ann David pada 26 Ogos 1983 di Pulau Pinang. Beliau adalah anak perempuan kepada Desmond David, seorang jurutera, dan Ann Marie David yang bertugas sebagai seorang guru. Nicol mula berjinak jinak dengan squash seawal usia 5 tahun, dan pada umur 8 tahun, beliau mula mengambil serius sukan tersebut dan melibatkan diri dengan latihan secara kerap dan menyertai perlawanan kompetitif. Beliau menerima persekolahan awalnya di Sekolah Menengah Convent, Pulau Pinang. Nicol mula menguasai gelanggang squash dengan memenangi kejohanan Asia dan juga menjadi wanita termuda menjuarai kejohanan remaja dunia. Beliau hanya berusia 15 tahun dan dalam proses menjadi juara dunia remaja termuda, beliau menewaskan dua pemain remaja lain yang berada pada senarai ranking 20 terbaik dunia. Beliau juga menjuarai kejohana remaja sebanyak 2 kali, dan menjadi salah seorang antara 2 pemain dalam sejarah squash yang memenangi gelaran tersebut sebanyak 2 kali. Sewaktu usianya menjangkau 16 tahun, Nicol sudahpun menduduki senarai 10 pemain terbaik dunia dan berada pada landasan terbaik untuk terus meningkatkan penguasaan dan rankingnya. Nama Nicol David begitu digeruni di Asia kerana kehebatannya menjuarai kejohanan Asia sebanyak 5 kali iaitu pada tahun 1998, 2000, 2002, 2004 dan 2006. Pada bulan Disember 2005, Nicol sekali melakar sejarah apabila menjadi juara dunia termuda setelah menewaskan Rachel Grinham dari Australia pada perlawanan akhir kejohanan terbuka Hong Kong. Namanya terus harum apabila Nicol diumumkan menduduki senarai ranking teratas dunia pada bulan Januari 2006. Pada masa ini usianya hanya 23 tahun. Nicol menjadi wanita Asia pertama yang merangkul kejuaraan dunia dan menduduki ranking nombor satu dunia. Nicol yang kini bergelar pemain squash profesional, berlatih dan menetap di Amsterdam, Belanda. Beliau dilatih oleh bekas pemain nombor 2 dunia, Liz Irving. Keazaman dan kecekalan Nicol telah membawa beliau ke puncak yang dirasakan mustahil oleh ramai rakyat Malaysia. Malaysia Boleh! Terjemahan dari laman SkorCareer: From a Nicol David to a World Champion. Entry Lain Yang Menarik: 1. Lee Chong Wei Dapat RM300,000, Datuk... 2. Giliran Misbun Dapat Gelaran Datuk... 3. Bioteknologi: Gaji Mungkin Masalah... 4. Pendapatan Sheikh Muszaphar Disiasat... 5. CEO Wanita Gaji Paling Mahal...

Misbun Sidek

Nama sebenar beliau ialah Mohamed Misbun Bin Dato Sidek dilahirkan pada 17 Februari 1960 di Banting, Selangor. Misbun Haji Sidek merupakan pemain badminton pertama di negara ini yang mencapai taraf antarabangsa ketika berusia 24 tahun. Sepanjang penglibatan beliau dalam dunia badminton beliau telah menunjukkan komitmen yang penuh dedikasi sehingga telah dikurniakan pingat kebesaran BSD, AMP, AMN, PJK. Jawatan yang dipegang oleh beliau sepanjang penglibatan di dalam dunia badminton ialah sebagai Ketua Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri (Mulai 1996 hingga 31 Disember 2002), Penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri (Mulai 1 Januari hingga sekarang), Ketua Jurulatih Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (Mulai 1 Januari 2003 hingga 31 Disember 2004) dan Jurulatih Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (Mulai 1 Januari 2005 hingga sekarang). Pencapaian beliau dari awal penglibatan iaitu tahun 1976 sehingga 2005: 1976 Juara Kebangsaan B -18 1977 Juara Kebangsaan B -18 1978 Juara Kebangsaan B -18 1979 Juara Kebangsaan B -21 1980 Juara Kebangsaan, Pemegang Pingat Gangsa Bergu Lelaki Kejohanan Dunia (bersama Jalani), Jakarta 1981 Juara Perseorangan Terbuka Jerman, Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia Pingat Emas Perseorangan Sea Games di Manila,Olahragawan Kebangsaan 1982 Juara Perseorangan Terbuka Sweden, Naib Juara Perseorangan Piala Dunia,Semi Finalis Perseorangan All England, Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia 1983 Juara Perseorangan Terbuka Jerman, Juara Perseorangan Terbuka Sweden, Juara Perseorangan Terbuka Kanada, Semi Finalis Perseorangan Kejohanan Dunia, Tempat ke-3 Perseorangan Sirkit Pro-Kennex 1985 Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia 1986 Juara Perseorangan Terbuka Malaysia, Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia, Naib Juara Kejohanan All England 1987 Juara Perseorangan Terbuka Chinese Taipei, Juara Perseorangan Piala Konica (Singapore), Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia 1988 Naib Juara Perseorangan Akhir Grand Prix Dunia, Naib Johan Piala Thomas(pasukan) 1990 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia 1992 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia 1994 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia 1996 Tenaga jurulatih ke Sukan Olimpik, Atlanta 1998 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia 2000 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia 2002 Memenangi 3 pingat emas dalam acara perseorangan lelaki berpasukan dan bergu campuran bawah kategori 35 tahun ke atas di World Masters Games, Melbourne, Australia, Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia Menerima penghargaan khas daripada Persatuan Badminton Melayu Malaysia, Menerima Penghargaan khas daripada Majlis Sukan Negeri Selangor, Menerima Anugerah Jurulatih Kebangsaan daripada Majlis Sukan Negara 2004 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia Tenaga jurulatih ke Sukan Olimpik, Athen 2005 Tenaga Jurulatih Ke Kejohanan Dunia, California USA SUMBER: Misbun Sidek (2003). Badminton : teknik asas. Selangor : Do-It Future Sdn. Bhd. http://bulutangkis.web.infoseek.co.jp/nusa/b_misbun.htm http://www.pnm.my/yangpertama/Sohor_Misbun.htm

Shalin Zulkifli
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar

Shalin Zulkifli (lahir 28 Mac 1978 di London, England) ialah seorang pemain boling 10 pin profesional berbangsa Malaysia dan bekas Nombor 1 Asia. Beliau pernah bertanding dan menjuarai pelbagai kejohanan kebangsaan dan antarabangsa, dan beberapa kali dalam kerjaya beliau menduduki kedudukan #1 pemain boling 10 pin profesional di Malaysia dan Asia. Shalin lahir di North Islington dan menghabiskan zaman kanak-kanak beliau di Kuala Lumpur. Beliau mula bermain boling ketika berusia 9 tahun dan menyertai pasukan boling kebangsaan pada akhir 1980-an.[1] Pada tahun 1991 beliau digelar Olahragawati Muda Harapan Selangor, dan pada tahun 1994 menjadi pemain termuda dan rakyat Malaysia pertama untuk menjuarai Kejohanan Wanita Kent Malaysian All-Stars. Shalin memegang ijazah dalam Sains Sukan yang mengkhusus dalam Psikologi dan Latihan Sukan. Kini, beliau memiliki dan mengendali sebuah gelanggang boling 10 pin di The Curve, Mutiara Damansara.

Isi kandungan
[sorok]

1 Penghargaan 2 Kejayaan o 2.1 1994 o 2.2 1996 o 2.3 1998 o 2.4 1999 o 2.5 2001 o 2.6 2002 o 2.7 2003 o 2.8 2004 o 2.9 2005 3 Rujukan 4 Pautan luar

[sunting] Penghargaan

Anugerah Olahragawati Malaysia (1997, 1996, 1994, 2001 & 2002) Juara Kebangsaan Malaysia (1996, 2001, 2002 & 2003) Anugerah Olimpik Malaysia (1994 & 1999) Kedudukan Nombor 1 Asia (2000, 2001, 2002 & 2004) Pemain Boling Antarabangsa Tahun (2002)

Masukan Hall of Fame Boling Antarabangsa (2004)

[sunting] Kejayaan
[sunting] 1994

Kent Malaysian All-Stars - Juara Terbuka Wanita

[sunting] 1996

2nd World Tenpin Team Cup (Calgary, Kanada) - Pingat Gangsa & Undian MVP Piala Dunia AMF (Ireland Utara) - tempat ke-2

[sunting] 1998

Piala Dunia AMF (Kobe, Jepun) - Rekod untuk layak ke 3 peringkat akhir step ladder berturut-turut; tempat ke-3 keseluruhan

[sunting] 1999

Kejohanan Belia Asia (Singapura) o Pingat Emas Bergu o Pingat Emas Pasukan Sukan SEA (Brunei) o Pingat Emas Bergu o Pingat Emas Kumpulan Bertiga o Pingat Emas Pasukan o Pingat Emas Semua Acara o Pingat Emas Masters o Pingat Gangsa Perseorangan

[sunting] 2001

World Tenpin Masters (Essex, England) - Juara Wanita Pertama Sukan SEA (Malaysia) o Pingat Emas Perseorangan o Pingat Emas Semua Acara o Pingat Emas Kumpulan Bertiga o Pingat Emas Pasukan o Mencatat 8 Rekod Sukan SEA baru Terbuka Kota Kinabalu - Juara perseorangan

[sunting] 2002

Terbuka Antarabangsa Thailand - Juara Masters Terbuka Wanita Terbuka Antarabangsa Filipina - Juara Wanita

[sunting] 2003

World Tenpin Team Cup - Juara Pasukan Wanita Kejohanan Boling Tenpin Sedunia - Pingat Emas Pasukan Berlima Wanita Terbuka Santa Claus - Tempat ke-2 Asian Bowling Tour Grand Slam - Juara Wanita Asian Bowling Tour (pusiangan Filipina) - Juara Wanita World Tenpin - Pingat Emas Berpasukan

[sunting] 2004

Terbuka Bahrain - Juara Terbuka Wanita Terbuka Sinai - Juara Wanita ABF Tour (pusingan Thailand) - Juara Wanita Terbuka Antarabangsa Malaysia - Juara Wanita

[sunting] 2005

Kejohanan Boling Komanwel ke-2 (Cyprus) o Pingat Emas Masters o Pingat Emas Bergu Campuran o Pingat Emas Berpasukan o Pingat Gangsa Berseorangan Kejohanan Kebangsaan Malaysia - Juara Terbuka Wanita

[sunting] Rujukan
1. Yusoff, Ruslina (2007-03-28), "Mutiara Damansara: What bowls her over", The New Straits Times

[sunting] Pautan luar


Laman web rasmi Profil di MTBC Rencana pasukan boling Malaysia di Sukan Asia 2006 Senarai anugerah Shalin Zulkifli di Storm International 2005 World Games Article 2005 Commenwealth Tenpin Bowling Championship roster Rencana Sukan Asia 2006 Terbuka Antarabangsa Thailand 2002

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Shalin_Zulkifli"

Anda mungkin juga menyukai