Anda di halaman 1dari 6

Fakta tentang jaguh

pelumba negara, Azizulhasni


Awang
Astro Awani | April 14, 2017 23:51 MYT

Beliau merupakan atlet pertama negara memenangi emas di kejohanan trek dunia sekaligus menyarung
jersi pelangi yang menjadi buruan pelumba.

JAGUH pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang telah merangkul gelaran juara
dunia bagi acara keirin Kejohanan Trek Berbasikal Dunia 2017 di Hong Kong, Khamis
lalu.

Beliau merupakan atlet pertama negara memenangi emas di kejohanan trek dunia
sekaligus menyarung jersi pelangi yang menjadi buruan pelumba.
Berikut merupakan fakta mengenai pelumba yang bergelar ‘The Pocketrocket Man’ itu:
Fakta mengenai Azizulhasni Awang. - BERNAMA
BOWLING TENPIN: KEJAYAAN BERGANDA
CERIAKAN MALAYSIA
PEMAIN bowling ternama, Shalin Zulkifli dan pemain muda Rafiq Ismail
mempamerkan permainan yang luar biasa untuk merangkul emas acara
wanita dan lelaki masters di Sunway Mega Lanes hari Jumaat (25 Ogos).
Shalin, 39, yang menduduki ranking ke-2 acara itu, menewaskan Tannya
Roumimper dari Indonesia 223-222 dalam step ladder. Ia pingat emas Sukan
SEA yang ke-20 Shalin sejak mula membuat penampilan 24 tahun sejak
usianya 15 tahun. Shayna Ng Lin Zhi dari Singapura mendapat gangsa
dengan 199 jatuhan pin. Malaysia mengakhiri kempen acara bowling Sukan
SEA sebagai juara keseluruhan dengan tujuh emas, empat perak dan tiga
gangsa.

Penghargaan :

 Anugerah Olahragawati Malaysia (1997, 1996, 1994, 2001 & 2002)


 Juara Kebangsaan Malaysia (1996, 2001, 2002 & 2003)
 Anugerah Olimpik Malaysia (1994 & 1999)
 Kedudukan Nombor 1 Asia (2000, 2001, 2002 & 2004)
 Pemain Boling Antarabangsa Tahun (2002)
 Masukan Hall of Fame Boling Antarabangsa (2004)
Syabas Datuk Lee Chong Wei – Juara
Badminton All-England Kali Ke-4
Lee Chong Wei berjaya menewaskan pemain muda China, Shi Yuqi 21-12, 21-10 pada
pentas akhir Seluruh England di Arena Barclaycard, Birmingham.

Chong Wei sudah tiga kali menjuarai Seluruh England iaitu pada tahun 2010, 2011 dan
2014.

Datuk Lee menyamai rekod juara perseorangan lelaki 4 kali Pemain Badminton
Lagenda Datuk Eddy Choong, yang meninggal dunia 4 tahun lalu pada usia 82 tahun .

Datuk Eddy Choong meraih kejuaraan sama pada 1953, 1954, 1956 dan 1957.

Syabas Lee Chong Wei.

Anda mungkin juga menyukai