Anda di halaman 1dari 10

Biodata Lee Chong Wei, Pemain Badminton No.

1 Malaysia

Datuk Wira Lee Chong Wei adalah pemain badminton nombor satu Malaysia. Pencapaian
luarbiasanya dalam sukan tersebut berjaya mengangkat nama negara ke persada antarabangsa.

Meskipun sudah bersara, namun setiap aksi serta kemenangannya pasti akan dikenang rakyat
Malaysia sampai bila-bila.

Mana tidaknya, setiap kali beliau berentap di gelanggang, segenap rakyat Malaysia pasti akan setia
memberikan sokongan kepadanya di stadium mahupun di layar kaca televisyen.

Jom kita kenali wira badminton negara ini dengan menyemak biodata Lee Chong Wei secara lebih
lanjut.
Biodata Lee Chong Wei

 Nama Penuh : Lee Chong Wei


 Ketinggian : 172 cm
 Tarikh Lahir : 21.10.1982
 Tempat Lahir : Pulau Pinang
 Isteri : Wong Mew Choo
 Anak : 3 orang, Kingston (2013), Terrance (2015) dan Anson (2022)
Karier Lee Chong Wei dalam Sukan Badminton

Minat Lee Chong Wei pada sukan badminton mula berputik pada usianya 10 tahun.

Atas usaha serta dorongan ibu bapa, beliau layak menyertai skuad badminton kebangsaan
sejak tahun 1999.

Sejak itu, beliau tidak toleh belakang lagi dan terus melakar nama dalam arena sukan
negara.

Lee Chong Wei juga menerima tunjuk ajar daripada beberapa jurulatih handalan seperti
Datuk Misbun Sidek, Teh Peng Huat, mendiang Indra Gunawan, Li Mao, Rashid Sidek,
Morten Frost, Datuk Tey Seu Bock, Hendrawan dan banyak lagi.

Lee akui nama-nama ini bukan hanya menggilap kemahiran badmintonnya, bahkan
membina keperibadiannya sehingga berjaya ke hari ini.
Kejohanan Yang Dimenangi Lee Chong Wei

2003

 Luster Malaysia Satellite

2004

 Proton-Eon Malaysia Open


 Chinese Taipei Open

2005

 Denmark Open
 Proton Malaysia Open

2006

 Malaysia Open
 Wilson Badminton Swiss Open

2007

 French Super Series


 Philippines Open
 Djarum Indonesia Open Super Series
2008

 World Super Series Masters Finals


 Aviva Singapore Super Series
 Proton Malaysia Open Super Series

2009

 Yonex-Sunrise BWF World Super Series Master Finals


 Yonex Sunrise Hong Kong Open Super Series
 Macau Grand Prix Gold
 Yonex Sunrise Malaysia Open Grand Prix Gold
 Djarum Indonesia Super Series
 Wilson Swiss Super Series
 Malaysia Super Series

2010

 Yonex Sunrise Hong Kong Open Super Series


 Commonwealth Games
 Japan Super Series
 Kumpoo Macau Open Badminton Championships
 Yonex Sunrise Malaysia Open Grand Prix Gold
 Djarum Indonesia Super Series
 All England Super Series
 Proton Malaysia Open Super Series
 Korea Super Series
2011

 Yonex Badminton French Open


 Djarum Indonesia Open
 Yonex-Sunrise Malaysia Open Grand Prix Gold 2011
 Yonex-Sunrise India Open
 Yonex All England Open
 Victor Korea Open
 Proton Malaysia Open
 Victor – BWF Superseries Finals

2012

 Yonex Sunrise Hong Kong Open


 Yonex Denmark Open
 Yonex Japan Open
 Sukan Olimpik
 Yonex Sunrise Malaysia Open GP Gold
 Yonex Sunrise India Open
 Yonex All England Open Badminton Championships
 Maybank Malaysia Open Presented by Proton
 Victor Korea Open

2013

 BWF World Superseries Finals


 Yonex Sunrise Hong Kong Open
 Yonex Open Japan
 Djarum Indonesia Open
 Yonex Sunrise India Open
 Maybank Malaysia Open 2013
 Victor Korea Open

2014

 Yonex Japan Open


 Yonex-Sunrise India Open
 Yonex All England Open
 Maybank Malaysia Open

2015

 Yonex-Sunrise Hong Kong Open


 Thaihot China Open
 Yonex French Open
 Yonex Canada Open
 Yonex Suffolk County Community College US Open

2016

 Yonex Japan Open


 BCA Indonesia Open
 Dong Feng Citroen Badminton Asia Championship
 Celcom Axiata Malaysia Open
 Victor Far East Malaysia Masters

2017

 Yonex-Sunrise Hong Kong Open


 Yonex All England Open

2018

 Celcom Axiata Malaysia Open


 Commonwealth Games

Berikut adalah fakta menarik mengenai kejayaan yang pernah dikecapi oleh Datuk Lee
Chong Wei:
 Memenangi dua pingat emas pada Sukan Komanwel 2006 dan dinobatkan sebagai pemain
nombor satu dunia sebanyak dua kali pada tahun yang sama.
 Memenangi lima pingat emas dalam Sukan Komanwel.
 Pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali
 Pemenang pingat perak Kejohanan Badminton Dunia sebanyak tiga kali.
 Menjadi pemain badminton nombor satu dunia selama 349 minggu.
 Memenangi 69 kejohanan antarabangsa.
 Memenangi Kejuaraan All England sebanyak empat kali.
 Dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Lelaki oleh Badminton World Federation (BWF)
sebanyak lima kali.
 Memenangi Anugerah Olahragawan Negara sebanyak empat kali.
 Olahragawan paling berjaya di Malaysia.
Pengiktirafan

BWF Player of the Year 2009, 2010 dan 2011

Sepanjang kariernya, beliau telah merekodkan 713 kemenangan daripada 851 perlawanan.

Lee Chong Wei menempa nama di arena sukan apabila dinobatkan sebagai pemain
badminton terbaik selama 349 minggu, di mana beliau menduduki tangga teratas selama
199 minggu berturut-turut.

Selain meraih 69 gelaran siri super, beliau juga telah mewakili Malaysia sebagai duta
muhibah UNICEF.

Lee Chong Wei Bersara

Pada 13 Jun 2019, Lee mengumumkan persaraan secara rasmi selepas mendapati
kesihatannya terjejas selepas didiagnos kanser hidung.

Meskipun beliau dikhabarkan telah menerima beberapa tawaran sebagai jurulatih daripada
luar negara, namun Lee masih belum bercadang untuk tinggalkan Malaysia.

Terkini, beliau telah mengumumkan kelahiran anak ketiga bersama isteri, Datin Wong Mew
Choo pada November lepas.
Meskipun pasangan ini telah bersara, namun kisah pasangan suami isteri ini tetap menjadi
bualan di kalangan peminat sukan badminton negara.

Sumber :

 BWF Tournament Software

 Astro Awani

Esei

Saya memilih Datuk Lee Chong Wei sebagai idola saya adalah kerana beliau ialah salah seorang
daripada tokoh ahli sukan negara Malaysia yang berjaya dan saya amat mengagumi kejayaan dan
pencapaian beliau.

Beliau juga ialah salah seorang tokoh negara Malaysia yang memberi ispirasi kepada generasi muda
yang mungkin boleh meneruskan pejuangan beliau, dalam industri sukan badminton Negara. Selain
itu, beliau seorang yang gigih untuk menjulang nama negara.

Beliau mengajar saya bahawa kita sepatutnya berusaha untuk mengejar impian dan cita-cita kita
tanpa berputus asa sehingga berjaya. Bukan kemenangan pingat yang lebih penting tetapi semangat
juang yang ditunjukkan oleh Chong Wei melalui sukan badminton berjaya menyatukan hati dan
melahirkan perasaan bangga kita sebagai rakyat Malaysia.

Sikap Chong Wei yang begitu merendah diri dengan meminta maaf terhadap semua rakyat Malaysia
kerana tidak berjaya membawa pulang pingat emas yang diidam-idamkan patut dicontohi oleh
segenap lapisan masyarakat.

Sikap dan semangat beliau wajib diserap ke dalam diri kita semua sebagai rakyat Malaysia. Bagi saya
beliau merupakan pemain badminton negara yang paling berjaya yang akan sentiasa dikenang
sebagai raja badminton tanpa mahkota.

Anda mungkin juga menyukai