Anda di halaman 1dari 15

Sukan SEA edisi ke 26 kini berlangsung di Palembang, Indonesia.

SihatSelalu membawakan anda update kedudukan kutipan pingat dan senarai penyumbang pingat emas.

Sumber lagi terkini : seag2011.com

Pemenang Pingat Emas

Pemenang Pingat Emas


21 Nov 2011 59. Ong Kim Swee, Baddrul dan lain2, bolasepak 58. Fatehah dan Ju Pha Som Net, lumba basikal (team sprint) 57. Muhammad Edrus, lumba basikal (sprint) 56. Fatehah Mustapa, lumba basikal (sprint) 55. Mohamad Hafiz, lumba basikal (omnium) 54. Png Hui Chuen, Katrina Ann dan 8 lagi, renang berirama (kombinasi bebas) 53. Adiq Husai, Amir, Akmal dan Harrif, lumba basikal (team pursuit 4000m) 20 Nov 2011 52. 51. 50. 49. 48. Adrian Ang, bowling (Master) Png Hui Chuen, Katrina Ann dan 6 lagi, renang berirama (rutin bebas) Png Hui Chuen dan Katrina Ann, renang berirama (rutin bebas) Kevan Cheah Peng, wushu (nandao + nan gun) Tai Cheau Xuen, wushu (nandao + nan gun)

19 Nov 2011 47. 46. 45. 44. 43. 42. Lee Yang, wushu (Taijiquan + Taijijian) Fatehah Mustapa, lumba basikal (ujian masa 500m) Mohd Harriff Saleh, lumba basikal (scratch race 10km) Heidi Gan, renang (10000m) Png Hui Chuen, Katrina Ann dan 6 lagi, renang berirama (rutin teknikal) Png Hui Chuen dan Katrina Ann, renang berirama (rutin teknikal)

18 Nov 2011 41. 40. 39. 38. Adrian, Aaron, Nur Aiman, Syafiq, Zulmazran, Kien Liang, bowling Radhi Hasim, Yu Peng Kean dan Liong Ming Chang, lawan pedang (sabre) Philippa Yoong, water ski (keseluruhan) Alexander Yoong, water ski (keseluruhan)

17 Nov 2011 37. 36. 35. 34. 33. 32. 31. 30. 29. Aaliyah Yoong, water ski (tricking) Philippa Clare, water ski (slalom) Adrian Ang, Zulmazran Zulkifli, Liew Kien Liang, bowling Cheng Chu Sian, Khairul Anuar dan Haziq, memanah Christina Loh, renang (breaststroke 50m) Heidi Gan, renang (5000m) Mohd Fauzi Khalid, silat (70 - 75kg) Ahmad Shahril Zailudin, silat (60-65kg) Mohd Al-Jufferi Jamari, silat (65 - 70kg)

16 Nov 2011 28. 27. 26. 25. 24. 23. Siow Yi Ting, renang (breaststroke 200m) Adrian Ang dan Liew Kien Liang, bowling Jacqueline Jenelee dan Zandra Aziela, bowling Pandalela Rinong, akuatik (10m platform) Yeoh Ken Nee, akuatik (3m papan anjal) Sam Chong dan Thor Chuan Leong, snuker

15 Nov 2011 22. 21. 20. 19. 18. 17. 16. 15. 14. 13. Kevin Yeap Soon Choy, renang (400m gaya bebas) Khoo Chai Lin, renang (800m gaya bebas) Bryan Nickson, akuatik (10m platform) Roslinda Samsu, olahraga (lompat bergalah) Noraseela Mohd. Khalid, olahraga (400m lari berpagar) Cheng Chu Sian, memanah Nur Suryani Mohamed Taibi, menembak (10m air rifle) Siow Yi Ting, renang (100 meter kuak dada) Cheong Jun Heong (3m papan anjal) Kuartet 4x400 meter lelaki

14 Nov 2011 12. Lee Hup Wei, olahraga (lompat tinggi) 11. Yeoh Ken Nee dan Bryan Nickson, akuatik (3m papan anjal) 10. Leong Mun Yee dan Traisy Vivien, akuatik (10m platform

PETALING JAYA, 5 NOVEMBER 2011 : Sukan Sea merupakan temasya sukan yang penting namun bukanlah yang utama , ujar Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek dalam sebuah rancangan di saluran Astro Arena iaitu Di Ambang Sukan Sea 2011 Jakarta-Palembang semalam.

Menurut beliau, masih ada lagi kejohanan yang lebih besar dan utama selain Sukan Sea seperti Sukan Komanwel, Olimpik dan Kejohanan Dunia lain seperti dalam sukan squash dan badminton yang perlu diberi penekanan dan perhatian yang lebih serius agar ianya tidak dipandang mudah.

Katanya lagi, Sukan Sea tidak boleh dijadikan kayu pengukur yang sebenar untuk menentukan kedudukan dan kekuatan Malaysia dalam meraih kejayaan dan pungutan pingat berbanding negara ASEAN lain. Tuan rumah pastinya akan mencari jalan terbaik untuk memperkenalkan sukan yang memberi kelebihan kepada mereka.

Beliau mengakui bahawa Sukan Sea memang penting bukan sahaja dari segi nilai kesukanan tetapi nilai-nilai diplomasi antara negara-negara ASEAN lain yang menyertai kejohanan ini. Tambahnya lagi, dengan adanya rasa komited terhadap hubungan diplomasi ini maka kita akan menyertainya kerana ia menjadi tuntutan bersama.

Ujarnya, Vietnam yang merupakan gergasi sukan baru mendahului Malaysia dari segi pungutan pingat terutama pingat emas pada Sukan Sea di Laos dua tahun lalu namun hanya mampu meraih 1 emas pada kejohanan Sukan Asia ke-14 di Guangzhou tahun lalu berbanding Malaysia yang meraih 9 pingat emas.

Beliau mengharapkan agar semua atlet menunjukkan yang terbaik dan dapat memberikan kejutan agar akhirnya rakyat akan berbangga dengan kejayaan mereka kerana rakyat Malaysia akan sentiasa menyokong walau apa jua yang berlaku

Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan prestasi sukan yang sungguh membanggakan pada tahun lalu, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Menurutnya, bidang sukan negara ini dilihat mampu bersaing dengan negara-negara luar serta mula menunjukkan perubahan yang positif. Tahun 2010 merupakan pencapaian terbaik untuk sukan tanah air kita. Negara kita memperolehi banyak kejayaan seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia, bola sepak, badminton, skuasy dan sebagainya. Semua sukan itu telah mula menampakkan bukti bahawa negara kita mampu memberi saingan yang hebat kepada negara-negara lain, ujarnya. Beliau berkata demikian semasa berucap menyempurnakan majlis sambutan ulang tahun pertama siaran sukan Astro Arena sempena Malam Keraian Sukan Malaysia yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar, Pengerusi Astro Malaysia Holdings Sdn Bhd, Dato Badri Masri serta para tetamu kehormat yang lain. Ahmad Shabery memberitahu, jika prestasi sukan negara terus meningkat, Malaysia sememangnya mampu melangkah maju lagi dalam bidang sukan sekali gus mampu menjadi sebuah negara yang digeruni dalam bidang tersebut. Tingkatkan usaha serta berusaha bersungguh-sungguh untuk negara kita menuju sebagai salah sebuah negara yang maju dalam bidang sukan di mata dunia. Sukan merupakan sebuah industri yang penting kepada negara kita. Ia membolehkan seseorang atlet mengecapi banyak manfaat termasuk memberi kesan positif kepada ekonomi negara. Oleh itu, gunakan sukan untuk manfaat semua, katanya lagi. Dalam pada itu, beliau berpendapat, media memainkan peranan penting kepada kejayaan bidang sukan negara ini pada tahun lalu. Media, ujarnya, telah membantu menyampaikan maklumat tentang sukan kepada masyarakat sekali gus mampu menarik minat masyarakat terhadap sukan. Itulah peranan media. Media banyak membantu bidang sukan di negara ini mencapai banyak kejayaan dengan menyampaikan maklumat terkini tentang perkembangan sukan-sukan yang mampu menarik minat masyarakat amnya golongan belia. Kewujudan siaran sukan Astro Arena menjadi sokongan kuat kepada industri sukan-sukan di negara kita. Tahniah kepada Astro Arena yang banyak membantu negara kita dalam bidang sukan, jelasnya. Astro Arena, tambah Ahmad Shabery, telah banyak membantu memartabatkan sukan tempatan yang turut menunjukkan sokongan terhadap aspirasi kerajaan dalam mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan rakyat di negara ini.

Walaupun baru berusia setahun jagung, Astro Arena telah menyerlah dalam membawa sukan tempatan kepada rakyat Malaysia yang menyokong aspirasi kerajaan untuk mengalakkan kehidupan bersukan demi kesihatan rakyat di negara ini. Kehadiran saluran Astro Arena ini ternyata telah mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai pembekal kandungan sukan utama yang menawarkan sebelas pengkhususan saluran sukan termasuk teknologi definisi tinggi. Kejayaan Astro untuk membawakan liputan sukan antarabangsa yang terunggul kepada rakyat merupakan testimoni yang sudah terbukti, tambah beliau lagi. Pada majlis yang sama, beberapa atlet serta jagoan sukan negara turut diberikan pengiktirafan menerusi beberapa kategori seperti Atlet Lelaki Pilihan Berpasukan, Atlet Wanita Pilihan Berpasukan, Atlet Muda Pilihan, Kebangkitan Pilihan dan Anugerah Meja Sukan Pilihan (Media Cetak). Selain itu, pelantikan para atlet sebagai Duta dan Legenda Terbaru Astro Arena turut diberikan kepada mereka (atlet) yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang serta mengharumkan nama negara.

KUALA LUMPUR - Tahun 2008 menyaksikan ramai atlet Malaysia mencipta nama dalam arena sukan tanah air,

kata Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi semalam. "Secara menyeluruh, tahun 2008 merupakan tahun yang amat baik bagi arena sukan Malaysia. Kita akhiri tahun ini dengan amat cemerlang. "Pemain badminton negara memenangi Super Series Masters dan kontinjen Malaysia muncul juara keseluruhan dalam Sukan Universiti ASEAN yang baru berakhir. Atlet Malaysia bertanding dalam banyak pertandingan baik di dalam negara mahupun di luar negara. "Bagi diri saya secara peribadi, saya fikir sudah tentu Sukan Olimpik merupakan acara paling besar bagi Malaysia. Kejayaan Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat perak dalam badminton adalah satu pencapaian bagi Malaysia, terutamanya selepas dua Sukan Olimpik berturut-turut," kata Kok Chi kepada Bernama semasa diminta pandangan beliau mengenai pencapaian atlet sukan Malaysia tahun ini. Selain Chong Wei dalam perseorangan lelaki, pemain badminton Malaysia juga memenangi pingat emas dalam final beregu lelaki dan beregu wanita Super Series Masters di Kota Kinabalu pada 18-21 Disember manakala kontinjen Malaysia muncul juara keseluruhan dalam Sukan Universiti ASEAN dengan meraih 90 pingat emas, 78 pingat perak dan 47 pingat gangsa. Kok Chi berkata, sukan lain juga patut diberikan pengiktirafan secara adil.

"Kita juga perlu mengiktiraf atlet memanah dan lumba basikal kita... prestasi mereka juga amat baik dalam Olimpik. Prospek mereka bagi Sukan Olimpik pada 2012 amat baik. "Dan dalam sukan tertentu, melayakkan diri sahaja sudah merupakan satu pencapaian walaupun prospek pingat amat tipis seperti renang dan olahraga," kata beliau. Katanya, MOM dan Majlis Sukan Negara (MNS) akan terus membantu atlet tetapi lebih tumpuan akan diberikan kepada sukan yang mempunyai prospek pingat - badminton, memanah dan lumba basikal - bagi Sukan Olimpik London pada 2012. "Kami sudah mula mempersiapkan para atlet dan kami mempunyai tempoh yang lebih lama untuk membuat persediaan," katanya. Kok Chi berkata, walaupun Sukan SEA Laos akan menjadi acara sukan terbesar tahun depan, terdapat tujuh lagi temasya sukan melibatkan atlet remaja yang akan menyediakan platform yang betul bagi persiapan menghadapi Sukan Asia dan Sukan Komanwel pada 2010.

Sumber: Bernama _______________________________________________________________________ _


Jumaat, 15 Oktober 2010 Sebelum berlepas ke New Delhi, Malaysia telah menetapkan sasaran memenangi 10 emas dalm Sukan Komanwel 2010. Setelah berakhir semalam, Malaysia berjaya melepasi sasaran dengan memenangi 12 Emas, 10 Perak dan 14 gangsa. Ini merupakan pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah Sukan Komanwel. Untuk kedudukan keseluruhan, Malaysia adalah ditangga ke-7 dihadapan negara jiran Singapura yang memungut 11 Emas. Autralia mengungguli temasya kali ini dengan 74 emas diikuti tuan rumah India & England ditangga ketiga.
30/01/2011 JASIN: Skrip berbeza terus menghiasi penampilan pasukan kebangsaan Malaysia dan Terengganu ProAsia Cycling (TSG) pada perlumbaan peringkat kelapan Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL 2011) semalam. Tatkala TSG berbangga dengan kejayaan dua pelumbanya, Mohd. Harrif Salleh dan Anuar Manan yang masingmasing menduduki tempat ke-10 dan ke-11, pencapaian terbaik pasukan kebangsaan Malaysia pula hadir menerusi kayuhan Mohd. Nur Rizuan Zainal yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-22. Bagaimanapun, tidak seperti beberapa peringkat perlumbaan sebelum ini, TSG mula dilihat semakin kehilangan taring mereka, sekali gus menerbitkan rasa gelisah di kalangan peminat lumba basikal tanah air. Paling mengecewakan apabila Anuar semakin jauh ditinggalkan oleh pencabar utamanya, Andrea Guardini daripada pasukan Farnese Vini-Neri Sottoli dalam pemburuan gelaran Raja Pecut (Jersi Biru). Dengan berbaki dua lagi peringkat perlumbaan, Anuar ketinggalan 21 mata di belakang Guardini yang hampir pasti ditabalkan selaku Raja Pecut yang baru pada saingan LTdL edisi ke-16 tahun ini.

Melihatkan pencapaian pasukan kebangsaan Malaysia, setakat ini tiada apa yang boleh dibanggakan walaupun anak-anak buah kendalian jurulatih, Graham Seers itu diletakkan harapan yang tinggi untuk melakar kejayaan. Saya akui prestasi pasukan Malaysia tidak seperti yang diharapkan tetapi saya lihat, para pelumba bekerja keras untuk mencipta kejayaan. Saya lihat itu satu petanda positif kerana mereka ghairah memburu kemenangan. Cuma mereka masih belum dapat menikmati kejayaan di atas podium. Saya percaya, dengan kesungguhan yang ada, tidak mustahil bagi mereka untuk merealisasikan impian masing-masing, kata Seers semalam. Ketika ini, pasukan kebangsaan Malaysia menduduki tangga ke-21 manakala TSG menghuni tempat kesembilan dalam kategori pasukan keseluruhan yang menampilkan 23 pasukan. Bagi kategori Asia pula, pasukan kebangsaan Malaysia berada di tangga kelapan sementara TSG menghuni tangga kelima daripada sepuluh pasukan yang bersaing. Setakat lapan peringkat ini, saya boleh katakan pasukan TSG telah memberi impak yang cukup positif. Bermula dengan kejayaan Harrif pada saingan pembukaan di Langkawi seterusnya kejayaan Anuar pada peringkat kedua dan ketiga. Kejayaan Anuar menyarung Jersi Biru (Raja Pecut) selepas tamat peringkat keenam di Putrajaya membuktikan bahawa dia wajar dijulang sebagai wira. Namun, sedikit meresahkan saya apabila Anuar masih gagal menyaingi Guardini dan dia juga belum mencapai sasaran utamanya iaitu untuk memenangi sekurang-kurangnya satu peringkat perlumbaan, kata jurulatih TSG, Syed Mohd. Husaini Syed Mazlan.

JUTAAN ringgit sudah dibelanjakan dan banyak lagi bakal dibelanjakan. Sukan Asia Guangzhou mungkin pencapaian terbaik kontinjen negara tapi Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan semua pihak terbabit perlu menganalisis apakah pencapaian 9 emas, 18 perak, 14 gangsa setimpal dengan pelaburan yang dilakukan. Hakikatnya, kecuali hoki, skuasy, bola sepak, berbasikal, terjun, majoriti sukan Malaysia terlalu bergantung kepada mereka yang digelar kelompok senior.

BOLA SEPAK

JIKA mengambil kira krisis kecederaan pemain melanda skuad bola sepak negara sebelum dan ketika bertanding di Sukan Asia, kejayaan melangkah ke pusingan kedua dalam tempoh 32 tahun wajar mendapat pujian. Tanpa enam tonggak utama diketepikan sebelum ke Guangzhou, jurulatih kebangsaan, K Rajagobal bertambah pening apabila kapten Norhafiz Zamani Misbah dan Ahmad Fakri Saarani pula mengalami kecederaan ketika Malaysia mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan dalam perlawanan pertama kumpulan A. Walaupun kekalahan Iran 1-3 pada pusingan kedua paling mengecewakan namun aksi menentang tuan rumah, China mungkin menjadi detik paling menarik untuk dikenang peminat negara apabila pengadil perlawanan Ben Williams dari Australia melayangkan tiga kad merah kepada pemain Malaysia. Skuad negara yang dibarisi ramai pemain kurang berpengalaman termasuk tujuh pemain Harimau Muda tumpas 0-3 pada perlawanan itu dan kalah 0-2 kepada Jepun yang muncul juara kejohanan dalam satu lagi perlawanan peringkat kumpulan. Dengan aksi yang dipamerkan di Sukan Asia sememangnya tidak keterlaluan jika mengatakan skuad yang dibentuk K Rajagobal selepas memenangi Sukan Sea tahun lalu semakin

menampakkan peningkatan namun mereka tidak boleh leka kerana pentas Piala AFF bulan depan menjadi ukuran sebenar kemampuan. OLAHRAGA TANPA sasaran diletakkan, atlet olahraga negara pulang dari Guangzhou dengan tangan kosong. Harapan terbaik merangkul pingat disandarkan kepada jaguh lompat tinggi, Lee Hup Wei (gambar) namun dia hanya berupaya melakukan lompatan 2.15 meter di final untuk menduduki tempat kesembilan daripada 12 peserta. Ia pencapaian lebih buruk dicatat pemegang rekod kebangsaan 2.27m itu yang meraih tempat ketujuh di Doha pada 2006. Satu lagi harapan musnah selepas ratu lompat bergalah, Roslinda Samsu gagal mengulangi pencapaian pingat perak empat tahun lalu apabila hanya menduduki tangga keempat dengan melepasi ketinggian 4m. sedangkan rekod kebangsaan miliknya 4.40m. Sementara pelari senior, Noraseela Mohd Khalid yang menghabiskan hampir sepanjang masanya tahun ini untuk pulih daripada kecederaan nyata tidak berdaya dan berjaya ke peringkat akhir adalah yang terbaik boleh dilakukan. Bagaimanapun pencapaian buruk atlet olahraga di Sukan Asia berbanding satu perak dan satu gangsa pada edisi sebelum ini bukanlah menghairankan memandangkan sukan ini lebih terkenal dengan kontroversi yang sering melanda Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). EKUESTRIAN PENAMPILAN Quzandria Nur Mahamad Fathil di Sukan Asia kali ini berjaya merangkul satu pingat perak acara ekuestrian dressage individu serta membantu pasukan dressage campuran meraih gangsa. Malah dia yang menunggang kuda diberi nama 'Handsome' berjaya mengatasi kehebatan abangnya, Qabil Ambak yang meraih gangsa dalam acara ekuestrian dressage individu. Sekalipun skuad ekuestrian negara gagal meraih emas, pencapaian satu perak dan dua gangsa skuad sekurang-kurangnya dapat mengulangi rekod empat tahun lalu di Doha. BOLA TAMPAR PANTAI GANDINGAN Luk Teck Hua dan Beh Shun Thing tetap boleh berbangga apabila berjaya melakar sejarah menjadi pasangan pertama bola tampar pantai wanita mara ke separuh akhir buat julung kali di pentas Sukan Asia namun dihalang gandingan tuan rumah China, Huang Ying-Yue Yuan dengan keputusan 7-21, 13-21. Aksi Teck Hua dan Shun Ting kemudian longlai dalam penentuan gangsa selepas tumpas kepada wakil Thailand namun sekurang-kurangnya keputusan yang mereka capai lebih bagus berbanding pasangan lelaki, Rafi Asruki Nordin dan Khoo Chong Long yang kecundang di pusingan suku akhir. MEMANAH

NASIB skuad memanah kebangsaan di dalam Program Road To London 2012 kini bagaikan 'telur di hujung tanduk' selepas kegagalan meraih sebagai pingat dan mempamerkan persembahan membanggakan sama ada di dalam acara individu mahupun berpasukan. Acara berpasukan yang disasarkan Persatuan Kebangsaan Memanah Malaysia (NAAM) untuk meraih sekurang-kurangnya satu kilauan pingat gagal direalisasikan apabila trio recurve yang dibarisi oleh Cheng Chu Sian, Izuddin Abd Rahim dan Arif Farhan Ibrahim Putra terkandas di suku akhir kepada China. Kegagalan itu menyebabkan hanya memanah di kalangan empat sukan di dalam program yang bernilai jutaan ringgit itu gagal memberikan sebarang pingat ke kontinjen negara kerana tiga acara lain iaitu berbasikal, badminton dan terjun berjaya meraih pingat sekurang-kurangnya gangsa. RAGBI SELEPAS diaibkan pada Sukan Komanwel pada Oktober lalu, skuad ragbi kebangsaan berjaya mengubat sedikit kemaluan itu apabila mara sehingga ke peringkat suku akhir sebelum cabaran mereka ditamatkan oleh Korea Selatan. Namun mereka menebus kehampaan apabila menjadi pasukan kelima terbaik Asia selepas menewaskan Sri Lanka, 27-7 dan India, 38-5 dalam perebutan posisi kelima hingga kelapan. Skuad ragbi kebangsaan yang dibarisi pemain berumur dari 18 hingga 21 tahun jelas mempunyai mempunyai masa depan cerah berdasarkan kejayaan menewaskan Thailand yang memenangi pingat emas di Sukan Sea di Korat pada 2007. TINJU BAK kata pepatah 'ukur baju di badan sendiri'. Perkara itulah dilakukan Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) yang tidak meletakkan sebarang sasaran meraih pingat kerana sedar saingan bertaraf dunia yang terpaksa diharungi. Barisan peninju muda negara diketuai pemenang pingat emas Sukan SEA Laos, Mohd Farkhan Haron nyata memerlukan lebih banyak pendedahan dengan menyertai pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa. Kali terakhir skuad tinju memenangi pingat melalui Adnan Jusoh pada 2002 dngan meraih gangsa. dan pencapaian itu nampaknya sukar untuk diulangi jika langkah drastik tidak diambil oleh PTAM dengan kerjasama Majlis Sukan Negara. SEPAK TAKRAW SEPERTI diramalkan Malaysia masih lagi pasukan kedua terbaik Asia di belakang musuh tradisi, Thailand apabila meraih dua pingat perak dalam acara berpasukan dan antara regu sekali gus mengesahkan kita masih setapak di belakang mereka. Revolusi diharapkan dengan penubuhan skuad kebangsaan yang baru selepas kegagalan Sukan SEA nyata tidak menjadi malah Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail kini menanti detik sesuai mengotakan janji meletak jawatan selepas gagal meraih emas. Corak permainan dan pendekatan yang berbeza perlu dikaji dengan mendalam bagi memastikan

kita tidak kecewa pada Sukan SEA di Indonesia tahun depan berdepan Thailand, Vietnam dan Myanmar. MENEMBAK SELEPAS meraih dua emas di Sukan Komanwel pada Oktober lalu, skuad menembak hambar di Guangzhou apabila hanya meraih satu gangsa melalui Nur Suryani Mohamed Taibi dalam acara 10 meter air raifal individu wanita dan Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) perlu lebih gigih menggilap potensi dimiliki atlet mereka. Namun berdasarkan kepada aksi mereka pada dua temasya itu. Mungkin sistem latihan, barisan jurulatih, pendedahan pertandingan, program pendedahan, peralatan dan pentadbiran memerlukan transformasi agar dapat melahirkan atlet yang benarbenar dapat bersaing di peringkat antarabangsa terutamanya menjelang Sukan Olimpik London. BASIKAL 1 Emas 1 Perak TAKTIK kotor digunakan oleh penganjur Sukan Asia Guangzhou merencatkan rencana skuad basikal negara untuk membawa pulang lebih banyak pingat. Perubahan jadual saat akhir mengakibatkan pelumba harapan negara, Azizulhasni Awang terpaksa menarik diri daripada menyertai acara pecut berpasukan kerana perlu memberi tumpuan kepada acara kegemarannya keirin dan pecut 200m. Namun apa dilakarkan Azizul bersama Josiah Ng membuktikan pelaburan negara dengan menghantar atlet berbasikal berkampung di Melbourne bukan sia-sia selepas cemerlang di Sukan Komanwel. Aksi profesional Azizul yang berjaya mengatasi kekecewaan kegagalan di Komanwel apabila merangkul emas dalam keirin disamping Josiah untuk perak. Azizul dan Josiah kini menjadi taruhan terbaik melakarkan sejarah meraih emas pertama di Sukan Olimpik yang berbaki kurang dua tahun. TERJUN 4 Perak 5 Gangsa MUNGKIN jika China tidak menjadi tuan rumah, skuad terjun negara berpeluang membawa pulang sekurang-kurang satu pingat emas. Skuad terjun beraksi cemerlang kali ini memperbaiki pencapaian di Doha dengan empat perak, lima gangsa berbanding satu perak tiga gangsa empat tahun lalu. Justeru memang wajar sukan ini tersenarai ke dalam program 'Road to London' berdasarkan kemampuan atlet menghasilkan pingat di temasya utama termasuk Kejohanan Dunia yang berlangsung di Itali selain keupayaan Pandalela Rinong menghadiahkan emas pertama di Sukan Komanwel, bulan lalu. Pencapaian barisan penerjun seperti Pandelela Rinong, Leong Mun Yee, Bryan Nickson Lomas, Oii tze Liang, Ng Yan Kee, Yoeh Ken Nee dan Jun Hoong Cheong adalah yang terbaik pernah dilakar penerjun negara di Sukan Asia.

Misi seterusnya barisan penerjun negara adalah di Kejohanan Akuatik Dunia FINA ke-14 di Shanghai, China, Julai tahun depan. RENANG KONTINJEN renang terdiri daripada 12 atlet negara pulang dengan tangan kosong tanpa ada sebarang pencapaian yang boleh dibanggakan. Acara ini terus ketandusan perenang handalan selepas tamatnya era Alex Lim Keng Liat apabila hanya Danial Bego dan Chui Lai Kwan mampu mara ke saingan akhir sementara 10 lagi terkandas pada saingan awal. Kali terakhir acara renang membuahkan pingat ketika di Busan, Korea pada 2002 menerusi Keng Liat dalam acara 100m kuak lentang. Justeru Majlis Sukan Negara (MSN) perlu merancang strategi lebih utuh jika ingin menghasilkan perenang lebih berwibawa di masa hadapan kerana sudah pasti kita tidak mahu bergelar juara rantau Asia Tenggara. HOKI BUKAN tidak mahu menghamburkan pujian melangit kepada skuad hoki lelaki negara namun penamat yang mengecewakan pada pentas final mencacatkan segala cerita indah di Guangzhou. Jika semangat juang tinggi ditunjukkan seperti menewaskan India di separuh akhir, pasti aksi final anak buah Stephen Van Huizen akan diingati selama-lamanya walaupun meraih pingat perak. Bagaimanapun, hajat mahu meraih kilauan emas selain tiket automatik ke Sukan Olimpik dimusnahkan dengan aksi mengecewakan pemain negara pada aksi final sedangkan kedua-dua 'hadiah' itu sudah hampir terhidang di depan mata. Apapun, dengan tidak diberi sebarang harapan untuk meraih pingat apatah lagi mara ke perlawanan akhir, Pencapaian anak buah Stephen itu sekurang-kurangnya dapat menebus aksi longlai pada Sukan Komanwel lalu. Sementara untuk skuad wanita, ternyata mereka masih jauh ketinggalan dengan gergasi Asia lain seperti China dan Korea Selatan. Tewas empat kali berturut-turut menghancurkan sasaran untuk mara ke separuh akhir. KARATE KETIKA kem negara resah kemungkinan besar tidak mampu mencapai sasaran meraih sembilan pingat emas, Ku Jin Keat dan R Puvaneswaran menyelamatkan keadaan apabila masing-masing meraih emas ketujuh dan kelapan negara menerusi acara kata serta kumite. Jin keat pastinya paling mengejutkan kerana dia berjaya menamatkan dominasi Jepun sementara Puvansewaran menggunakan segala pengalamannya ketika menewaskan lawan pada aksi final sekali gus melakar cerita indah sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada dunia karate.

Jamaliah Jamaluddin dan G Yamini pula ternyata sudah mempamerkan aksi terbaik sebelum tumbang di pentas final dan terpaksa berpuas hati dengan perak. Tidak lupa Lim Lee Lee yang menyumbang gangsa menerusi acara kata sementara mereka yang gagal meraih sebarang pingat sebenarnya cuma kurang daripada segi pengalaman saja. Jika dihitung, dua emas, dua perak dan satu gangsa yang dikutip di Guangzhou adalah pencapaian terbaik skuad karate negara sepanjang menyertai Sukan Asia. Itu juga yang dirumuskan jurulatih negara, P Arivalagan. WUSHU SEPERTI diramal, wushu tidak pernah mengecewakan apabila sekali lagi berjaya menyumbang sebutir pingat emas menerusi Chai Fong Ying yang beraksi pada acara taijiquan-taijijian seterusnya menyemarakkan semangat barisan atlet lain pada awal-awal saingan di Guangzhou. Sejak dari awal, jurulatih kebangsaan, Yoong Thong Foong menyatakan Fong Ying adalah sandaran terbaik negara untuk meraih emas dan akhirnya atlet itu berjaya membuktikannya sekali gus mempertahankan pingat emas yang diraih empat tahun lalu di Doha. Sementara Tai Cheau Xuen menyumbang gangsa menerusi acara nanquan-nandao. Bagaimanapun pencapaian di Guangzhou sebenarnya tidak dapat mengatasi kutipan pingat empat tahun lalu di Doha di mana ketika itu wushu menyumbang satu emas dan dua gangsa. Apapun, pencapaian sukan wushu masih boleh dibanggakan. PERAHU LAYAR HADIR dengan barisan pelayar lebih ramai berbanding empat tahun lalu di Doha selain tiba lebih awal untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di perairan Shanwei belum cukup untuk skuad perahu layar menuai emas di Guangzhou. Mereka hanya meraih dua perak sumbangan Ahmad Khan dalam acara layar dinghy optimist lelaki serta gandingan Khairunnisa Afendy dan Norashikin Sayed (layar double handed dinghy 420 wanita) sementara Ku Zamil dan Mohamad Mazelan meraih gangsa menerusi acara layar double handed dinghy 420-lelaki. Walaupun gagal menjelmakan kilauan emas, sekurang-kurangnya dua perak dan satu gangsa adalah pungutan pingat terbanyak di Sukan Asia yang pernah diraih oleh mereka berbanding masing-masing satu emas serta gangsa ketika empat tahun lalu di Doha. TAEKWANDO GAGAL mengutip sebarang pingat di Guangzhou apa lagi yang boleh diperkatakan mengenai skuad taekwando negara selain kegagalan mutlak. Sandaran terbaik yang diletakkan dibahu atlit berpengalaman, Elaine Teo berkecai apabila dia kecundang dalam pertembungan suku akhir kepada Chanapa Sonkham dari Thailand dalam kategori 49 kilogram.

SKUASY

3 emas 1 perak 2 gangsa SASARAN sembilan emas di Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China diselamatkan skuad skuasy negara selepas pasukan wanita yang diketuai Datuk Nicol David meraih pingat emas ke-sembilan Khamis lalu. Sukan Asia 2010 buat kali pertama menawarkan empat pingat emas dalam sukan Skuasy, menyaksikan pasukan negara menang tiga daripadanya sekali gus menepati sasaran Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM). Paling cemerlang pastinya pemain wanita negara yang menepati ramalan dengan merangkul dua emas dalam acara perseorangan wanita menerusi pemain nombor satu dunia, Nicol dan acara berpasukan yang cemerlang mengatasi Hong Kong biarpun diberi tentangan sengit. Kecemerlangan Nicol yang diberi tentangan sengit oleh Annie Au, ditambah kegigihan Low Wee Wern pada perlawanan kedua berpasukan membolehkan skuad wanita membalas dendam ke atas Hong Kong yang menewaskan pemain negara di separuh akhir Kejohanan Berpasukan Asia di Chennai, India Mei lalu. Begitupun, pemain lelaki hanya mampu meraih satu emas menerusi Azlan Iskandar dalam perseorangan lelaki selepas pemain nombor satu lelaki negara itu gagal mengatasi lawan sama, Aamir Atlas Khan di final berpasukan. BOWLING 2 emas 1 perak 1 gangsa UMPAMA harapan kecundang, skuad bowling negara yang diharap menyumbang emas terbanyak di Sukan Asia 2010 berakhir dengan episod kegagalan. Biarpun hanya tiga emas disasarkan kepada skuad bowling negara iaitu menyamai pencapaian di Doha empat tahun lalu, mereka ternyata gagal terutamanya skuad wanita yang hanya menyumbang satu gangsa. Skuad lelaki menebus kehampaan empat tahun lalu yang hanya menang satu emas, dengan membawa pulang dua pingat emas kali ini menerusi Alex Liew dalam All Events dan beregu bersama Adrian Ang. BADMINTON 2 perak TIADA kekecewaan paling menghampakan apabila badminton gagal menyumbang sebarang emas di Sukan Asia ke-16, di Guangzhou, China. Selepas satu emas di bawa pulang pada 2006 di Doha, badminton mula mendapat perhatian kerajaan dan disandarkan harapan membawa pulang pingat emas pertama Olimpik sejak 2008 lagi menerusi dua permata, Datuk Lee Chong Wei dalam perseorangan dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dalam beregu lelaki. Namun satu emas yang disasarkan gagal direalisasi. Chong Wei yang dihimpit pelbagai masalah kecederaan menjelang temasya kedua terbesar dunia itu ternyata tidak mampu menyaingi musuh tradisi, Lin Dan yang kebal di tempat sendiri biarpun juara Olimpik itu tidak berada di tahap terbaik. Kien Keat-Boon Heong pula gagal mengulangi pencapaian empat tahun lalu apa tewas kepada pemenang pingat perak Doha, Markis Kido-Hendra Setiawan dari Indonesia.

Namun lebih mengecewakan apabila skuad berpasukan lelaki tumpas awal kepada Thailand di peringkat suku akhir iaitu perlawanan pertama negara. Jelas sekali kudrat Chong Wei yang dikatakan demam ketika itu ditagih, sambil pemain seperti Liew Darren dan Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong belum boleh diharapkan ketika berdepan pasukan tidak ternama seperti Thailand. Mungkin Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu bertindak lebih agresif menaikkan nama pemain muda ketika 'Road to London 2012' hanya tinggal kurang dua tahun saja lagi. GIMNASTIK Sukar untuk menggambarkan kegembiraan walaupun gimnas senior negara, Elaine Koon dan Nur Hidayah Abdul Wahid berjaya meraih markah yang lebih baik berbanding peserta negara Asean yang lain dalam acara gimrama, dengan masing-masing berada di kedudukan ke-11 dan ke-12 saingan individu all-arounds pada penampilan pertama mereka di Sukan Asia. Ini berikutan acara gimnastik artistik dilihat semakin tenggelam, apabila wakil tunggal lelaki dan wanita negara, Lum Wan Foong dan Tracie Ang hanya sekadar melangkah ke pusingan aparatus individu, berbanding pingat perak yang diraih bekas gimnas negara, Ng Shu Wai, di Doha empat tahun lalu. Wan Fong, bagaimanapun tidak dapat meneruskan saingan akibat kecederaan, manakala Tracie pula menduduki tempat ketujuh dalam acara aparatus titian imbangan. Di Sukan Komanwel, gimnastik artistik turut gagal menyumbang sebarang pingat, sebaliknya gimrama membuat kejutan menerusi Elaine yang muncul sebagai atlet terbaik sukan itu. Prestasi skuad gimrama di Sukan Asia membuka laungan awal Elaine dan Hidayah untuk ke Sukan Sea, di Indonesia tahun depan. BILIARD Pemain veteran Ibrahim Amir muncul sebagai bintang apabila menyumbang pingat perak dalam acara individu 8 bola pool. Pencapaian Ibrahim dilabel sebagai yang terbaik disumbang kategori veteran memandangkan sukan ini tidak begitu didedahkan di kejohanan antarabangsa. Empat tahun lalu, di Doha, Esther Kwan menyumbang satu perak dari acara individu 9 bola pool, tetapi di saingan kali ini dia gagal mengulang kejayaan sama. Susulan itu, Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia (MSBF), seharusnya memartabatkan lagi sukan ini dengan mengetengahkan lagi arena biliard dan snuker ke kejohanan peringkat dunia. KRIKET Skuad wanita dan lelaki seakan sekadar mengambil bahagian di Sukan Asia apabila masingmasing hanya mampu beraksi di dua saingan sebelum kecundang. Susulan itu, prestasi hambar mereka seakan menepati sasaran yang tidak mengintai sebarang pingat berikutan sedia maklum cabaran hebat di Sukan Asia.

Skuad wanita tersingkir selepas tewas di tangan China dan Thailand yang dikatakan berpunca daripada saingan pasukan lawan jauh lebih muda serta bertenaga. Berita gembira kemudian dibawa dari skuad lelaki, yang berjaya melangkah ke suku akhir selepas menumpaskan China. Namun, tuah lebih memihak kepada Bangladesh yang mendominasi saingan seterusnya.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Anda mungkin juga menyukai